Datuk Zainal Abidin Osman SENAI – Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia tidak pernah dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini.

Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kenyataan itu hanyalah cadangan yang dibangkitkan wakil rakyat berkenaan pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

"Saya rasa kami tidak pernah bincang perkara ini. Lagipun, ia mungkin sekadar cadangan yang dibangkitkan oleh Adun Kemelah sahaja pada mesyuarat pertama penggal persidangan
kelima Dewan Negeri Johor ke-12.