Khamis, 28 Jun 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


AWAS Wanita bila guna tandas awam ... jangan jadi macam ni

Posted: 28 Jun 2012 05:49 AM PDT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MIC DAN PPP PATUT SUDAH KENAL UMNO

Posted: 28 Jun 2012 09:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK sampai beberapa jam, MP Sri Gading pun buat `U-Turn' tarik balik soal 'gantung Ambiga'.  Memang sudah dijangka, pemimpin ini sedar bahawa hayat Umno pasti lebih hampir ke liang kubur jika sokongan kaum India lari dari menyokong Bn.  Maka, tiada pilihan lain terpaksa tarik juga apa yang beliau sebut di dalam Parlimen baru-baru ini.  Baca SINI.

Speaker pula kata tiada salahnya apa yang disebut oleh MP Sri Gading ini.  Lucu juga lihat gelagat puak-puak ini apabila digertak oleh MIC dan PPP.  Tidak perlu kita di dalam PR atau BERSIH yang bertindak, cukup sesama mereka saja sudah boleh bikin MP Sri Gading yang bersuara hebat di dalam Parlimen ini kecut perut.

Apabila sudah tertekan, DAP pula yang dijadikan mangsa untuk menghilangkan malu beliau.  Maka, dituduh DAP bermain dengan perkauman di dalam isu tersebut.  Kalau DAP bermain perkauman, mengapa MIC dan PPP melenting?  Ambiga bukan berbangsa Cina, maka lojiknya MIC atau PPP yang melenting itu lah sepatutnya di label perkauman.  Sebenarnya isu ini melampau isu perkauman.  Ini isu bijak atau bodoh kenyataan MP Sri Gading itu.

Samada beliau tarik balik atau tidak, rakyat sudah tahu mainan puak-puak ini.  Kepada MIC dan PPP, kamu sepatutnya lebih kenal Umno sekarang./wfauzdin.blogspot.com

SEMAKIN LAMA JADI WAKIL RAKYAT, SEMAKIN BODOH PULA

Posted: 28 Jun 2012 01:10 PM PDT


Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK pula aku menyangka MP Sri Gading ini sampai sanggup memperbodohkan dirinya hanya kerana sakit hati dengan BERSIH.  Maklumlah, Umno buat perhimpunan tidak sampai tahap yang dikehendaki walaupun banyak duit habis untuk membawa penyokong-penyokong mereka berhimpun.

Tidak semena-mena MP Sri Gading ini mengesyorkan agar S.Ambiga dihukum gantung hanya kerana perhimpunan BERSIH baru-baru ini yang berjaya mengumpul lebih dari 200, 000 orang dari berbagai kaum.  Otak letak dilutut MP Sri Gading ini pun berhujah bahawa perhimpunan BERSIH bersamaan dengan tindakan kumpulan Al-Maunah, kononnya untuk menjatuhkan kerajaan atau menentang DYMM YDP Agong.  

Terlalu jauh perbandingan yang dibuat menampakkan tahap kebodohan melampau MP Sri Gading ini.  Hakikatnya bahawa peristiwa Al-Maunah yang merampas senjata dari kem tentera di Grik Tahun 2000 itu pun berapa kerat yang percaya bahawa itu bukan sandiwara?  Jika benar sekali pun peristiwa yang berakhir di Bukit Jenalik itu bukan sandiwara, jalan cerita peristiwa tersebut teramat jauh untuk dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH.

Apa motif geng-geng Al-Maunah?  Apa motif atau matlamat BERSIH?  Senjata apa yang digunakan oleh kumpulan Al-Maunah yang diketuai oleh Amin tersebut?  Senjata apa pula yang digunakan oleh S.Ambiga bersama ratusan ribu rakyat di dalam Himpunan BERSIH?  Al-Maunah tidak pernah memohon kepada pihak berkuasa untuk memasuki kem dan mengambil senjata seterusnya berkubu di Bukit Jenalik.  Adakah BERSIH juga tidak pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan?  

Aku rasa MP Sri Gading ini sudah merasakan agak sukar baginya untuk dipilih lagi sebagai calon di dalam PRU akan datang, justeru itu jalan terakhirnya adalah membodek yang menampakkan kebodohan beliau sendiri.  Ertikata, rakyat tidak perlu berfikir panjang jika mahu memilih Wakil Rakyat yang cerdik, tetapi jika rakyat di Sri Gading masih memerlukan Wakil Rakyat yang bodoh maka Wakil Rakyat ini wajib dikekalkan.

Nampaknya pemimpin-pemimpin Umno semakin kehilangan daya berfikir mereka akibat tekanan yang begitu kuat oleh Pakatan Rakyat.  Kewarasan mereka semakin hilang maka berbagai-bagai kenyataan dungu yang keluar dari mulut mereka.  Contohnya, debat bukan budaya kita kata mereka.  Itu kenyataan yang bodoh lagi membodohkan. /wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Apakah PM akan bertindak terhadap 2 MP Umno ini?

Posted: 28 Jun 2012 09:16 PM PDT

Walaupun Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz telah menarik balik kenyataan yang bertanya sama ada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga patut digantung kerana menderhaka, tetapi gabungan itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memohon maaf terhadap tindakan wakil rakyat dari partinya itu.
.
Memandangkan tindak-tanduk Mohamad turut dikongsi rakannya dari Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli parlimen Lenggong, maka gabungan itu menegaskan bahawa Najib juga perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku, selaku pemimpin Umno dan parti pemerintah.
Menurut BERSIH lagi, melainkan BN sebuah parti yang sukakan keganasan, maka Najib atau whip BN sepatutnya segera mengarahkan mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada Ambiga, parlimen dan seluruh negara, dan segera mengenakan tindakan disiplin terhadap kedua-duanya.
Read More / Baca Lagi >>

Marah buku diharam, Kassim ugut 'bunuh' Anwar

Posted: 28 Jun 2012 09:14 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mungkin kerana kecewa dengan teorinya yang menolak hadis sebagai sumber kedua rujukan Islam ditolak, Kassim Ahmad (gambar - Malaysiakini) mahu mengantung Datuk Anwar Ibrahim sampai mati.

Dia juga berkata, "Saya bersedia untuk menembak dia," kata Kassim dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.

Ugutan untuk menggantung sampai mati ini yang kedua keluar minggu ini selepas anggota Parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga digantung.
Read More / Baca Lagi >>

Parlimen boleh bubar hari ini, kata Azmin

Posted: 28 Jun 2012 09:13 PM PDT

(Azmin Ali melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Bahan Kempen PKR negeri Terengganu di Kuala Terengganu.)

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali  tidak menolak kemungkinan Parlimen akan dibubarkan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.

Ini kerana, katanya PM telah mengarahkan satu mesyuarat khas tergempar yang melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada rahsia Scorpene yang bocor, kata Zahid walau ada 133 DOKUMEN PERANCIS

Posted: 28 Jun 2012 05:48 PM PDT

Tiada rahsia Scorpene yang bocor, kata Zahid walau ada 133 DOKUMEN PERANCISKerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan rahsia tentera laut telah dijual oleh kawan karibnya Razak Baginda kepada vendor Perancis DCNS semasa pembelian kontroversi Malaysia ke atas 2 kapal selam Scorpene.
Tetapi penafian daripada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi kurang jujur lalu dia segera digera oleh ahli parlimen pembangkang.
"Melihat kepada cara Zahid membacakan penafian yang diarahkan dari kementerian itu, dia tidak bersungguh-sungguh untuk memberi maklumbalas. Ini merupakan pengkhianatan. Ia tidak mencukupi. Jika dia serius, dia akan memerintahkan penyiasatan berskala penuh ke dalam perkara itu dan mendedahkah hasil penyiasatan kepada awam. Apabila ini tidak dilakukan, ia menunjukkan betapa mencurigakan dan serius masalah ini, " Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua berkata kepada Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai calon Bebas bertanding PRU13....ramai penaja eh..!!!

Posted: 28 Jun 2012 05:47 PM PDT

DR AMINUDIN MANSOR
Calon bebas adalah kuasa ketiga selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang boleh memecahkan undi dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13). Kuasa dan pengaruh calon bebas ini bukan calang-calang orang kerana kebanyakannya calon dan ahli Parlimen yang lantang dan berpengaruh di kawasan mereka.

Mengikut perhitungan dan kajian, ramai calon Bebas akan bertanding peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun). Ada antaranya yang bertanding atas tiket calon Bebas seperti Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu Datuk Ibrahim Ali manakala tidak kurang juga yang dipecat daripada parti seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Dituduh Pengkhianat Negara LGE Saman Akhbar RM50 juta

Posted: 28 Jun 2012 05:44 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 JUN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memfailkan saman berjumlah RM50 juta kepada akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.
Guan Eng juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dalam sidang media di Parlimen menegaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing.
Read More / Baca Lagi >>

Pas terus bangkit ‘mood’ rakyat

Posted: 28 Jun 2012 05:42 PM PDT



Pas terus bangkit 'mood' rakyat KUALA TERENGGANU – Pas terus membangkitkan 'mood rakyat' ketika ini melalui beberapa siri program yang telah dan sedang dilaksanakan untuk memastikan tahap keyakinan dan sokongan golongan muda bertambah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, ia bermula dengan moto Pas Ganti Umno (PGU) yang diikuti beberapa program, antaranya Jelajah PGU 1.0 di Kemaman, PGU 2.0 di Jertih dan PGU 3.0 di Kuala Terengganu.

Read More / Baca Lagi >>

Kenalkah Anda Wanita Ini?

Posted: 28 Jun 2012 05:40 PM PDT


Kenal dia? Dialah Dr. Aafia Siddiqui. Seorang muslimah dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun.

Namun, tiada seorang pun pemimpin umat Islam hari ini tampil untuk membelanya. Malah, kerajaan Pakistan sendiri yang membantu Amerika Laknatullah untuk menangkapnya.

Beliau bukan sahaja dipenjarakan, malah turut dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada hidungnya. Bukan sekadar itu, beliau juga turut dirogol di dalam penjara.
Read More / Baca Lagi >>

Mulut celupar Ali Hamsa

Posted: 28 Jun 2012 05:39 PM PDT

Kenyataan awal Ketua Setiausaha Negara yang baru dilantik, Dato' Dr Ali Hamsa, yang mengaitkan parti pembangkang dengan janji-janji kosong, bagi memburuk-burukkan Pakatan Rakyat pada kaca mata kakitangan awam, bukan saja satu langkah salah, malah mendedahkan kepincangan yang berlaku sejak sekian lama.

Malang sekali jika Ali sengaja mahu menempatkan dirinya sebagai satu lagi perkakas atau jurucakap Umno-BN, seperti dilakukan pegawai kanan kerajaan tertentu, misalnya Pengerusi Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) dan Timbalan Ketua Polis Negara. Seharusnya beliau diberi amaran agar berhati-hati dengan mulut celuparnya itu!

Ketika ramai bercakap kemungkinan kerajaan persekutuan akan bertukar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kenyataan Ali itu telah menimbulkan reaksi kurang senang banyak pihak. Apakah ia satu petanda jelas bahawa sektor awam akan diperalatkan semahunya oleh Umno-BN, sebagai talian hayat terakhirnya, dalam "ibu segala pilihan raya" itu?
Read More / Baca Lagi >>

Kes rasuah: Ketua Umno Pandan diperintah bela diri

Posted: 28 Jun 2012 05:38 PM PDT

Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pendakwaan.
  
Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar kes pembelaan.
Read More / Baca Lagi >>

FGV hanya lebih 31 sen hari pertama

Posted: 28 Jun 2012 05:37 PM PDT

Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kpd RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini. Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (rm5.39-rm5.08 ). Kiralah berapa UNTUNG yg di war2kan.
800 unit x 31 sen = rm 248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yg dinikmati peneroka!

Isa Samad yg tak de seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampu le peneroka pada Isa dan kroni2nya seperti Sabri Ahmad dpt 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.
Read More / Baca Lagi >>

Ayah Tahanan ISA Merintih Minta Anak Dibebaskan

Posted: 28 Jun 2012 05:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 JUN : Perhimpuan membantah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) di depan bangunan Parlimen pagi tadi menyaksikan ayah seorang mangsa merintih meminta anaknya Fadulah Razak dibebaskan segera.
Menurut Razak Mohd, beliau dimaklumkan anaknya ditahan kerana mengancam keselamatan negara dan dinafikan hak untuk membela diri di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Pengundi Cina penentu PRU13....nak jadi calon eh..!!

Posted: 28 Jun 2012 05:30 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal ditentukan oleh pengundi Cina.
Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, beliau melihat undi kaum itu bakal menjadi faktor penentu siapakah yang layak mentadbir negara memandangkan Melayu bukan lagi masyarakat majoriti di negara ini.
Dr Mahathir menegaskan, faktor itu juga menjadi punca meningkatnya politik perkauman.
"Hakikatnya kesemua tiga parti Melayu cuba memikat pengundi Cina dan jadi, mereka menjadi sangat perkauman," kata beliau dipetik Astro Awani.
Read More / Baca Lagi >>

Tawaran lompat parti tindakan terdesak Umno

Posted: 28 Jun 2012 05:19 PM PDT


Tawaran lompat parti tindakan terdesak Umno
Azmin menunjukkan sistem SISPMEP 3.0 yang bakal digunakan jentera parti itu dalam PRU-13.
 
KUANTAN - Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ada pihak tertentu cuba menawarkan habuan lumayan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka melompat parti.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, ia adalah tindakan terdesak khususnya pihak kerajaan (Umno) yang dilihat terus menyuburkan politik wang dengan cubaan membeli pemimpin lain.

Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) tidak terpedaya dengan janji dan tawaran yang diberikan kepada mereka.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dalam laporan muka depan Sinar Harian semalam bahawa beliau pernah ditawar jutaan ringgit untuk melompat parti.

"Ini bukan cara PR, sebaliknya kita mengalu-alukan pemimpin daripada mereka (kerajaan) yang ingin menyertai kita, bukan sogokkan dengan wang sebaliknya meminta mereka memahami dasar perjuangan PR," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Projek MRT: Penyewa, peniaga demo protes roboh BB Plaza

Posted: 28 Jun 2012 05:18 PM PDT


Projek MRT: Penyewa, peniaga demo protes roboh BB Plaza
Sebahagian daripada peniaga dan penyewa BB Plaza mengadakan demonstrasi aman membantah kerja merobohkan kompleks itu bagi memberi ruang kepada projek MRT.
 
KUALA LUMPUR - Peniaga dan penyewa BB Plaza di Bukit Bintang di sini, mengadakan perhimpinan aman membantah tindakan meroboh kompleks tersebut, mendakwa akan menutup periuk nasi mereka.

Hari ini, kompleks berusia 38 tahun itu menjadi tumpuan apabila laungan "kami tidak mahu".

Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa-penyewa BB Plaza, Hassan Saad berkata, keputusan merobohkan premis itu dibuat tanpa rundingan bersama penyewa menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM berat sebelah siasat pendedahan Rafizi

Posted: 28 Jun 2012 10:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Jun: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin mempersoal tindakan pantas Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli Rafizi ekoran pendedahan campur tangan Perdana Menteri dalam projek LRT Ampang bernilai RM1 bilion.
"Belum ada laporan polis pun, baru pendedahan sahaja tapi SPRM tanpa bertangguh cepat saja datang menyiasat," kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Zuraida turut menyifatkan tindakan yang kononnya efisyen itu sebagai berat sebelah terutama bila melibatkan pemimpin Umno.
"Walaupun tindakan pantas itu wajar dipuji tetapi mengapa hanya bila melibatkan satu pihak sahaja?" soalnya.
"Kes (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Shafie Apdal dah berapa kali desak agar disiasat, tapi ada saja alasan…tak cukup buktilah, saksi dan bermacam lagi alasan," kesal Zuraida.
"Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan SPRM, mereka patut terima dan tak perlu melenting bila rakyat menggelar mereka 'kuda tunggangan' Umno," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

M'sia is more racist than before, says Dr M, but who was the Father of Racism?

Posted: 28 Jun 2012 10:00 AM PDT

M'sia is more racist than before, says Dr M, but who was the Father of Racism?Former prime minister Mahathir Mohamad predicts that the next general election will be all about race because Malaysia has become more racist than before. However, the 86-year strongman widely blamed for pioneering the current brand of nearly apartheid politics did not say why such a situation had come about.
"In this country, we are very racist, even more than before. The next election is going to be about race. Who gives what, who gets what based on race. When the government is weak, it caters to demands which are not going to be good for the country in the long run," said Mahathir, who still wields great influence in Prime Minister Najib Razak's ruling Umno party.
In typical fashion, Mahathir indirectly blamed his predecessor Abdullah Badawi. Although, he did not mention names, Mahathir made it clear that Umno and the BN coalition it leads had no choice but to cater to the different ethnic groups following the 2008 general election, in which the BN had sunk to its worst electoral performance clawing only a simple majority.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda tidak bergerak, Najib pula macam Syawal dalam Ahmad Albab

Posted: 28 Jun 2012 09:58 AM PDT

Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.
Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.
Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana 'attribute' UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.
Read More / Baca Lagi >>

ISA: "Kali ini anak saya, esok lusa anak siapa?"

Posted: 28 Jun 2012 09:32 AM PDT

Kali ini mungkin anak saya Fadzullah yang kena (ISA), esok lusa tidak tahu siapa pula yang kena."  Kenyataan seperti ini sering didengar dari ahli keluarga tahanan ISA yang berani ke hadapan memprotes penahanan ahli keluarga mereka di bawah akta Zalim ISA.

Pada jam 11 pagi ini, 40 orang aktivis bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA berkumpul di hadapan bangunan parlimen bersama ahli keluarga tahanan ISA bagi mendesak kerajaan membebaskan segera ke semua 45 orang tahanan ISA yang masih merengkuk di dalam Kem Tahanan Kamunting.

Turut bersama di dalam perhimpunan PROTES Desak Bebas Tahanan ISA 45 ialah Haji Abdul Razak ayah kepada Fadzullah, salah seorang tahanan ISA yang masuk tahun kedua berada di Kem Tahanan Kamunting.  Fadzullah adalah antara tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar masuk hari kelapan pada hari ini.  Mengikut maklumat dari pihak peguam yang telah menziarahi mereka, Fadzullah dan dua orang yang lainnya hanya minum sedikit dan langsung tidak menjamah sebarang makanan.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya not connected to Scorpenes: Here's proof, stop the denial game - SUARAM tells govt

Posted: 28 Jun 2012 09:29 AM PDT

Altantuya not connected to Scorpenes: Here's proof, stop the denial game - SUARAM tells govtConfidential investigative documents submitted to the French trial on the alleged corruption in the DCNS sale of 2 Scorpene submarines to the Malaysian government are being "twisted" to help Prime Minister Najib Razak "damage-control" his way out of the escalating scandal that may force his ouster from power.
Malaysian NGO SUARAM, while filed the complaint that led to the French probe, slammed a recent news article suggesting that murdered Mongolian 'party girl' Altantuya Shaariibuu had never entered France and insinuated her connection to Scorpenes corruption case was a mere figment of the Opposition's imagination.
The article entitled French probe: Altantuya never entered France was published earlier this week in a news portal linked to Raja Petra Kamaruddin, a former pro-Opposition blogger who has since switched allegiance to Prime Minister Najib Razak's ruling Umno party (scroll below to read the full article)/
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga Teoh: Ini kes jenayah, bukan masalah disiplin...

Posted: 28 Jun 2012 09:28 AM PDT

Kami sekeluarga, amat tidak berpuas hati, dan kecewa dengan kesudahan di mana tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disabitkan dalam kes jenayah kematian Teoh Beng Hock oleh Suruhanjaya Diraja, dikenakan hanya dengan tindakan disiplin.  Malah, kami sangat kecewa dengan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Najib Razak.

Dua tahun sebelum ini, PM Najib Razak pernah berjanji kepada keluarga, malah mengumumkan secara terbuka, bahawa beliau akan sedaya upaya menyiasat apa yang berlaku sebenarnya dalam kejadian kematian Beng Hock.  Malah beliau berikrar bahawa mereka yang bersalah akan dihukum, dan tidak akan dilepaskan sewenang-wenangnya.  Ikrar tersebut masih berdengung di tepi telinga, namun PM Najib pula kelihatan bagai melepaskan batuk di tangga ketika mengendalikan kes ini.  Kami amat terkilan dengan kesudahan sedemikian.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Keterangan Tidak Adil Dan Perlu Dipinda

Posted: 28 Jun 2012 09:23 AM PDT

KUALA LUMPUR,28 JUN : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendesak agar kerajaan meminda akta baru seksyen 114(A) Akta Keterangan 1950 kerana disifatkan akan memberikan ketidakadilan kepada pengguna Internet.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kesan apabila akta digazetkan ia akan memberikan kesan implikasi ekonomi khususnya dalam usaha negara membangunkan industri berasaskan internet.
Pindaan akta itu apabila dilaksanakan akan menyebabkan pengendali atau penyedia yang menyediakan perkhidmatan blog, forum online dan portal akan disabitkan dengan kesalahan apabila terdapat pihak lain yang memaparkan komen yang melanggar undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

How Pakatan Rakyat can move Malaysia towards non-racial politics

Posted: 28 Jun 2012 09:22 AM PDT

How Pakatan Rakyat can move Malaysia towards non-racial politicsBarisan Nasional may wish to keep on denying this but we can't escape the fact that it is the BN's divisive politics that has made our society into one so racially charged.
In the Umno-led coalition government of 13 race-based parties, 'Malay nationalism' and dominance is touted as the only alternative to national unity.
But is it really so? Can't we have another alternative?
Under the purview of Umno's Malay nationalism, other races in the country are forced to form political parties along racial lines. If the dominant majority race insists on its brand of nationalism, wouldn't it be a natural development for other minority races to claim their each and separate nationalisms as well?
Can our national unity be actually based upon racial politics along 'separate nationalisms' or 'political tribalism' which is how the late Yale University professor Leonard Thompson termed it in describing South Africa's apartheid?
Read More / Baca Lagi >>

Zahid dicabar jelaskan kepentingan pemilihan Perimekar

Posted: 28 Jun 2012 09:21 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menjelaskan urusan pembelian kapal selam Scorpene jika terbukti ianya adalah usaha antara kerajaan Malaysia dan Perancis.
Beliau mempersoalkan apakah rasionalnya menggunakan sebuah syarikat peribadi berbanding badan kerajaan lebih terbukti menjamin rahsia keselamatan negara.
"Adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam Scorpene ini usaha antara kerajaan (Malaysia-Perancis)?
"Jika benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti Perimekar Sdn Bhd untuk perkhidmatan dan koordinasi dan bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan negara akan terjamin?
Read More / Baca Lagi >>

IPO FGVH akan jadi macam IPO Facebook?

Posted: 28 Jun 2012 09:19 AM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad

Meskipun kerajaan sangat berbangga dengan menyebutkan bahawa saham FGVH yang akan disenaraikan atau diapong, telah lebih dilanggan (oversubscribed) sebanyak 17 kali sebelum IPO atau pensenaraiannya hari ini, saya pernah membuat ramalan bahawa pelabur institusi (institutional investors) tidak akan mahu kekal sebagai pelabur jangka panjang khasnya kerana beberapa informasi khususnya tentang usia pokok FELDA yang akan memerlukan tanaman semua hampir lebih dari 50 peratus beserta dengan perbelanjaan kos yang besar.
Telahan saya ini semacam disahkan apabila Jurnal Wall Street (WSJ) semalam, membuat ramalan bahawa pelabur tidak mahu kekal dalam jangka waktu panjang sebab tahap pengeluaran dan unjuran pegeluaran CPOnya adalah rendah berbanding dengan pesaing-pesaingnya. FELDA adalah pengeluar CPO yang ketiga di dunia.
Read More / Baca Lagi >>