WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
MIC DAN PPP PATUT SUDAH KENAL UMNO Posted: 28 Jun 2012 09:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TIDAK sampai beberapa jam, MP Sri Gading pun buat `U-Turn' tarik balik soal 'gantung Ambiga'. Memang sudah dijangka, pemimpin ini sedar bahawa hayat Umno pasti lebih hampir ke liang kubur jika sokongan kaum India lari dari menyokong Bn. Maka, tiada pilihan lain terpaksa tarik juga apa yang beliau sebut di dalam Parlimen baru-baru ini. Baca SINI. Speaker pula kata tiada salahnya apa yang disebut oleh MP Sri Gading ini. Lucu juga lihat gelagat puak-puak ini apabila digertak oleh MIC dan PPP. Tidak perlu kita di dalam PR atau BERSIH yang bertindak, cukup sesama mereka saja sudah boleh bikin MP Sri Gading yang bersuara hebat di dalam Parlimen ini kecut perut. Apabila sudah tertekan, DAP pula yang dijadikan mangsa untuk menghilangkan malu beliau. Maka, dituduh DAP bermain dengan perkauman di dalam isu tersebut. Kalau DAP bermain perkauman, mengapa MIC dan PPP melenting? Ambiga bukan berbangsa Cina, maka lojiknya MIC atau PPP yang melenting itu lah sepatutnya di label perkauman. Sebenarnya isu ini melampau isu perkauman. Ini isu bijak atau bodoh kenyataan MP Sri Gading itu. Samada beliau tarik balik atau tidak, rakyat sudah tahu mainan puak-puak ini. Kepada MIC dan PPP, kamu sepatutnya lebih kenal Umno sekarang./wfauzdin.blogspot.com |
SEMAKIN LAMA JADI WAKIL RAKYAT, SEMAKIN BODOH PULA Posted: 28 Jun 2012 01:10 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TIDAK pula aku menyangka MP Sri Gading ini sampai sanggup memperbodohkan dirinya hanya kerana sakit hati dengan BERSIH. Maklumlah, Umno buat perhimpunan tidak sampai tahap yang dikehendaki walaupun banyak duit habis untuk membawa penyokong-penyokong mereka berhimpun. Tidak semena-mena MP Sri Gading ini mengesyorkan agar S.Ambiga dihukum gantung hanya kerana perhimpunan BERSIH baru-baru ini yang berjaya mengumpul lebih dari 200, 000 orang dari berbagai kaum. Otak letak dilutut MP Sri Gading ini pun berhujah bahawa perhimpunan BERSIH bersamaan dengan tindakan kumpulan Al-Maunah, kononnya untuk menjatuhkan kerajaan atau menentang DYMM YDP Agong. Terlalu jauh perbandingan yang dibuat menampakkan tahap kebodohan melampau MP Sri Gading ini. Hakikatnya bahawa peristiwa Al-Maunah yang merampas senjata dari kem tentera di Grik Tahun 2000 itu pun berapa kerat yang percaya bahawa itu bukan sandiwara? Jika benar sekali pun peristiwa yang berakhir di Bukit Jenalik itu bukan sandiwara, jalan cerita peristiwa tersebut teramat jauh untuk dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH. Apa motif geng-geng Al-Maunah? Apa motif atau matlamat BERSIH? Senjata apa yang digunakan oleh kumpulan Al-Maunah yang diketuai oleh Amin tersebut? Senjata apa pula yang digunakan oleh S.Ambiga bersama ratusan ribu rakyat di dalam Himpunan BERSIH? Al-Maunah tidak pernah memohon kepada pihak berkuasa untuk memasuki kem dan mengambil senjata seterusnya berkubu di Bukit Jenalik. Adakah BERSIH juga tidak pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan? Aku rasa MP Sri Gading ini sudah merasakan agak sukar baginya untuk dipilih lagi sebagai calon di dalam PRU akan datang, justeru itu jalan terakhirnya adalah membodek yang menampakkan kebodohan beliau sendiri. Ertikata, rakyat tidak perlu berfikir panjang jika mahu memilih Wakil Rakyat yang cerdik, tetapi jika rakyat di Sri Gading masih memerlukan Wakil Rakyat yang bodoh maka Wakil Rakyat ini wajib dikekalkan. Nampaknya pemimpin-pemimpin Umno semakin kehilangan daya berfikir mereka akibat tekanan yang begitu kuat oleh Pakatan Rakyat. Kewarasan mereka semakin hilang maka berbagai-bagai kenyataan dungu yang keluar dari mulut mereka. Contohnya, debat bukan budaya kita kata mereka. Itu kenyataan yang bodoh lagi membodohkan. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan