Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


GILIRAN KJ `COVER' NAJIB PULA

Posted: 24 Jun 2012 08:51 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MENGAPA tiba-tiba KJ, Ketua Pemuda Umno yang tidak dilantik sebagai anggota Kabinet Najib beriya-iya menyebut tiada sapina untuk Najib hadir ke mahkamah Perancis?  Walhal, semua tahu memang belum ada sapina dikeluarkan untuk Najib mahu pun Zahid Hamidi hadir ke mahkamah Perancis.

KJ `cover' lagi Najib dengan katanya, "Dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam berharga RM7.3 bilion itu tidak melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia". (Malaysiakini).  Tapi KJ ada menyebut, " Ini adalah kes antara seorang peguam Perancis dengan satu syarikat Perancis yang melibatkan kita tetapi bukan kita yang didakwa dalam kes tersebut,".

 
 
Apa yang KJ maksudkan `melibatkan kita" itu?  Memang benar, kes tersebut pertuduhannya bukan ke atas Najib, Razak Baginda atau Kerajaan Malaysia, tetapi ada melibatkan salah satu di antara tersebut.  Jika tidak, bagaimana timbul kes dokumen pertahanan boleh terlepas ke tangan DCNS?  Masakan syarikat tersebut boleh mencuri dokumen berkenaan dari Kementerian Pertahanan?  Siapa yang membawanya keluar?  Siapa pula Menteri Pertahanan waktu itu jika bukan Najib?  Ertinya, nama Najib memang disebut di dalam kes ini tetapi Najib bukan orang yang dipertuduhkan.
 
Contohnya seperti isu NFC.  Yang mahu didakwa atau disiasat adalah Syarikat NFC, bukan lembu kondo walaupun lembu kondo disebut di dalam kes ini.  Seperti juga di dalam kes satu-satu rompakan bank, yang mahu didakwa adalah si perompak tetapi disebut juga nama Pengawal Keselamatan bank berkenaan.  Ada kah Pengawal Keselamatan itu merompak?  Sudah tentu tidak, tetapi ada kemungkinan Pengawal Keselamatan itu bersubahat dengan perompak-perompak berkenaan.  Jadi, di dalam isu Scorpene ini banyak nama yang disebut maka tidak mustahil mereka juga bersubahat.
 
KJ patut tahu samada Najib atau Zahid Hamidi berani atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis apabila mereka di sapina nanti.  Kalau mereka berani baguslah kerana bertindak bijak, tetapi jika tidak berani Najib atau zahid Hamidi boleh lah letak jawatan kerana mempunyai jiwa yang kecil.  Rakyat Malaysia tidak mahu merasa malu mendapat PM atau Menteri yang penakut./wfauzdin.blogspot.com
 

BANGLA DICAMPAK KELUAR TINGKAP OLEH WARGA MALAYSIA?

Posted: 24 Jun 2012 01:55 AM PDT

LAWAK LAWAK MSIA..
 
Pada suatu hari, ada 5 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi. Seorang warga Swiss, seorang warga Cuba, seorang warga USA, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.

Sedang dalam perjalanan, warga Swiss tu merasa gatal , lalu dia membuka jam tangan ROLEX nya , dan dibuang keluar keretapi semata-mata untuk menggaru tangannya.  Semua terkejut dengan tindakan si Swiss dan belum sempat bertanya, si Swiss ni kata " its ok.. too many ROLEX in Geneva ,"

Tanpa mengendahkan kata-kata si Swiss tu, Orang Cuba pula mengeluarkan satu kotak cigar berjenama, dibakarnya satu dan yang lain dibuang ke tingkap.  Terperanjat besar dengan tindakan si Cuba ni, si Swiss bertanye, "why sir?? Its very exclusive cigars!!,".  Si Cuba menjawab," Dont worry , there is too many cigars in Cuba".
 
Tiba-tiba berbunyi berdering "Ring Ring" tanpa berfikir panjang, warga USA terus membuang handphone keluar tingkap.  "You know..too many I Phone in USA" kata si USA itu.  

Si Malaysia dan si Bangladesh terpinga-pinga dengan perbuatan mereka tadi.  Belum sempat si Bangladesh kata apa-apa, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.  Dengan selamba  berkata "nevermind ... too many Bangla in Malaysia too!..../Diceritakan oleh seorang rakan, Torres Villa

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Lagi perang ceramah PAS vs UMNO di Melaka

Posted: 24 Jun 2012 08:35 AM PDT

Nazri Abdullah,24 Jun 2012

ALAI: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam ini bakal menyaksikan ceramah sebelah menyebelah antara PAS dan Umno.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.
Tempat ceramah Umno pula hanya berjarak kira-kira 200 meter dari tempat Himpunan Hijau itu.

(Gambar: Khairul Faizi turut mempamerkan kebolehan bermain gitar.)

Biarpun ceramah Umno hanya dijangka bermula malam ini, namun pembesar suaranya sudah mula diuji dari petang ini sebaik sahaja program Himpunan Hijau bermula kira-kira 4.30 petang.

Ketika program pemuda mengambil pentas di himpunan hijau dengan ucapan dan persembahan, corong pembesar suara di tempat BN yang dihadap betul-betul menghala ke himpunan hijau dipasang lagu-lagu dan nasyid dengat kuatnya.

Beberapa pemimpin pemuda Pakatan ketika berucap mendakwa, gangguan sedemikian merupakan biasa berlaku di sekitar negeri ini.

Selain 'perang' pembesar suara, suasana di sepanjang jalan tempat ceramah juga penuh dengan bendera kedua-dua parti yang digantung di tiang-tiang dan pokok.

Permulaan memberangsangkan

Sementara itu, sambutan terhadap program himpunan hijau pada sebelah petang tadi sangat memberangsangkan.

Hampir 1,000 orang sudah membanjiri perkarangan Surau Ustaz Ali bagi mengikuti program yang akan berlangsung sehingga kemuncaknya malam ini.

Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka mengambil tema 'Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau'.

Antara program yang berlangsung petang tadi termasuklah konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan tempatan.

Turut hadir petang tadi Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil. - Harakah

BOLLYWOOD : Pelakon Rajesh Khanna kritikal

Posted: 24 Jun 2012 07:35 AM PDT

Bintang Bollywood Rajesh Khanna kritikal
Rajesh Khanna yang popular di India dan banyak negara termasuk di Malaysia kritikal
RAJESH Khanna, bintang Bollywood yang dikenali sebagai 'first superstar',  sakit dan tidak makan sejak tiga hari lalu, lapor BBC hari ini.

Memetik pengurusnya, laporan itu berkata, Rajesh, 69, yang turut dikenali dengan nama "Kaka" dimasukkan ke hospital April lalu selepas mengadu kurang sihat.

Artis itu kini berada di rumah dengan dijaga oleh isterinya yang tidak tinggal bersama,  Dimple Kapadia. Dimple juga aktres.

Aktor veteran itu telah berlakon lebih 160 filem, antaranya Kati Patang, Aaradhana, Anand dan Amar Prem.

"Dia tidak sihat, dan dia berada di rumah. Dia telah berhenti daripada makan sejak tiga empat hari lalu.

"Dimple bersama dia dan anak perempuannya Rinke juga melawat dia," kata Ashwin, pengurusnya dipetik agensi berita Press Trust of India. - Sinar Harian

Wanita Islam jadi penari Kelab hanya kerana RM100

Posted: 24 Jun 2012 05:02 AM PDT

Jawi Cekup Empat Wanita Islam Jadi Penari Di Pusat Hiburan
KUALA LUMPUR: Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam Sabtu.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata dia hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana kebetulan.
Menurut Baby, dia mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa Jawi dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke Jawi dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya. - BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Bantu Yang Miskin, Yang Terpinggir, Yang Memerlukan Pembelaan

Posted: 24 Jun 2012 09:05 PM PDT

Anwar Ibrahim: Kita Perintah, Kita Tukar, Sistem Perlu Ditukar

Posted: 24 Jun 2012 09:05 PM PDT

KEMENANGAN IKHWANUL MUSLIMIN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI 1400TAHUN YANG LALU

Posted: 24 Jun 2012 09:01 PM PDT

Mohd Yusof Hadhari

Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka  untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah "As-Solah Qobla Al-Islah", iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

"Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah)," pesan Syeikh Jum'ah Amin.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tetap perjuangkan SAR

Posted: 24 Jun 2012 08:59 PM PDT


Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah menegaskan bahawa Pas amat mengalu-alukan pendidikan agama termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Walaupun perkara tersebut dicemari dengan insiden bantahan SAR oleh Pakatan Rakyat (PR) di Perak sebagaimana disiarkan dalam akhbar arus perdana belakangan ini, beliau menganggap PR di negeri itu mempunyai alasan  tersendiri untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, isu yang berlaku di Perak dengan apa yang berlaku di Terengganu adalah dua keadaan berbeza sehingga menyebabkan PR membantah pembinaan tersebut.

"Dalam konteks SAR, kita alu-alukan pembinaan. Masa kita memerintah Terengganu, kita beri bantuan kepada SAR yang ditubuhkan oleh individu tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Walau politik Melayu berpecah ekonomi jangan musnah

Posted: 24 Jun 2012 08:57 PM PDT

Tan Sri Muhammad Ali Hashim HARI ini bangsa Melayu menghadapi suasana politik yang jelas sekali berpecah-belah. Tiada tandatanda yang suasana politik berupaya mengembalikan perpaduan Melayu dalam tempoh terdekat, mahu pun dalam jangka masa sederhana. Tambahan pula dengan kaedah amalan demokrasi yang semakin bercorak politik pertarungan kalah-mati atau "zero-sum game" dalam perebutan kuasa pemerintahan.

Bangsa Melayu terpaksa menerima hakikat perpecahan politik berparti sebagai realiti hidup bermasyarakat dan berdemokrasi. Persoalan yang timbul dari realiti perpecahan ini ialah, sementara dipupuk semula perpaduan, apakah yang harus Melayu lakukan supaya mereka terus membina kekuatan ekonomi, tidak terlepas peluang bisnes dan melangsungkan kedudukan kuasa korporat untuk menjadi bangsa maju? Bagaimana boleh diperkasakan ekonomi Melayu dan umat Islam di Malaysia supaya mencapai taraf "Khalifah" dalam bisnes dan ekonomi satu hari nanti?
Read More / Baca Lagi >>

Akhirnya Fitnah Betina Sial Ini Terdedah Juga..

Posted: 24 Jun 2012 08:54 PM PDT

Perempuan sial kesukaan UMNO, Ummi Hafilda mula berdolak dalik apabila dakwaannya bahawa Dato Seri Anwar kenal seorang wanita Misteri yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia semalam didakwa sebagai fitnah oleh wanita misteri tersebut iaitu Zaliah Zakaria. Cuba anda baca kenyataan UMMI Hafilda di bawah. Haha...mula nak selamatkan diri. Penulis harap sangat agar wanita misteri ini dapat ambil tindakan menyaman Ummi Hafida yang bermulut syaitan itu...


WANITA MISTERI YANG DITUDUH BELIAU ADA KAITAN DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, TAMPIL BUAT PENAFIAN SECARA RASMI..



Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.


Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.

PRU 13 : Anwar belum puas hati senarai calon

Posted: 24 Jun 2012 08:51 PM PDT


Anwar belum puas hati senarai calon
Anwar ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Rakyat, kelmarin.
 
IPOH – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertolak ansur mengenai kelayakan pimpinan PKR yang akan bertanding terutama untuk barisan pemuda dan wanita.

Menurutnya, kelayakan dan kewibawaan seseorang calon merupakan faktor utama yang akan memastikan kemenangan parti.

Bagaimanapun katanya, senarai pimpinan wanita dan pemuda yang dikemukakan setakat ini masih tidak mencapai sasaran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: Leave funding of mega Islamic bank to market forces

Posted: 24 Jun 2012 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 25 — Pakatan Rakyat (PR) MPs are demanding Bank Negara Malaysia (BNM) explain why it is proposing that Petronas and pension funds be used to set up a mega Islamic bank, saying that foreign institutions should instead be used to underwrite some of the US$1 billion (RM3.2 billion) in start-up capital.
Opposition lawmakers are also questioning BNM's role in the matter, pointing out that the central bank has no business to get involved in the setting of a new bank.
"When BNM announced in 2010 that it would issue two licenses to create two mega banks with a paid-up capital of at least US$ 1 billion, the market expectation was that it would be foreign institutions given the sheer size of the exercise.
"Why should we ask Petronas and KWAP (Kumpulan Amanah Wang Pencen) for funds to create a mega Islamic bank? After all, we have been given the impression that there has been a lot of interest, especially foreign, in the mega Islamic bank," Nurul Izzah Anwar (picture) told The Malaysian Insider.
The PKR vice-president stressed that Petronas and KWAP should have no business in running a bank and that extra profits of Petronas should be reinvested in its core activities, not in a project in which it has no expertise in.
She said the best way would be to entice a group of committed financial institutions, preferably foreign, to form a consortium to create the mega Islamic bank.
Read More / Baca Lagi >>

NGO: Jangan pandang serong kenyataan Salahuddin

Posted: 24 Jun 2012 08:48 PM PDT


 
Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyeru pemimpin politik dan NGO supaya tidak memandang serong terhadap kenyataan Naib President PAS, Salahuddin Ayub mengenai isu Thaipusam sewaktu debat bertajuk "Demonstrasi Jalanan Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi" baru-baru ini.

"Mipas ingin menegaskan kepada pemimpin politik dan NGO (supaya) jangan membuat keputusan menyeluruh berdasarkan sesuatu konteks sahaja. Kita perlu melihat secara menyeluruh apa yang Salahuddin ingin menjelaskan," kata Setiausaha Agung Mipas, Barathidasan Saminathan.Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin BN mahu PRU, letih karenah ahli perniagaan dan persatuan

Posted: 24 Jun 2012 08:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Letih dan penat dengan ugutan berterusan daripada kumpulan tertentu, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini berhadapan ancaman daripada pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan, kesatuan, dan pemimpin atasan, mereka tidak lagi mahu menunggu pilihan raya umum ditunda lebih lama.
Sumber berkata kepada The Malaysian Insider, konsensus antara menteri dan pemimpin BN mahukan pilihan raya lebih awal berbanding diadakan pada penghujung tahun.
Alasannya: pengundi mengetahui bahawa pilihan raya kali ini amat sukar untuk Umno/BN, jadi menteri berada di bawah tekanan untuk memberikan kontrak, lesen, kebenaran, permit AP, dan banyak lagi.
Jika menteri dilihat enggan melaksanakan permintaan pemimpin berpengaruh dan kumpulan tertentu, sumber menjelaskan mereka mungkin akan kehilangan sokongan dan tewas kepada Pakatan Rakyat (PR) yang berhasrat menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang selepas kejayaan mereka pada 2008.
"Lagi cepat lagi bagus. Pemimpin BN menjangkakan Jun atau Julai, namun berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas pembentangan Bajet, dan akan memberikan lebih tekanan kepada mereka," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Isu Rafizi & Faekah bukan krisis

Posted: 24 Jun 2012 08:45 PM PDT



 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu peletakan jawatan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor dan isu sekitar pegawai kanan menteri besar Faekah Husin bukanlah krisis politik.

Menurut Anwar - penasihat ekonomi Selangor - Rafizi meletakkan jawatan bagi memfokuskan tenaganya kepada kerja-kerja parti.

Rafizi akan membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, kata Anwar yang juga ketua pembangkang dan ketua umum PKR.Read More / Baca Lagi >>

Tok Pa: Pelabur tak berminat ke Kelantan...!!!

Posted: 24 Jun 2012 08:42 PM PDT

Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.
  
"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia’s future looks bleak

Posted: 24 Jun 2012 08:39 PM PDT

The only way for Malaysia's future to be assured is for all parties to play by the rules of the game.

The best possible way to assess the future of a country is to look into certain basic fundamentals. These fundamentals, if accurately gauged and analysed, will give a clear indication of what is in store for a nation despite global uncertainties.
In Malaysia, the fundamentals that are often looked into by economists, politicians and others in assessing the economic and political and social climate of the country are considered "narrow" and perhaps even limited.
Nevertheless, the Barisan Nasional government which has governed Malaysia exclusively since the inception of Merdeka, has given Malaysians many assurances that the future of the country is bright as the fundamentals are all strong and well.
Despite dispensing these assurances, and even providing "formidable evidence" that Malaysia is a safe bet to hedge your future, the belief and trust by many Malaysians in the leadership of the country is to be found wanting.
Read More / Baca Lagi >>

Pasukan Khas Siasat Dakwaan SYABAS Loji Kurang Air

Posted: 24 Jun 2012 08:37 PM PDT

BATU CAVES 25 JUN : Satu pasukan khas yang terdiri daripada panel pakar akan dihantar ke loji rawatan air bagi menyiasat menyebaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berhubung tahap penurunan paras air di empangan Semenyih dan Langat sejak minggu lalu.
Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hal itu perlu disiasat kerana mendapati penggunaan dan pengurusan air di loji itu agak tidak konsisten daripada jumlah keluaran air.
"Mengapa terdapat kekurangan dalam loji rawatan itu? Loji rawatan mempunyai loji untuk menyimpan air jadi kenapa terdapat penurunan?.
"Jumlah air mentah di negeri antara ukuran yang boleh diukur ialah melalui jumlah air di empangan. Jumlah air itu kalau melimpah maknanya empangan itu mempunyai lebih daripada 100 peratus jumlah air.
Read More / Baca Lagi >>

Manifesto: PKR juga bantah rakaman

Posted: 24 Jun 2012 08:37 PM PDT


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM - Selari dengan pendirian Pas, PKR juga tidak bersetuju jika manifesto parti-parti politi hanya disiarkan dalam bentuk rakaman, bukannya secara langsung menerusi RTM yang disangkakan sebelum ini.

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mahu menggunakan kaedah tersebut, maka perlu ada perjanjian hitam putih agar kandungan tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya tak setuju dengan rakaman manifesto PR yang dibuat sebelum menyiarkannya melalui RTM kerana ia pasti akan diedit.
Read More / Baca Lagi >>

By now, Umno-BN the most corrupt regime in ASEAN with largest stash of illicit outflows

Posted: 24 Jun 2012 08:36 PM PDT

By now, Umno-BN the most corrupt regime in ASEAN with largest stash of illicit outflowsNajib may preach to the people on 'political certainty' to save BN (Barisan Nasional) from tumbling in the next general election. But little does he realise that political certainty and economic stability remain an ideal when corruption is endemic in the government. Corruption or misuse of public power is synonymous to bad governance of a country.
"UMNO and BN are whirling with a welter of scandals and corruption, a festering economy and of late the exposé that foreign authorities have been poring over the bank accounts of well-established Malaysians including politicians," commented a senior lawmaker. "Nothing seems to bode well for the government before the next general election," he added.
Malaysia's CPI in 2011 as published in TI (Transparency International) was 4.3 – the worst ever score in the past 10 years. This figure is bound to drop more with the revelation of more corruption cases by the strong Opposition force in the country now.
Read More / Baca Lagi >>

Sembunyi Tarikh Pilihan Raya Rakyat Tidak Sabar ‘Kapankan’ Umno-BN

Posted: 24 Jun 2012 08:32 PM PDT

KUALA LANGAT 25 JUN : Umno-BN seharusnya gentar dengan perkembangan terkini di mana sokongan terhadap parti itu semakin berkurangan dengan rakyat menunjukkan tanda jelas inginkan perubahan dalam tampok pemerintahan negara.
Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, rakyat ketika ini sedar mereka tidak boleh lagi bergantung harap kepada Umno-BN yang selama mentadbir negara melakukan pelbagai salah laku dan penyelewengan termasuk rasuah.
Malah, perubahan positif dengan sokongan berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini jelas menghadirkan gerun kepada pucuk pimpinan negara yang terus merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Read More / Baca Lagi >>

'Masalah permit, tapi ubatnya tayar' - Kerajaan 1Malaysia.

Posted: 24 Jun 2012 08:31 PM PDT



 
Lain yang sakit, lain pula ubatnya. Begitulah yang dapat ditafsirkan dalan subsidi TR1MA yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seluruh Malaysia.

Semua masyarakat sedia maklum, masalah sebenar perkhidmatan teksi di Malaysia adalah berleluasanya permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat, berbanding kepada pengusaha teksi individu. Kebanjiran permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat menyaksikan mereka untung 'atas angin' di atas penat lelah pemandu teksi.

Sebagai contoh, secara purata kadar sewa teksi sehari adalah RM50. Jika dikumpulkan selama sebulan, ia menjangkau RM1,500 (aama bayaran bulanan kereta 2.4 cc). Sedangkan syarikat hanya membayar sekitar RM 500-RM700 sebulan kepada bank untuk sebuah teksi.

Dengan kata lain, syarikat secara mudah mengaut keuntungan sebanyak RM800/bulan/teksi. Jika sesuatu syarikat itu memiliki 100 buah teksi, mereka secara mudah mereka mengaut keuntungan sehingga RM80,000 tanpa menumpahkan sebarang keringat di jalan raya.Read More / Baca Lagi >>

Bila persempadanan semula pilihan raya akan dimula..??

Posted: 24 Jun 2012 08:28 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya akan dimulakan.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengemukakan soalan berkenaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS hari ini.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah jenis-jenis permit import (AP) yang dikeluarkan serta berapakah hasil pendapatan negara dalam pengeluaran permit-permit import ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi

Posted: 24 Jun 2012 08:28 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang menghina penghijrahan beliau.

Abby melahirkan kekecewaan itu melalui twitter beliau hari ini terhadap pihak yang 'mengata' dirinya yang kini kerap tampil di pentas ceramah PAS.

"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul.

"Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakaman manifesto akan jadi macam video Bersih 2.0

Posted: 24 Jun 2012 08:27 PM PDT


KUANTAN: Saranan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof untuk semua parti politik memberi kerjasama dan mencuba dulu sebelum mempertikai dan sangsi dalam cadangan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM secara rakaman telah ditempelak PAS.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa kredibiliti BN yang teruk adalah sebab utama mengapa pembangkang menolak cadangan SPR untuk menyiarkan manifesto secara rakaman.

"Rekod BN yang tidak jujur dan beramanah adalah penyumbang terbesar mengapa bermungkinan besar manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagaimana video versi polis insiden Bersih 2.0," kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata soalan yang berlegar di minda rakyat kini ialah apakah jaminan rakaman tersebut tidak diedit dan dipotong mengikut kehendak BN seperti video Bersih 2.0.

"Bahkan perkara ini dijangka berulang di video Bersih 3.0 versi BN," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Umno buat ceramah sebelah Himpunan Hijau

Posted: 24 Jun 2012 08:26 PM PDT


ALAI: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam ini bakal menyaksikan ceramah sebelah menyebelah antara PAS dan Umno.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.

Tempat ceramah Umno pula hanya berjarak kira-kira 200 meter dari tempat Himpunan Hijau itu.

(Gambar: Khairul Faizi turut mempamerkan kebolehan bermain gitar.)

Read More / Baca Lagi >>

Confirm, aku akan saman Utusan – Mohamad Sabu

Posted: 24 Jun 2012 08:26 PM PDT


MELAKA: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menegaskan akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu fitnah Polis Bukit Kepong tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi yang peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang polis yang beliau buat tidak benar dan ada unsur fitnah.

"Akhirnya Visvanathan yang memohon maaf kepada saya dan merayu supaya dia tidak disaman di mahkamah kerana memfitnah aku," ujar Mohamad.

Beliau berkata Visvanathan beberapa kali memohon maaf kepada beliau dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepadanya.

"Visvanathan beberapa kali berkata 'we are brother', saya mohon maaf.
Read More / Baca Lagi >>

RM 3 Bilion : UMMI HAFILDA SUDAH KANTOI!!!!...

Posted: 24 Jun 2012 08:25 PM PDT

MEMANG SAH BELIAU KAKI PENIPU DAN PEMFITNAH NOMBOR SATU UNTUK UMNO!!!....WANITA MISTERI YANG DITUDUH BELIAU ADA KAITAN DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, TAMPIL BUAT PENAFIAN SECARA RASMI..



Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.


Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.Read More / Baca Lagi >>

'Umno nak 'mengurat' PAS, kita jawab tak nak'

Posted: 24 Jun 2012 08:23 PM PDT


MELAKA: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan sesekali termakan pujuk rayu Umno yang dilihat cuba 'mengurat' PAS apabila mereka kini dalam keadaan sangat lemah.

Sebaliknya, PAS akan tetap bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi berjuang menentang ketidakadilan yang dilakukan pemerintah negara ini.

Menurut beliau, walaupun Umno itu parti Melayu, tetapi PAS tetap menentangnya kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan mereka sejak 54 tahun memerintah.

"Walaupun Umno kata Melayu tak boleh tentang Melayu, tapi Islam ajar kita supaya menentang kezaliman walaupun datang dari kaum kita sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT