Sabtu, 23 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU RAFIZI - PEDULIKAN MEREKA ASALKAN `ABU' BAKAL TUTUP MULUT UMNO

Posted: 23 Jun 2012 01:25 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategik KEADILAN letak jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor heboh diperkatakan seolah-olah Sdr Rafizi keluar parti.  Ini perkara remeh jika mahu dibandingkan dengan peristiwa beberapa ekor katak yang melompat cari makan sebelum ini.

Beberapa ekor katak lapar yang melompat dari KEADILAN dan ada di antara mereka dapat jutaan ringgit akibat lompatan yang cantik itu, adakah KEADILAN tumbang atau merosot pengaruh kerana isu lompat ini?  Tidak berlaku pun, malahan KEADILAN bertambah kuat sekarang.

Jadi, isu Rafizi ini isu apa?  Berapa banyak Rafizi bawa wang rakyat Selangor sebelum dia meletakkan jawatan?  Berapa banyak kes rasuah atau penyelewengan Faekah, SU MB Sgor sekarang?  Berapa banyak pula YB Azmin lesapkan duit rakyat?  Dan, selama ini teruk sangatkah Tan Seri Khalid menjadi MB Selangor?  Kesemua mereka ini dikaitkan dengan isu Rafizi meletakkan jawatan, sedangkan tiada satu sen pun duit rakyat Selangor masuk di dalam poket mereka.

Ertinya apa?  Ertinya isu ini tidak lebih dari isu remeh dan biasa iaitu mungkin berkaitan dengan perbezaan pendapat atau pendekatan di dalam menguruskan parti atau kerajaan di antara Sdr Rafizi, Faekah, Azmin dan TS Khalid.  Sdr Rafizi sudah jelaskan bahawa beliau mahu tumpukan kepada tugas di dalam parti iaitu sebagai Pengarah Strategi KEADILAN Pusat.  Soal jawapan Rafizi itu sebagai jawapan penuh hikmah, itu soal lain.  Yang penting, Rafizi masih kekal di dalam parti.

Biarkan media termasuk blog-blog Umporno buat cerita.  Kalau cerita fitnah dan lucah pun mereka sanggup buat, apa lagi cerita sebegini.  Apa yang penting kita mesti lihat bahawa kesemua mereka iaitu Rafizi, Faekah, Azmin dan TS Khalid setakat ini masih bersih.  Tatacara mereka bekerja mungkin ada bezanya dan ada yang kita juga turut bersetuju dengan Rafizi, ada juga yang bersetuju dengan Faekah.  Bagi aku, penting bagi pimpinan kerajaan Selangor mendengar suara orang-orang politik terutamanya di Selangor kerana dengan politik lah maka KEADILAN/PR bentuk kerajaan di Selangor.  Kalau tidak bersetuju dengan aku, itu perkara biasa asalkan ABU !! /wfauzdin.blogspot.com

TERUS TERANG SAHAJA MEDIA KITA MEMANG BANGSAT

Posted: 23 Jun 2012 01:47 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
RAIS YATIM, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 Jun lepas berkata parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.  Ada yang percayakah dengan cakap-cakap Ahli Parlimen Jelebu yang kuat berbohong ini?
 
Jika Rais Yatim yang dahulunya pernah `membakar jambatan' dengan Umno kemudian melutut semula dengan Umno untuk cari makan, adakah rakyat boleh percaya lagi dengan beliau?  Berkenaan kebenaran parti-parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing melalui RTM, belum pun sempat ianya dilaksanakan, ada pencacai lain tolong jelaskan apa yang Rais Yatim maksudkan itu.  Pengerusi SPR bercakap bagi pihak Rais Yatim iaitu hanya rakaman sahaja dibenarkan.

Ertinya, kita bentangkan manifesto dan RTM rakam, kemudian akan disiarkan.  Orang gila mana yang percaya jika rakaman dibuat kemudian disiarkan tanpa disunting?  Siapa tidak kenal media di bawah kawalan Umno ini?  Kononnya jika manifesto dibuat secara langsung, nanti ada yang tidak terkawal contohnya mengaibkan seseorang pemimpin.

Semenjak bila RTM peka dengan kerja-kerja mengaibkan pemimpin ini?  Pengerusi SPR tidak pernah menonton TV kah?  Sudah bertahun media haprak ini buat kerja mengaibkan pemimpin pembangkang.  Daripada isu yang dicipta-cipta sehinggalah kepada isu seks dan lucah, mana pernah media ini berhenti sehingga sekarang?  Mengapa di dalam bab manifesto ini bukan main lagi Pengerusi SPR ini mengampu Rais?

Sudahlah.  Cakap sahaja terus terang memang tiada kebebasan media di dalam negara ini sebab kita kenal siapa Pengerusi SPR ini.  Bangsat sungguh./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERHOT : Najib semakin menggelabah ... 200 ahli dan pemimpin UMNO/BN akan umum keluar parti malam ni

Posted: 23 Jun 2012 09:47 PM PDT

Semalam Najib Razak terus memberi tekanan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor menjelang PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa. Beliau mengatakan kerajaan persekutuan yang akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah kerajaan "yang tidak boleh diharap".

Ini berikutan dakwaan Presiden Umno itu bahawa Parti Keadilan yang mengawal Selangor berada dalam krisis konflik dalaman dan menyeru kepada pengundi untuk memilih parti yang "boleh menentukan kesinambungan kestabilan dan keyakinan".

"Pakatan Rakyat juga tidak menghargai kebaikan PTPTN dan mereka juga tidak merasakan keperluan untuk membayar hutang mereka". Najib memberitahu kepada 500 hadirin,"Jika kita mati tanpa membayar hutang, jiwa kita akan diseksa di akhirat nanti".

Kehancoran UmnoBn

Apabila taraf seorang Perdana Menteri dari UmnoBn sibuk membicarakan hal parti-parti dari Pakatan Rakyat, ini menunjukkan bahawa nilai taraf seorang Perdana Menteri itu diletakkan ditahap yang paling bawah sekali. Sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia, sepatutnya beliau membicarakan soal membantu Rakyat, merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang merangsangkan dan melaksanakan pemerintahan yang bersih tanpa ketirisan, rasuah serta penyelewengan.

Apabila dikatakan pemberian pendidikan percuma itu membankrapkan Negara, penurunan harga petrol RON95 membankrapkan Negara, pemberian Air Percuma membankrapkan Negara... ini mempamerkan sikap hati yang busuk dari seorang pemimpin tertinggi Negara terhadap rakyat... Apabila Rakyat dibantu, Negara akan bankrap... tidak pula bankrap Negara jika anak menteri diberi projek jutaan dan billion Ringgit serta ratusan juta Ringgit diberi kepada keluarga Menteri hanya untuk membela lembu.

Ratusan Ahli & Pemimpin Bn Keluar Parti

Belum lagi reda kemusnahan yang akan melanda BN Sabah dalam waktu terdekat nanti, malam ini akan berlaku satu lagi kehancoran kepada UmnoBn apabila Ratusan Ahli dan juga Pemimpin-pemimpin Bn akan mengumumkan keluar parti.

Pengumuman keluar parti anggota dan pemimpin Bn akan berlaku semasa Program Merdeka Rakyat yang akan diadakan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada jam 9 malam nanti. Kita tunggu dan lihat...

Najib Razak sibuk mendendangkan dan melayani masalah-masalah kecil Parti dari Pakatan Rakyat... dalam masa yang sama UmnoBn semakin hari semakin hancor apabila terperangkap dengan strategi Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang...

Ayuh !!! Teruskan permainan ini... Anak-anak muda semakin hari semakin jijik dengan UmnoBn... Reformis Anak Muda

Jambatan gantung [mengerikan] di pendalaman Sarawak - inilah yang diberikan BN selepas 49 tahun .. mai tengok

Posted: 23 Jun 2012 06:30 AM PDT


MS: Apa kata kita minta Najib bawa si katek dia lalu jambatan ni .... 

Najib pengkhianat Islam

Posted: 23 Jun 2012 05:06 AM PDT


KUALA LUMPUR:
 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.

Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.

"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu.  Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi.  300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau. -
Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.

Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.

"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji.  Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.

Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini. - Harakah

Ibrahim Ali 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan"

Posted: 23 Jun 2012 03:48 AM PDT

Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011). - Malaysiakini

"Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno" - Cikgu Mala

Posted: 23 Jun 2012 02:47 AM PDT

NORHASPIDA YATIM
22 Jun 2012
Cikgu Mala: 'Saya tidak masuk Umno'
Normala Sudirman menjelaskan laporan yang mendakwa beliau menyertai Umno.
KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Saya berjuang dalam Pas untuk mencari keredaan ALLAH SWT." Demikian kata bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, tindakan penulis blog yang memfitnah dirinya dengan mengatakan beliau kecewa dengan Pas dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan.

"Saya menafikan dakwaan blogger yang mengatakan saya berniat untuk jadi ahli Umno.

"Selaku pimpinan muslimat dan isteri, saya mahu tegaskan saya dapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan jemaah untuk berjuang dalam Pas," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat  Pas, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmud
.

Khabar angin itu mula tersebar sejak Rabu lalu melalui blog penaksj.wordpress.com yang dipercayai dimiliki oleh penulis blog Umno.

Blog itu mendakwa beliau mengalami masalah kewangan serta masalah tuntutan janji kebajikan yang dijanjikan Pas setelah beliau kalah dalam PRK Dun Tenang pada 2010.

Normala yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas berkata, sekiranya isu ini terus dipanjangkan, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

"Saya menuntut permohonan maaf daripada blogger yang membuat fitnah dan menyebarkan berita palsu ini.

"Saya mahu tanya, kalau betul ada pihak mahu bantu kebajikan saya, bila suami saya akan dilayan secara adil dan dikembalikan ke sekolah asal?" katanya.

Beliau berkata, tindakan Umno menukarkan suaminya ke sekolah menengah di Kota Tinggi sejauh 270 kilometer merupakan tekanan dan dendam politik.

"Saya menasihati blogger Umno supaya berhenti daripada menjuarai budaya fitnah dan ini jelas akan menyebabkan semakin ramai rakyat akan terus membenci Umno," katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, Pas tidak menjanjikan kewangan tetapi sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan ahli.

"Isu fitnah begini bukan perkara baru. Kami tidak rasa gentar dengan fitnah begini.

"Kami mahu beri gambaran sebenar mengenai isu ini. Kalau tidak jawab, mereka akan mainkan isu ini berminggu-minggu dan akan mengelirukan banyak pihak," katanya. - Sinar Harian

Najib lantik bekas KSN Sidek Hassan jadi Pengerusi PETRONAS

Posted: 23 Jun 2012 12:36 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

"Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.

Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.



"Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras.
Perdana menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.

Suara dari akar umbi
Bercakap kepada media selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara.

Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.

"Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan," ujarnya.

Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut. - Malaysiakini

Seperti mati hidup semula

Posted: 22 Jun 2012 11:27 PM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Jun 2012
'Seperti mati hidup semula'
Raju adalah mangsa terakhir yang dikeluarkan dan dia kini dirawat di Hospital Besut.
JERTIH - "Saya seperti mati hidup semula. Jika tidak segera dijumpai dan diselamatkan, pasti saya sudah tiada..." demikian kata Raju, buruh warganegara Bangladesh yang paling akhir berjaya dikeluarkan dalam runtuhan astaka di Padang Astaka, Gong Kemuntong, Jertih, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Raju, 42, bersama lima lagi rakan sekerja iaitu dua rakan senegaranya dan tiga warga Indonesia terperangkap di dalam runtuhan tersebut.

Raju yang sudah lima tahun bekerja di negara ini berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakan berada berdekatan, melakukan kerja menyimen pentas astaka itu, apabila tiba-tiba struktur lantai tempat dia berdiri runtuh.

"Pandangan saya gelap dan saya nampak struktur binaan terutama konkrit menghempap kami," katanya yang ketika itu menyangka tidak akan bertemu lagi isteri dan tiga anaknya
yang berada di Bangladesh.



Pedih bila simen keras mencengkam pinggang

"Saya berasa ajal sudah tiba bila sebahagian badan dan tangan yang berada di dalam simen semakin mengeras berikutan terperangkap selama hampir tiga jam sebelum berjaya dikeluarkan pada 3.35 petang."

Menurut Raju, dia berasa amat pedih kerana simen jenis cepat keras itu mencengkam bahagian pinggang, kaki dan tangannya.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana cepat diselamatkan dan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk menjalani pemeriksaan mata akibat termasuk sisa simen, sebelum ditahan di wad Hospital Besut," katanya.

Akibat kemalangan itu, Raju mengalami kesakitan pada kedua dua belah mata selain sakit bahagian belakang badan manakala kaki dan tangannya melecet.


Ucap dua kalimah syahadah tanpa henti

SEMENTARA itu, seorang lagi buruh yang terperangkap, Munawir Pusahwi, 21, dari Madura, Indonesia berkata, dia mengucap dua kalimah syahadah sepanjang terperangkap kerana
menjangkakan peluangnya untuk hidup sangat tipis berikutan sisa runtuhan itu berada di atas kepala.

Katanya, dia turut dikelilingi besi tajam manakala kakinya tenggelam dalam simen yang semakin mengeras.

"Jika lambat diselamatkan mungkin kami akan mati dalam simen yang mengeras itu. Saya baru lapan bulan bekerja di sini dan pengalaman ini amat menakutkan, namun saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana selamat," katanya.

Munawir yang masih dirawat di wad bersama Raju turut berterima kasih kepada pasukan penyelamat dan rakyat negara ini yang berusaha keras menyelamatnya dan rakan.


Tiang tumbang, bahagian lain turut runtuh

SELAIN Raju dan Munawir, seorang lagi warga Indonesia, Fendi, 20, masih dirawat di Wad 6 hospital berkenaan manakala seorang lagi warganegara Bangladesh, Zilo yang mengalami
kecederaan pada bahagian mata akibat termasuk pasir masih dirawat HUSM.

Dua yang lain hanya dirawat sebagai pesakit luar iaitu Ari Ramlan, 31, dan Suksan Ali, 25. Ari berkata, ketika kejadian, dia bersama dua yang lain berada berdekatan Suksan dan Fendi manakala tiga lagi berada di bahagian tengah.

"Selepas menuang simen yang diangkut dengan kren di tapak projek itu, tiba-tiba salah satu tiang yang berada di tengah pentas tersebut tumbang menyebabkan bahagian lain turut
runtuh.

"Kami tidak sempat menyelamatkan diri dan saya fikir nyawa saya akan berakhir pada hari itu kerana terperangkap dan berada dalam simen cair," katanya yang terbayangkan anak perempuannya, Normaisarah, 5, tahun yang berada di Surabaya, Indonesia bersama neneknya.

Ketika itu, dia tidak risaukan isterinya, Norhayati, 32, juga dari Surabaya kerana berada di luar bangunan dan sedang memasak makanan untuk mereka.

Menurutnya, dia bersama Fendi dan Suksan antara tiga terawal dikeluarkan oleh pemandu kren yang bertindak mengangkat runtuhan itu kerana kedudukan mereka hanya di tepi.


Siasatan akan dijalankan

"SAYA, Munawir dan Fendi hanya dipinjamkan melakukan kerja konkrit di tapak projek itu pada hari berkenaan. Kami sebenarnya bekerja di tapak projek membina bangunan kedai
di Kuala Krai, Kelantan," katanya yang ditemui di pekarangan Hospital Besut, semalam.

Dia turut mendoakan semua rakan sekerjanya segera sembuh dan bersyukur kerana kesemua mereka tidak mengalami kecederaan parah.

Sinar Harian difahamkan sepasukan pegawai dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur tiba di kawasan runtuhan pagi semalam bagi meninjau dan menyiasat kejadian tersebut.

Projek pentas tempat duduk bersaiz anggaran 6X9 meter persegi dengan kos kira-kira RM300,000 itu hampir 30 peratus siap dan dijangka boleh digunakan pada hujung tahun ini.

Sumber memberitahu, status sebenar projek itu akan diputuskan pada mesyuarat khas Ahad ini.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mahfuz : 'Andaikan PRU13 esok'

Posted: 23 Jun 2012 09:02 PM PDT


'Andaikan PRU13 esok'
Mahfuz (kiri) menaikkan bendera gergasi Pas kawasan Jerlun sebagai simbolik perasmian Himpunan Hijau, sambil disaksikan Abd Ghani (kanan).
 
JERLUN - Ahli Pas diminta buat andaian bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan esok, berikutan tarikh pilihan raya masih belum diumumkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehubungan itu juga semua ahli Pas diminta melaksanakan Ops 100 hari agar sentiasa bersedia pada bila-bila masa.

"Hingga ke hari ini, tiada kepastian bila PRU13 akan diadakan, tetapi saya yakin Pas bersedia jika PRU13 diadakan pada bila-bila masa.
Read More / Baca Lagi >>

More than 100 dead as violence intensifies in Syria

Posted: 23 Jun 2012 09:00 PM PDT

UN leader Ban Ki-moon expressed his 'deep concern' over the plane incident in a telephone conversation with Turkey's foreign minister.
DAMASCUS: More than 100 people were reported killed Saturday in violence across Syria, as Turkey played down Syria's shooting down of one of its warplanes.
President Bashar al-Assad meanwhile formed a new cabinet, but kept the key posts unchanged.
NATO member Ankara acknowledged that one of its warplanes may have violated Syrian airspace after Damascus confirmed shooting down the F-4 Phantom on Friday. Its muted response however was seen as a bid to take the tension out of the latest rift between the former allies.
A Syrian military spokesman told the official SANA news agency early Saturday that they had shot down what had at the time been an unidentified object coming in low and fast over its territorial waters.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Posted: 23 Jun 2012 08:58 PM PDT


Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
Pra-Himpunan Royalti "Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V"

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (GERAM), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (CABAR) dan Cakna UT akan menganjurkan satu Program yang dinamakan "pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V".
Read More / Baca Lagi >>

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Posted: 23 Jun 2012 08:57 PM PDT





Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 22hb. Jun, 2012 bertajuk: PETRONAS Labur 15.6 Billion.

Pihak ROYALTI ingin menuntut penjelasan daripada PETRONAS berkenaan Laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, bahawa PETRONAS akan melabur USD5.2 Billion (RM15.6 Billion-Utusan, RM16.64 Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu. Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?
Read More / Baca Lagi >>

Petronas dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan dicadangkan melabur US$100 juta untuk buat Bank Islam Mega

Posted: 23 Jun 2012 08:56 PM PDT

Permintaan BNM untuk biaya US$1b bank Islam mega membimbangkan..!!!


Gambar fail Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Rancangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan bank Islam secara mega telah menimbulkan kebimbangan di kalangan kakitangan kerajaan yang mana mungkin dikritik oleh pembangkang kerana menggunakan dana awam bernilai US$1 bilion (RM3.19 bilion) sebagai modal, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengejutkan firma petroleum negara, Petronas dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan (KWAP) apabila mengutarakan cadangan supaya setiap daripada mereka melabur US$100 juta.
Mengikut sumber, ahli lembaga KWAP telah menolak untuk melabur kerana tidak bersedia untuk membuat pelaburan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas: PSC lebih sudu dari kuah

Posted: 23 Jun 2012 08:55 PM PDT

Dr. Dzulkefly Ahmad

 1. Amat nyata bahawa Laporan JK Pilihan Khas (PSC) Lynas semacam telah membuat keputusan bahawa apa pun dapatan dari penelitian dari isu-isu perhatian awam dan pihak yang berpengetahuan tentang keselamatan projek ini, PSC ini mahukan projek ini diteruskan dan kelulusan yang diberikan oleh AELB pada 17 Ogos, 2007 untuk lesen kelas A (Mengilang Penempatan Tapak dan Pembinaan) sekarang ini diminta supaya dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk "Lynas Advanced Material Plant" (LAMP) mula beroperasi.
Read More / Baca Lagi >>

Can Malays live without Umno-crutch?

Posted: 23 Jun 2012 08:51 PM PDT

The Malays know that a day will come when they will lose political power if they allow themselves to be divided in their loyalty to Umno.

Malays must first understand the responsibility that political power asks of them.
It is not a matter of sharing political power with the non-Malays because political power will always stay with the Malays.
It is the responsible use of this power to determine how it is used to benefit not only the Malays but also the people of this nation.
It needs only for the Malays to understand that political power must be used to do good not evil.
If there is anything constant about Umno from the time it came into government it is this – Umno has never wavered from its promise that Ketuanan Melayu will prevail, that Islam shall be the religion of this nation and that the Sultans will reign in the state they are Sultans of.
Umno does not apologise for these principles that they live by it.
Read More / Baca Lagi >>

Debat… oh… debat

Posted: 23 Jun 2012 08:49 PM PDT

Adakah anda seorang yang suka meluahkan perasaan?

Beranikah anda untuk meluahkan hujah-hujah terhadap sesuatu isu yang dekat dengan hati anda dan yang melibatkan kepentingan nasional?
Sanggupkah anda memperjuangkan sesuatu yang betul di mata rakyat tetapi tidak disenangi dalam kalangan pihak atasan yang berkepentingan?
Jika anda mempunyai kesemua ciri yang dimaksudkan tadi, maka platform terbaik untuk anda ialah berdebat.
Sejak akhir-akhir ini, debat sudah menjadi suatu acara yang berkesan dalam menyampaikan isi hati pihak tertentu. Tidak kiralah pihak tertentu yang dimaksudkan itu adalah orang politik, orang-perseorangan mahupun tokoh korporat.
Di Malaysia umpamanya, biarpun budaya berdebat masih di peringkat permulaan atau dalam istilah Bahasa Inggeris disebut sebagai "infancy" namun nampaknya lewat kebelakangan ini ia semakin mendapat tempat.
Read More / Baca Lagi >>

MB : Rafizi mahu tumpu tanding PRU13

Posted: 23 Jun 2012 08:47 PM PDT


rafizi ramli SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu," katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Penyokong Kapitalis : DAUN pula berhimpun sokong Lynas

Posted: 23 Jun 2012 08:46 PM PDT

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) didakwa berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di Kuantan semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di Kuantan.

Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong berkata antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas sebagai gimik sokongan.
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis bakar 'TOL' Lynas

Posted: 23 Jun 2012 08:44 PM PDT



 
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack pada malam tadi melemparkan satu simbol lesen operasi sementara Lynas ke dalam api dan disorak kira-kira 600 orang yang berhimpun di pantai Balok, Kuantan.
NONEKumpulan berkenaan berhimpun di lokasi tersebut untuk menyaksikan acara kemuncak di hari pertama demonstrasi anti-Lynas sebelum mengadakan protes 'Occupy Balok-Gebeng' hari ini.

Terdahulu, Wong bersama pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk A Samad Said menyalakan api untuk membakar kain hitam dengan tulisan slogan anti-Lynas di pantai tersebut.

Mereka kemudiannya menarik turun satu kain rentang besar dengan tulisan Lynas sebagai tindakan yang dianggap sebagai simbol memberhentikan Lynas.

Gimik selama 15 minit itu bermula pada jam 11.30 malam dan berakhir dengan tindakan Wong mengetuai peserta perhimpunan melaungkan slogan "Hentikan Lynas."

Santai Santapan Rohani Bersama Ustaz Azhar Idrus di Stadium PJ Kelana Jaya

Posted: 23 Jun 2012 08:43 PM PDT

Bicara Ulama' : Ustaz Nazmi Karim - Hukum mengikut agenda bukan islam !

Posted: 23 Jun 2012 08:39 PM PDT

Bicara Ulama' : Ustaz Zawawi - PAS mencetuskan penerapan nilai2 islam dlm pemerintahan UMNO

Posted: 23 Jun 2012 08:38 PM PDT

Bicara Ulama' : Ustaz Nik Bakri - PAS...Dasar, Perlembagaan, Terbuka

Posted: 23 Jun 2012 08:38 PM PDT

Bicara Ulama' : Ustaz Fairuz - Kebanyakan Ilmuan Islam berada dlm PAS

Posted: 23 Jun 2012 08:37 PM PDT

Bicara Ulama': Rugikah bila bekerjasama dgn bukan Islam ?

Posted: 23 Jun 2012 08:37 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Secebis kisah keluarga di Syria

Posted: 23 Jun 2012 08:36 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Sifat2 umat Nabi Muhammad SAW (Bhg 2)

Posted: 23 Jun 2012 08:36 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Sifat2 umat Nabi Muhammad SAW (Bhg 1)

Posted: 23 Jun 2012 08:36 PM PDT

Very Very Emotional- recitatioin about Respect of Parents

Posted: 23 Jun 2012 08:35 PM PDT

Al Jazeera's correspondent Jamal Elshayyal reports from Cairo

Posted: 23 Jun 2012 08:30 PM PDT

Syria: Downing of Turkish Plane an Accident

Posted: 23 Jun 2012 08:30 PM PDT

Lynas on 'Fire'

Posted: 23 Jun 2012 08:29 PM PDT

TAHUKAH ANDA : Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

Posted: 23 Jun 2012 08:29 PM PDT