MIMPI SENJA |
- TERHOT : Najib semakin menggelabah ... 200 ahli dan pemimpin UMNO/BN akan umum keluar parti malam ni
- Jambatan gantung [mengerikan] di pendalaman Sarawak - inilah yang diberikan BN selepas 49 tahun .. mai tengok
- Najib pengkhianat Islam
- Ibrahim Ali 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan"
- "Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno" - Cikgu Mala
- Najib lantik bekas KSN Sidek Hassan jadi Pengerusi PETRONAS
- Seperti mati hidup semula
TERHOT : Najib semakin menggelabah ... 200 ahli dan pemimpin UMNO/BN akan umum keluar parti malam ni Posted: 23 Jun 2012 09:47 PM PDT Semalam Najib Razak terus memberi tekanan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor menjelang PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa. Beliau mengatakan kerajaan persekutuan yang akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah kerajaan "yang tidak boleh diharap". Ini berikutan dakwaan Presiden Umno itu bahawa Parti Keadilan yang mengawal Selangor berada dalam krisis konflik dalaman dan menyeru kepada pengundi untuk memilih parti yang "boleh menentukan kesinambungan kestabilan dan keyakinan". "Pakatan Rakyat juga tidak menghargai kebaikan PTPTN dan mereka juga tidak merasakan keperluan untuk membayar hutang mereka". Najib memberitahu kepada 500 hadirin,"Jika kita mati tanpa membayar hutang, jiwa kita akan diseksa di akhirat nanti". Kehancoran UmnoBn Apabila taraf seorang Perdana Menteri dari UmnoBn sibuk membicarakan hal parti-parti dari Pakatan Rakyat, ini menunjukkan bahawa nilai taraf seorang Perdana Menteri itu diletakkan ditahap yang paling bawah sekali. Sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia, sepatutnya beliau membicarakan soal membantu Rakyat, merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang merangsangkan dan melaksanakan pemerintahan yang bersih tanpa ketirisan, rasuah serta penyelewengan. Apabila dikatakan pemberian pendidikan percuma itu membankrapkan Negara, penurunan harga petrol RON95 membankrapkan Negara, pemberian Air Percuma membankrapkan Negara... ini mempamerkan sikap hati yang busuk dari seorang pemimpin tertinggi Negara terhadap rakyat... Apabila Rakyat dibantu, Negara akan bankrap... tidak pula bankrap Negara jika anak menteri diberi projek jutaan dan billion Ringgit serta ratusan juta Ringgit diberi kepada keluarga Menteri hanya untuk membela lembu. Ratusan Ahli & Pemimpin Bn Keluar Parti Belum lagi reda kemusnahan yang akan melanda BN Sabah dalam waktu terdekat nanti, malam ini akan berlaku satu lagi kehancoran kepada UmnoBn apabila Ratusan Ahli dan juga Pemimpin-pemimpin Bn akan mengumumkan keluar parti. Pengumuman keluar parti anggota dan pemimpin Bn akan berlaku semasa Program Merdeka Rakyat yang akan diadakan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada jam 9 malam nanti. Kita tunggu dan lihat... Najib Razak sibuk mendendangkan dan melayani masalah-masalah kecil Parti dari Pakatan Rakyat... dalam masa yang sama UmnoBn semakin hari semakin hancor apabila terperangkap dengan strategi Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang... Ayuh !!! Teruskan permainan ini... Anak-anak muda semakin hari semakin jijik dengan UmnoBn... Reformis Anak Muda |
Posted: 23 Jun 2012 06:30 AM PDT |
Posted: 23 Jun 2012 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji. Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum. Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi. "Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu. Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi. 300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau. - Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam. Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut. "Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji. Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi. Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya. Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini. Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini. - Harakah |
Ibrahim Ali 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" Posted: 23 Jun 2012 03:48 AM PDT Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang yang sama? PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam. Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin. Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011). OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011). - Malaysiakini |
"Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno" - Cikgu Mala Posted: 23 Jun 2012 02:47 AM PDT 22 Jun 2012 KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Saya berjuang dalam Pas untuk mencari keredaan ALLAH SWT." Demikian kata bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman. Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, tindakan penulis blog yang memfitnah dirinya dengan mengatakan beliau kecewa dengan Pas dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan. "Saya menafikan dakwaan blogger yang mengatakan saya berniat untuk jadi ahli Umno. "Selaku pimpinan muslimat dan isteri, saya mahu tegaskan saya dapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan jemaah untuk berjuang dalam Pas," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini. Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmud . Khabar angin itu mula tersebar sejak Rabu lalu melalui blog penaksj.wordpress.com yang dipercayai dimiliki oleh penulis blog Umno. Blog itu mendakwa beliau mengalami masalah kewangan serta masalah tuntutan janji kebajikan yang dijanjikan Pas setelah beliau kalah dalam PRK Dun Tenang pada 2010. Normala yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas berkata, sekiranya isu ini terus dipanjangkan, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu. "Saya menuntut permohonan maaf daripada blogger yang membuat fitnah dan menyebarkan berita palsu ini. "Saya mahu tanya, kalau betul ada pihak mahu bantu kebajikan saya, bila suami saya akan dilayan secara adil dan dikembalikan ke sekolah asal?" katanya. Beliau berkata, tindakan Umno menukarkan suaminya ke sekolah menengah di Kota Tinggi sejauh 270 kilometer merupakan tekanan dan dendam politik. "Saya menasihati blogger Umno supaya berhenti daripada menjuarai budaya fitnah dan ini jelas akan menyebabkan semakin ramai rakyat akan terus membenci Umno," katanya. Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, Pas tidak menjanjikan kewangan tetapi sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan ahli. "Isu fitnah begini bukan perkara baru. Kami tidak rasa gentar dengan fitnah begini. "Kami mahu beri gambaran sebenar mengenai isu ini. Kalau tidak jawab, mereka akan mainkan isu ini berminggu-minggu dan akan mengelirukan banyak pihak," katanya. - Sinar Harian |
Najib lantik bekas KSN Sidek Hassan jadi Pengerusi PETRONAS Posted: 23 Jun 2012 12:36 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas. Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara. "Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya. Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan. "Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya. Bagaimanapun, katanya, gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras. Perdana menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman. Suara dari akar umbi Bercakap kepada media selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara. Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syarikat milik kerajaan. "Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan," ujarnya. Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut. - Malaysiakini |
Posted: 22 Jun 2012 11:27 PM PDT 23 Jun 2012 JERTIH - "Saya seperti mati hidup semula. Jika tidak segera dijumpai dan diselamatkan, pasti saya sudah tiada..." demikian kata Raju, buruh warganegara Bangladesh yang paling akhir berjaya dikeluarkan dalam runtuhan astaka di Padang Astaka, Gong Kemuntong, Jertih, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 petang itu, Raju, 42, bersama lima lagi rakan sekerja iaitu dua rakan senegaranya dan tiga warga Indonesia terperangkap di dalam runtuhan tersebut. Raju yang sudah lima tahun bekerja di negara ini berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakan berada berdekatan, melakukan kerja menyimen pentas astaka itu, apabila tiba-tiba struktur lantai tempat dia berdiri runtuh. "Pandangan saya gelap dan saya nampak struktur binaan terutama konkrit menghempap kami," katanya yang ketika itu menyangka tidak akan bertemu lagi isteri dan tiga anaknya yang berada di Bangladesh. Pedih bila simen keras mencengkam pinggang "Saya berasa ajal sudah tiba bila sebahagian badan dan tangan yang berada di dalam simen semakin mengeras berikutan terperangkap selama hampir tiga jam sebelum berjaya dikeluarkan pada 3.35 petang." Menurut Raju, dia berasa amat pedih kerana simen jenis cepat keras itu mencengkam bahagian pinggang, kaki dan tangannya. "Bagaimanapun, saya bersyukur kerana cepat diselamatkan dan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk menjalani pemeriksaan mata akibat termasuk sisa simen, sebelum ditahan di wad Hospital Besut," katanya. Akibat kemalangan itu, Raju mengalami kesakitan pada kedua dua belah mata selain sakit bahagian belakang badan manakala kaki dan tangannya melecet. Ucap dua kalimah syahadah tanpa henti SEMENTARA itu, seorang lagi buruh yang terperangkap, Munawir Pusahwi, 21, dari Madura, Indonesia berkata, dia mengucap dua kalimah syahadah sepanjang terperangkap kerana menjangkakan peluangnya untuk hidup sangat tipis berikutan sisa runtuhan itu berada di atas kepala. Katanya, dia turut dikelilingi besi tajam manakala kakinya tenggelam dalam simen yang semakin mengeras. "Jika lambat diselamatkan mungkin kami akan mati dalam simen yang mengeras itu. Saya baru lapan bulan bekerja di sini dan pengalaman ini amat menakutkan, namun saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana selamat," katanya. Munawir yang masih dirawat di wad bersama Raju turut berterima kasih kepada pasukan penyelamat dan rakyat negara ini yang berusaha keras menyelamatnya dan rakan. Tiang tumbang, bahagian lain turut runtuh SELAIN Raju dan Munawir, seorang lagi warga Indonesia, Fendi, 20, masih dirawat di Wad 6 hospital berkenaan manakala seorang lagi warganegara Bangladesh, Zilo yang mengalami kecederaan pada bahagian mata akibat termasuk pasir masih dirawat HUSM. Dua yang lain hanya dirawat sebagai pesakit luar iaitu Ari Ramlan, 31, dan Suksan Ali, 25. Ari berkata, ketika kejadian, dia bersama dua yang lain berada berdekatan Suksan dan Fendi manakala tiga lagi berada di bahagian tengah. "Selepas menuang simen yang diangkut dengan kren di tapak projek itu, tiba-tiba salah satu tiang yang berada di tengah pentas tersebut tumbang menyebabkan bahagian lain turut runtuh. "Kami tidak sempat menyelamatkan diri dan saya fikir nyawa saya akan berakhir pada hari itu kerana terperangkap dan berada dalam simen cair," katanya yang terbayangkan anak perempuannya, Normaisarah, 5, tahun yang berada di Surabaya, Indonesia bersama neneknya. Ketika itu, dia tidak risaukan isterinya, Norhayati, 32, juga dari Surabaya kerana berada di luar bangunan dan sedang memasak makanan untuk mereka. Menurutnya, dia bersama Fendi dan Suksan antara tiga terawal dikeluarkan oleh pemandu kren yang bertindak mengangkat runtuhan itu kerana kedudukan mereka hanya di tepi. Siasatan akan dijalankan "SAYA, Munawir dan Fendi hanya dipinjamkan melakukan kerja konkrit di tapak projek itu pada hari berkenaan. Kami sebenarnya bekerja di tapak projek membina bangunan kedai di Kuala Krai, Kelantan," katanya yang ditemui di pekarangan Hospital Besut, semalam. Dia turut mendoakan semua rakan sekerjanya segera sembuh dan bersyukur kerana kesemua mereka tidak mengalami kecederaan parah. Sinar Harian difahamkan sepasukan pegawai dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur tiba di kawasan runtuhan pagi semalam bagi meninjau dan menyiasat kejadian tersebut. Projek pentas tempat duduk bersaiz anggaran 6X9 meter persegi dengan kos kira-kira RM300,000 itu hampir 30 peratus siap dan dijangka boleh digunakan pada hujung tahun ini. Sumber memberitahu, status sebenar projek itu akan diputuskan pada mesyuarat khas Ahad ini. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan