Buat pertamakalinya, Malaysiakini akan menganjurkan majlis debat yang membariskan empat ahli politik dari BN dan Pakatan Rakyat untuk berdebat megenai isu-isu hangat yang mendepani negara.

Debat tersebut, yang akan diadakan Selasa ini dan bertajuk 'Is Malaysian democracy moving forward?' akan menyaksikan dua wakil, masing-masing daripada BN dan pembangkang.

english forum 130612 01Para pendebat ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno), Gan Ping Sieu (MCA), Mujahid Yusof Rawa (PAS) dan R Sivarasa (PKR).

Ia akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan pendaftaran untuk menghadiri majlis tersebut bermula jam 7.30 malam.

Sesi 90 minit akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

Chandran berkata selepas mempelopori industri berita dalam talian sejak 13 tahun lalu, kini tiba masanya bagi lamanweb itu untuk menganjurkan forum awam bagi menggalakkan pertukaran idea yang boleh bertindak sebagai pemangkin kepada proses pendemokrasian Malaysia.