WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
KAUM CINA TIDAK MINAT "PANDA CINCIN ATAU BEG", MEREKA LEBIH MINAT "LEMBU KONDO" Posted: 13 Jun 2012 10:53 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS "AH JIB GOR' di dalam usaha mendekati pengundi-pengundi Cina negara ini sanggup dipersendakan oleh kaum itu apabila beliau membawa tajuk apakah gelaran terbaik untuk diberikan kepada seekor Panda dari Kerajaan China yang dipinjamkan kepada Kerajaan Malaysia. Hajatnya tentulah untuk mengambil hati masyarakat Cina di negara ini kononnya Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan istimewa dengan Kerajaan China. Buktinya dapat meminjam seekor Panda. Di dalam laman FaceBooknya berbahasa Cina, Najib yang menggelar dirinya `Ah Jib Gor" (Abang Najib, abang? wakakakaa..) menyebut " kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu. "Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita, kata Ah Jib Gor (Malaysiakini).
Di China, Panda adalah satu binatang yang amat dihargai dan binatang cantik tersebut sekarang ini semakin pupus. Walaupun masyarakat Cina di negara ini sentiasa terkenang akan negara asal usul keturunan mereka, namun setelah menjadi sebahagian dari warganegara Malaysia, kaum Cina di negara ini lebih peka dan prihatin dengan negara tumpah darah mereka sendiri iaitu Malaysia. Bawalah beberapa ribu ekor Panda sekali pun, kaum Cina tetap mahu Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang bebas rasuah dan adil.
Walaupun Panda amat berharga dan terkenal di Negara China, namun bagi masyarakat Cina di negara ini mereka lebih tertarik dengan cerita lembu kondo. Lembu kondo keluarga Kak Ijat lebih dekat dihati mereka daripada Panda yang suci bersih itu. Lembu kondo tidak sesuci sebersih Panda kerana lembu kondo ini hasil dari penyelewengan satu keluarga. Itu yang membuatkan kaum Cina di negara ini lebih tertarik dengan lembu kondo daripada Panda China. Paling melucukan dan kadangkala menggamit simpati kita apabila Ah Jib Gor cuba menguji kebijaksanaan kaum Cina apabila mahu mereka memberikan nama kepada Panda yang diberi pinjam sementara itu. Apakah gelaran yang dicadangkan oleh kaum-kaum Cina ini kepada Najib? Gelaran itu amat menusuk kalbu Najib dan Rosmah, iaitu mereka senang jika Panda tersebut diberi gelaran "Cincin", "Beg tangan", "Scorpene", "Rara dan Suah-Suah" (Rasuah). Itu lah bahananya jika sudah dibenci rakyat, semuanya akan dipersendakan. Andainya aku di tempat Ah Jib Gor, hari ini juga aku akan tutup akaun FaceBook aku dan aku akan cari keluarga Kak Ijat untuk diambil tindakan kerana keluarga itulah yang telah memalukan aku. Adakah Ah Jib Gor tahu malu?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan