JOHOR BAHRU – Keterangan Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya mempersoalkan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor,  menerusi lawan Twitter bulan lalu, akan diambil hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, pegawainya akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu pada jam 2 petang  di  Ipoh, Perak.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya menerima 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar.
"Sehingga kini kita telah merekodkan percakapan daripada 39 individu dan kita juga sedang menunggu laporan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara ini.
"Seterusnya kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas kedua-dua laporan dan keterangan Muhamad Nizar diterima, " katanya semalam.