RAKYAT MARHAEN |
- PM juga dapat pendidikan percuma, apa masalahnya? – Rafizi
- KEADILAN cabar cendekiawan negara unjur kaedah selesai hutang PTPTN
- Anwar 'absolutely certain' of winning GE-13 by at least 10 seats: Najib too weak & scared of Dr M
- ‘Kalau mahu berpolitik, janganlah sampai guna tarian lucah’
- Begitu terdesaknya Najib…
- Siapa kawan Israel?
- Tetapi, tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah dari yang ini.......
- QUASH threats to public order? Prove you're not a liar, Najib - start with Perkasa
- Perniagaan Melayu Bukit Bintang terancam dengan mulanya kerja MRT
- TLDM tidak mahu ulas dakwaan penjualan dokumen sulit
- WWW 1 : 41 laporan polis, keterangan Nizar petang ini
- Anwar percaya peralihan kuasa aman jika Pakatan menang
- Sultan Kelantan tandatangani plak tuntutan royalti
- Nasihat Ustaz Azhar Idrus kepada Anak Muda
- Forum Rakyat: Ekslusif Bersama YB Dato' Hj. Husam Musa
- Mufti Perak - Jangan Takbir. Ini Bukan Raya....he..he.he..hanya untuk raya jerk...!!!
- Adik Ini Cipta Sejarah Melaungkan Azan Pertama di Stadium Darul Aman.?
- Sekatan PBB : Najib Ditekan Untuk "Wang Tebusan" Taib Mahmud
- ‘Comfortable majority’ for Pakatan in GE13, Anwar predicts
- Sebenarnya BN sedang berusaha merebut mandat rakyat dari Pakatan Rakyat
- Daftar Pemilih : Selangor Sedia Heret SPR, Pusat Ke Mahkamah
- Himpunan Bersih haram, Himpunan Belia bagaimana
- Himpunan Hijau : Apa mesej PAS?
- 'Liar' Liow ‘not sure’ who paid for his own WWW15 car plate registration
- Malaysia bawa imej pengeksport judi dunia
PM juga dapat pendidikan percuma, apa masalahnya? – Rafizi Posted: 05 Jun 2012 09:05 PM PDT KUALA LUMPUR 6 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulangi pendirian menolak dakwaan Umno BN bahawa pendidikan percuma yang diperkenalkan Pakatan Rakyat akan menghasilkan graduan tidak berkualiti. Beliau berkata, soal graduan tidak berkualiti bukan disebabkan pendidikan percuma tetapi berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri. "Ramai juga menteri mendapat pengajian percuma…mereka tetap berjaya. Termasuklah Perdana Menteri yang juga mendapat biasiswa dan ditanggung kerajaan semasa melanjutkan pelajaran," katanya disambut tepukan gemuruh pelajar dari universiti awam dan swasta sekitar Shah Alam pada program Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma semalam. Dengan mengambil pendekatan dalam kehidupan seharian, Rafizi berkata, sudah menjadi resam kehidupan akan wujud 90 peratus masyarakat yang mematuhi peraturan dan selebihnya tidak dapat mematuhi. Read More / Baca Lagi >> |
KEADILAN cabar cendekiawan negara unjur kaedah selesai hutang PTPTN Posted: 05 Jun 2012 09:03 PM PDT SHAH ALAM 6 Jun: KEADILAN mencabar cendekiawan di negara ini tampil mengunjurkan kaedah terbaik bagi menangani masalah hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membelenggu graduan. Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, setakat ini tiada satu pun kaedah oleh kerajaan berjaya menarik graduan membayar semula hutang PTPTN, sedangkan unjuran jumlah pinjaman perbadanan itu menunjukkan peningkatan setiap tahun. "Hutang itu terus berkembang dan tak mampu dibayar. Kalau dalam jangka masa 15 tahun (jumlah hutang) yang patut dikutip adalah RM20 bilion tetapi yang berjaya dikutip hanya sebanyak RM2 bilion setiap tahun. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar 'absolutely certain' of winning GE-13 by at least 10 seats: Najib too weak & scared of Dr M Posted: 05 Jun 2012 09:00 PM PDT Even as Datuk Seri Najib Razak dithers on a date for the 13th general election following reports that his Chinese and Indian support has slipped, arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim has expressed confidence of leading Pakatan Rakyat (PR) into a "comfortable" majority win in the coming polls. Read More / Baca Lagi >>The opposition leader predicted last night a minimum 10-seat margin in Parliament between the federal opposition and the ruling Barisan Nasional (BN), owing to significant inroads made in Umno's Johor bastion as well as BN's east Malaysian fortresses of Sabah and Sarawak. Anwar even hinted of a coming "surprise" to be announced soon in Sabah, which he claimed would change the entire political landscape of the state, where BN presently holds 59 of 60 state seats. "I'm absolutely certain, Insya'Allah, that we will perform much better... enough to secure a simple, comfortable majority in Putrajaya," an optimistic Anwar told the Foreign Correspondents Club of Malaysia (FCCM) dinner talk last night. Battle for the Malay ground |
‘Kalau mahu berpolitik, janganlah sampai guna tarian lucah’ Posted: 05 Jun 2012 08:59 PM PDT Persembahan K-Pop yang jelas menyinggung sensitivi budaya, adat resam dan agama masyarakat mendapat restu pula dari Perdana Menteri. PETALING JAYA: Dalam keghairahan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan anak muda, penganjur HimpunanJutaan Belia Negara di Putrajaya baru-baru ini sanggup mencampur aduk perhimpunan dengan program maksiat. Ramai golongan masyarakat yang mengkritik kerasionalan pihak penganjur menjemput kumpulan K-Pop dari Korea Selatan untuk membuat persembahan. Persembahan mereka jelas menyinggung sensitiviti budaya, adat resam serta agama yang dianuti oleh masyarakat di negara ini apabila artis-artis kumpulan itu mengenakan pakaian yang menjolok mata. Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) memandang berat isu hiburan keterlaluan dan melalaikan ini yang menjadi hidangan minda kepada masyarakat Malaysia khasnya anak muda. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 05 Jun 2012 08:58 PM PDT Seperti biasa apabila ada sahaja pemimpin luar negara yang memuji-muji pentadbiran Najib Razak, maka bercananglah media-media kawalan UMNO-BN. Pada ketika ini mereka menjadi media paling waras dalam dunia bila mana isi ungkapan atau kenyataan memuji itu diangkat melangkaui penilaian terhadap nilai individu atau sumber yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun kewarasan itu hilang apabila rakyat Malaysia turun padang menyokong gerakan aman BERSIH kerana media yang dikawal UMNO-BN menggembargemburkannya sebagai yang ganas. Putar-belit media ini ialah mahu melupakan tentang ratusan ribu rakyat bersama BERSIH kerana mahu diheboh-hebohkan beberapa samseng yang memecah kereta polis. Beginilah propagandis UMNO memutar bahan dan fakta menjadi sejarah yang akan dikenang dalam arkib politik Malaysia. Benarlah teori yang mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang berkuasa, dalam kes Malaysia maka UMNOlah yang menjadi Tun Sri Lanangnya. Bila McCain memuji Najib |
Posted: 05 Jun 2012 08:57 PM PDT Joe Lieberman adalah seorang yang hebat. Kenapa saya kata dia hebat? Sebab Lieberman adalah antara penyokong terkuat negara Israel dalam Kongres Amerika. Mark Vogel, pengerusi 'National Action Committee Political Action Committee (NACPAC) yang pro-Israel telah menyebut dengan jelas terang bahawa Joe Lieberman adalah pembela Israel nombor wahid dalam Kongres. "Tidak ada siapa yang lebih banyak memperbuat sesuatu bagi pihak Israel, selain Joe Liberman. Itu sebabnya beliau amat penting kepada komuniti pro-Israel." Itu kata Mark Vogel. Lieberman kini berada pada tangga keempat dalam senarai calon-calon yang menerima dana daripada badan-badan tindakan politik pro-Israel pada tahun 2006. Dalam tahun 2002, Lieberman telah menaja sebuah resolusi pro-Israel di Senat Amerika berkaitan konflik Timur Tengah, secara terus terang menyatakan kebersamaan dengan Israel dalam usaha berterusannya untuk 'menentang keganasan'. Siapa pula yang lebih hebat daripada Lieberman? |
Tetapi, tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah dari yang ini....... Posted: 05 Jun 2012 08:37 PM PDT Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan... Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu: "Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi". Read More / Baca Lagi >> |
QUASH threats to public order? Prove you're not a liar, Najib - start with Perkasa Posted: 05 Jun 2012 08:09 PM PDT The Prime Minister, Najib Abdul Razak, in a recent speech – as reported – planned to 'quash any threat bent on disrupting public order'. If Najib has the political will to do so then this must be good news for Malaysians. As they say charity begins at home, so Najib must have the political drive to start the ball rolling now. Read More / Baca Lagi >>Disruption in politics can best be defined as a situation characterised by 'provocation' – mental or physical – that can cause unrest or public disorder. Provocation comes in many forms. And a responsible government must have a strong political spirit to halt all forms of threats that can disrupt public order. The formula is rather simple: stop the provocation and there will be no unrest or public disorder in the country. It hurts the people more First and foremost, there must be a political determination to get Perkasa – a rabble-rouser NGO – and those of the same political faith with this organisation to behave. Holding wild demonstrations for political reasons have disturbed the peace-loving people living in states won by the Opposition. Conducting a mock funeral for the Penang Chief Minister in front of his home is another blatant provocation. Alas, in some cases police inaction has caused matters to exacerbate. Najib should go after the sponsors who are paying the Mat Rempit to cause trouble in states held by the Oppositions as well as at gatherings held by the Opposition and NGOs. |
Perniagaan Melayu Bukit Bintang terancam dengan mulanya kerja MRT Posted: 05 Jun 2012 08:08 PM PDT The Malaysian Insider difahamkan bahawa pemilik projek MRT Corporation Bhd telah memutuskan untuk memulakan projek dari sebelah BBP Jalan Bukit Bintang kerana rundingan dengan pemilik bangunan di seluruh kompleks membeli-belah terhenti dan masa kian suntuk untuk melengkapkan sistem MRT menjelang 2017. BBP menempatkan majoriti perniagaan Melayu manakala ahli perniagaan China menjalankan syarikat mereka di Wang Plaza Sungei bersebelahan dan rumah kedai berdekatan. Read More / Baca Lagi >> |
TLDM tidak mahu ulas dakwaan penjualan dokumen sulit Posted: 05 Jun 2012 08:06 PM PDT Ketika dihubungi Malaysiakini, pengarah media dan web TLDM, Komander Ismail Othman berkata, pihaknya tidak ada sebarang komen mengenainya buat masa ini. Read More / Baca Lagi >> |
WWW 1 : 41 laporan polis, keterangan Nizar petang ini Posted: 05 Jun 2012 08:02 PM PDT Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, pegawainya akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu pada jam 2 petang di Ipoh, Perak. Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya menerima 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar. "Sehingga kini kita telah merekodkan percakapan daripada 39 individu dan kita juga sedang menunggu laporan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara ini. "Seterusnya kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas kedua-dua laporan dan keterangan Muhamad Nizar diterima, " katanya semalam. |
Anwar percaya peralihan kuasa aman jika Pakatan menang Posted: 05 Jun 2012 08:01 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti mudah dan peralihan kuasa akan berjalan secara aman. Katanya, ini adalah kerana pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak akan mahu membahayakan masa depan mereka untuk terus berdegil memegang kuasa jika mereka kalah. Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai satu usaha untuk meyakinkan golongan atas pagar selepas kedua-dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa pembangkang mungkin mencetuskan huru-hara jika mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Mesej yang sama turut disuarakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim dua hari lepas. "... Saya fikir mereka tahu rakyat tidak akan membiarkannya... kerana mereka tahu akan ada risiko besar," kata Anwar yang juga ketua umum PKR. Beliau menegaskan demikian di majlis makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur malam tadi, apabila ditanya sama ada rusuhan akan tercetus jika BN kalah dalam pilihan raya. |
Sultan Kelantan tandatangani plak tuntutan royalti Posted: 05 Jun 2012 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum. Read More / Baca Lagi >>Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam. Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com |
Nasihat Ustaz Azhar Idrus kepada Anak Muda Posted: 05 Jun 2012 07:53 PM PDT |
Forum Rakyat: Ekslusif Bersama YB Dato' Hj. Husam Musa Posted: 05 Jun 2012 07:24 PM PDT |
Mufti Perak - Jangan Takbir. Ini Bukan Raya....he..he.he..hanya untuk raya jerk...!!! Posted: 05 Jun 2012 07:21 PM PDT |
Adik Ini Cipta Sejarah Melaungkan Azan Pertama di Stadium Darul Aman.? Posted: 05 Jun 2012 07:13 PM PDT |
Sekatan PBB : Najib Ditekan Untuk "Wang Tebusan" Taib Mahmud Posted: 05 Jun 2012 07:09 PM PDT Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB )telah mendengar tuntutan-tuntutan dari 21 buah NGO dari sembilan negara untuk bertindan terhadap Malaysia kerana gagal untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud. Tekanan antarabangsa terhadap Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk mengheret Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud telah menuju satu langkah baru apabila NGO-NGO dari sembilan buah negara bertemu dengan pegawai-pegawai PBB dalam satu "mesyuarat tertutup untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh mengenakan tindakan terhadap kerajaan Malaysia. NGO juga mengemukakan satu surat aduan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, yang menuduhan kerajaan Malaysia sengaja dan aktif melindungi Taib Mahmud dan ahli keluarga beliau daripada pendakwaan jenayah yang mereka gambarkan sebagai "ketua pelaku" dalam pembalakan besar-besaran di Sarawak". Read More / Baca Lagi >> |
‘Comfortable majority’ for Pakatan in GE13, Anwar predicts Posted: 05 Jun 2012 06:45 PM PDT |
Sebenarnya BN sedang berusaha merebut mandat rakyat dari Pakatan Rakyat Posted: 05 Jun 2012 06:42 PM PDT Sesungguhnya pilihanraya kali ini ialah pilihanraya untuk mengalahkan Pakatan Rakyat. Begitulah situasi sebenarnya kerana banyak dalil yang menunjukkan yang BN sedang tercari-cari waktu yang sesuai sejak setahun yang lalu untuk menentukan tarikh pilihanraya umum ini. Sesungguhnya jika PRU di adakan sekarang PR akan mendapat mandat rakyat dan hakikatnya BN sedang berusaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya yang sedang mempertahankan mandat itu.. Sebagai parti yang memerintah BN masih membelek tarikh-tarikh yang sesuai kerana jika salah tarikh mereka khuatir BN akan dikalahkan dengan teruk oleh Pakatan Rakyat yang kini mendapat perhatian rakyat sebagai satu-satunya pilihan jika hendak menolak BN. |
Daftar Pemilih : Selangor Sedia Heret SPR, Pusat Ke Mahkamah Posted: 05 Jun 2012 06:38 PM PDT SHAH ALAM, 5 JUN: Kerajaan Selangor bersedia mengambil tindakan mahkamah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Pusat sekiranya semakan oleh Kerajaan Negeri mendapati daftar pemilih SPR terbukti mengandungi unsur-unsur penipuan. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu dalam rancangan 'Terus Terang' terbitan TV Selangor . Menurut Ronnie, daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menimbulkan banyak keraguan. "Kita ada terima laporan dari senarai daftar pemilih SPR yang baru, kita semua terkejut pengundi baru untuk Selangor sahaja bertambah sebanyak setengah juta. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan Bersih haram, Himpunan Belia bagaimana Posted: 05 Jun 2012 06:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpandangan negatif pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Read More / Baca Lagi >>"Bagi DPPM, pendirian Majlis Syura Ulamak PAS adalah jelas iaitu perhimpunan ini adalah sebahagian daripada usaha mencegah kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah dalam negara ini," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar). Tambahan lagi, ujarnya tidak ada insiden pelanggaran syariat dalam perhimpunan yang dianjurkan itu. Katanya, peserta perhimpunan yang hadir tempoh hari amat beradab dan menjaga tatasusila semasa majlis perhimpunan. |
Himpunan Hijau : Apa mesej PAS? Posted: 05 Jun 2012 06:36 PM PDT Himpunan hijau baru-baru ini bukan sekadar himpunan tetapi ia adalah usaha PAS untuk menyampaikan mesej kepada pengikutnya dan pendokongnya bahawa parti Islam itu masih bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa yang dilakukan selama ini iaitu bersaing dengan Umno. Bezanya kali ini, mesej yang hendak disampaikan ialah, PAS sudah bersedia untuk mengambil alih kuasa politik orang Melayu dengan slogannya menuju ke Putrajaya. Walau apa pun yang cuba diperkatakan oleh Umno untuk memandang remeh mesej PAS ini, pemimpin mereka dapat merasakan bahawa ketakutan Umno kini sudah sampai ke sum-sum tulang mereka. Di sebalik kata-kata sinis pemimpin Umno terhadap mesej PAS, kata-kata yang tersirat jelas menggambarkan cemas mereka kepada sambutan yang diterima oleh PAS dalam perhimpunan hijau pada 1 Jun baru-baru ini di Alor Setar, Kedah. Read More / Baca Lagi >> |
'Liar' Liow ‘not sure’ who paid for his own WWW15 car plate registration Posted: 05 Jun 2012 04:45 PM PDT In the aftermath of the July 9 rally for electoral reforms or Bersih 2.0 last year, MCA number two Liow Tiong Lai denied that tear gas was fired by the police into the compound of the Tung Shin hospital. Although he was not a witness, the Health minister defied video evidences in defending his claim, even blaming the wind for blowing smoke into the hospital's direction. Read More / Baca Lagi >>This time around, Liow finds himself in the thick of controversy over the bidding organised by Road Transport Department (JPJ) for those vying popular vehicle registration numbers under the 'WWW' series. The JPJ earlier displayed the 9,999 Malaysians - including two sultans - who were ready to pay a combined total bid of RM64 million in exchange of several characters on their number plates. Liow was among those successful, paying RM24,200 for the number 'WWW 15'. Days later, netizens were intensely discussing who paid the amount, since Liow had claimed that it was for his ministry's new official car. |
Malaysia bawa imej pengeksport judi dunia Posted: 05 Jun 2012 04:41 PM PDT KUALA LUMPUR: "Dengan dasar kerajaan yang liberal, Malaysia kini membawa imej pengeksport industri judi terkenal di dunia," kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar). Read More / Baca Lagi >>Katanya, hal ini dapat dilihat dalam laporan akhbar NST semalam (5 Jun) di ruangan Business Times yang melaporkan syarikat Malaysia iaitu Genting Malaysia Bhd kini sedang berusaha untuk mendapat kelulusan mengembangkan pelaburan kasino perjudian sehingga ke New York, Amerika Syarikat. Dalam kenyataannya berdasarkan aliran tunainya yang kukuh ia mungkin membida salah satu lesen kasino yang ditawarkan di New York atau di Florida. Ia berdasarkan operasi kasino yang dijalankan oleh Resorts World Genting yang didapati sangat kukuh. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan