Isnin, 21 Mei 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DI ANTARA BERAHIM ALKATAKI, ZUL KULUM DAN ZAHRAIN, SIAPA HILANG DEPOSIT PALING TINGGI?

Posted: 21 May 2012 04:10 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIADA yang lebih menggembirakan aku selain dari mendengar berita Berahim Alkataki akan bertanding sekali lagi di Pasir Mas.  Katanya, rakyat Pasir Mas masih perlukan beliau maka Pasir Mas lah tempat yang bakal dipilihnya.  Katanya lagi, jika beliau tewas juga, maka rakyat Pasir Mas lah yang menjadi angkara.  Memang lah wahai katak, takkan rakyat Pekan, Pahang pula yang menyebabkan kamu hilang deposit.  Baca di SINI.


Kita tahu sebenarnya Berahim Alkataki sudah puas meneropong banyak tempat untuk beliau merasa selamat dari hilang deposit.  Tewas tetap tewas, cuma bagi Berahim beliau merasa beliau menang seandainya deposit tidak hilang.  Namun, tempat mana lagi yang sesuai untuk Berahim ini bertanding?  Bumi mana yang redha untuk kemenangan Berahim?  Beliau menang dahulu pun selepas disepak keluar dari Umno hanyalah semata-mata ihsan dan kesihan orang-orang PAS kepada beliau.  Tetapi, sikap ego dan mudah perasan menyebabkan Berahim lupa diri.  Kali ini beliau mula kembali merayu rakyat Pasir Mas.

Di antara Berahim Alkataki, Zul Kulum, dan Zahrain kita boleh mula bertaruh sekarang siapakah yang paling sedikit hilang deposit.  Amat memalukan jika Presiden Perkasa ini menjadi penghilang deposit tertinggi dan ini memungkinkan jawatan Presiden Perkasa diserahkan kepada penghilang deposit terendah di antara mereka. 

Di dalam PRU akan datang, inilah peluang terbaik buat rakyat Pasir Mas menghukum katak yang tidak sedar diri ini.  Kuburkan Berahim Ali maka lengkaplah peribahasa `mati katak' buat rakyat Kelantan./wfauzdin.blogspot.com

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Sama2 kita bangkit....SELAMATKAN NEGARA

Posted: 21 May 2012 07:20 AM PDT


Dato Fauzi Shaari
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (CID)

Moga Allah memberi perlindungan....Tetapkan iman dan jujur dalam perjuangan.... Datuk adalah salah seorang wakil kami untuk bangkit mendidik kepincangan sebahagian anggota POLIS yg tersasar dari etika kepolisian melindungi rakyat.

 Martabatkan semula imej POLIS yg telah menjunam jauh dari kasih sayang rakyat. Jangan biarkan mereka dikeji dan disumpah seranah angkara mengikut kehendak Sang penguasa yg telah jauh tersasar. Bangkit lah wahai anak2, abang2 POLIS untuk sama2 menuntut satu keadilan.

Tentang lah mereka yg selalu mempergunakan kamu untuk nafsu dan agenda jahat. DAN kamu sepatutnya bersatu membela rakan2 kamu yg dijadikan kambing hitam dlm kes SIRUL dab AZILAH....

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Datuk Yusuf (bekas Pendakwaraya kes Liwat 11) wakili DSAI dalam tuduhan perhimpunan haram

Posted: 21 May 2012 10:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 22 Mei — Bekas Peguamcara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden hari ini menyertai kumpulan peguam Datuk Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang yang hari ini didakwa menyertai demonstrasi jalanan haram.


Ini merupakan perkembangan yang mengejutkan kerana Yusof telah mengetuai pendakwaan kes Liwat II terhadap Anwar, di mana Anwar telah dibebaskan awal tahun ini.

Yusof (gambar) telah bersara dari Jabatan Peguam Negara.

"Saya menerima panggilan dari Anwar semalam. Saya tidak teragak-agak," Yusof memberitahu para pemberita di mahkamah hari ini.

"Saya menerima panggilan dari Anwar semalam dan saya tidak teragak-agak," Yusof memberitahu wartawan apabila didekati di mahkamah hari ini.


"Beliau mempunyai hak untuk memilih peguamnya," Yusof berkata.

Yusof menekankan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan politik dan merupakan seorang "profesional" yang "rela dan berupaya" untuk membantu Anwar apabila diminta menyertai kumpulan peguamnya.

"Saya seorang agen bebas," katanya.

Yusof juga berkata bahawa beliau "tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan" dan tidak mempunyai percanggahan kepentingan.

"Saya bukan menyertai sebarang parti politik. Saya cuma seorang peguam," beliau berkata.

The Malaysian Insider memahami bahawa hubungan Yusof dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dingin buat suatu masa dan beliau juga telah tidak bersetuju dengan cara pengendalian beberapa kes profil tinggi.

Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Abdul Ghani sekarang, Yusof cuma berkata "tiada komen".

Beliau telah dilihat bergaul dengan peguam lain Anwar pagi tadi.

Pemimpin PKR Sivarasa Rasiah, yang juga seorang peguam, telah mengesahkan dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika bekas peguam kerajaan itu berada dalam kumpulan peguam ketua de facto PKR itu.

Sivarasa berkata Yusof sedang membantu peguam utama Anwar, Karpal Singh. Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo dan Sankara Nair.

Anwar, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin telah didakwa hari ini dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April di bawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, kurang dari sebulan selepas akta baru ini yang bertujuan untuk membenarkan perhimpunan awam "selari dengan norma antarabangsa" dilaksanakan.

Kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman boleh mendatangkan saman maksimum RM10,000.

Ketiga-tiga mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan melanggar perintah larangan memasuki kawasan Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah telah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebut kes ini. - TMI

Nabi Adam pun dikeluarkan dari syurga, Najib jangan takut keluar dari Putrajaya

Posted: 21 May 2012 07:58 PM PDT

oleh Aspan Alias

Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir di Jitra semalam mendapat perhatian saya. Beliau meminta supaya pemimpin UMNO serta ahli-ahli partinya tidak sabotaj UMNO dalam pilihanraya nanti. Beliau berkata yang beliau yakin BN akan menang jika semua pihak dalam UMNO membuang sikap suka mensabotaj parti.

Kenyataan Dr Mahathir ini membuktikan yang apa yang saya katakan selalu yang pada PRU yang lalu lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan telah menunjukkan kepada semua yang UMNO sudah tidak lagi boleh mengaku yang parti itu adalah parti yang mewakili orang Melayu dalam politik negara.

Beliau pastinya memahami keadaan sabotaj menyabotaj dalam UMNO itu adalah satu kenyataan yang hakiki. Ini ialah kerana beliau sendiri merupakan penyabo kepada UMNO dalam pilihanraya dahulu ketika UMNO sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya ke-12 pada tahun 2008 dahulu.


Sabotaj yang dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri merupakan salah satu dari banyak sebab kenapa ramai calon-calon UMNO jatuh tersembam dalam pilihanraya umum itu. Dr Mahathir telah keluar dari UMNO di saat UMNO memerlukan penyatuan di antara semua ahli-ahli dan pemimpinnya. Tetapi Mahathir telah bertindak keluar kerana yang lebih di utamakan oleh beliau ialah untuk merudumkan kepimpinan UMNO semasa itu yang dipimpin oleh Abdullah Badawi.

Mahathir tidak peduli dengan segala-galanya terhadap parti. Yang terpenting bagi beliau Abdullah Badawi mesti dijatuhkan walaupun ia membawa risiko yang amat tinggi kepada UMNO dan BN. Sekarang ini beliau pula yang meminta supaya ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak menyabo mana-mana calon yang diturunkan walaupun calon-calon itu datangnya dari langit atau dari rimba.

Tetapi yang lebih jelas dalam kenyataan Mahathir ini, ialah tindakan mensabotaj calon BN sendiri itu sudah menjadi budaya dalam BN teraju UMNO ini. Ini lebih dijelaskan pada Perhimpunan Agong UMNO yang lepas dalam mana setiap perwakilan telah berdiri membaca baiah perwakilan untuk tidak mensabotaj calon-calon UMNO dalam pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Itulah sebabnya saya selalu meminta supaya UMNO menjaga parti mereka sendiri dan janganlah menyibuk hendak memberikan komen terhadap parti-parti lain dan membuat fitnah jahat semata-mata untuk mengalihkan pandangan ahli-ahli UMNO dan rakyat dari kelemahan mereka sendiri.

Bagi saya, tindakan sabotaj mensabotaj parti dalam UMNO semasa pilihanraya nanti merupakan isu yang besar bagi BN. Yang penting sekali ialah kerja sabotaj mensabotaj ini tidak mungkin dapat dihindarkan lagi kerana tidak ada tindakan disiplin bagaimana ketat sekali pun akan mampu membaiki keadaan. Tidak salah jika saya katakan yang UMNO sudah menghadapi penyakit dalaman yang terlalu teruk dan sudah terlalu 'advanced' dan tidak mungkin boleh diperbaiki lagi.

Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah samada pimpinan UMNO dan BN bersedia untuk menghadapi proses pengambil alihan kuasa oleh rakyat dari mereka. Sampai kehari ini Najib atau kepimpinan tertinggi parti masih belum ada membuat kenyataan yang mereka bersedia utuk menyerahkan kuasa jika itu yang dikehendaki oleh rakyat dalam pilihanraya nanti. Yang kita dengar selama ini hanyalah kenyataan Najib yang UMNO akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya.

Banyak parti-parti yang memerintah dinegara-negara maju menerima kekalahan dengan 'gentleman' dan menyerahkan kuasa secepat mugkin setelah rakyat memberikan mandat kepada phak lain. Gordon Brown tahu yang parti Buruhnya akan kalah dalam pilihanraya yang lalu. Tetapi oleh kerana menghormati sistem demokrasi yang tulin, pimpinan parti Buruh tidak pula bertindak dengan melakukan tektik kotor terhadap parti Conservative atau parti Liberal Demokrat sebelum menghadapi pilihanraya negara Britain awal tahun lepas.

Tidak ada penyokong-penyokong parti Buruh menonggengkan punggung mereka dihadapan rumah pemimpin parti pembangkang dan pemimpin NGO di Britain. Tidak ada pula 'function' parti pembangkang diganggu oleh gangster-gangster parti Buruh malahan parti Buruh tidak mempunyai gangster-gangster upahan untuk mengganggu program parti Liberal Demokrat.

Walaupun parti Buruh tahu yang mereka akan kalah, tidak ada pula kita mendengar penyokong parti itu mengambil video pemimpin-pemimpin Conservative semasa mereka berada di dalam bilik air atau tandas.

Yang penting Najib dan UMNO patut belajar ialah untuk melalui pengalaman kekalahan dalam pilihanraya kerana UMNO terlalu angkuh seolah-olah kemenangan pilihanraya itu hanyalah hak UMNO sahaja. UMNO tidak pernah diduga dan merasakan pahit maungnya berada dipihak pembangkang kerana hasil kerja buruk mereka sendiri. Saya tidak mahu mendahului Tuhan, tetapi hukum mengatakan yang UMNO kali ini seperti juga makhluk-makhluk kejadian Tuhan itu tetap akan merasa giliran untuk menerima dugaannya kali ini.

Selama ini UMNO hanya diduga dengan kemewahan dan kesenangan tetapi belum pernah merasakan dugaan melalui kesusahan. UMNO perlu melalui proses ini untuk mematangkan lagi perjuangannya dan kembali kepada 'basic' iaitu untuk melakukan kerja dan ubudiah baik bagi rakyat yang ramai ini.

Rakyat sekarang dalam kerinduan untuk melihat pimpinan kerajaan memberikan fokus kepada rakyat yang ramai dan berhenti menjadi satu parti yang menjaga 'exclusivity' bagi kumpulan kecil sahaja. Rakyat tidak mahu lagi melihat UMNO itu sebagai sebuah kelab ekslusif semata-mata.

Rakyat sudah tidak menerima lagi laungan 'acronym' besar-besar seperti NKRA, ETP, TTP, KETIAK, RTM, SPRM, KTM, TDM, dan banyak lagi acronym yang menjadi laungan yang entah apa-apa itu. Rakyat mahukan 'substance' bukannya 'form' yang terlalu lazim digambarkan oleh pimpinan negara kita.

UMNO, seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas sepatutnya berehat dan membuat 'introspeksi' mendalam dan menilai kembali apakah mereka telah berjaya berjuang selama ini terutamanya dalam menentukan nasib orang Melayu sebagai yang dilaungkan sejak lebih dari lima dekad yang lalu.

Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya diantara rakyat dengan pimpinan BN sebenarnya. Jika rakyat yang menang, mereka akan menang melalui mandat yang akan diberikan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR. Jika Pemimpin-pemimpin BN yang menang maka itu adalah kemenangan bagi segelintiran 'warlords' dalam UMNO yang telah menenggek diatas kuasa rakyat yang dimandatkan kepada BN.

Tetapi seperti yang saya nyatakan diatas tadi jauh disudut sanubari saya, PR akan mendapatkan mandat itu dari rakyat dalam PRU yang akan datang ini.

Itulah sebabnya saya cuba untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO supaya menerima kekalahan itu dengan 'gentleman' dan bersama-sama melakukan penyerahan kuasa itu dengan baik dan bertertib.

Kalau Gordon Brown telah menyerahkan kuasa kepada parti Conservative hanya dalam tempoh 6 jam selepas kekalahanya dalam pilihanraya umum Britain, kita tidak nampak kenapa BN harus menyusahkan proses peralihan kuasa itu dalam pilihanraya yang akan datang.

Barulah demokrasi terlaksana dalam erta kata yang sebenarnya. Najib dan pimpinan BN jangan merasa marah dengan penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Kita perlu ingat yang Adam Alaihissalam pun dikeluarkan dari syurga bersama Hawa.

Apa yang lebih enak selain dari berada di dalam syurga. Itu pun Adam telah menerimanya dengan senang penuh takzim dan terus melakukan tanggungjawabnya walau pun telah dikeluarkan dari syurga.

Apa nak dihairankan jika Najib keluar dari Putrajaya jika dibandingkan dengan Adam yang telah keluar dari syurga itu.. Apakah yang lebih enak dari syurga? Ia lebih enak dari berada di Putrajaya.

[Video] : Ceramah DSAI - Ceramah Merdeka Rakyat di Kuching 20/05/12

Posted: 21 May 2012 06:01 PM PDT



Angelina Jolie beli helicopter untuk Brad Pitt

Posted: 21 May 2012 08:48 AM PDT



Angelina Jolie sanggup berbuat apa sahaja demi Brad Pitt.
DEMI cinta, Angelina Jolie sanggup berbuat apa saja demi tunangnya, Brad Pitt.
Menurut laporan Digital Spy, Jolie sanggup menghabiskan wang sebanyak RM4.8 juta untuk Brad dengan membeli sebuah helikopter.
Menurut sumber, Jolie ingin Brad belajar mengendalikan helikopter yang dibeli itu supaya mereka dan anak-anak dapat menikmati panorama dari udara.
"Rumah mereka di Perancis memiliki landasan helikopter, jadi tidak ada salahnya jika Jolie menghadiahkannya kepada Brad.
"Tambahan pula Jolie mahu Brad membawanya dan anak-anak bersiar-siar di udara," kata sumber itu.
Walaupun Brad sudah pun memiliki lesen mengendalikan helikopter berkenaan, dia perlu menjalani beberapa latihan sebelum dibenarkan menggunakan pesawat tersebut.
Pasangan selebriti itu bakal berkahwin pada musim bunga ini yang dijadualkan akan berlangsung di kampung halaman Brad, iaitu di Springfield, Missouri, Amerika Syarikat.
Pada majlis perkahwinan mereka nanti, Brad dan Jolie mahu elemen budaya tempat kelahiran anak-anak mereka diterapkan dalam acara tersebut seperti Kemboja (tempat lahir Maddox), Vietnam (Pax), Ethiopia (Zahara), Namibia (Shiloh) dan Perancis (Vivienne dan Knox) -mStar

Motif Dakwaan Terhadap Anwar Dan Azmin Untuk Halang Tanding PRU13

Posted: 21 May 2012 07:55 AM PDT

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.

Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0.


"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.

Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."

Kedua-dua pemimpin itu antara mereka yang menyertai perhimpunan yang diadakan di ibu negara, anjuran Bersih 2.0, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam tindakan polis yang menyerahkan writ saman ke atas Anwar dan Azmin dan menyifatkan itu tidak lebih dari satu tindakan politik.

"AMK Selangor mempersoalkan asas pertuduhan itu yang dlihat amat tergesa-gesa untuk mengheret dua pemimpin utama PKR ini ke mahkamah sekali gus satu percubaan berniat politik untuk menghukum keduanya dibawah Seksyen 4(3) yang boleh menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Justeru AMK Selangor merasa terpanggil untuk menggerakkan rakyat untuk turun beramai-ramai esok, ke Mahkamah Jalan Duta bagi menyatakan sokongan padu terhadap percubaan terbaru regim Najib Razak yang cuba menggunakan kuasa kehakiman bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia," kata Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan berasingan.

Beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mobilisasi perhimpunan rakyat yang lebih besar bagi membantah usaha jahat ini, yang dipercayai antara langkah terakhir regim untuk menafikan tertegaknya kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

- Sinar Harian

Najib semakin lemah ....

Posted: 21 May 2012 06:35 AM PDT

Sekarang Umno sudah sedar bahawa ia telah menjadikan dirinya tidak popular akibat mengguna pakai nasihat presidennya, Perdana Menteri Najib Razak yang telah memilih untuk memberi perhatian pada dirinya dan bukan parti.
Rasional yang digunakan oleh Najib yang berusia 58 tahun kepada Umno dan BN yang diketuainya adalah bahawa Umno dan BN sudah menjadi jenama yang tidak baik dan satu-satunya cara untuk memenangi undi adalah untuk membina personalitinya. Namun, cara ini ternyata telah gagal.
Baru-baru ini, pada sambutan Ulangtahun ke 66 Umno di stadium Bukit Jalil, Najib telah membelanjakan wang yang agak banyak untuk menarik semua ahli dari seluruh Malaysia. Namun, dia masih gagal untuk memenuhkan walau separuh dari stadium yang boleh menampung sehingga 100,000 orang manusia. Ini sangat berbeza daripada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang mampu menarik seramai 250,000 orang rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat walaupun tiada insentif seperti duit mahupun kenderaan percuma diberikan, sejumlah 250,000 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat memenuhi kawasan Dataran Merdeka untuk menggesa Najib membersihkan proses pilihanraya yang meragukan.

Yang teruk bakal menimpa. Pemimpin-pemimpin Umno yang bakal menyambut 66 tahun kegemilangan pencapaian parti terkejut apabila mendapati diri mereka diketepikan apabila klip video menunjukkan betapa gahnya Najib sebagai pemimpin Umno yang terhebat dibandingkan dengan mantan perdana-perdana menteri yang lain telah dipertontonkan kepada hadirin di Bukit Jalil.
Perubahan pakatan yang sentiasa berlaku dalam Umno
Apa yang difikirkan oleh mantan perdana menteri Mahathir Mohamad apabila menonton klip video sukar untuk dibayangkan. Namun, dia terpaksa senyum dan membuat muka berani. Seperti ahli Umno yang lain, dia tidak boleh mengaku bahawa dirinya telah diperbodohkan oleh Najib.
Juga, jika dianalisa dari kesetiaan politik yang berubah-ubah dalam Umno, kita hanya boleh mengatakan sehingga kini, Najib boleh mengharapkan sokongan Mahathir kerana lelaki tua itu perlukan Najib untuk kepentingan politiknya sendiri. Begitu juga bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.
Kerana jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat sudah berkuasa, rantai kekayaan yang dibina melalui 22 tahun kuasa mutlak dan rasuah dalam Umno akan runtuh dengan serta-merta.
Jadi sementara ini, terdapat 2 kumpulan utama dalam Umno - mereka yang menyokong Najib dan mereka yang tidak menyokongnya - tidak semua yang menyokong Najib suka akan dia. Sebagai contoh, Mahathir dan lain-lain yang tidak suka pada Najib dan melihat dirinya sebagai pemimpin yang lemah dan suka membesar-besarkan kelebihan diri.
Mereka mesti geram kerana Najib telah dilakukan sangat sedikit dan lebih menampakkan kepada pemusnahan reputasi Umno dan BN untuk mengutamakan populariti peribadi. Ia amat mengecewakan apabila Najib telah tidak melakukan apa-apa untuk memastikan survival Umno atau memulihkan reputasinya.
Malah, reputasi parti itu perlu diperbaiki dengan banyak, kerana telah kemik oleh pelbagai skandal satu demi satu tanpa ada sebarang penyelesaian, termasuk isu kapal selam Scorpene Najib yang menyalahi undang-undang komisen perjanjian.
Walaupun senyuman dan tepukan diberi antara satu sama lain, retak dengan mudahnya boleh dilihat dari ucapan yang diberikan oleh MuhyiddinYassin, timbalan Najib. Dalam ucapannya kepada orang ramai di Bukit Jalil, Muhyiddin menekankan kehadiran Mahathir dan memuji pemimpin veteran itu, dan ini menarik tepukan gemuruh daripada penonton. Ia adalah jelas perlakuan menghina Najib dan isyarat kepada Mahathir untuk mempertimbangkan kerjasama baru dan bukan hanya mengikat dirinya dengan Najib.
Perbalahan yang belum pernah berlaku
Spekulasi baru-baru ini bahawa Najib akan menggantikan menteri-menteri kabinet dengan muka-muka baru merupakan satu lagi tamparan hebat. Kebanyakan muka lama adalah orang-orang Mahathir dan beberapa proksi Abdullah Badawi. Kumpulan Ketua Menteri ini bukan jenis yang boleh dipermainkan dan mereka sendiri telah pun memulakan serangan keatas Najib.
Sebagai contoh, Idris Jusoh bekas Menteri Besar Terengganu begitu gembira dan yakin apabila dia berdiri di atas podium untuk memberi galakan kepada orang ramai di stadium seolah-olah Najib sudah berjanji pada dirinya akan jawatan MB selepas PRU ke -13. Musuhnya, Ahmad Said, ketua menteri sekarang, tidak kelihatan di mana-mana. Tetapi kemudian, Ahmad Said membidas dengan tidak akan mengalah begitu sahaja.
Walau apa pun yang akan berlaku, dengan perbalahan yang menjadi-jadi dan prestijnya yang semakin jatuh, Najib tidak akan dapat melakukan sesuatu dengan caranya sendiri melainkan jika dia bersedia untuk pemberontakan terbuka sekaligus menjejaskan peluang Umno-BN untuk menang.
Tiada hala tuju baru buat Umno, hanya retorik dan pujian pada diri sendiri
Pemerhati politik berkata, melainkan jika Datuk Seri Najib memperkenalkan visi dan pelan baru, UMNO-BN akan kalah teruk disebabkan perbalahan dalaman, pertelingkahan, sabotaj dan tikam-menikam dari belakang. Nasib yang akan dihadapi Najib kemudian akan ditentukan oleh keputusan PRU ke-13.
"Adalah menyedihkan untuk melihat pemimpin Umno tidak mampu untuk merangka hala tuju baru bagi parti mereka. Fakta ini begitu jelas. UMNO adalah sebuah parti yang semakin tua, tiada wawasan baru hanya retorik kosong sahaja. Tiada interaksi dengan komponen-komponen BN yang lain atau penglibatan dengan masyarakat sivil, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
"Apa yang perhimpunan itu tidak tunjukkan kepada kita adalah kembalinya Mahathir. Oleh kerana kelemahan politik Najib, dia akan bermain mengikut rentak Mahathir manakala puak lain juga akan cuba untuk membatalkan perjanjian dengan Mahathir untuk meyakinkan bahawa mereka tidak akan menyokong Najib lagi.
Malaysia Chronicle

Berita yang tak berapa syok Najib dengar ....

Posted: 21 May 2012 12:53 AM PDT

GUA MUSANG: Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS.

Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62.

Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul  Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa.

Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.

"Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku.

"Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan  mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini," katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.

Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.

"Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.

"Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah," ujarnya. - Harakah

(Ikuti pelbagai pendedahan peneroka dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Teropong makna sebenar MUNAFIK

Posted: 21 May 2012 06:49 PM PDT

Meneropong dalam kamus bahasa makna munafik Memerhati jiwa2 manusia yang sedang rakus menelan bait2 kuasanya Yang ada dan pengadu-doma yang bermaharajalela, Mewarnakan kulit-kulitnya dengan warna-warna sesumpah... Sedang dalam kamar pemerintahan lecak, lecah, suram, kusam dan serabut dengan masalah.. Terima kasih dalam kamar bicara... WAN NORDIN WAN YAACOB Mei 22 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Tuduhan bermotif politik, Anwar minta dibicara

Posted: 21 May 2012 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman bermotif politik.
"Pertuduhan bertujuan politik dan saya minta dibicarakan," kata Anwar selepas pertuduhan dibacakan.
Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Datuk Yusof Zainal Abidin di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi.
Yusof merupakan hakim yang sama dalam perbicaraan kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.

Yusof: Bukan peribadi dengan AG

Posted: 21 May 2012 08:29 PM PDT

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.

BERSIH 3.0: Anwar,Azmin, Badrul kena ikat jamin RM 500 akan dibicara pada 2 julai

Posted: 21 May 2012 08:16 PM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.
Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar - kali ini bersama peguam kanan Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat tersebut.

Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Ali VS Hishamuddin Rais

Posted: 21 May 2012 07:58 PM PDT

Sodomy II prosecutor now in Anwar’s legal team for illegal assembly charge

Posted: 21 May 2012 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, May 22 — Former Solicitor-General II Datuk Yusof Zainal Abiden has joined Datuk Anwar Ibrahim's legal team as the opposition leader is charged with taking part in an illegal street demonstration today.

Yusof had led the Sodomy II prosecution against Anwar, but has since retired from the Attorney-General's Chambers. "Yes," lawyer and PKR leader Sivarasa Rasiah confirmed with The Malaysian Insider in a text message when asked.



Kalu UMNO .. .wat ape pun boleh

Posted: 21 May 2012 07:38 PM PDT

Cerita nya KAT SINI.
Wat gerai ikut suka diorang ... mana mana pun bleh ..
Conteng sana, conteng sini
Tak der sapa bleh larang .. tak der sapa BERANI larang.
Sebab dia ada kuasa ... wakakak !!!
Tokey ikan bakar hahah .. Hello Noh Omar sihat ke?

SPR : Suruhanjaya Pelawak Rakyat

Posted: 21 May 2012 07:37 PM PDT

Kangkung, Timun jadi pengundi.
Apa yang tak der .. Tgk dalm senarai kat Star tu .. Kuda pun ada .. Kah kah kah
Sapa kata SPR tak pandai lawak?
SPR wat lawak supaya rakyat Msia ceria selalu ..

PRU 13, Ibu Segala Pilihanraya

Posted: 21 May 2012 07:29 PM PDT

2 AHLI KUAT UMNO ISYTIHAR MASUK PAS

Posted: 21 May 2012 07:27 PM PDT

Kes Scorpene: Peguam Perancis pohon visa kerja

Posted: 21 May 2012 07:20 PM PDT

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielPara peguam Perancis yang mewakili Suaram yang menyaman firma pertahanan DCNS atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia, akan datang ke negara ini untuk memberi penerangan kepada pelanggan mereka mengenai kes tersebut.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel (kiri), sama ada Joseph
Brehem atau William Bourdon merancang datang minggu depan bagi membincangkan kes tersebut yang melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM7.3 bilion pada tahun 2002.

Kes kontroversi itu, yang didakwa melibatkan bayaran komisen berjumlah 114 juta euro (RM540 juta), telah didengar baru-baru ini dan diterima oleh hakim penyiasatan Roger Le Loire di Paris Tribunal Grande Instance.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih 3.0 : Kawalan ketat Polis menunggu Anwar, Azmin untuk didakwa

Posted: 21 May 2012 07:14 PM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Kawasan di sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta telah dikawal oleh pihak polis.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Tunggu Anwar kedalam, baru Najib nak bubar?!

Posted: 21 May 2012 07:12 PM PDT


 Kerajaan dakwa Anwar, Azmin dan Cikgu Bard kerana sertai BERSIH 3
 
Buliten Utama TV3 malam tadi menyiarkan berita dimana kerajaan akan mendakwa tiga pemimpin PKR - Anwar, Azmin dan Cikgu Bard kerana terlibat dengan perhimpunan "BERSUH 3 " tempoh hari.  Oooo rupanya Najib tunggu benda ni selama ni! ,… patutlah masih tak berani bubar parlimen untuk tentukan tarikh pilihanraya.

Apa-apa pun  berita ini bukan sesuatu yang mengejutkan!  kerana saat-saat nak pilihanraya ini macam-macam dan apa saja UmnoBn akan buat untuk melemahkan pembangkang,  dan dalam masa yang sama mereka percaya dan berharap rakyat akan menyokong mereka.  Cis ! mana mungkin !  kerana rakyat dah kenal Najib ialah PM haram jadah,  kerajaannya juga kerajaan haram jadah!
 
Read More / Baca Lagi >>

Yemen: Suicide Bomber Kills Some 100 Soldiers

Posted: 21 May 2012 07:07 PM PDT

Town caught in midst of Sudan conflict

Posted: 21 May 2012 07:06 PM PDT

Video: Dramatic 270-Foot Waterfall Rescue

Posted: 21 May 2012 07:04 PM PDT

Penang Free Wi-Fi

Posted: 21 May 2012 07:03 PM PDT

Forum Rakyat: Eksklusif Bersama YB Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hassan

Posted: 21 May 2012 07:02 PM PDT

Kelebihan bulan Rejab

Posted: 21 May 2012 07:01 PM PDT


"Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa." (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Read More / Baca Lagi >>

Ayuh Peminjam PTPTN, Kita lancarkan perang habis-habisan ke atas Khaled Nordin!

Posted: 21 May 2012 06:59 PM PDT

"Kita sudah menunggu lama untuk Khaled Nordin menghapuskan kos pentadbiran PTPTN tapi beliau masih lagi berkeras untuk menunaikan tuntutan tersebut. Rasanya, cukuplah kita bersabar setakat di sini sahaja. Sekarang, sudah tiba masanya kita menghukum Khaled Nordin di atas kedegilan dan sikap beliau yang tidak berhati perut!

Marilah kita desak beliau supaya beliau berundur dari jawatan Menteri Pengajian Tinggi ! Petisyen telah pun dibuat. Jom ramai-ramai tandatangan petisyen ini ! Ayuh ! Kita pastikan Khaled Nordin menjadi menteri pertama dalam sejarah Malaysia meletakkan jawatan atas desakan kuat dari peminjam PTPTN !

http://www.ipetitions.com/petition/ptptn/

"

Negara Zina : Bapa Jumpa Lelaki dalam Almari Anak Gadis 17 Tahun

Posted: 21 May 2012 06:57 PM PDT


Sekadar hiasan

Umur 17 tahun sudah berzina!! Apa nak jadi dengan Melayu? Beginilah jadinya apabila nafsu syahwat sudah menguasai diri... 


[HM] KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.
Read More / Baca Lagi >>

Analogi main tenis, dilema PRU13

Posted: 21 May 2012 06:41 PM PDT

KARIM RASLAN
22 Mei 2012
Kita sudah memasuki pusingan terakhir demam pilihan raya. Tidak kira Jun, Julai, September atau mungkin awal tahun hadapan, ternyata kita sudah hampir tiba di garisan penamat teka-teki tarikh pilihan raya.

Sebagaimana dalam bersukan, di peringkat akhir stamina itu amat penting. Pihak yang mampu menguruskan sumber dengan baik dan mempunyai mesej yang fokus dan konsisten pasti akan berjaya.

Read More / Baca Lagi >>

Tanpa rasa takut atau memihak

Posted: 21 May 2012 06:36 PM PDT

SYAHREDZAN JOHAN

Pada 11 Mei 2012, Badan Peguam Malaysia yang terdiri daripada lebih kurang 14,000 peguam, telah meluluskan satu resolusi berkenaan perhimpunan Bersih 3.0.
Resolusi itu, antara lain, mengecam tindakan sebahagian anggota polis dan pada masa sama mengecam tindakan segelintir pemprotes yang ganas. Resolusi ini diluluskan berlandaskan laporan akhir dikeluarkan Badan Peguam berkenaan dengan perhimpunan Bersih 3.0.
 
Seperti perhimpunan-perhimpunan lain, Badan Peguam telah menghantar pasukan pemerhati terdiri daripada 78 ahli Badan Peguam. Laporan tersebut adalah berdasarkan pengamatan pasukan pemerhati pada hari itu.
Malangnya, apa berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 tidak berbeza dengan apa yang berlaku ketika perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. Respons pihak polis langsung tidak berkadar dengan apa berlaku dan akhirnya kita saksikan kekerasan berlebihan ke atas para demonstran.
Read More / Baca Lagi >>

To cut costs, MAS offers staff 2 years’ unpaid leave

Posted: 21 May 2012 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, May 22 — Malaysia Airlines (MAS) has offered a maximum of two years of unpaid leave to its Malaysia-based employees as the flag carrier works out strategies to cut costs and seek RM6 billion to fund a re-fleeting programme after losing RM2.52 billion last year and aborting a share swap with competitor AirAsia.
The Malaysian Insider has sighted an email dated May 18, 2012 from the MAS Human Capital division giving all staff up to June 30, 2012 to apply for the "Voluntary Leave Programme (VLP) 2012". The programme is only for permanent MAS employees, excluding those in the MASWings division, MASWings Sdn Bhd and Firefly.
File photo of a MAS aircraft at the Kuala Lumpur International Airport in Sepang. MAS employees have been offered the option of unpaid leave for the second time in recent times.
"As we all are aware, our Company is still in financial crisis despite many measures taken to combat all odds to contain costs. We are in a serious survival mode which immediately calls for strong measures on costs control and reduction initiatives. "Given the current financial situation, the Company has decided to reactivate the Voluntary Leave Programme (VLP). This programme provides an opportunity for staff to take a break from employment for a certain period of time for personal reasons whilst still having the assurance of continued employment with Malaysia Airlines," according to the email issued by Zahrah Zaid, the executive vice-president of human capital in MAS.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Moral Politik

Posted: 21 May 2012 06:29 PM PDT

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Mutakhir ini politik negara selalu memperlihatkan wajahnya yang bersimpang siur dengan permainan wajah yang mengelirukan; suatu wajah politik ganda: terdapat wajah arif bijaksana sekaligus memperlihatkan kelicikan di sebaliknya; wajah yang luhur sekaligus menyimpan kedustaan, wajah jujur sekaligus penuh tipu daya; wajah humanis sekaligus tersimpan tindak laku kebatilan yang tidak berperi kemanusiaan; wajah bermoral sekaligus tersimpan sama kelakuan hina yang tidak bermoral.
Read More / Baca Lagi >>

Rahim Nor Mungkin Cadang Tangkap Anwar Ibrahim ?

Posted: 21 May 2012 06:26 PM PDT

Mohd Sayuti Omar
Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari panel penyiasat Bersih. Cara beliau mengomen dan memberi pandangan berhubung himpunan Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara.


 
 
Banyak komen beliau mengenai Bersih dipertikaikan dan campur tangan beliau dilihat tidak revelan.  Sebelum ini orang sudah tahu dan masih ingat macam mana beliau berusaha keras mengikut kehendak dan arahan pihak tertentu dengan membelakangkan semangat dan profesional polis apabila beliau melakukan kekejaman kepada bekas TPM Anwar Ibrahim.

Ekoran pendedahan suruhanjaya di raja yang menyiasat mengenai insiden mata lebam dialami Anwar terdedah di pelakunya buruk dan sadis Rahim. Pendedahan itu sungguh memalukan Rahim dan maruahnya sebagai KPN terjejas. Pasukan polis di raja Malaysia juga tercermar.

Read More / Baca Lagi >>