Khamis, 17 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kemalangan di Lebuhraya LPT, 6 Mei 2012 : Cerita menyayat hati dari seorang saksi ...

Posted: 17 May 2012 06:50 PM PDT

Mungkin ada di antara kita yang ada terbaca mengenai berita kemalangan kereta Lancer di Lebuhraya LPT yang berlaku pada 6 Mei baru-baru ini. Di bawah, adalah kisah disebalik kejadian tersebut yang diceritakan semula oleh seorang saksi yang melihat sendiri kejadian dari sebelum, semasa dan selepas kemalangan tersebut berlaku.

Ia dipetik dalam laman www.ohtidak.com:-

"Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway LPT dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lanser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer. Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan. Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak Lanser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar. Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.




Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan. Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber'seatbelt' dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa. Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg. Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital. Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.

Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai. Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia."
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kejadian tersebut. Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan. Sama-sama kita sampaikan bacaan surah Al-Fatehah kepada mangsa.
Dipetik dari: mynewshub.my

Senaman Punggung: Umno malukan Melayu, Islam

Posted: 17 May 2012 05:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umno terbukti tiada lagi rasa malu kerana menggunakan cara yang hina dan biadab untuk menghukum Bersih, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Akhirnya, kawan Umno sendiri, (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon mengecam tindakan membuat senaman punggung di hadapan rumah (Pengerusi Bersih, Datuk S) Ambiga itu.

"Tetapi saya yakin kecaman Koh itu tidak akan memberi apa-apa perbezaan dan tidak memberi apa-apa kesan kerana Umno sendiri semakin membuktikan ia tidak ada lagi mempunyai adab dan rasa malu," kata beliau sambil menyatakan beliau diberitahu bahawa-bahawa blog-blog Umno saling mengucapkan tahniah kepada mereka yang membuli Ambiga itu.

Koh menyifatkan tindakan penungging-penungging punggung itu sebagai sebagai kasar dan tidak sensitif.

Bagi Mahfuz, sekalipun Umno mahu melepaskan geram kerana terlalu kecewa dengan kehadiran ratusan ribu rakyat berbilang kaum dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, mereka tidak perlu menggunakan cara yang tidak beradab dan jijik sehingga melalukan gangguan seksual di hadapan rumah mangsa yang hendak dibuli.


"Bila Umno buat perkara yang jijik dan biadab seperti itu, ia terpalit juga kepada umat Islam lain yang tidak bersalah.

"Sekarang bila kawan Umno yang bukan Islam mengkritik tindakan itu, adakah mereka fikir umat Islam lain tidak rasa malu dengan perbuatan itu.

"Mentang-mentang ada kuasa, senang-senang membuli orang dengan aksi biadab menungging punggung," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bertambah kesal kerana tindakan buli demi buli itu melarat kepada tuduhan tanpa usul periksa ke atas rakyat yang tidak bersalah.

"Terbaru, Ketua AMK Sik (Ngah Habib Mahyudin) disiasat dan dituduh mengancam mahu membunuh polis di dalam ceramahnya.

"Tanpa bertanya kepadanya, media-media pro-Umno membuli beliau apabila membuat laporan palsu kononnya beliau membuat ancaman itu," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah polis mempunyai rakaman apa yang didakwa sebagai ancaman itu sebelum memanggil Ngah untuk disiasat.

Ngah yang juga Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah dibebaskan selepas disiasat.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Daklam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kononnya tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu termasuk pihak polis, Mahfuz hanya berkata: "Dia sudah bohong pasal SOP".

Hishammuddin sebelum ini mendakwa, tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan itu adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).

Tetapi selepas itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan itu bukan sebahagian daripada SOP. HD

Tiada PRU selagi BERSIH tergantung

Posted: 17 May 2012 05:18 PM PDT

SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan dia ke England dulu.
Bila lagi?
Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian gugur sendiri?
Oleh kerana ia tidak diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis dan peserta Bersih 3.0.
Najib mahu mengambil faedah dari huru-hara yang tercetus itu. Dia bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat bebas tentang siapa pencetus kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus orang peserta Bersih 3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.
Sudah ada yang didakwa di mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.

Cuepacs pula sedang meneliti siapa anggotanya yang turun padang untuk dikenakan tindakan. Guru-guru pula sedang diperhatikan siapa yang keluar hari itu. Pelajar-pelajar juga sedang diperhatikan.
Macam-macam tidakan dicadangkan untuk dikenakan. Jika betullah pro kerajaan yang ada untuk mengenakan tindakan, maka ia memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semua gertakan itu.
Dalam keadaan yang ada kerajaan tidak sekadar menggertak, tetapi sungguh-sungguh hendak bertindak. Tidak dapat hendak diramalkan apa bentuk suasana jika semua tindakan itu dikenakan.
Adalah faedah politik yang dicari dari semua tindakan itu.
Jika semua tindakan itu hendak dikenakan, maka pilihan raya tidak dapat diadakan selagi semua kes tidak selesai. Najib tidak akan membiarkan semua kes itu tergantung bagi mengadakan pilihanraya. BN dan Najib tidak dapat apa-apa faedah jika pilihan raya diadakan sedang semua kes itu tidak selesai.
Jika pilihan raya diadakan dalam keadaan demikian, maka apa jadi kalau dalam pilihan raya nanti Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?
Tentulah kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan semua arahan buru orang yang belum tertangkap. Semua yang sudah ditangkap dilepas dan tiada tindakan akan diambil.
Semua kes yang sudah didakwa digantung dulu. Tengok apa Peguam Negara dan pendakwa raya patut buat dengannya.
Presiden Ceupacs pun tentang tidak berkata apa-apa lagi kepada anak buahnya. Bahkan anak buahnya lebih riang daripadanya. Akan ada pandangan bagi dari pembesar Ceupacs.
Saya tidak tahu siapa jadi Menteri Dalam Negeri yang baru? Azmin Ali atau Salahuddin Ayub. Dia tidak perlu tukar Ketua Polis Negara dan Timbalannya. Mereka pula tabik menteri baru itu. Tun Hanif Omar akan jumpa menteri baru apa nak buat dengan jawatankuasa penyiasat yang diketuainya?
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail pun akan jumpa Perdana Menteri bertanya boleh sambung khidmat lagi atau tidak?
Tentulah suasana akan berubah.
Perdana Menteri Najib macam mana? Dia akan jadi macam Dato Onn bin Jaafar semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri Malaya selepas 27 Julai 1955.
Suasana itu antara yang sedang pun difikirkan oleh Najib.
Sebelum keadaan seperti itu berlaku Najib berfikir lagi tentang tarikh baru pilihanraya. Dia tidak akan adakan selagi semua yang polis cari tidak ditangkap. Bukan saja ramai dari mereka akan didakwa, tetapi dia mahu supaya semua kes itu diselesaikan dulu.
Dia tidak mahu semua kes itu tergantung ketika pilihan raya diadakan. Hukum dulu siapa yang disabitkan. Apa kesannya? Masa itulah yang menentukan kesannya.
Maka selepas semuanya selesai barulah tarikh pilihanraya diumumkan. Sebelum puasa atau selepas musim haji? Bergantung secepat mana semua kes itu dapat diselesaikan.
-Harakahdaily

Skandal Bubu, Kerabat Selangor dengan penyanyi seberang, Syahrini

Posted: 17 May 2012 06:51 AM PDT

..
Kelmarin penyanyi dari seberang, Syahrini membuat kenyataan terbuka memberitahu yang dia kini memang sedang hangat  bercinta dengan dengan seorang jejaka Malaysia dari kerabat Selangor, Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Bubu.
Dan hari ini di beberapa laman hiburan dan gosip sensasi dua negara, baik Indonesia juga Malaysia terpampang cerita Bubu curang dengan kekasihnya itu. 

Ini berikutan tersebarnya sekeping gambar Bubu bersama seorang gadis berimej seksi bernama Virta Rahdania Maladi. Lebih panas gambar yang dirakamkan pada 15 April 2012 itu menunjukkan mereka berdua beraksi mesra lantas menimbulkan pelbagai spekulasi.
..
..
Namun gadis tersebut yang juga merupakan seorang penari bagaimana pun tampil menjelaskan mereka berdua bertemu di Bali dan menghabiskan masa bersama semalaman sebelum berpisah kerana mendakwa Bubu terpaksa pulang ke Malaysia keesokan harinya.

Bagaimana pun  gadis ini menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Bubu. Katanya pertemuan mereka terjadi sebelum usahawan muda itu mengenali Syahrini lagi. Jadi, tiada isu Bubu berlaku curang.
Hmm... okay.
MS : Kerabat bertattoo?

Kerana takut kalah PRU, BN permainkan Islam

Posted: 17 May 2012 05:19 AM PDT

17 May 2012
KAMUNTING, 17 MEI:  Satu-satunya cara untuk mewujudkan Malaysia yang baru ialah dengan menolak politik perkauman dan manipulasi agama yang sering dimainkan oleh Barisan Nasional, termasuk UMNO dan MCA.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, politik perkauman dan manipulasi agama telah menjadi penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

"Kata-kata "Cina balik China, India balik India' sudah tidak ada tempat di negara ini. Para pengundi perlu berani untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersama Pakatan Rakyat di sini malam tadi yang dihadiri lebih 6,000 orang.


Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, beliau sendiri telah berusaha untuk memastikan semua kaum, termasuk orang Melayu, mendapat pembelaan sewajarnya kerana ia adalah tanggungjawab semua.

"Saya sendiri menyumbang kepada satu majlis berkhatan beramai-ramai yang melibatkan 500 kanak-kanak Melayu di kawasan saya. Saya juga melawat masjid untuk menyampaikan sumbangan ikhlas serta menyertai umat Islam dalam majlis berbuka puasa.

"Ini membuktikan DAP adalah parti yang bersifat inklusif yang menerima semua orang tanpa mengira kaum dan agama, malah menghormati semua kaum dan agama.

"Jadi jangan lagi percaya dengan fitnah UMNO kononnya Dap adalah parti anti-Melayu, anti-Islam. Itu semua bohong," ujarnya.
Di majlis yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu berkata, selain UMNO, parti komponen BN yang paling takut dengan PAS adalah MCA kerana kepimpinannya bimbang dengan usaha PAS untuk mewujudkan Negara Berkebajikan.

Katanya, apabila PAS tidak menggunakan istilah Negara Islam, MCA bimbang kerana ia tiada lagi bahan propaganda untuk memburukkan DAP yang kononnya bersekongkol dengan PAS bagi menubuhkan Negara Islam.

"MCA selalu memburukkan PAS untuk menakutkan kaum Cina. Tapi tahukah mereka bahawa di Kelantan, kerajaan negeri PAS telah memberikan tanah kepada kaum Cina untuk membina sekolah, malah memberi sumbangan unruk dewan orang Cina. Mengapa MCA membisu dalam hal ini? Ini tidak adil," tambah beliau.
Menurutnya, parti-parti komponen BN sanggup mempermainkan Islam semata-mata ingin menakutkan rakyat yang semakin ghairah mahu membuat perubahan besar dalam PRU akan datang. – Roketkini.com

Tarian separa lucah "Tarian punggung" akan datang ke rumah DSAI, Mat Sabu, Pak Samad pula .... datang beramai2 .... hahaha

Posted: 17 May 2012 01:20 AM PDT

Selepas Ambiga, 'senaman tarian' untuk Anwar pula

Fazy Sahir
 | May 17, 2012
Presiden PVTM berkata, senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.
PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik 'senaman punggung' oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.
"Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik," katanya ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.
Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.
"Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.
"Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara," katanya.
Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.
'Senaman punggung'
Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusibersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.
"Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).
"Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari. Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga," ujar beliau. - FMT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Facebook IPO: What You Need to Know

Posted: 17 May 2012 07:43 PM PDT

Mogok lapar demi kebebasan tahanan ISA

Posted: 17 May 2012 07:40 PM PDT

Ceramah : Raja Kamarul Bahrin Di Batu Burok

Posted: 17 May 2012 07:39 PM PDT

Kerana takut kalah PRU, BN permainkan Islam

Posted: 17 May 2012 07:33 PM PDT

KAMUNTING, - Satu-satunya cara untuk mewujudkan Malaysia yang baru ialah dengan menolak politik perkauman dan manipulasi agama yang sering dimainkan oleh Barisan Nasional, termasuk UMNO dan MCA.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, politik perkauman dan manipulasi agama telah menjadi penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Kata-kata "Cina balik China, India balik India' sudah tidak ada tempat di negara ini. Para pengundi perlu berani untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersama Pakatan Rakyat di sini malam tadi yang dihadiri lebih 6,000 orang.
Read More / Baca Lagi >>

Hanif Omar tak boleh dakwa wibawanya

Posted: 17 May 2012 07:25 PM PDT

Haji Subky Abdul Latif

Saya mengenali Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara dari jauh dan menghormatinya. Ada lebihnya dari lain-lain KPN.
Tetapi saya kira dia tidak sesuai mengepalai siasatan bebas tentang pertentangan Bersih 3.0 dan polis. Dia orang terbaik dari lain-lain polis untuk menganggota badan itu.
Mungkin dia betul-betul adil bagai yang dihajati. Sebagaimana adil sekali pun katakanlah badan itu nanti didapati menyebelah polis, maka payah bagi masyarakat umum untuk menerimanya.
Hanif mungkin benar-benar jujur bila dia menyatakan dia  akan bersikap adil dan jujur untuk mengendalikan  siasatan itu, tetapi Hanif tidak boleh mendakwa dia punya wibawa yang cukup untuk berlaku adil.
Read More / Baca Lagi >>

Hishammuddin, ini gambar Tonto atau anggota polis?

Posted: 17 May 2012 07:21 PM PDT



Kenyataan Umum
17 Mei 2012
MENTERI DALAM NEGERI HARUS PERJELAS PERANAN ANGGOTA POLIS MENYAMAR DALAM PESERTA BERSIH.


Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0. Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan Kerajaan Selangor

Posted: 17 May 2012 06:58 PM PDT

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.
Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.
"Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Senaman Punggung: Umno malukan Melayu, Islam

Posted: 17 May 2012 06:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: Umno terbukti tiada lagi rasa malu kerana menggunakan cara yang hina dan biadab untuk menghukum Bersih, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Akhirnya, kawan Umno sendiri, (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon mengecam tindakan membuat senaman punggung di hadapan rumah (Pengerusi Bersih, Datuk S) Ambiga itu.

"Tetapi saya yakin kecaman Koh itu tidak akan memberi apa-apa perbezaan dan tidak memberi apa-apa kesan kerana Umno sendiri semakin membuktikan ia tidak ada lagi mempunyai adab dan rasa malu," kata beliau sambil menyatakan beliau diberitahu bahawa-bahawa blog-blog Umno saling mengucapkan tahniah kepada mereka yang membuli Ambiga itu.

Koh menyifatkan tindakan penungging-penungging punggung itu sebagai sebagai kasar dan tidak sensitif.
Read More / Baca Lagi >>

[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia

Posted: 17 May 2012 06:52 PM PDT

Akhbar dan media Malaysia tidak melaporkan kes ini. Sepatah haram pun tidak ditulis atau disebut oleh pembaca berita media pro-UMNO. Mak cik, pakcik di kampung mengetahui hal ini melalui Harakah, Keadilan, dan sebagainya. Abang, kakak di Felda mengetahui hal ini melalui siri ceramah dan sebagainya.
Namun bolehkah perkara ini disembunyikan di peringkat antarabangsa? Jawapannya ada di bawah ini:


P/s: Cepat-cepatlah ke Paris, bersihkan nama! kah kah kah!

Dakyah Blogger Umno Hanya Sia-sia

Posted: 17 May 2012 06:52 PM PDT

Blogger pro Umno-BN hanya membuang masa dengan cerita rekaan mereka kerana segala usaha bagi melemahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berkesan sama sekali.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata usaha blogger pro Umno-BN itu adalah sia-sia dan tidak memberi kesan langsung terhadap keutuhan parti itu bagi menempuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti.
"Ia hanyalah usaha yang dibuat sekumpulan blogger kecil pro Umno-BN bagi mewujudkan satu keadaan yang memihak kepada Umno-BN tetapi malangnya tidak berlaku.
"Kita tidak terkesan langsung dengan segala usaha yang dibuat mereka," begitu kata Shuhaimi kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

《就事要讲》 : Bersih 3.0 秋后算账

Posted: 17 May 2012 05:03 PM PDT

Tensions over Syria plague Lebanon

Posted: 17 May 2012 05:01 PM PDT

Pilihanraya Umum Semakin Dekat Tarikh Akhirnya

Posted: 17 May 2012 04:58 PM PDT

APA MAKNA BILA MUHYIDIN NO KOMEN PASAL KAPAL SELAM ?

Posted: 17 May 2012 04:47 PM PDT


 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasskin mengunci mulut daripada memberi sebarang reaksi terhadap siasatan mahkamah Perncis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Malaysia-Perancis.

Ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".


sumber : Malaysiakini

Read More / Baca Lagi >>

PERINGATAN JUMAAT : SURAH 8 RAMPASAN PERANG

Posted: 17 May 2012 04:44 PM PDT


SURAH 8

RAMPASAN PERANG

Ayat 65-70

Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, niscaya kamu ditimpa siksaan yang besar karena tebusan yang kamu ambil.

Maka makanlah dari sebagian rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Hai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu". Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


BENARLAH KATA ALLAH YANG MAHA PERKASA.

Bekas Ketua Jab. Siasatan Jenayah Bukit Aman akan sertai PAS.

Posted: 17 May 2012 04:37 PM PDT


Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.


Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

DPM: We have already fulfilled Bersih’s demands...???

Posted: 17 May 2012 04:28 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin insisted today that the federal government had already bowed to Bersih 2.0's demands but merely failed to adequately explain it to voters.
Explaining, the deputy prime minister pointed out that the 22 recommendations tabled and approved in the Dewan Rakyat last month were far more than the election watchdog's eight requests for electoral reforms.
He added that of the eight demands, the Election Commission (EC) had already agreed to implement seven, including the use of indelible ink in the coming polls.
"The government does not act on emotions. We act using rationale, to explain issues.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih 3.0 : 'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?'

Posted: 17 May 2012 04:26 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

NONEKhairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Reconsider ‘thosai’ plan, says Ambiga

Posted: 17 May 2012 04:25 PM PDT

The Bersih co-chairperson says such actions infringe on the privacy of an individual and Malaysians must be respectful of private spaces.
PETALING JAYA: Bersih co-chairperson S Ambiga has asked a NGO planning to set up a thosai stall outside Deputy Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar's house to reconsider its decision.
Despite her residence being the target of such incidents, the former Bar Council president said these actions transgressed the law and amounted to being a public nuisance.
"I strongly urge all to refrain from these acts which infringe on the privacy of an individual. I urge those who are proposing to give the thosai to make them and distribute them to charity," she told FMT.
"Everyone must work towards making Malaysia a better place for all and we must be respectful of private spaces," she added.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah anda PENGUNDI UMNO..!!!

Posted: 17 May 2012 12:58 PM PDT

"Sekiranya UMNO

1. Memberikan pendidikkan percuma.

2. Meletakkan paras harga petrol pada RM0.45 sekaligus merendahkan kos sara hidup

3. Menghapuskan semua TOL di Malaysia

4. Memberi bantuan tetap RM1500 seumur hidup kpd keluarga miskin tegar

5. Bantuan kesihatan percuma termasuk kes penyakit kronik

6. Penghapusan cukai kenderaan

7. Meletakkan SPR/POLIS/TENTERA Dibawah kuasa Agong

8. Royalti minyak kpd Kelantan/Terengganu/Sabah/ Sarawak dibayar sebanyak 20%

Tetapi pada waktu yg sama
:

1. Pemimpinnya makan rasuah

2. Pemimpinnya kaki betina

3. Pemimpinnya hanya mengkayakan kaum kerabat

4. Pemimpinnya tidak mengutamakan soal Pertahanan Negara.

5. Pemimpinnya tidak mahu melaksanakan hukum Islam di dlm perundangan

6. Pemimpinnya yg cenderung menerapkan nilai hidup Barat.

Dimana posisi anda? Masihkah anda menjadi pembangkang?

Mahathir Tabur Baja Untuk Suburkan Kebencian Umum Kepadanya

Posted: 17 May 2012 12:53 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Itu bekas PM Mahathir Mohamad sensitif sangat dengan bau ketiak orang yang tidak menyokong partinya tetapi mati deria bau dengan ketiak agensi atau pun orang menjadi cina buta kepada parti Umno. Semalam dia mengkritik Majlis Peguam yang kononnya banyak bercakap mengenai politik dan bukan soal profesionnya.


Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi jadi Hedonikrasi

Posted: 17 May 2012 12:51 PM PDT

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Senario politik negara akhir-akhir ini dipenuhi suasana ketidakpercayaan. Jika kita membaca dan menonton media, aroma kebingungan itu akan timbul, media manakah yang harus dipercayai? Laporan yang manakah yang betul?
Sejumlah rakyat pula sering menuding tangan kepada kenyataan mengelirukan pemimpin dan elit politiknya yang dianggap memanipulasi rakyat (terkait rasuah, siasah dan tindak tanduk politik, pilihan raya dan pembangunan). 

Read More / Baca Lagi >>

Bekas PM kata, tunggu menang pilihan raya dulu, kita buang PM!

Posted: 17 May 2012 12:17 PM PDT

Oleh Penarik Beca
Bila kerajaan Umno menggelejat-menggelejat punya la tak nak pilihan raya yang bersih dan adil, orang melihat kerajaan puaka itu cuba menyembunyikan terlalu banyak yang kotor, jijik serta tidak adil.

Begitu juga, bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jawab "no comment" bila ditanya tentang siasatan mahkamah Perancis terhadap urusniaga pembelian kapal selam Scorpene antara Malaysia dan Perancis, rakyat nampak ada yang jijik dan najis yang hendak disorokkan
Read More / Baca Lagi >>

Terlepas 1990, 1999, 2008: PRU13 kempunan lagi?

Posted: 17 May 2012 12:15 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan sahaja dianggap cukup kritikal dan mungkin menyaksikan kempen paling buruk dalam sejarah, tetapi lebih penting ia merupakan satu kesempatan terbaik (malah datang buat pertama kali) buat rakyat melakukan perubahan menyeluruh, atau lebih tepat menukar kerajaan persekutuan.

Kita gagal melakukannya pada 1990; ada yang memberi alasan sigah Kadazan yang dipakai Tengku Razaleigh Hamzah di malam-malam akhir kempen, telah dimanipulasi media sebagai salib Kristian, dan menjauhkan pengundi Melayu daripada Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.
Potensi lebih baik menjelma pada 1999, berlambangkan ikon mata lebam Anwar Ibrahim. Umno diasak teruk, manakala imej Dr Mahathir Mohamad merudum dengan dahsyat sekali, terutama pada kacamata masyarakat Melayu. Malangnya, ia tidak disambut dengan baik oleh pengundi Cina, mungkin difaktorkan siri tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur, yang dikaitkan dengan reformasi di Indonesia yang menggerunkan masyarakat Tionghua.
Read More / Baca Lagi >>

Durian runtuh: Kekalutan mula timbul

Posted: 17 May 2012 12:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keceriaan peneroka Felda mendapat 'durian runtuh' dalam sekelip mata ditenggelamkan oleh keributan akibat beberapa masalah melibatkan pengagihan wang RM15,000 yang membabitkan tiga fasa.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, masalah timbul apabila RM5,000 yang diberikan kepada peneroka (suami dan bapa) tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Jika terdapat peneroka yang sudah meninggal dunia, wang itu tidak boleh diambil ahli keluarga yang lain menyebabkan separuh daripada pembayaran tidak berlaku.
Read More / Baca Lagi >>