Khamis, 17 Mei 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Facebook IPO: What You Need to Know

Posted: 17 May 2012 07:43 PM PDT

Mogok lapar demi kebebasan tahanan ISA

Posted: 17 May 2012 07:40 PM PDT

Ceramah : Raja Kamarul Bahrin Di Batu Burok

Posted: 17 May 2012 07:39 PM PDT

Kerana takut kalah PRU, BN permainkan Islam

Posted: 17 May 2012 07:33 PM PDT

KAMUNTING, - Satu-satunya cara untuk mewujudkan Malaysia yang baru ialah dengan menolak politik perkauman dan manipulasi agama yang sering dimainkan oleh Barisan Nasional, termasuk UMNO dan MCA.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, politik perkauman dan manipulasi agama telah menjadi penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Kata-kata "Cina balik China, India balik India' sudah tidak ada tempat di negara ini. Para pengundi perlu berani untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersama Pakatan Rakyat di sini malam tadi yang dihadiri lebih 6,000 orang.
Read More / Baca Lagi >>

Hanif Omar tak boleh dakwa wibawanya

Posted: 17 May 2012 07:25 PM PDT

Haji Subky Abdul Latif

Saya mengenali Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara dari jauh dan menghormatinya. Ada lebihnya dari lain-lain KPN.
Tetapi saya kira dia tidak sesuai mengepalai siasatan bebas tentang pertentangan Bersih 3.0 dan polis. Dia orang terbaik dari lain-lain polis untuk menganggota badan itu.
Mungkin dia betul-betul adil bagai yang dihajati. Sebagaimana adil sekali pun katakanlah badan itu nanti didapati menyebelah polis, maka payah bagi masyarakat umum untuk menerimanya.
Hanif mungkin benar-benar jujur bila dia menyatakan dia  akan bersikap adil dan jujur untuk mengendalikan  siasatan itu, tetapi Hanif tidak boleh mendakwa dia punya wibawa yang cukup untuk berlaku adil.
Read More / Baca Lagi >>

Hishammuddin, ini gambar Tonto atau anggota polis?

Posted: 17 May 2012 07:21 PM PDT



Kenyataan Umum
17 Mei 2012
MENTERI DALAM NEGERI HARUS PERJELAS PERANAN ANGGOTA POLIS MENYAMAR DALAM PESERTA BERSIH.


Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0. Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan Kerajaan Selangor

Posted: 17 May 2012 06:58 PM PDT

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.
Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.
"Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Senaman Punggung: Umno malukan Melayu, Islam

Posted: 17 May 2012 06:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: Umno terbukti tiada lagi rasa malu kerana menggunakan cara yang hina dan biadab untuk menghukum Bersih, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Akhirnya, kawan Umno sendiri, (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon mengecam tindakan membuat senaman punggung di hadapan rumah (Pengerusi Bersih, Datuk S) Ambiga itu.

"Tetapi saya yakin kecaman Koh itu tidak akan memberi apa-apa perbezaan dan tidak memberi apa-apa kesan kerana Umno sendiri semakin membuktikan ia tidak ada lagi mempunyai adab dan rasa malu," kata beliau sambil menyatakan beliau diberitahu bahawa-bahawa blog-blog Umno saling mengucapkan tahniah kepada mereka yang membuli Ambiga itu.

Koh menyifatkan tindakan penungging-penungging punggung itu sebagai sebagai kasar dan tidak sensitif.
Read More / Baca Lagi >>

[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia

Posted: 17 May 2012 06:52 PM PDT

Akhbar dan media Malaysia tidak melaporkan kes ini. Sepatah haram pun tidak ditulis atau disebut oleh pembaca berita media pro-UMNO. Mak cik, pakcik di kampung mengetahui hal ini melalui Harakah, Keadilan, dan sebagainya. Abang, kakak di Felda mengetahui hal ini melalui siri ceramah dan sebagainya.
Namun bolehkah perkara ini disembunyikan di peringkat antarabangsa? Jawapannya ada di bawah ini:


P/s: Cepat-cepatlah ke Paris, bersihkan nama! kah kah kah!

Dakyah Blogger Umno Hanya Sia-sia

Posted: 17 May 2012 06:52 PM PDT

Blogger pro Umno-BN hanya membuang masa dengan cerita rekaan mereka kerana segala usaha bagi melemahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berkesan sama sekali.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata usaha blogger pro Umno-BN itu adalah sia-sia dan tidak memberi kesan langsung terhadap keutuhan parti itu bagi menempuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti.
"Ia hanyalah usaha yang dibuat sekumpulan blogger kecil pro Umno-BN bagi mewujudkan satu keadaan yang memihak kepada Umno-BN tetapi malangnya tidak berlaku.
"Kita tidak terkesan langsung dengan segala usaha yang dibuat mereka," begitu kata Shuhaimi kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

《就事要讲》 : Bersih 3.0 秋后算账

Posted: 17 May 2012 05:03 PM PDT

Tensions over Syria plague Lebanon

Posted: 17 May 2012 05:01 PM PDT

Pilihanraya Umum Semakin Dekat Tarikh Akhirnya

Posted: 17 May 2012 04:58 PM PDT

APA MAKNA BILA MUHYIDIN NO KOMEN PASAL KAPAL SELAM ?

Posted: 17 May 2012 04:47 PM PDT


 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasskin mengunci mulut daripada memberi sebarang reaksi terhadap siasatan mahkamah Perncis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Malaysia-Perancis.

Ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".


sumber : Malaysiakini

Read More / Baca Lagi >>

PERINGATAN JUMAAT : SURAH 8 RAMPASAN PERANG

Posted: 17 May 2012 04:44 PM PDT


SURAH 8

RAMPASAN PERANG

Ayat 65-70

Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, niscaya kamu ditimpa siksaan yang besar karena tebusan yang kamu ambil.

Maka makanlah dari sebagian rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Hai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu". Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


BENARLAH KATA ALLAH YANG MAHA PERKASA.

Bekas Ketua Jab. Siasatan Jenayah Bukit Aman akan sertai PAS.

Posted: 17 May 2012 04:37 PM PDT


Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.


Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

DPM: We have already fulfilled Bersih’s demands...???

Posted: 17 May 2012 04:28 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin insisted today that the federal government had already bowed to Bersih 2.0's demands but merely failed to adequately explain it to voters.
Explaining, the deputy prime minister pointed out that the 22 recommendations tabled and approved in the Dewan Rakyat last month were far more than the election watchdog's eight requests for electoral reforms.
He added that of the eight demands, the Election Commission (EC) had already agreed to implement seven, including the use of indelible ink in the coming polls.
"The government does not act on emotions. We act using rationale, to explain issues.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih 3.0 : 'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?'

Posted: 17 May 2012 04:26 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

NONEKhairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Reconsider ‘thosai’ plan, says Ambiga

Posted: 17 May 2012 04:25 PM PDT

The Bersih co-chairperson says such actions infringe on the privacy of an individual and Malaysians must be respectful of private spaces.
PETALING JAYA: Bersih co-chairperson S Ambiga has asked a NGO planning to set up a thosai stall outside Deputy Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar's house to reconsider its decision.
Despite her residence being the target of such incidents, the former Bar Council president said these actions transgressed the law and amounted to being a public nuisance.
"I strongly urge all to refrain from these acts which infringe on the privacy of an individual. I urge those who are proposing to give the thosai to make them and distribute them to charity," she told FMT.
"Everyone must work towards making Malaysia a better place for all and we must be respectful of private spaces," she added.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah anda PENGUNDI UMNO..!!!

Posted: 17 May 2012 12:58 PM PDT

"Sekiranya UMNO

1. Memberikan pendidikkan percuma.

2. Meletakkan paras harga petrol pada RM0.45 sekaligus merendahkan kos sara hidup

3. Menghapuskan semua TOL di Malaysia

4. Memberi bantuan tetap RM1500 seumur hidup kpd keluarga miskin tegar

5. Bantuan kesihatan percuma termasuk kes penyakit kronik

6. Penghapusan cukai kenderaan

7. Meletakkan SPR/POLIS/TENTERA Dibawah kuasa Agong

8. Royalti minyak kpd Kelantan/Terengganu/Sabah/ Sarawak dibayar sebanyak 20%

Tetapi pada waktu yg sama
:

1. Pemimpinnya makan rasuah

2. Pemimpinnya kaki betina

3. Pemimpinnya hanya mengkayakan kaum kerabat

4. Pemimpinnya tidak mengutamakan soal Pertahanan Negara.

5. Pemimpinnya tidak mahu melaksanakan hukum Islam di dlm perundangan

6. Pemimpinnya yg cenderung menerapkan nilai hidup Barat.

Dimana posisi anda? Masihkah anda menjadi pembangkang?

Mahathir Tabur Baja Untuk Suburkan Kebencian Umum Kepadanya

Posted: 17 May 2012 12:53 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Itu bekas PM Mahathir Mohamad sensitif sangat dengan bau ketiak orang yang tidak menyokong partinya tetapi mati deria bau dengan ketiak agensi atau pun orang menjadi cina buta kepada parti Umno. Semalam dia mengkritik Majlis Peguam yang kononnya banyak bercakap mengenai politik dan bukan soal profesionnya.


Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi jadi Hedonikrasi

Posted: 17 May 2012 12:51 PM PDT

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Senario politik negara akhir-akhir ini dipenuhi suasana ketidakpercayaan. Jika kita membaca dan menonton media, aroma kebingungan itu akan timbul, media manakah yang harus dipercayai? Laporan yang manakah yang betul?
Sejumlah rakyat pula sering menuding tangan kepada kenyataan mengelirukan pemimpin dan elit politiknya yang dianggap memanipulasi rakyat (terkait rasuah, siasah dan tindak tanduk politik, pilihan raya dan pembangunan). 

Read More / Baca Lagi >>

Bekas PM kata, tunggu menang pilihan raya dulu, kita buang PM!

Posted: 17 May 2012 12:17 PM PDT

Oleh Penarik Beca
Bila kerajaan Umno menggelejat-menggelejat punya la tak nak pilihan raya yang bersih dan adil, orang melihat kerajaan puaka itu cuba menyembunyikan terlalu banyak yang kotor, jijik serta tidak adil.

Begitu juga, bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jawab "no comment" bila ditanya tentang siasatan mahkamah Perancis terhadap urusniaga pembelian kapal selam Scorpene antara Malaysia dan Perancis, rakyat nampak ada yang jijik dan najis yang hendak disorokkan
Read More / Baca Lagi >>

Terlepas 1990, 1999, 2008: PRU13 kempunan lagi?

Posted: 17 May 2012 12:15 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan sahaja dianggap cukup kritikal dan mungkin menyaksikan kempen paling buruk dalam sejarah, tetapi lebih penting ia merupakan satu kesempatan terbaik (malah datang buat pertama kali) buat rakyat melakukan perubahan menyeluruh, atau lebih tepat menukar kerajaan persekutuan.

Kita gagal melakukannya pada 1990; ada yang memberi alasan sigah Kadazan yang dipakai Tengku Razaleigh Hamzah di malam-malam akhir kempen, telah dimanipulasi media sebagai salib Kristian, dan menjauhkan pengundi Melayu daripada Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.
Potensi lebih baik menjelma pada 1999, berlambangkan ikon mata lebam Anwar Ibrahim. Umno diasak teruk, manakala imej Dr Mahathir Mohamad merudum dengan dahsyat sekali, terutama pada kacamata masyarakat Melayu. Malangnya, ia tidak disambut dengan baik oleh pengundi Cina, mungkin difaktorkan siri tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur, yang dikaitkan dengan reformasi di Indonesia yang menggerunkan masyarakat Tionghua.
Read More / Baca Lagi >>

Durian runtuh: Kekalutan mula timbul

Posted: 17 May 2012 12:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keceriaan peneroka Felda mendapat 'durian runtuh' dalam sekelip mata ditenggelamkan oleh keributan akibat beberapa masalah melibatkan pengagihan wang RM15,000 yang membabitkan tiga fasa.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, masalah timbul apabila RM5,000 yang diberikan kepada peneroka (suami dan bapa) tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Jika terdapat peneroka yang sudah meninggal dunia, wang itu tidak boleh diambil ahli keluarga yang lain menyebabkan separuh daripada pembayaran tidak berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I dο not evеn unԁerѕtand how I finiѕhed up right here, howeѵеr I aѕsumеd this ρublish ωas onсe
good. I do not геcognise ωho you might bе howеvеr cеrtainly you are going
tο a famοus blοggеr in the event you aгe
not аlready. Cheers!

my web-site payday loans