Rabu, 16 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TGNA paling berpengaruh - Mat Sabu paling popular

Posted: 16 May 2012 10:41 PM PDT

Menteri Besar Kelantan itu sudah berusia 82 tahun dan menjadi wakil rakyat sejak 47 tahun lalu

PETALING: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan pemimpin PAS yang paling lama menjadi wakil rakyat baik di Parlimen atau sebagai ADUN.
Mursyidul Am PAS itu sudah menjadi wakil rakyat selama 47 tahun sejak tahun 1967.
Pemimpin PAS itu kini berumur 81 tahun, sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun sejak tahun 1990.
Beliau juga paling berpengaruh dalam PAS mengatasi mana-mana pemimpin termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi mula menjadi ADUN Marang pada 1982. Tokoh  berusia 57 tahun kaya dengan pengalaman politik yang juga merupakan ahli Parlimen Marang. Beliau  pernah menjadi Menteri Besar Terengganu selama empat tahun mulai 1999.
Tetapi Mohamad Sabu yang paling popular dan kontroversi. Timbalan Presiden PAS berusia 58 tahun,  mula menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan selepas pilihan raya umum 1990
Manakala Ketua Ulamak PAS, Datuk Harun Taib yang mula menjadi ADUN Manir pada pilihan raya umum 1990.
Popular dan kontroversi
Bendahari PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kini 68 tahun, menjadi wakil rakyat sejak tahun 1986.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudahpun berumur 62 tahun, Beliau mula menjadi ADUN Sala pada 1995.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang sudah beberapa kali bertanding di Perlis kini berusia 80 tahun.
PAS Terengganu yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut mula menjadi ADUN Wakaf Mempelam pada 1990.
Manakala wakil rakyat muka baru PAS termasuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor) dan Nasir Zakaria (Padang Terap) yang menang kali pertama dalam pilihan raya umum 2008.
Ketua Muslimah, Siti Zailah Mohd Yusof menang kerusi Parlimen Rantau Panjang, bagaimana Ketua Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi kalah di Maran pada 2008.
Difahamkan semua pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Abdul Hadi akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya umum akan datang - FMT

Polis cuba menutup skandal Shafie : Latheefa Koya

Posted: 16 May 2012 07:04 PM PDT

LATHEEFA Koya revealed that there is a concerted effort by the police in covering up Datuk Shafie Apdal and the allegation linking him with actress, Zahida Rafik.

In a press conference held in PKR headquarters, Latheefa said her client, Noor Azman Azemi was offered by the police to change lawyers during the investigation process.
"My client were told by the police that they can help him in getting new laywers should he wish to do so," said Latheefa.

"They also asked my client on whether he knew that I am working closely with PKR,"

"The investigators didn't ask questions that are related to the case, but worked beyond what was vested in them by offering such legal help," Latheefa added.

In the press conference, it was also revealed that Noor Azman was investigated by Special Branch and not by police officers.

"The Special Branch who investigated Azman also asked if he wishes to end Shafie's career by exposing the Minister's affair," said Latheefa.

Commenting on the matter, R Sivarasa said that the police have once again misused their power and demanded for an investigation to be conducted.

"This is very serious, the rights of a client and his lawyer have been breached by the police institution as if they are trying to cover up the Minister," said Sivarasa who is also the Subang MP. (Malaysian Digest)

BERSIH 4.0 - Jika Najib menipu untuk menang

Posted: 16 May 2012 09:04 AM PDT

Orang ramai telah sedar. Orang ramai telah tahu. Orang ramai sudah mendengar. Orang ramai telah membaca. Orang ramai telah melihat bukti. Kini orang ramai yakin bahawa Najib Razak sedang bersekongkol merancang dengan SPR untuk menang menipu dalam PRU13 ini.

Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam United Malays National Organisation sedar bahawa parti ini tidak lagi mendapat sokongan orang ramai. Najib Razak juga sedar suara-suara sumbang dalam partinya yang mempertikaikan kepimpinannya semakin kuat kedengaran.

Di hari pelancaran Tibai bulan lalu – Ibrahim Ali secara terang-terang telah berkata kepada laman Malaysia Kini bahawa telah tersedia pemimpin yang lebih berkeupayan dari Najib Razak untuk mengambil alih. Ibrahim Ali bukan terlepas cakap. Suara Ibrahim Ali adalah suara Mahathir Muhamad. Malah Daim Zainuddin yang kini dalam satu tongkang dengan Mahathir sendiri sedang 'mengomel' ke hulu ke hilir. Tanpa berlapik atau bersopan Daim telah mempertikaikan keupayaan Najib untuk memimpin.

Mahathir dan Daim melihat Najib Razak ini amat 'lembik'. Mereka melihat Najib Razak tunduk kepada pemintaan orang China dan orang India. Malah Mahathir minggu lalu dalam Berita Harian telah berkata yang Najib ini amat lemah. Mengikut harapan Mahathir jika Najib mendapat sokongan kuat maka undang-undang ISA tidak akan dimansuhkan.

Pucuk pimpinan dan kuncu-kuncu gerombolan United Malays National Organisation juga melihat Najib Razak ini sedang menjadi satu beban yang maha berat untuk dipikul. Berat yang dimaksudkan disini bukan berat badan Rosmah Mansor. 

Memang betul ramai pemimpin United Malays National Organisation bukan sahaja tidak suka dengan kerenah Rosmah Mansor malah menyampah melihat muka Si Rosmah ini. Sayangnya para pemimpin ini tidak berani bersuara. Malah Mahathir Muhamad yang dikatakan berani bersuara lantang ini pun akan 'kelu' bila berhadapan dengan Rosmah Mansor. Mungkin inilah 'power' bomoh dari Mumbai yang dilanggan oleh Rosmah.

Walau apa pun dikatakan tentang Rosmah – masih ada pekara lagi yang lebih berat dari berat badan Rosmah yang sedang menghimpit Najib Razak. Berat yang dimaksudkan ini ialah kes Najib Razak yang akan dibuka di mahkamah Peranchis. Ini kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Kes ini telah menjadi berita dunia walau pun akhbar harian di Malaysia telah memadamkan berita ini. 

Akhbar Malaysia tidak melaporkan tentang Tuan Hakim Mahkamah Peranchis Monsieur Roger Le Loire telah membuat kenyataan yang beliau akan memanggil : Razak Baginda, Najib Razak dan ayah Altantuya, Profesor Setev Shaariibu – sebagai saksi. Najib Razak ketika jual beli kapal selam ini adalah Menteri Pertahanan akan di sapina. Sesudah disapina , jika Najib gagal datang ke Paris maka nama Najib Razak akan di senaraikan ke dalam nama orang yang dikhendaki oleh Interpol. Saheh kes ini kes berat – lebih berat dari sanggul Rosmah Mansor.

Orang ramai juga telah diberitahu bahawa pada ketika ini - di meja SUARAM ada terlentang satu salinan kopi fax dimana Najib Razak telah meminta 1 bilion dolar atau 3 bilion ringgit sebagai duit komisen dari syarikat DCNS - Direction des Construction Navales – syarikat pembuat kapal selam Scorpene. Ini baru satu fax. Belum lagi muncul gambar-gambar Najib bersama Altantuya bercanda-canda dengan Inang-Inang di kota Paris.

Bayangkan betapa terseksanya ahli United Malays National Organisation memikul dua ekor biawak hidup – saekor benama Rosmah dan sekor lagi bernama Najib.

Justeru, untuk menyelamatkan diri, Najib Razak wajib menang besar di PRU13 yang akan datang ini. Hidup mati Najib Razak dan Rosmah Mansor bergantung kuat dengan keputusan pilihan raya ini. Musuh-musuh politik Najib Razak sedang menunggu untuk menendangkan Najib jika keputusan PRU13 ini tergerlincir.

Cuba perhatikan dengan rapi bagaimana Muhyiddin Yassin yang tidak ada kebolehan untuk tersenyum tetiba telah ketawa terbahak-bahak apabila melihat 300 ribu anak semua bangsa turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Perhatikan betul-betul Timbalan Perdana Menteri ini telah tidak bersuara - senyap bin bisu – tidak mengeluarkan kenyataan mengutuk Bersih 3.0. Maknanya – Muhyiddin amat suka apabila Najib Razak dikepong rakyat kerana ini akan membuka jalan untuk Muhyiddin sendiri naik tahtha.

Najib Razak sedar akan semua ini. Sepenakut dan sebodoh Najib, dia masih cuba menyelamatkan diri. Justeru kita lihat pelbagai perancangan licik sedang disusun oleh kuncu-kuncu Najib. Perancangan ini adalah untuk menipu dalam PRU13 ini. Najib mahu menang besar. Jika Najib menang besar maka geng 3M - Mahathir Mukhriz dan Muhyiddin - akan senyap tidak bersuara.

Cara Najib dan SPR merancang untuk menipu ini bukan tidak diketahui. Satu Malaysia tahu tentang tentang projek kad pengenalan segera yang telah diberikan kepada Mat Bangla dan Mat Indon untuk membolehkan mereka mengundi. Projek kad pengenalan segera ini telah pertama kali digunakan di Sabah. Rakyat asal Sabah cukup marah. Mereka mengugut Najib sehinggakan Najib tunduk bersetuju menubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat kes kad pengenalan segera ini.

Orang ramai juga tahu bagaimana banyak nama pengundi telah dialih atau dihilangkan terus. Orang ramai juga tahu banyak kawasan pengundian secara haram telah diubah. Orang ramai juga tahu bagaimana secara mendadak lebih dari 1 juta pengundi baru telah didaftar di Selangor. Orang ramai juga tahu bagaimana SPR telah mengubah undang-undang untuk meneruskan undi pos dan memperkenalkan sistem undi awal.

Mungkin orang ramai tidak tahu bahawa undi pos kali ini bukan hanya untuk Sang Suami yang bertugas. Sang Isteri yang duduk mengangkang di rumah pun kini telah menjadi pengundi pos.

Mungkin orang ramai tidak tahu tentang sistem undi awal. Sistem ini akan diperkenalkan untuk pertama kalinya diPRU13 ini. Undi awal ini adalah untuk mereka yang bukan askar atau polis tetapi bertugas pada hari mengundi. Mereka ini terdiri dari pekerja SPR dan pengamal media. Bunyinya cukup demokratik.

Tetapi dibelakang konsep demokratik undi awal ini ialah perancangan jahat SPR untuk menipu.

Orang ramai wajib disedarkan tentang bagaimana dengan licik SPR telah menambah pekerja SPR dari 100,000 ke 240,000. Penambahan ini mungkin bertujuan untuk memantapkan kerja di hari pengundian. Tetapi sebenarnya ini adalah rancangan licik untuk menipu undi.

Bagaimana pengundi awal boleh menipu? Cara penipuan ini dilakukan cukup senang. Semua pengundi awal ini telah dikecualikan oleh SPR dari dicalit dengan dakwat kekal. Mungkin para pembaca akan tertanya-tanya – mengapa ini dilakukan? Kenapa mereka mengundi awal tetapi tidak guna dakwat kekal? Kenapa mereka spesial?

Jika pembaca bertanya maka para pembaca yang budiman telah sedar bahawa penipuan sedang dirancang. Pengundi awal - 240,000 pekerja SPR - tidak dicalit dakwat ini akan mundar mandir ke hulu ke hilir – bertukar-tukar tempat - untuk mengundi berkali-kali. Ini adalah sebahagian dari rancangan jahat untuk memenangkan Najib Razak dan gerombolan United Malays National Organsiation dalam PRU13 nanti.

Pada 28 April lalu 300 ribu anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut diadakan satu pilihan raya yang bersih dan adil. Jumlah 300 ribu yang berdemo dijalan raya adalah jumlah yang paling besar dalam sejarah politik negara. 300 itu adalah mereka yang menyokong 8 tuntutan Bersih untuk memastikan PRU13 ini akan dijalankan dengan bersih dan adil.

Tetapi dari gerak langkah politik Najib Razak kelihatan Si Najib ini akan terus mengadakan PRU13 ini tanpa mempedulikan 8 Tuntutan Bersih. Tanpa mempedulikan tuntutan orang ramai. Suara 300,000 warga yang turun ke jalan raya itu untuk Najib bukan suara rakyat.

Justeru, kita semua wajib mengingatkan Najib Razak bahawa Marcos juga menang dalam pilihanraya dengan menipu. Suharto juga menang dalam pilihan raya dengan menipu. Husni Mubarak dari Mesir juga menang amat besar dalam pilihan raya dengan cara menipu. Apa terjadi kepada mereka semua?

Di Manila Marcos menjangka penipuanya akan memanjangkan kuasanya. Di Jakarta Suharto berharap penipuan dalam pilihan raya akan memberikan dia mandat untuk terus berkuasa. Di Mesir Husni Mubarak membuat congak bahawa dia telah menang walau pun dengan menipu maka dia akan terus menjadi Presiden.

Semua anggapan ini meleset. Orang ramai di Manila turun ke jalan raya untuk menghumbankan Marcos walau pun Marcos menang. Orang ramai di Jakarta turun ke jalan raya walau pun Haji Muhamad Suharto menang. Di Mesir Husni Mubarak menang besar tetapi anak muda turun ke jalan raya untuk menghumbankan Mubarak.

Sesudah Marcos, Suharto dan Mubarak dihumbankan sebuah lembaga SPR baru ditubuhkan. Pilihanraya baru diadakan sekali lagi. Inilah yang sedang kita lihat berlaku di Mesir pada minggu ini. Rakyat mesir sedang mengadakan pilihan raya dengan SPR yang baru ditubuhkan.

Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah tidak diyakini oleh orang ramai tetapi tidak diganti oleh Najib. Bersih telah menuntut agar ahli-ahli lembaga ini meletakan jawatan. Parti Pas telah memberi amaran kepada lembaga SPR untuk berundur. Parti Keadilan Rakyat telah membuktikan bahawa Pengerusi dan Timbilan Pengerusi SPR adalah ahli United Malays National Organsiation. Semua ini tidak dipedulikan oleh Najib. Amat jelas lorong Marcos, lorong Suharto dan lorong Mubarak sedang diambil oleh Najib Razak. 

Jika lembaga SPR ini tidak meletakan jawatan sebelum PRU13. Jika 8 tuntutan Bersih tidak ditunaikan. Jika United National Organisation menang dengan cara menipu. Maka rakyat Malaysia wajib mengikut lorong rakyat Filipina, lorong rakyat Indonesia dan lorong rakyat Mesir. Kita semua – warga Malaysia - wajib ke jalan raya sesudah pilihan raya. Bukan 300 ribu yang wajib turun tetapi berjuta. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji untuk kita mengadakan satu lagi pilihan raya yang bersih dan adil.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
 SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
 : 03-22-72-40-45

Tosai PERCUMA di depan rumah Timb. KPN Ahad ini ... jom ramai2 kita pi pekena tosai free .. haha

Posted: 16 May 2012 05:31 AM PDT

Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula.

Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid
Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.
Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya. - Malaysiakini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


"GOYANG PUNGGUNG" TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH WARGA TENTERA DAN BEKAS TENTERA

Posted: 16 May 2012 10:05 AM PDT

Sumber: Kobatpkr.blogspot 

Amat memalukan warga tentera dan bekas tentera. Bagaimana seorang yang kononnya bergelar bekas tentera yang sepatutnya terlatih dengan disiplin dan berani, boleh melakukan perbuatan biadab, jijik dan tidak senonoh di hadapan rumah orang lain? Apakah ini `standard' bekas tentera yang dilatih selama 21 tahun?

Kebodohan pemimpin Persatuan Veteren Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang dahulunya pernah mengaku `membeli' gelaran Dato' itu sedikit sebanyak memalukan keseluruhan warga tentera dan bekas tentera. Sekiranya beliau sememangnya kuat mengampu semenjak dari dalam tentera sehingga ke pencen, perbuatan beliau mengetuai `senaman punggung' yang tidak beradab itu di hadapan perkarangan rumah S.Ambiga tidak boleh dimaafkan oleh warga tentera dan bekas tentera.


Malu untuk mengaku mereka ini adalah `bekas tentera'

Tentera telah dilatih dengan sifat berani dan berdisiplin. Jika Mohd Ali bukan seorang bekas tentera yang bacul dan dayus, beliau tentunya berani mencabar S.Ambiga untuk berhujah secara ilmiah tentang apa yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan S.Ambiga. Mengapa beliau begitu bacul untuk berdepan dengan seorang wanita separuh umur ini? Di mana keberanian sebagai seorang bekas tentera malahan menjadi pemimpin kepada PVTM?

Bacul yang takut untuk berdepan secara anak jantan dengan S.Ambiga

Di mana disiplin yang diajar sewaktu beliau berada di dalam tentera? Adakah sepanjang perkhidmatannya beliau telah dilatih untuk menjadi seorang yang kurang ajar? Kami dari KOBAT, malahan puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak merasa sedikit pun megah dengan hanya aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera. Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang yang bacul sahaja yang suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan.

Semua tahu ribuan bekas tentera malahan terdapat warga tentera sendiri dengan berani dan penuh disiplin hadir ke Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu. Kami diasuh dari tentera menjadi berani walaupun kami tahu akan berhadapan dengan risiko yang terbukti sememangnya berlaku. Kami tidak bertindak seperti PVTM yang hanya menjadi pengampu sang rejim dan mencari publisiti murahan seperti yang telah PVTM lakukan itu.

Menggoyangkan punggung tidak boleh menyelesaikan masalah bekas-bekas tentera yang masih ramai merempat. Tidak cukup dengan hanya goyangkan punggung untuk mengurangkan harga minyak dan barang-barang keperluan yang membebankan kehidupan warga tentera dan bekas tentera. Kami berjuang untuk kepentingan semua warga tentera dan bekas-bekas tentera. Kami tidak bercadang untuk menggoyangkan punggung di hadapan rumah Najib dengan disaksikan oleh Rosmah kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah negara ini yang semakin menuju ke tahap negara bankrap.

Sehubungan itu, KOBAT menyeru kepada seluruh warga tentera dan bekas tentera agar bersama-sama untuk melakukan perubahan di dalam PRU akan datang. Kita tidak boleh dimalukan lagi oleh spesis-spesis jijik yang menggunakan nama bekas tentera untuk mengampu sang rejim demi untuk perut-perut mereka, sedangkan warga tentera dan bekas-bekas tentera terus terabai dengan janji demi janji.

~penarik beca

~penarik beca


Bangkai dijangka menang di Lembah Pantai (4)

Posted: 15 May 2012 11:36 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Umno dan punggung memang tidak dapat dipisahkan..

Posted: 16 May 2012 09:32 PM PDT

Umno dan punggung memang tidak dapat dipisahkan..ibarat irama dan lagu........wakaka

Punggung LEMBU NFC

ISA : Mogok lapar demi kebebasan

Posted: 16 May 2012 09:30 PM PDT

Anak lelakinya Mohamad Fadzullah Abdul Razak antara tahanan yang melancarkan mogol lapar bagi menuntut kebebasan daripada penjara Kamunting ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berbaju kurung motif bunga-bunga dan bertudung putih bersih, Hadijah CP Veeravu, 51, kelihatan tenang berbicara tentang keadaan anaknya.Read More / Baca Lagi >>

Free Syrian Army denies responsibility for bombings

Posted: 16 May 2012 09:29 PM PDT

The Scorpene Sting On Malaysia - The Great Malaysian Robbery

Posted: 16 May 2012 09:28 PM PDT

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Beli 2 Gelaran Datuk RM 1 Juta

Posted: 16 May 2012 07:51 PM PDT


http://www.malaysiandigest.com/images/ex_vet_protest_ambiga.jpg"Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran 'Datuk' buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,"
Apa tindakkan SPRM? Cukupkah sekadar bermaaf-maafan?

edyesdotcom
Orang yang sama inilah mengepalai senaman bontot di depan rumah Datuk Ambiga. Jelas terbukti mereka yang cenderung menyokong kerajaan (bersama pangkat dan kedudukan) telah dilindungi bukan sahaja dari penguatkuasa tempatan, tetapi dilindungi polis malah SPRM sendiri. Adalah suatu kezaliman apabila setiap agensi yang sepatutnya bertindak neutral diperkuda semahunya...
Masihkah ada di antara kita yang menyokong bentuk kezaliman sebegini?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Read More / Baca Lagi >>

Buat Renungan : Umno & Penyokong Tegar pernah berkata,..

Posted: 16 May 2012 07:49 PM PDT

 

Mahathir : Nabi tak mampu cukur janggut kerana tak ada pisau cukur GILLETE,.. Mamak cucu Kutty ni perasan dia bijak!  Dia tak tahu mata pedang nabi jauh lebih tajam - boleh memotong apa saja termasuk memancung kepalanya sendiri ! 

Hanif Omar : Tak jumpa ayat larang judi dalam Quran –                                                    Dia ni berlagak pandai, rupa-rupanya jenis muka tak tahu malu !  Sedarkah dia,  yang dia telah melondehkan seluar dan seluar dalamnya sendiri? Bengong punya mamat !!  Silap besar, apabila  kerajaan melantiknya sebagai KPN
Mashitah :  Wanita Islam boleh melacur kalau dharurat –                                                Senang-senang je dia ni keluarkan fatwa !  Si Minah punya hobi mencukur bulu kening ni, seolah-olah nak melemah dan menghina kaum wanita, hujahnya macam nak menggalakkan pelacuran ! Dia ni pernah tuduh Anwar tak bermoral. bermakna , Mahathir, Najib dan lain-lain pemimpin Umno baginya sangatlah bermoral!! Nampaknya dia ni hanya menilai dengan mata dan telinga saja tanpa menggunakan akal dan hati.
Jamil Khir :  Boleh menggunakan wang zakat untuk halang kes Qazaf –      Besarnya diri beliau sehingga membolehkan beliau menambah kumpulan Asnaf (penerima zakat). Seperkara lagi,..Islam jenis apa dia ni kalau menghalang seorang individu Islam melaksanakan hukum Islam seperti dalam kes Qazaf yang melibatkan DS Anwar?  Dia ingat Qazaf tu hukum dari kitab PKR ?  Hoi Jamil !!  Qazaf tu bukan hukum  dari kitab PKR maupun PAS atau Umno!!  Ia dari hukum Al Quran ! Tak ada orang Islam yang nak tentang hukum Islam melainkan Umno!!  Begitulah hebat dan besarnya Umno !!!!
Rahim Noor :  Menteri Besar Kelantan TG Nik Aziz adalah "bapak kafir" –                Mudahnya kamu membuat tuduhan!,. kamu tu siapa? Sedarlah diri tu!  Sedangkan kamu yang dikenali bapak samseng (pukul orang dalam penjara) pun orang tak sampai hati nak  tuduh kamu  bapak kafir tetapi kamu senang-senang menuduh seorang ulamak merangkap Mursyidul Am PAS sebagai bapak kafir !  manusia jenis apa kamu ni??
Harussani : Himpunan "BERSIH 3" hukumnya adalah haram.                                          Anda telah bersekongkol dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.  Yang "BERSIH" mereka kata kotor, mereka kata haram,.. maknanya mereka suka yang kotor!  Sikit hari lagi boleh le buat fatwa daging babi halal,  daging lembu haram !..   Nak sokong Umno dan BN pun biarlah lojik dan bertempat! Jangan menipu dan memperbodohkan rakyat!!
Najib : Peneroka dan pihak yang tak menyokong beliau adalah "haram jadah" (anak haram) –              Wow !!  ramainya anak haram di Malaysia ni. Najib dah buat rekod!. Dialah satu-satu Perdana Menteri yang bercakap macam babi meredah belukar!  Bersedialah wahai Najib!  Kamu pasti menghadapi kecelakaan apabila anak-anak haram ini mendoakan kejatuhanmu sedikit masa lagi!
oleh : rahimothman

Markas PAS kena roboh.....

Posted: 16 May 2012 07:45 PM PDT


"Bercakap pasal markas PAS di kapung Semanyur Kemasik Kemaman di roboh, teringat saya dengan berita  Sebuah sekolah rendah Palestin ditutup pada  minggu lepas.

Bukan setakat menutut sekolah milik rakyat Palkestin, malah pihak berkuasa Israel merampas kenderaan yang digunakan untuk menghantar guru-guru ke sekolah itu.

Menurut laporan akhbar Haaretz, guru-guru kini menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk ke sekolah yang terletak di kampung Jinba, bandar Hebron sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu.
Read More / Baca Lagi >>

Menyanggah fatwa ‘Bersih’

Posted: 16 May 2012 07:44 PM PDT

Oleh USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN
ADA individu mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 baru-baru ini adalah satu perjuangan yang sia-sia, antara sebab dia kata begitu atas alasan;
1. Seolah-olah mereka yang berdemo itu dianggap sebagai golongan pemberontak seperti mana yang pernah berlaku pada zaman Sayidina Othman Affan.
Read More / Baca Lagi >>

Kenali siapa penderhaka

Posted: 16 May 2012 07:44 PM PDT

Oleh Wan Nik Wan Yussof
DALAM kehangatan menghadapi pilihan raya sekarang, isu-isu sentimen, sensitif dan perkauman serta serangan peribadi mula heboh dalam paparan media pro-Umno.
Meskipun difahami isu-isu itu sebagai 'basi', tetapi tetap menjadi fokus bagi strategi media pro-parti sekular itu memutarligat persoalan perkauman, keagamaan, pembunuhan karakter tokoh dan kedaulatan raja.


Apa pun pendekatan media pro-parti Melayu totok itu sudah memahami betapa isu-isu 'basi' pasti diputar, mahupun dicipta atau diulang-ulang demi memenangi jiwa dan perasaan pengundi Melayu yang dianggap oleh pemimpin Umno sebagai "Melayu mudah lupa."
Read More / Baca Lagi >>

Bukti Umno ‘parti tua’ penaja keganasan

Posted: 16 May 2012 07:42 PM PDT

Oleh BADRUL HISHAM SHAHARIN
TANGGAL 4 Mei, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula mengumpul dukungan pertubuhan anak muda dan mahasiswa untuk sama memperakui satu memorandum yang akan dihantar ke Bukit Aman pada 7 Mei 2012.

Memorandum itu berkenaan dengan desakan untuk PDRM segera mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dengan jenayah dan salah laku pada 28 April 2012 ketika mengendalikan Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah negara iaitu Bersih 3.0 Jemputan kepada media telah dibuat kepada media dan pihak PDRM seawal Ahad (6 Mei). Namun pada pagi Isnin (7 Mei) kami dimaklumkan beberapa front Umno secara bertungkus lumus saat akhir cuba mengumpulkan orang untuk kononnya berdiri terpacak depan Bukit Aman untuk membaca ikrar taat setia.
Read More / Baca Lagi >>

Cerita untuk direnungkan para peneroka

Posted: 16 May 2012 07:41 PM PDT

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
DI SEBUAH kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya. Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan.
Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.



Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat. Pelannya begini:
Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:
Read More / Baca Lagi >>

Raja Nong Chik Keeps Mum Over His Daughter Scandal!

Posted: 16 May 2012 07:39 PM PDT


Popular blogger Raja Petra Kamarudin has alleged that the government in 2010 awarded a contract worth more than RM30 million to a company linked to Federal Territories and Urban Well-Being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin.

And this was not the only government contract given to companies linked to the minister, he said in a posting titled "Is this whom you want as MP?" on his Malaysia Today website.
Read More / Baca Lagi >>

Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia lemah – Wong Chen

Posted: 16 May 2012 07:37 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 Mei: Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen, menyifatkan tindakan tergesa-gesa kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia didorong faktor politik bukannya berdasarkan kekukuhan kewangan agensi tersebut.
Beliau berkata, sesebuah syarikat akan cuba disenaraikan menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di bursa sekiranya berada di kedudukan kukuh atau kewangan syarikat tersebut cemerlang.
"Bisnes FGVH bukanlah berada di dalam kedudukan kukuh dan masa hadapan untuk pertumbuhan yang tinggi sangat terhad. Prospektus IPO mendedahkan kedudukan sebenar FGVH di dalam pengurusan perladangan adalah lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Hudud mainan politik BN

Posted: 16 May 2012 07:36 PM PDT


Hudud mainan politik BN, kata Pakatan
Mohd Rafizi Ramli
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pendirian pihaknya mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah, sebaliknya Barisan Nasional (BN) khususnya MIC cuba menjadikannya isu sekarang bagi meraih undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PR sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya akan membuat keputusan mengenai hudud jika menerima persetujuan semua pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Anger mounts over RM127b refinery for Johor

Posted: 16 May 2012 07:34 PM PDT

Why is a RM127 billion refinery being built in Johor when it is not an oil-producing state?
KOTA KINABALU: Sabah State Reform Party (STAR) is blowing hot over the planned RM127 billion oil refinery in Johor, claiming it would be an "incalculable" economic loss to Sabah.
Describing the federal government's decision as "unreasonable" STAR chairman Jeffrey Kitingan said: "If the federal government was sincere about developing the Borneo states which have contributed tremendously to the national coffer by giving 95% of its oil all these years, it would have decided to build the refinery in Sabah or Sarawak.
"As it is, incalculable losses will be incurred against us [with the refinery being built in Johor]. In the long term, the loss will amount to trillions of ringgits!"
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene: Zahid diingat jangan rasa selamat

Posted: 16 May 2012 07:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak terlalu yakin dengan status sebagai pemerintah di kerajaan negeri dan merasa selamat daripada didakwa di mahkamah Perancis di atas isu skandal pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di sana.


Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Zahid menggambarkan beliau sedang dalam kebimbangan yang berpanjangan dengan kes yang sedang dihadapinya.

Read More / Baca Lagi >>

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei

Posted: 16 May 2012 07:32 PM PDT


Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei
Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei
SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini.
Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini.
Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, program ini, anjuran Kumpulan Media Karangkraf, akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Khir: MP Kapar pernah minta RM10 juta syarat keluar PKR

Posted: 16 May 2012 07:31 PM PDT


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah meminta sejumlah wang - RM10 juta seperti yang didakwa sebuah blog untuk keluar PKR.

"Memang ada (Manikavasagam jumpa saya minta wang untuk keluar PKR). Dia bersama dengan tiga rakannya ketika itu. Dia minta wang, tetapi saya cakap saya tidak boleh beri kalau dia hendak keluar PKR.
Read More / Baca Lagi >>

'Khir Toyo tawar RM10 juta, saya tidak minta'

Posted: 16 May 2012 07:29 PM PDT


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Imej teruk: PAS simpati kepada polis baik

Posted: 16 May 2012 07:28 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS melahirkan rasa simpati kepada polis yang baik sehingga malu untuk mengaku bekerja sebagai polis ekoran imej pasukan itu semakin teruk pada padangan masyarakat awam.
"Ini semua angkara 'nila setitik susu sebelanga binasa'," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, ujarnya sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan segera untuk membendung tindakan liar polis.

"IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Tun Abdullah Badawi, ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Forever racial BN: Why pick on Ambiga and Irene Fernandez?

Posted: 16 May 2012 07:26 PM PDT

Forever racial BN: Why pick on Ambiga and Irene Fernandez?Do you laugh or do you loose sleep? Do you cry or do you spit venom?
Indeed the antics staged by the stooges of the ruling BN coalition clearly indicates that they are into burger-protests and butt-protests in front of Bersih co-chief Datuk Ambiga's residence are just as helpless and hopeless while their followers degrade their reputation even further.
Instead of issuing a stern warning against these BN-sympathisers for rolling politics in the slime, they are even cushioned to carry on the disgusting and uncouth antics in front of Bersih's leader.
Read More / Baca Lagi >>

Election woes? Never fear, JOM Pantau’s here!

Posted: 16 May 2012 04:22 PM PDT

Malaysians can now report suspicious polls-related incidents to a website set up by a human rights NGO.
KUALA LUMPUR: As the clock ticks towards the 13th general election, people can now report election offences as they see them, on the Internet.
Set up by Komas (Popular Communications for Human Rights in Malaysia), 'JOM Pantau PRU13′ (www.pru13.info) is a website dedicated to getting Malaysians to report on suspicious polls-related incidents.
According to Komas coordinator A Prakkash, incidents include the putting-up of political party flags before elections, and even vote-buying.
After these reports were made, a team of volunteers would then verify to see if they are genuine.
Following this, verified reports would then be forwarded to relevant government agencies, such as the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Read More / Baca Lagi >>

Kalau 'rakyat baru' ada, apatah 'Majlis Peguam'

Posted: 16 May 2012 04:20 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau rakyat baru pun kerajaan Umno boleh wujudkan, apa dihairankan kalau ia tubuh "Majlis Peguam" yang baru, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jelas berlaku di hadapan kita, bila kerajaan Umno berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang menentangnya dan tahu dia akan kecundang dalam pilihan raya ke-13 akan datang, laporan-laporan mendedahkan ia mencipta rakyat baru dengan memberikan kad pengenalan Malaysia kepada pendatang-pendatang asing dan kemudian dimasukkan di dalam daftar pemilih dengan tujuan supaya mereka mengundi Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

Rise against feudal Umno

Posted: 16 May 2012 04:19 PM PDT

Malays today unite for causes and for ideals that are beyond what our prime minister and Umno can muster.

Umno thinks Malays are a herd of cows which they can herd into submission. How do my criticisms on what Umno has done to Malays constitute a reason for Malay disunity?
In addition, there are the usual invectives about my joining the DAP, which has caused Malay disunity. Please don't try to impose your condescending views on me.
I am not less Malay than you.
Let me tell you now that Malay unity is not the monopoly of Umno nor does Umno own the rights to Malay unity.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: Biarlah kerajaan tak endah Suhakam

Posted: 16 May 2012 04:18 PM PDT


KUALA LUMPUR: Cukuplah bagi rakyat mengetahui gambaran sebenar Bersih 3.0, jika kerajaan tidak mengambil sebarang inisiatif terhadap apa yang dilakukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata sekiranya kerajaan tidak mengendahkan sebarang cadangan Suhakam, pihaknya percaya rakyat akan mendapat gambaran jelas dengan pendengaran awam tersebut.
Read More / Baca Lagi >>