Datuk Seri Anwar Ibrahim PETALING JAYA – Hanya satu manifesto akan digunakan oleh parti di bawah Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sudah menyenaraikan isi manifesto PR dan akan turun padang ke beberapa kawasan bagi menjelaskan isi manifesto itu.
"Mesyuarat PR hari ini adalah memfokuskan beberapa isu antaranya meneliti isi manifesto yang akan dibawa PR dalam PRU13 ini dan persiapan bagi pilihan raya ini.
"Walaupun negeri-negeri lain mempunyai dan menambah manifesto lain, namun kita akan tetap guna hanya satu manifesto yang telah dipersetujui pemimpin PR.