Isnin, 14 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Video] "Please, can u stop it?" pinta Najib ... Laungan BERSIH depan Najib di London

Posted: 14 May 2012 09:54 PM PDT




(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paling takut menghadapi kekalahan dalam pilihan raya umum kerana jika itu berlaku, beliau akan diheret sebagai saksi perbicaraan Scorpene di Perancis, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Tian berkata, Najib pada masa ini masih mempunyai imuniti sebagai ketua negara yang boleh menghalang beliau sebagai saksi dalam kes itu.
Beliau merujuk kes sama yang terjadi ke atas diktator Chile, Agusto Pinochet yang ditangkap hanya selepas tidak lagi memegang kuasa.
"Najib paling takut kalau kalah pilihan raya umum ke-13. Bila menjadi orang biasa, dia boleh didakwa di Perancis sekiranya menjejakkan kaki di mana-mana negara Kesatuan Eropah (EU)," jelas Tian.
Katanya, selaku ketua negara, Najib masih boleh membuat permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah apabila waran dikeluarkan untuk membantu siasatan kelak.
"Boleh jadi dalam masa terdekat, dia tiba-tiba muncul di Paris dan bersalaman dengan presiden baru Perancis, Francois Hollande. Kononnya 'bukti' dia berani ke Eropah dan tak didakwa. Sedangkan, ini kerana imuniti Najib sebagai ketua negara," jelas Tian.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30424


Betapa jahatnya 'bapa' lembu Shahrizat ni .... hampa tengok la ...!!!

Posted: 14 May 2012 07:33 AM PDT

Saya kesal dengan tindakan NFC dan Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.
Terbaru, beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya.
Akibat tekanan ini, tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Encik Johari Mohamad. Beliau yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.
Tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula. Hari ini, Encik Johari Mohamad akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.
Tindakan yang bersifat dendam kesumat ini sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Dato' Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno. Sebelum ini, apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.
Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali saya.
Jelasnya, beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau.
Beliau tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno. Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya.
KEADILAN akan membantu sepenuhnya Encik Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil.
Saya mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku.
MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
KENYATAAN ENCIK JOHARI MOHAMAD
Saya, Johari Mohamad, adalah seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang.
Pada 24 April 2012, saya menerima sepucuk surat dari majikan saya menyatakan saya didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Dato' Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Aduan itu juga menuduh saya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.
Saya telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Dato' Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Hari ini pula, saya telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang nanti. Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat.
JOHARI MOHAMAD, PUBLIC BANK, CAWANGAN JINJANG


Malaysia Chronicle

BN boleh lupakan Selangor ... ini bukan aku kata atau orang2 Pakatan kata tapi orang belah depa yang kata ..hahaha mampuih hampa BN oooii .

Posted: 14 May 2012 04:20 AM PDT

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

Berbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

[Video] : Ceramah DSAI - Himpunan Pekerja 13052012

Posted: 14 May 2012 02:36 AM PDT

Tiada ulasan: