Sabtu, 12 Mei 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERAHIM ALKATAKI MAHU DEMONTRASI DESAK PENYANYI YUSOF ISLAM AGAR TUKAR NAMA KEPADA YUSOF MELAYU?

Posted: 12 May 2012 09:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA semakin berserabut kepala otak raja katak Berahim Ali dari Pasir Mas.  Mungkin kerana terasa hati tidak dijemput walaupun sebagai pemerhati di dalam persidangan atau perhimpunan lembu-lembu kondo di kandang Bukit Jalil baru-baru ini.  

Ataupun, beliau merasa Perkosa pimpinannya jauh ketinggalan dan semakin dipinggirkan, maka raja katak yang menenggek atas kerusi pemberian ihsan dari PAS itu mula cuba untuk mencari publisiti baru dengan mengesyorkan cadangan paling bodoh kepada Majlis Fatwa.  Cadangannya adalah agar Majlis Fatwa mengharamkan PAS menggunakan nama Islam di dalam parti tersebut.  Ertinya, nama Islam hendaklah diharamkan di dalam PAS, tetapi nama Melayu dihalalkan jika boleh diwajibkan digunapakai di dalam Parti Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu Umno.  

Bekas penyanyi terkenal Cat Steven, kini dengan nama Yusof Islam
Bila kita katakan Berahim raja katak ini bengap, mungkin ada yang berkata gelaran itu terlalu huduh buat beliau.  Tetapi, kita tidak boleh kata Berahim raja katak ini bijak pandai kerana semua orang tahu bahawa isu yang ditimbulkan oleh raja katak ini adalah isu lapok yang telah pun difatwakan oleh Majlis Fatwa berpuluh tahun dahulu.  Majlis Fatwa telah mengharuskan nama Islam digunakan di dalam pertubuhan parti politik selagi ianya tidak menjejaskan ugama itu sendiri.

Mengapa Berahim raja katak tidak juga mencadangkan agar Bank Islam atau Universiti Islam turut diharamkan?   Aku rasa jika penyanyi terkenal `Cat Steven' atau nama Islamnya Yusof Islam adalah warganegara Malaysia, mungkin Berahim raja katak ini akan mengadakan demontrasi Perkosa agar Yusof Islam menukar namanya kepada Yusof Melayu.  

cium keris...mmmuuahh..muahhh..mmuahhss...
Aku cukup bimbang jika Berahim raja katak ini mampus nanti, beliau akan memarahi Malaikat Mungkar Nankir kerana menyoal perkara-perkara berkaitan agama.  Bagi beliau, agama tiada kena mengena dengan politik di dalam ertikatanya ugama juga tiada kena mengena dengan mati.  Jika beliau yakin agama ada kena mengena dengan politik disebabkan orang-orang politik kesemuanya akan mati dan akan disoal di alam akhirat nanti tentang kehidupannya di dunia, raja katak ini tidak akan tergamak untuk mencadangkan perkara sebodoh itu.

Aku cukup tidak sabar untuk melihat raja katak ini dikuburkan politiknya di Pasir Mas agar menjadi pengajaran kepada beliau bahawa orang yang khianat dan busuk hati akan dihina sehina-hinanya di dunia lagi./wfauzdin.blogspot.com

GELOMBANG MERAH DI BUKIT JALIL, WARNA YANG DISUKAI OLEH LEMBU

Posted: 12 May 2012 10:19 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MELIHAT kepada suasana di dalam `kandang' di Bukit Jalil, penyokong-penyokong `lembu kondo' merasa syok sendiri apabila TV3 suku dan Utusan Meloya menyebut ratusan ribu hadir memenuhi kandang.  Al-maklumlah, pengangkutan diberi dan dikhabarkan lebih dua ribu bas pengangkutan disediakan termasuk dua buah bas yang diberitakan terlibat di dalam kemalangan.

Lihat waktu Najib tiba, tingkat atas stadium semuanya kosong

Berbeza dengan Himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu.  Beberapa negeri yang telah menyewa bas hasil duit poket peserta-peserta BERSIH sendiri disaat-saat akhir permit bas ditarik balik. Namun, peserta-peserta BERSIH menggunakan inisiatif sendiri untuk sampai ke KL walaupun dikatakan puak `haramjadah' ini menyebut Dataran Merdeka tidak boleh digunakan.  Semangat BERSIH patut dipuji, yang mempunyai kelapangan dan belanja, mereka hadir dengan sukarela.  Manakala, yang tidak mampu untuk pergi atas sebab-sebab tertentu, mereka menyumbang sedikit wang perbelanjaan kepada yang bersemangat untuk pergi tetapi kewangan tidak mencukupi.  Inilah semangat yang tiada kepada puak mereka, sebab itulah mereka amat meroyan apabila yang hadir berbaju kuning BERSIH berhampiran Dataran Merdeka dan sekeliling bandar KL mencecah dua ratus ribu.

Nasib baik kerusi pun warna merah, maka boleh `cover' sikit....
Berapa jumlah yang hadir di Stadium Bukit Jalil bersama Najib `Haramjadah' (gelaran `haramjadah' dipopularkan oleh Najib baru-baru ini di Jengka, Pahang)?  Melihat kepada gambar yang disiarkan di dalam Utusan meloya, tentunya kita merasa puak-puak sekutu Apco ini tidak kurang hebatnya walaupun didatangkan dengan bas dan peruntukan.  Tetapi, zaman sekarang bukan zaman di era Almarhum Tun Razak.  Sekarang ini zaman IT, dunia tanpa sempadan.  Lihatlah beberapa gambar yang malu buat TV3 suku atau Utusan meloya mahu tunjukkan betapa hebatnya parti sekular Umno ini.  Kapasiti Stadium Bukit Jalil adalah lebih kurang 85, 000 orang sahaja, lihat kepada tempat duduk di bahagian atas sekali sekelilingnya hampir kosong.  Dikira pula yang duduk bersila atas rumput kita letaklah paling ramai 10 ribu, ertinya kita boleh beri kredit kepada perhimpunan merah hari itu sekitar 50 ribu sahaja.

Hakikatnya, beginilah.....tingkat atas kosong...

Jika sekadar itu yang hadir, perhimpunan mereka yang diketuai oleh Najib `haramjadah' menyamai program ceramah PR yang hanya dihadiri oleh MB Selangor sahaja.Apa pun, itu tidak penting.  Kita harus melihat orang yang akan membantu parti sekular ini adalah orang yang tidak berada di dalam stadium.  Siapa mereka jika tidak Bangla, Nepal, Kemboja, Indon dan beberapa spesis yang mereka ternak dari awal lagi./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Najib bersarapan pagi dengan pengikut Twittternya ... Fuyoo ramainya !!!!!

Posted: 12 May 2012 11:46 AM PDT

Sumber : Twitter Latheefa Koya

Nik Aziz is father of kafir kata Tn Guru Rahim Noor

Posted: 12 May 2012 05:07 AM PDT


Selepas sekian lama mendiamkan diri natijah daripada kisah "lebamnya mata Anwar" lebih kurang 13 tahun yang lepas, Rahim Noor kembali menjadi bahan buala. Bermula daripada statement2nya berkenaan BERSIH (bersama2 dengan Tun Hanif Omar dan Musa Hassan), baru2 ini dia bertindak setapak lebih ganas dengan melabelkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai "bapa kafir" atas alasan "fatwa Nik Aziz menyesatkan orang ramai lalu semuanya turun menyertai himpunan haram iaitu BERSIH". ... seterusnya

Muhyiddin malu teramat ... Sekolah pondok tolak bantuan RM100 ribu

Posted: 12 May 2012 02:10 AM PDT

TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.

Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma.

Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.

Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu.

"Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya," kata beliau di sini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.

Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.

Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.

Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.

Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.

Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang. [Harakah]

Kemalangan setelah balik dari Perhimpunan Umno di Bukit Jalil - Seorang anggota wanita Umno maut, 77 lagi cedera

Posted: 12 May 2012 12:03 AM PDT

Takziah buat keluarga Puan Roha Dol .... Al Fatihah
12 Mei 2012
SEREMBAN - Seorang wanita warga emas maut, manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah lori treler di KM 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal hari ini.

Roha Dol, 79, anggota wanita Umno Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini akibat kecederaan di kepaladan badannya.

Pengarah hospital berkenaan Dr Jaafar Che Mat berkata mangsa disahkan meninggal dunia 5.40 pagi. Kesemua yang cedera pula dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu.

Dalam kejadian pukul 2.58 pagi itu, dua bas berkenaan yang membawa anggota Umno, dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat, Johor setelah menghadiri sambutan ulanderag tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur malam tadi.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas yang membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu yang hendak ke Melaka, terlebih dahulu melanggar belakang sebuah treler ketika tiba di tempat kejadian. - Bernama

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Laskar Cinta Vs Zionis Malaysia

Posted: 12 May 2012 06:15 PM PDT



usinkata;  Hari ini 13hb Mei..maka jgnlah kita memainkan isu perkauaman sempit..ini kerana mengapi-apikan sentimen perkauman sempit ini adalah agenda utama Zionis Tempatan yg terdiri dr Melayu-Cina-India..Mari kita bersama bersangka baik sesama insan..kita dijadikan berbeza-beza..untuk kita saling lengkap melengkapi.. kenal mengenal..hormat menghormati..sayang menyayangi..bantu membantu.tolong menolong..ayuh kita bangunkan Malaysia ini dengan harmoni..makmur dan sejahtera..

Wahai jiwa-jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu
Kepada hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam

Karena sesungguhnya iblis
Ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci
Di hati yang penuh dengan prasangka

Laskar cinta...
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa
Dan busukkan hati

Laskar cinta...
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua
Umat manusia

Jika kebencian meracunimu...
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu

Maka jangan pernah berharap
AKU akan mengasihi
Menyayangi manusia-manusia
Yang penuh benci seperti kamu..

Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
Mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi

Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
Serta kekuatan untuk menentukhan kebenaran yg sejati

Bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda

Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata

~penarik beca

~penarik beca


Hanya la'nat Allah boleh gagalkan Umno

Posted: 11 May 2012 09:50 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Chegubard: Masalah Utama Rakyat Adalah Rompakan Harta Kekayaan Negara

Posted: 12 May 2012 07:02 PM PDT

Umno tipu ahli Umno, Umno tipu orang Melayu!....

Posted: 12 May 2012 09:14 AM PDT

Umno tipu rakyat Malaysia

 
UMNO MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-66?
ISY !  ISY!  ISY  !! BIAR BETUL !!....                                
NAMPAK SANGAT UMNO NAK MENIPU RAKYAT, WALHAL USIA SEBENAR BARU 24 TAHUN ! (Umno Baru pimpinan Mahathir didaftar pada 1988)
Apa nak heran,.. kerja menipu ni dah jadi darah daging mereka. Sejarah pun mereka putarbelitkan.                                        

Oleh : rahimothman

Pengundi atas pagar tetap pilih PR

Posted: 12 May 2012 08:58 AM PDT



Pakatan Rakyat KOTA BHARU - Muslimat Pas Kelantan percaya pengundi atas pagar akan memilih Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan pelbagai isu didedahkan berkaitan parti lawan.

Bagi tujuan itu, Timbalannya, Wan Ubaidah Omar berkata, pelbagai pendedahan membuka minda digerakkan di samping kecanggihan teknologi membolehkan pengundi tersebut mengetahui perkara sebenar di sebalik tohmahan yang dilemparkan kepada Pas.

Read More / Baca Lagi >>

Pasca-BERSIH 3.0: Sisi gelap demokrasi

Posted: 12 May 2012 08:57 AM PDT

"Kita hidup dalam zaman demokrasi. Sejak lebih satu abad lalu dunia telah dibentuk oleh satu aliran utama berbanding yang lain - kemunculan demokrasi."

Begitulah ayat pertama dalam bab Pendahuluan buku The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad oleh Fareed Zakaria.

Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias idea demokrasi. Betapa pentingnya idea ini, ia diungkapkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dan diulang semasa Pemasyhuran Malaysia 1963. Maka, wacana berkaitannya di Malaysia bukanlah baru, meskipun ia kian bersemarak pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas NST, Utusan pula minta maaf

Posted: 12 May 2012 08:55 AM PDT

(Xenophon [dua dari kiri] ketika bercakap dalam sidang media di Parlimen sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Beliau adalah antara pemerhati luar yang datang ke Malaysia untuk melihat pelaksanaan demokrasi di negara ini)

KUALA LUMPUR: Selepas New Strait Times, sebuah lagi akhbar Umno, Utusan Malaysia membuat permohonan maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon selepas membuat laporan melulu terhadap beliau.

Utusan dalam penyataan mohon maaf hari ini turut menarik balik laporan mereka yang menuduh Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam.
Read More / Baca Lagi >>

'Media baru cabaran sebenar parti dalam PRU13'

Posted: 12 May 2012 08:54 AM PDT

Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu.

"Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat.

"Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat!

Posted: 12 May 2012 08:39 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ucapan Ha Najib Razak  sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat.
Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau hendak tunjuk kuat himpun di stadium, Najib bidas Bersih...ha..ha...50 ribu lawan 300 ribu

Posted: 12 May 2012 08:38 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak KUALA LUMPUR - "Kalau nak tunjuk kuat, berhimpunlah di stadium seperti kita... kalau mereka sayangkan negara dan menghormati undang-undang berhimpunlah seperti kita," kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sambutan Hari Umno ke-66 di sini, malam tadi.

Kata Presiden Umno ini, penganjur Bersih 3.0 akhir bulan lalu telah ditawarkan beberapa tempat seperti Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Merdeka.

"Mengapa mereka (Bersih3.0) tidak mahu menggunakan tempat yang telah disediakan seperti kita malam ini, adakah mereka takut jumlah penyokong yang hadir tidak ramai.

Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN desak gugur tuduhan terhadap peserta Bersih 3.0

Posted: 12 May 2012 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mei: KEADILAN Johor menuntut supaya polis mengugurkan tuduhan terhadap semua 141 individu yang gambar mereka disiar media arus perdana sebagai peserta Bersih 3.0 'yang dikehendaki'.
Mengecam tindakan polis yang menangkap peserta himpunan aman Bersih 3.0, Ketua Penerangan Keadilan Johor, Syed Hamid Ali, berkata ia bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, artikel itu memperuntuk hak kepada setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman, berekspresi dan menubuhkan persatuan.
Melalui kenyataan media hari ini, Syed Hamid berkata, paparan gambar dalam akhbar itu juga bertentangan dengan hak setiap individu.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah penentang Najib/UMNO itu 'haram jadah'?

Posted: 12 May 2012 08:34 AM PDT

Saya begitu terpanggil untuk memberikan komen tentang 'conduct' PM Najib sebagai pemimpin utama negara sehari dua ini yang ramai menganggap sebagai tidak semenggah itu. Najib nampaknya sudah hilang kesabaran untuk menerima cabaran demokrasi yang belum pernah beliau alami selama ini.
Sejak mula berpolitik dan memegang jawatan besar-besar dalam parti dan kerajaan Najib belum lagi berhadapan dengan krisis sebesar ini. Apabila krisis seperti yang berlaku hari ini menghadapi beliau, Najib mula melatah dan menari tanpa megikut rentak yang sangat susah untuk beliau ikuti. Langkah beliau sumbang dan beliau seolah-olah menari di atas tanah yang tidak rata.
Read More / Baca Lagi >>

PR Ikrar Selesai Masalah Kewarganegaraan Sebaik Tubuh Kerajaan Pusat

Posted: 12 May 2012 08:32 AM PDT

SHAH ALAM 12 MEI : Masalah sebilangan rakyat negara ini yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri akan diselesaikan sebaik Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Pusat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat ratusan ribu masyarakat India, Dayak dan lain-lain yang lahir di Malaysia hidup tanpa dokumentasi pengenalan diri yang sah kerana prosedur kerajaan itu sendiri yang menggagalkan mereka.
"Isu ini akan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dan kami akan berusaha sesegera mungkin dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM

Posted: 12 May 2012 08:30 AM PDT

Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas 'main sorok-sorok, pancing umpan baik punya'.
Read More / Baca Lagi >>

Nak Lawan Bersih : Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir...ha..ha..ha..

Posted: 12 May 2012 08:29 AM PDT



Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.


Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini...  Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.


Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli


Read More / Baca Lagi >>

DAP isytihar pemulauan penuh pada panel Hanif

Posted: 12 May 2012 08:26 AM PDT

NONEDAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'

Posted: 12 May 2012 08:25 AM PDT


Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'
Nik Abdul Aziz menerima borang penyertaan ke dalam Pas daripada Wan Aishah di Gombak, malam tadi. - Foto ihsan telokbakong.blogspot.com
GOMBAK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

"Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. "Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Panel menyiasat insiden keganasan Bersih perlu bebas dan adil, gesa Suhakam

Posted: 12 May 2012 08:24 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Mei – Panel bebas yang ditubuhkan Putrajaya untuk menyiasat dakwaan penggunaan kekerasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu haruslah "berhati-hati" dalam memastikan hasil siasatannya dapat selesaikan perkara ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata.
Dalam satu kenyataan media, pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menyeru panel itu supaya bebas, tidak berat sebelah, telus dan berintegriti tanpa gentar atau pilih kasih apabila menjalankan siasatan agar dapat pulihkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa.
"Ini merupakan ciri-ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya seperti yang rakyat cita-citakan dan kerajaan komited untuk mencapainya," beliau ujar.
Read More / Baca Lagi >>

Usul kecam kekerasan polis: Hanya 16 daripada 1270 tentang

Posted: 12 May 2012 08:23 AM PDT



(Para peguam yang menyokong usul kutuk kekerasan polis di perhimpunan Bersih 3.0)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Peserta BERSIH muncul 4 kali dalam senarai polis

Posted: 12 May 2012 08:22 AM PDT

Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.Read More / Baca Lagi >>