RAKYAT MARHAEN |
- Chegubard: Masalah Utama Rakyat Adalah Rompakan Harta Kekayaan Negara
- Umno tipu ahli Umno, Umno tipu orang Melayu!....
- Pengundi atas pagar tetap pilih PR
- Pasca-BERSIH 3.0: Sisi gelap demokrasi
- Selepas NST, Utusan pula minta maaf
- 'Media baru cabaran sebenar parti dalam PRU13'
- Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat!
- Kalau hendak tunjuk kuat himpun di stadium, Najib bidas Bersih...ha..ha...50 ribu lawan 300 ribu
- KEADILAN desak gugur tuduhan terhadap peserta Bersih 3.0
- Benarkah penentang Najib/UMNO itu 'haram jadah'?
- PR Ikrar Selesai Masalah Kewarganegaraan Sebaik Tubuh Kerajaan Pusat
- Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM
- Nak Lawan Bersih : Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir...ha..ha..ha..
- DAP isytihar pemulauan penuh pada panel Hanif
- Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'
- Panel menyiasat insiden keganasan Bersih perlu bebas dan adil, gesa Suhakam
- Usul kecam kekerasan polis: Hanya 16 daripada 1270 tentang
- Peserta BERSIH muncul 4 kali dalam senarai polis
Chegubard: Masalah Utama Rakyat Adalah Rompakan Harta Kekayaan Negara Posted: 12 May 2012 07:02 PM PDT |
Umno tipu ahli Umno, Umno tipu orang Melayu!.... Posted: 12 May 2012 09:14 AM PDT Umno tipu rakyat Malaysia UMNO MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-66? ISY ! ISY! ISY !! BIAR BETUL !!.... NAMPAK SANGAT UMNO NAK MENIPU RAKYAT, WALHAL USIA SEBENAR BARU 24 TAHUN ! (Umno Baru pimpinan Mahathir didaftar pada 1988) Apa nak heran,.. kerja menipu ni dah jadi darah daging mereka. Sejarah pun mereka putarbelitkan. Oleh : rahimothman |
Pengundi atas pagar tetap pilih PR Posted: 12 May 2012 08:58 AM PDT Bagi tujuan itu, Timbalannya, Wan Ubaidah Omar berkata, pelbagai pendedahan membuka minda digerakkan di samping kecanggihan teknologi membolehkan pengundi tersebut mengetahui perkara sebenar di sebalik tohmahan yang dilemparkan kepada Pas. |
Pasca-BERSIH 3.0: Sisi gelap demokrasi Posted: 12 May 2012 08:57 AM PDT "Kita hidup dalam zaman demokrasi. Sejak lebih satu abad lalu dunia telah dibentuk oleh satu aliran utama berbanding yang lain - kemunculan demokrasi." Begitulah ayat pertama dalam bab Pendahuluan buku The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad oleh Fareed Zakaria. Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias idea demokrasi. Betapa pentingnya idea ini, ia diungkapkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dan diulang semasa Pemasyhuran Malaysia 1963. Maka, wacana berkaitannya di Malaysia bukanlah baru, meskipun ia kian bersemarak pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. |
Selepas NST, Utusan pula minta maaf Posted: 12 May 2012 08:55 AM PDT (Xenophon [dua dari kiri] ketika bercakap dalam sidang media di Parlimen sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Beliau adalah antara pemerhati luar yang datang ke Malaysia untuk melihat pelaksanaan demokrasi di negara ini) KUALA LUMPUR: Selepas New Strait Times, sebuah lagi akhbar Umno, Utusan Malaysia membuat permohonan maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon selepas membuat laporan melulu terhadap beliau. Utusan dalam penyataan mohon maaf hari ini turut menarik balik laporan mereka yang menuduh Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam. Read More / Baca Lagi >> |
'Media baru cabaran sebenar parti dalam PRU13' Posted: 12 May 2012 08:54 AM PDT Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu. "Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat. "Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat! Posted: 12 May 2012 08:39 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Ucapan Ha Najib Razak sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat. Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen. Read More / Baca Lagi >> |
Kalau hendak tunjuk kuat himpun di stadium, Najib bidas Bersih...ha..ha...50 ribu lawan 300 ribu Posted: 12 May 2012 08:38 AM PDT Kata Presiden Umno ini, penganjur Bersih 3.0 akhir bulan lalu telah ditawarkan beberapa tempat seperti Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Merdeka. "Mengapa mereka (Bersih3.0) tidak mahu menggunakan tempat yang telah disediakan seperti kita malam ini, adakah mereka takut jumlah penyokong yang hadir tidak ramai. |
KEADILAN desak gugur tuduhan terhadap peserta Bersih 3.0 Posted: 12 May 2012 08:36 AM PDT KUALA LUMPUR 12 Mei: KEADILAN Johor menuntut supaya polis mengugurkan tuduhan terhadap semua 141 individu yang gambar mereka disiar media arus perdana sebagai peserta Bersih 3.0 'yang dikehendaki'. Mengecam tindakan polis yang menangkap peserta himpunan aman Bersih 3.0, Ketua Penerangan Keadilan Johor, Syed Hamid Ali, berkata ia bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Katanya, artikel itu memperuntuk hak kepada setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman, berekspresi dan menubuhkan persatuan. Melalui kenyataan media hari ini, Syed Hamid berkata, paparan gambar dalam akhbar itu juga bertentangan dengan hak setiap individu. Read More / Baca Lagi >> |
Benarkah penentang Najib/UMNO itu 'haram jadah'? Posted: 12 May 2012 08:34 AM PDT Saya begitu terpanggil untuk memberikan komen tentang 'conduct' PM Najib sebagai pemimpin utama negara sehari dua ini yang ramai menganggap sebagai tidak semenggah itu. Najib nampaknya sudah hilang kesabaran untuk menerima cabaran demokrasi yang belum pernah beliau alami selama ini. Sejak mula berpolitik dan memegang jawatan besar-besar dalam parti dan kerajaan Najib belum lagi berhadapan dengan krisis sebesar ini. Apabila krisis seperti yang berlaku hari ini menghadapi beliau, Najib mula melatah dan menari tanpa megikut rentak yang sangat susah untuk beliau ikuti. Langkah beliau sumbang dan beliau seolah-olah menari di atas tanah yang tidak rata. |
PR Ikrar Selesai Masalah Kewarganegaraan Sebaik Tubuh Kerajaan Pusat Posted: 12 May 2012 08:32 AM PDT SHAH ALAM 12 MEI : Masalah sebilangan rakyat negara ini yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri akan diselesaikan sebaik Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Pusat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat ratusan ribu masyarakat India, Dayak dan lain-lain yang lahir di Malaysia hidup tanpa dokumentasi pengenalan diri yang sah kerana prosedur kerajaan itu sendiri yang menggagalkan mereka. "Isu ini akan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dan kami akan berusaha sesegera mungkin dalam menyelesaikan permasalahan ini. Read More / Baca Lagi >> |
Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM Posted: 12 May 2012 08:30 AM PDT Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil. Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas 'main sorok-sorok, pancing umpan baik punya'. Read More / Baca Lagi >> |
Nak Lawan Bersih : Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir...ha..ha..ha.. Posted: 12 May 2012 08:29 AM PDT Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil. Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini... Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium. Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli |
DAP isytihar pemulauan penuh pada panel Hanif Posted: 12 May 2012 08:26 AM PDT DAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0' Posted: 12 May 2012 08:25 AM PDT "Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. "Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya. |
Panel menyiasat insiden keganasan Bersih perlu bebas dan adil, gesa Suhakam Posted: 12 May 2012 08:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 Mei – Panel bebas yang ditubuhkan Putrajaya untuk menyiasat dakwaan penggunaan kekerasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu haruslah "berhati-hati" dalam memastikan hasil siasatannya dapat selesaikan perkara ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata. Read More / Baca Lagi >>Dalam satu kenyataan media, pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menyeru panel itu supaya bebas, tidak berat sebelah, telus dan berintegriti tanpa gentar atau pilih kasih apabila menjalankan siasatan agar dapat pulihkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa. "Ini merupakan ciri-ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya seperti yang rakyat cita-citakan dan kerajaan komited untuk mencapainya," beliau ujar. |
Usul kecam kekerasan polis: Hanya 16 daripada 1270 tentang Posted: 12 May 2012 08:23 AM PDT (Para peguam yang menyokong usul kutuk kekerasan polis di perhimpunan Bersih 3.0) KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM). Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut. |
Peserta BERSIH muncul 4 kali dalam senarai polis Posted: 12 May 2012 08:22 AM PDT Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan