Rabu, 9 Mei 2012

bumiperak

bumiperak


Najib label Peneroka yang menentang penyenaraian Felda -'Haram Jadah'

Posted: 09 May 2012 12:56 AM PDT

 JERANTUT, 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.

Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.

Petikan transkrip Najib Tun Razak:

"Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. Kalau mereka tidak memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba mencelarukan fikiran. Sebab itu ada orang yang cuba bawa kes ini ke mahkamah.. dah bawapun ke mahkamah. Ttapi kita tetap cekal hati, kita teruskan juga Felda Global Ventures ini disenaraikan dan kita tahu ini untuk kebaikan.. HARAM JADAH, jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak tengok muka-muka ini.. DURIAN RUNTUH ini nak terima atau tidak.. HARAM JADAH.. Saya tak rela dan saya tak redha mereka ini menerimanya. Mengkhianati apa yang kita buat.. mereka memang muka tebal.." 

Anak Bapa

Anak Bapa


Bila Kepala Perompak Negara Bercakap ...........

Posted: 09 May 2012 02:54 AM PDT



Tersebutlah al kisah di negeri Antah Berantah tentang pemerintahan Maharaja Perompak yang terkenal di seantero dunia dengan kezaliman dan kekorupannya. Maharaja in tak ada kerja lain setiap hari melainkan berfikir cara bagaimana nak memperkayakan dirinya dan kroni, menfitnah dan menzalimi sesiapa yang menentangnya dan menipu rakyat supaya terus menyokongnya. Konspirasi kegemarannya ialah menfitnah pembangkang dengan skandal seks dan liwat.  

Maharaja ini tidak bertindak sendirian dalam semua kerja-kerja kotornya. Dia telah melantik Ketua Perompak Negara (KPN) silih berganti bagi mengetuai gerakan memuaskan nafsu syahwatnya.

Perompak-perompak yang duduk di bawah KPN akan melakukan apa saja tugas yang diarahkannya dan akan menjadi sewel apabila loceng berbunyi. Warna kebencian mereka ialah kuning. Walaupun di waktu santai mereka akan kelihatan macam membantu rakyat tetapi hakikatnya mereka ini pecacai atau anjing kepada Maharaja dan akan bertindak gila apabila menerima arahan KPN. Kegemaran mereka atau SOP ialah menendang, memukul dan menangkap rakyat yang tidak bersalah.

KPN-KPN ini melenting tak tentu pasal kebelakangan ini. Menurut cerita, bekas KPN yang seorang ini kini diberi tugas penting membantu industri judi negara, hasil yang Maharaja perlukan untuk memenangi pilihanraya. Seorang lagi bekas KPN ini pernah disabitkan dengan hukuman penjara dan denda kerana memukul separuh mati ketua pembangkang sewaktu ketua pembangkang di gari kedua belah tangan dan dan ditutup mata di pejabatnya.

Bekas KPN lagi satu ini pula pernah dituduh oleh pegawai kanannya terbabit dengan usaha melindungi Kepala Mafia. Walaupun dinafikan si KPN ini tetapi bukti cukup terang lagi jelas kaitan Kepala Mafia ini dengannya.

Anak Bapa sebenarnya tak hairan dengan komen KPN-KPN ini dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka. Kini apabila rakyat bangun mendesak supaya pilihanraya dibuat secara adil dan bersih maka seluruuuuuuuuh puak-puak perompak ini jadi kecut perut. Mereka tahu jikalau pembangkang menang maka nasib mereka akan terkubur bersama-sama dengan Maharaja Perompak. Orang putih kata mereka kena "swim or sink" bersama, hidup mati bersama, jatuh bangun bersama, berat sama dipikul ringan sama dijingjing, "I love you, you love me".

Anak Bapa: Sekilas ikan di air ……… Gua tolong lu, lu tolonglah gua, kau tim ma! 

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DI MANA SUARA HASSAN AKIDAH TERHADAP KENYATAAN RAHIM BABI TUNGGAL INI?

Posted: 09 May 2012 05:03 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA berbicara tentang seekor babi tunggal bernama Rahim Noor yang menggelar Tuan Guru Nik Aziz sebagai `Bapa Kafir', aku mahu bertanya di mana suara Hassan Akidah?  Apa komen Hassan Akidah yang kerjanya siang malam kononnya bercakap soal murtad dan akidah walaupun sebenarnya yang banyak tersembur dari mulut busuk Hassan Akidah atau Hassan kayu Jati ini adalah Anwar...Anwar...Anwar...Azmin.

Aku rasa Hassan Akidah yang gila mahu menjadi MB Selangor ini pasti bersetuju dengan babi tunggal yang dipecat dari menjadi bos segala Polis kerana bagi Hassan Akidah sesiapapun yang menghina, mengeji atau menfitnah pemimpin Pembangkang adalah sahabat karibnya yang akan setia bersamanya ke lubang neraka.

Mengapa lambat sangat Hassan Akidah mengulas kata-kata Rahim babi tunggal ini?  Sebabnya hanya satu kerana jika beliau mengulas berpandukan Al-Quran dan Hadith dengan tepat, pasti beliau akan rugi kerana ianya menguntungkan sekutu DS Anwar.  Apa jua yang menguntungkan DS Anwar, pasti membuatkan Hassan Jati sesak nafas umpama nak mampus.

Di mana pula suara Majlis Fatwa?  Isu Himpunan BERSIH mendatangkan minat Majlis Fatwa untuk mengeluarkan fatwa.  Apa pula hukum perbuatan Rahim babi tunggal ini?  Sunat, harus atau makruh?  Beranikah Majlis Fatwa mengatakan hukum selain dari itu?/wfauzdin.blogspot.com

~penarik beca

~penarik beca


Haniff ketua panel siasatan Bersih 3.0, Rahim Noor timbalan, Musa Hassan setiausaha

Posted: 09 May 2012 10:02 AM PDT

Tak dak sori-sori, fasal Bersih, saya memang tak percaya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Posted: 09 May 2012 12:13 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fitnah Zul Nordin : Ibrahim Libya mati sia sia....

Posted: 09 May 2012 06:30 PM PDT

Lagi Umno Tanjong Karang Jual Lima Bidang Tanah Anugerah Kerajaan Negeri

Posted: 09 May 2012 06:26 PM PDT

SHAH ALAM, 8 MEI: Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.
Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.
Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 3.0: PROVOKASI POLIS BALING BOTOL

Posted: 09 May 2012 06:21 PM PDT

Menang sorak kampung tergadai, FGV Memiliki Tanah Peneroka Dengan RM15 Ribu Jer..!!!

Posted: 09 May 2012 06:18 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMjIBwotyjDb38uAM8pN9d8AHsz9W4atOe2Ms8Pf0G3T1P9WGLqhFDY-hskxI9pTlka8yw_fe7E4dyTDv5sVMRvN05mVikDRGMWy20iKvrgAvaTFY7iGk5CCNak6vV-UGtPQpMaZsGnpE/s1600/Surat_Peneroka_tanggung_kerugian.jpg

Adakah berbaloi gula-gula one off seperti ini? Berapa lama lagi BN nak bermain politik dengan taktik lama untuk mendodoikan rakyat agar terus menyokong mereka?

Atau ini dilakukan untuk 'menutup mulut' peneroka agar jangan mempersoalkan keghairahan Kerajaan menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Malaysia? Penipuan mereka melalui 7 buah Bank iaitu CIMB,BIMB,Maybank, OCBC, Am Islamic Bank, Muamalat dan Affin Bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FGVH sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, interest 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' adalah antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!
Read More / Baca Lagi >>

Mana Kad Laporan Prestasi Wakil Rakyat UMNO BN?

Posted: 09 May 2012 06:16 PM PDT

Bagaimana prestasi Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia setakat ini?
Adakah kita lupa bahawa sejak dari zaman Tun Mahathir, Pak Lah hinggalah Najib, mereka sendiri yang telah memperkenalkan Key Performance Index atau KPI terhadap seluruh wakil rakyat Barisan Nasional.
Katanya, akan disiarkan setiap 6 bulan sekali, namun hingga kini, satu laporan pun tidak pernah diumumkan kepada rakyat. Sedangkan, setiap bulan dan setiap tahun, kita terus membayar pelbagai jenis cukai kepada pihak kerajaan.
Namun, dalam tempoh itu, pihak kerajaan juga tidak pernah cuai nak mengutip hutangnya kepada rakyat. Beginilah bentuk kerajaan yang kononnya mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat.
Malah, gaji dan elaun Pak Menteri dan semua wakil rakyat terus mereka nikmati. Tetapi rakyat masih tidak tahu, apakah hasil kerja yang dibuat oleh wakil rakyat ini. Apakah kabinet Najib sedang tidur atau sedang sibuk melobi untuk menjadi calon pilihanraya?
Read More / Baca Lagi >>

PASCA BERSIH 3.0: Haniff Omar Sudah Berat Sebelah!

Posted: 09 May 2012 06:14 PM PDT


Tindakan Hishamuddin Hussein melantik Haniff Omar sesuatu yang sangat tidak masuk akal.

Apatah lagi dengan kenyataannya bahawa Bersih kununnya didalangi unsur komunis dan subversif padahal ia hanyalah gerakan untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dengan mengambil kira lapan tuntutan yang diminta!

Maka tepatlah kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menganggap pelantikan Tun Hanif Omar sebagai ketua panel siasatan bebas menangani perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sesuai sama sekali.Read More / Baca Lagi >>

Pasca BERSIH 3.0: Jangan Hilang Fokus Terhadap 8 Tuntutan Bersihkan Pilihanraya

Posted: 09 May 2012 06:12 PM PDT


Fokus 8 tuntutan Bersih, abai putar belit media

KUALA LUMPUR, 8 Mei: 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Bersih 2.0 meminta semua pihak kembali fokus kepada lapan tuntutan Bersih dan tidak melayan putar belit media arus perdana.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Nahar Md Nor berkata, media seharusnya membantu Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu.

"Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang fokus.
Read More / Baca Lagi >>

‘Big businesses deserting Umno’

Posted: 09 May 2012 06:10 PM PDT

Umno corporate chieftains fearful of the inevitable are selling off their businesses on the quiet.

Bersih 3.0 has struck unimaginable terror in the Umno and its corporate potentates.
There is a sense of nervousness, increasingly and dreadfully alarming that has forced corporate chieftains to regularize their business interests.
1MDB buys over Ananda Krishnan's power generation business at an astronomical price tag – obviously the price tag has been Umnonised.
The corporate potentate then sells off a sizeable portion of his oil and gas business ( Bumi Armada).
Other corporate chieftains are doing the same on the quiet side.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tolak penubuhan panel siasatan Bersih

Posted: 09 May 2012 06:09 PM PDT

Mahfuz berkata Suhakam merupakan pihak yang sepatutnya melaksanakan siasatan ke atas insiden Bersih 3.0. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Mei — PAS menolak penubuhan panel bebas menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu kerana melihat ianya hanyalah helah menutup kesalahan kerajaan sewaktu menyuraikan peserta perhimpunan Bersih 3.0 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, kerajaan seharusnya menggunakan badan bebas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyiasat insiden keganasan sewaktu Bersih 3.0 tempoh hari memandangkan kerajaan telah memberikan peruntukan yang besar terhadap badan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan mula bina lebuh raya KB-KK akhir bulan ini

Posted: 09 May 2012 06:09 PM PDT

KOTA BHARU, 10 Mei: Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.

Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.

Beliau juga turut memberitahu, kerajaan Kelantan telah menerima cadangan dari pemaju untuk membina lebuh raya berkenaan dan cadangan itu telah disemak dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa.

Read More / Baca Lagi >>

TG Haji Hadi : Kuala Berang

Posted: 09 May 2012 04:35 PM PDT

Batang Kali Massacre: Family members just want to know the truth

Posted: 09 May 2012 04:34 PM PDT

(left to right) Lim Ah Yin, Loh Ah Choi and Chang Koon Ying travelled all the way to the UK to attend the court hearing.
LONDON, May 9 — Since 1948, the official line on the Batang Kali Massacre during the Malayan Emergency has always been that the 24 men gunned down were communists and "bandits", or sympathisers, and that it was necessary to shoot them to prevent their escape. Consequently, so much attention has been focused on trying to ascertain whether the villagers did, in fact, try to escape (it is largely accepted they did not) that the larger picture is often missed. No one has stopped to ask, so what if they had tried to escape? Would that make their killings lawful?
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: Satu Komentar

Posted: 09 May 2012 04:31 PM PDT

TAHNIAH kepada Penganjur BERSIH 3.0 kerana berjaya mengadakan suatu demonstrasi raksasa terdiri daripada pelbagai kaum, di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, pada 28 April 2012. Demonstrasi ini adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat pelbagai kaum terhadap kerajaan Barisan Nasional kini. Kemarahan ini bukan sahaja berpunca daripada persoalan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah juga ekoran daripada banyak faktor-faktor lain yang sudah pun diketahui umum. Kemarahan rakyat bertambah-tambah lagi apabila media massa kerajaan BN mempermainkan isu liwat, seks dan videonya sekali dan isu SGVT yang kebenarannya ditolak oleh rakyat pada umumnya.

Read More / Baca Lagi >>

Isu air: MB mahu Pusat akur titah Sultan Selangor

Posted: 09 May 2012 04:25 PM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu air tidak dipolitikkan dan pada masa yang sama mendesak Putrajaya mengambil kira teguran baginda dan melaksanakan segera penstrukturan semula industri pembekalan air.
Merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin semalam, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, "justeru, kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil kira teguran Sultan dan melaksanakan dengan segera penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor seperti yang diperuntukkan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan ini."
Read More / Baca Lagi >>

'Keyakinan Umno rampas Selangor bukan retorik' - Zahid......ha.ha.ha..memang lah yakin ..tipu dulu kini dan selamanya..!!!

Posted: 09 May 2012 04:15 PM PDT


'Keyakinan Umno rampas Selangor bukan retorik'
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra bersama Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar (tiga, kiri) dan Setiausaha
SHAH ALAM - Umno akan kembali merampas Selangor dari penguasaan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keyakinan itu bukan satu "retorik", kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata, Umno akan merampas semula Selangor dengan sokongan daripada semua pihak - dari peringkat akar umbi sehingga atasan yang ada dalam Umno Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

BROOM : Peneroka digesa tidak jual saham Felda Global...ha.ha.ha..awal lagi dah nak gadaikan peneroka..!!!

Posted: 09 May 2012 04:13 PM PDT

KUALA LUMPUR - Masyarakat peneroka digesa supaya tidak menjual saham pegangan mereka dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd, apabila syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia akhir Jun ini.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, ini bertujuan memastikan peneroka terus mendapat jaminan dari segi pulangan dividen yang bakal
menguntungkan mereka dalam jangka masa panjang.
Bagaimanapun Mohd Isa berkata, Felda tidak mempunyai mekanisme untuk menghalang peneroka sekiranya mereka bercadang menjual saham pegangan masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

So that the World May Hear

Posted: 09 May 2012 04:04 PM PDT

BERSIH 3.0 : Cerita pengalaman dibelasah Polis kpd Presiden PAS

Posted: 09 May 2012 04:03 PM PDT

Anwar Ibrahim: Hanya Kamu Ada Kuasa Memberhentikan Korupsi

Posted: 09 May 2012 04:02 PM PDT

Anwar Ibrahim: Why Must You Steal Our Land & Our Timber?

Posted: 09 May 2012 04:02 PM PDT

Leong Ngah Ngah : Kuala Berang

Posted: 09 May 2012 03:59 PM PDT

On the Syrian frontline

Posted: 09 May 2012 03:58 PM PDT

Haji Wahid Endut : Kuala Berang

Posted: 09 May 2012 08:44 AM PDT

Dato' Mahfuz : Kuala Berang

Posted: 09 May 2012 08:42 AM PDT

Khalid Ismath Nafi Tendang Anggota Polis...ia fitnah media..!!

Posted: 09 May 2012 08:36 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tolak PBB: Najib nak tiru Robert Mugabe?

Posted: 09 May 2012 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa.

"Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia.

"Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain," katanya  hari ini.

Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya.

Perhimpunan itu menarik perhatian La Rue kerana berpendapat peserta tidak agresif mahupun mengingkari arahan tetapi polis yang bertindak ganas.

Saifuddin menyifatkan keengganan Umno itu bertujuan menyembunyikan keganasan, menutup propaganda media kerajaan dan tuduhan mengguling kerajaan.

"Jika wakil PBB siasat, ia akan membongkar semuanya. Dunia akan tahu tiada usaha guling kerajaan, sebaliknya wujud keganasan dan bukti media arus perdana berat sebelah," katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat berhimpun di jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan melaksana pilihan raya yang adil.

Bagaimanapun, himpunan itu dicemari keganasan polis – peserta termasuk orang tua, wanita dan wartawan cedera dibelasah.


http://www.keadilandaily.com/?p=30162

'Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?

Posted: 09 May 2012 08:44 AM PDT

Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disirkan secara langsung melalui televisyen.


Harakahdaily