Anak dakwa durian runtuh helah politik SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan tindakan kerajaan memberi durian runtuh kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini.
Dakwanya, setelah 55 tahun Felda ditubuhkan, baru sekarang kerajaan menghargai jasa peneroka termasuk bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.