RAKYAT MARHAEN |
- Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di i-City Shah Alam
- TS Kadir Tok Beng - KT -3
- TS Kadir Tok Beng - KT -2
- TS Kadir Tok Beng - KT -1
- Anwar Ibrahim: Desperate Dictatorship Always Apportion The Blame On Innocent Rakyat As Criminals
- BROOM : Pengkhianat FELDA Jangan Terima Durian Runtuh - Najib Razak
- BERSIH 3.0 : The Untitled
- BERSIH 3.0: Pemerintah vs Rakyat
- PRU 13: Najib perlu sedia untuk ‘dihumban’ rakyat
- BROOM : Bunyi guruhnya kuat, hujannya renyai-renyai
- Teori Mengarut Hassan Ali, "Pelakon" Video Murtadnya Dilanggar Lori
- Durian Runtuh : Sepatutnya RM38,000 bukan RM15,000 - Husam
- Anak dakwa durian runtuh helah politik
- Pas akan saman Rahim Noor
- Duit rasuah bantu penduduk.....apa kata majlis Fatwa Kerajaan BN..!!!! haram ke halal...!!
- Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa
- Dari mana Felda ambil wang bayar durian runtuh????
- Did the police lose control that day?
- Antara Dataran Tahrir dan Dataran Merdeka
- Pas kecam Rahim Noor dakwa Nik Aziz 'bapa kafir'
- ‘Saya tak redha pembangkang terima durian runtuh’...jadi bagi sehaja pada penyokong BN lebih senang..!!!
- Malaysia haramkan demonstrasi tapi Yusof Qaradawi hukumkan wajib
- Pemuda PAS kecam hantar peluru, nota ugutan
- Fitnah menggila, Pemuda PAS arah puasa 3 hari
- Najib to promote himself at the London Dome - AT TAXPAYERS' EXPENSE
Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di i-City Shah Alam Posted: 08 May 2012 08:38 PM PDT | ||
Posted: 08 May 2012 08:37 PM PDT | ||
Posted: 08 May 2012 08:37 PM PDT | ||
Posted: 08 May 2012 08:36 PM PDT | ||
Anwar Ibrahim: Desperate Dictatorship Always Apportion The Blame On Innocent Rakyat As Criminals Posted: 08 May 2012 08:35 PM PDT | ||
BROOM : Pengkhianat FELDA Jangan Terima Durian Runtuh - Najib Razak Posted: 08 May 2012 08:35 PM PDT | ||
Posted: 08 May 2012 08:33 PM PDT | ||
BERSIH 3.0: Pemerintah vs Rakyat Posted: 08 May 2012 08:30 PM PDT | ||
PRU 13: Najib perlu sedia untuk ‘dihumban’ rakyat Posted: 08 May 2012 08:27 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak harus bersedia jika pengundi memilih mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau mempersoalkan, adakah Najib sedia menerima keputusan itu atau beliau tetap dengan pendirian mempertahankan kuasa 'walau berkecai tulang dan badan, walau berkecai jasad dan nyawa' seperti yang pernah diungkapkannya pada Perhimpunan Agung Umno dua tahun lalu. "Adakah Najib akan menunaikan janji mewujudkan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia, mengaku kalah secara berhemah seperti Sarkozy sekiranya pengundi memutuskan demikian dalam pilihan raya umum akan datang?" soalnya dalam satu kenyataan. Read More / Baca Lagi >> | ||
BROOM : Bunyi guruhnya kuat, hujannya renyai-renyai Posted: 08 May 2012 08:27 PM PDT Saya telah mendengar secara rasminya pengumuman PM Najib tentang 'durian runtuh' seperti yang heboh diperkatakan sejak hampir setahun yang lalu. Saya yang bukan peneroka ini pun tertunggu-tunggu pengumuman 'durian runtuh' ini kerana ia telah mendapat liputan media yang meluas kerana ia berkait rapat dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada bulan Jun yang akan datang ini. Dengan skala publisiti yang meluas ini saya beranggapan yang 'durian runtuh' yang diperkatakan oleh pucuk pimpinan kita itu akan melebihi RM100,000 (satu ratus ribu) seorang untuk diseimbangkan dengan publisiti yang teramat meluas sejak berbulan-bulan dahulu. Cara PM Najib bercerita tentang 'durian runtuh' itu, seolah-olah jumlah yang akan diterima oleh peneroka itu tidak boleh kurang dari RM100,000 dan dibayar serentak kepada setiap orang peneroka yang telah meneroka hutan belantara untuk dijadikan perladangan yang terbesar di dunia. | ||
Teori Mengarut Hassan Ali, "Pelakon" Video Murtadnya Dilanggar Lori Posted: 08 May 2012 08:23 PM PDT Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu. Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut. | ||
Durian Runtuh : Sepatutnya RM38,000 bukan RM15,000 - Husam Posted: 08 May 2012 08:20 PM PDT KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), menyifatkan durian runtuh kepada peneroka sebanyak RM15,000 terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi. Read More / Baca Lagi >>Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan. "Felda memberikan dividen yang tertinggi di negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka. "Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun,"ujarnya lagi. | ||
Anak dakwa durian runtuh helah politik Posted: 08 May 2012 08:17 PM PDT Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini. Dakwanya, setelah 55 tahun Felda ditubuhkan, baru sekarang kerajaan menghargai jasa peneroka termasuk bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda. | ||
Posted: 08 May 2012 08:15 PM PDT SHAH ALAM – Pas akan menyaman bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung penyiaran berita yang menuduh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir'. Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan dibuat Rahim keterlaluan dan tidak berasas. "Beliau (Rahim) perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik tuduhan yang disifatkan fitnah semata-mata. Read More / Baca Lagi >> | ||
Duit rasuah bantu penduduk.....apa kata majlis Fatwa Kerajaan BN..!!!! haram ke halal...!! Posted: 08 May 2012 08:14 PM PDT KUANTAN - Seorang kontraktor dan peniaga yang mengaku bersalah atas tuduhan menerima suapan berhubung kontrak perkhidmatan pembersihan di Kampung Tok Kaya Kiri, Kemaman Terengganu, pada Mei 2009 memberitahu mahkamah bahawa wang RM5,000 yang diperoleh itu digunakan untuk membantu masyarakat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tertuduh, Ramli Abdullah, 45 dari Kampung Semayor dan rakannya, Alias Hamzah, 35 dari Kampung Baru, Kemasek, Kemaman, Terengganu melalui peguam mereka memberitahu, wang itu digunakan untuk mengisi tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dalam Dun Kemasik bagi tujuan membeli pakaian dan kasut sekolah untuk pelajar miskin. Mereka juga memberitahu, wang itu juga digunakan untuk membeli lembu dan disumbangkan sempena sambutan Maulidur Rasul. Read More / Baca Lagi >> | ||
Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa Posted: 08 May 2012 08:11 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS berpendapat Majlis Fatwa Kebangsaan memerlukan saluran media sendiri atau memaklumkan fatwanya melalui sidang media agar penjelasan terperinci diberikan dalam sebarang fatwa yang dikeluarkan. Read More / Baca Lagi >>Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan ini boleh mengurangkan salah lapor kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis yang mempunyai kedudukan tinggi di kaca mata umat Islam itu. Perkara ini perlu agar badan itu kekal berwibawa dan tidak dipertikaikan sebarang fatwanya. | ||
Dari mana Felda ambil wang bayar durian runtuh???? Posted: 08 May 2012 08:10 PM PDT
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan di Felda Jengka 8 seramai 112,635 peneroka Felda akan mendapat durian runtuh RM5,000 setiap orang. Isteri mereka – dibayar kemudian – akan juga mendapat RM5,000 se orang. Kemudian, anak-anak mereka akan mendapat RM5,000. Kalau keluarga peneroka mempunyai 5 orang anak, anak-anak mereka akan mendapat RM1,000 se orang. Jumlah kesemuanya RM15,000 bagi se tiap keluarga peneroka. Kalau setiap keluarga mempunyai ahli seramai 7 orang (ayah, ibu dan lima orang anak), maka secara puratanya, mereka akan mendapat RM2,143 seorang. Satu jumlah yang biasa sahaja, tidak memeranjatkan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Did the police lose control that day? Posted: 08 May 2012 08:09 PM PDT Azrul Mohd Khalib MAY 9 — In my column last week on Bersih 3.0, I was quite hesitant to share in detail my account of what I had seen and experienced on the streets of Kuala Lumpur later that day. My belief that with the many videos, photographs and victims of police misconduct (read: brutality), the truth would surely get out. There would be no denying the fact that the police on that day had lost control of their men. But I am now quite disquieted by the fact that there seems to be a group of people out there who are saying that the actions of the police (tear gas, water cannon, detention, forceful and abusive treatment of those being arrested) were justified as the rally participants had breached the perimeter of the security barricade, resisted arrest and engaged in hand to hand combat. Basically, that they had it coming because the rally participants provoked the police. Let's first put things into perspective. Read More / Baca Lagi >> | ||
Antara Dataran Tahrir dan Dataran Merdeka Posted: 08 May 2012 08:07 PM PDT Teras Pengupyaan Melayu (TERAS) berpendiran bahawa tanggapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah untuk menggulingkan kerajaan adalah suatu manipulasi fakta yang sangat menghina kematangan rakyat. Adakah terdapat perbezaan antara niat perhimpunan rakyat di Dataran Tahrir dan Dataran Merdeka.? Secara inti jelas tidak banyak beda. Iaitu intisarinya adalah untuk menuntut perubahan dari kezaliman regim yang menindas kebebasan rakyat kepada pemerintahan yang adil , dari pemerintah yang terus mahu memegang kuasa dengan cara penipuan dan menekan rakyat secara mengguna kuasa polis dan tentera kepada sistem yang demokratik , dari kepincangan salahgunakuasa untuk memperkayakan pemimpin dan kerabatnya kepada keadilan sosial untuk rakyat. Dari menyalahguna undang-undang untuk kelompok elit politik yang gila kuasa kepada mengembalikan kuasa rakyat untuk memileh pemimpin yang lebih beramanah. Atas dasar itulah ulama di Mesir termasuk ulama berwibawa Dr Yusuf Qaradhawi menyertai perhimpunan . Read More / Baca Lagi >> | ||
Pas kecam Rahim Noor dakwa Nik Aziz 'bapa kafir' Posted: 08 May 2012 08:05 PM PDT KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggambarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir' mempunyai unsur dendam. Malahan kata Husam, Rahim tidak layak mengeluarkan pendapat tentang Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal agama. "Kita dalam Pakatan Rakyat lebih berpegang kepada konsep kesopanan dan akhlak. Cara kita bertindak balas adalah dengan cara yang boleh diterima masyarakat," kata beliau pada sidang media di JKR 10 di sini, semalam. Rahim dalam sebuah akhbar semalam menuduh Nik Abdul Aziz sebagai 'bapa kafir' apabila dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa wajib untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 08 May 2012 08:04 PM PDT Durian runtuh ini hanya untuk peneroka yang jujur dan setia pada perjuangan, kata Perdana Menteri. (sepatutnya istihar dengan jelas, durian runtuh hanya untuk ahli umno dan penyokong BN sehaja) Katanya, pembangkang cuba menanam persepsi segala tindakan kerajaan tidak betul dan memperlekehkannya walaupun ia mendatangkan keuntungan kepada rakyat. "Pembangkang ketandusan modal. Kalau mereka tak boleh menangkan hati rakyat mereka cuba kelirukan fikiran. "Sebab itu ada cuba nak bawa kes ini ke mahkamah. Tapi kita cekal teruskan juga Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) disenaraikan kerana kita tahu ini untuk kebaikan," katanya dihadapan kira-kira 50,000 warga Felda di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Malaysia haramkan demonstrasi tapi Yusof Qaradawi hukumkan wajib Posted: 08 May 2012 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR 9 Mei: Badan bukan kerajaan (NGO) mempertikai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi sedangkan Sheikh Yusuf al-Qaradawi mewajibkannya apabila berdepan regim zalim. Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata ulama bersatu bersama Yusuf Qaradawi yang sepakat menyatakan rakyat wajib turun berdemontrasi. "Malah, disemboyankan wajib bersama walaupun risiko berlaku pertumpahan darah. Pokoknya mereka mempunyai hadaf yang murni iaitu merubah regim yang zalim. "Atas dasar itulah ulama Mesir termasuk Yusuf Qaradawi menyertai perhimpunan bersama jutaan rakyat, bercambur baur antara pelbagai golongan iaitu Islamis, sekular, ateis, liberal dan bukan Islam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemuda PAS kecam hantar peluru, nota ugutan Posted: 08 May 2012 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk dan mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menghantar peluru dan nota ugutan bunuh sebagai ancaman kepada Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman di rumah beliau semalam. Read More / Baca Lagi >>Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan tindakan terdesak itu adalah sebagai satu penghinaan yang membelakangkan undang-undang negara. Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, sebagai sebuah negara yang sedang menuju kemajuan di dalam pelbagai sektor namun masih ada lagi orang-orang yang berfikiran sempit dan jumud yang merasakan diri mereka lebih berkuasa dan tinggi daripada undang-undang negara. "Inilah nilai pemikiran masyarakat yang telah diwujudkan oleh Umno dan Barisan Nasional selama ini, masyarakat yang sentiasa mencari peluang untuk menindas, mengancam bahkan sehingga ke tahap membunuh orang lain sekiranya perlu untuk memuaskan hati mereka," katanya kepada Harakahdaily. | ||
Fitnah menggila, Pemuda PAS arah puasa 3 hari Posted: 08 May 2012 07:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh anggotanya dan umat Islam prihatin untuk berpuasa sunat tiga hari berturut-turut bagi menangkis fitnah yang semakin menggila sejak kebelakangan ini. Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, puasa sunat itu dicadang dibuat serentak di seluruh negara bermula Khamis, Jumaat dan Sabtu ini. "Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Najib to promote himself at the London Dome - AT TAXPAYERS' EXPENSE Posted: 08 May 2012 07:45 PM PDT The Malaysian Prime Minister, Najib Razak, has hired London's top venue to stage a self-promoting event, all at the cost of taxpayers, next week! The O2 Arena, known locally as the Dome, is one of the UK capital's most eye-catching modern landmarks and it will feature as a key location for the up-coming Olympics. It is also frequently used to host major pop concerts, such as the fateful Michael Jackson final tour. However, on Monday Najib Razak has commandeered it for an event starring himself. 'An Evening With The Prime Minister'! According to the London High Commission website all Malaysian's living in the UK are invited to attend what is billed as a free event, with food and and drink provided and cultural entertainment on offer throughout. Sarawakians, for whom the fund for hard core rural poverty could only afford RM3.47million this year were left aghast. "Why is Najib spending this sort of money on a foreign PR event"? asked one bemused London student. "Does he think it plays back home, because hardly any Malaysians living in London are allowed to vote? The only people who can vote are government workers and they are forced to vote BN anyway! |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan