Jumaat, 4 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Gara-gara BERSIH 3..0 - hahahahha hampa mai baca sendiri lah .....

Posted: 04 May 2012 05:50 AM PDT


Nanya budak ni. Yang pasti dia ada sama Sabtu lepas. ... hahahaha

BERSIH 3.0 Malapetaka buat Najib

Posted: 04 May 2012 02:43 AM PDT

Sepertimana yang telah saya katakan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lepas, memang terdapat banyak 'mangsa' terutamanya dari pihak Polis, petugas media arus perdana dan Suruhanjaya Pilihan Raya; tetapi tanpa sebarang keraguan, orang yang menanggung kekalahan paling teruk ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keadaan ini lebih kelihatan pada pasca "duduk bantah" BERSIH 3.0 Sabtu lepas (28 April), kerana BERSIH 3.0 merupakan satu malapetaka perhubungan awam untuk Najib berbanding BERSIH 2.0 – yang mana magnitud kerosakan dan impaknya bertambah buruk apabila kisah ngeri kezaliman polis dibongkarkan oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang turun ke Kuala Lumpur dalam keadaan aman tetapi tidak pula dibenarkan pulang dan bersurai dalam keadaan aman.

Tiada seorang pun rakyat Malaysia yang waras dan boleh berfikir, mungkin mudah terbeli dengan dakwaan Najib semalam bahawa penganjur BERSIH 3.0 bertanggungjawab atas keganasan Sabtu lalu, khasnya amukan keganasan dan kekejaman polis terhadap peserta perhimpunan aman dan petugas media.

Kuasa berlebihan, tidak bertempat dan tanpa berkecuali yang digunakan oleh polis, sama ada menembak gas pemedih mata, tembakan meriam air mahupun keganasan dan kekejaman lainnya, tidak boleh dihalalkan atas alasan demonstran merempuh penghadang Dataran Merdeka Sabtu lepas.

Satu kritikan terhadap salahtadbir kerajaan dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 untuk pilihan raya bebas dan adil pada Julai tahun lepas, menggesa agar pentadbiran Najib membuang mentaliti "Perang Dingin" dan memodenkan konsepnya dalam menangani isu keselamatan dalam negara dan isu-isu nasional yang lain.

Namun begitu, mentaliti "Perang Dingin" ini dilihat dominan dalam cara pengurusan salah acara "duduk bantah" BERSIH 3.0 selepas jam 3 petang Sabtu lepas.

Pentadbiran Najib harus diingatkan semula bahawa "musuhnya" bukan lagi komunis yang mengangkat senjata dan berperang di dalam hutan belantara tetapi sebuah gerakan masyarakat yang terdiri daripada golongan pertengahan yang sudah celik politik yang turut berhubung dengan masyarakat dunia dan bergerak atas isu-isu yang sah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti pilihan raya yang bebas dan adil; hak asasi untuk berhimpun dan berpersatuan; pentadbiran berintegriti, baik, bersih dan tanpa rasuah!

Tentang salahurus kerajaan semasa perhimpunan BERSIH 2.0, Najib mempunyai peluang untuk berhenti sejenak, berundur dan menyelamatkan situasi sebelum kerosakan yang lebih parah berlaku – yang membawa kepada ucapan Hari Malaysia pada 16 September tentang Transformasi Politik bersama janji-janji reformasi kebebasan demokrasi dan hak asasi.

Adakah Najib mampu merentasi kabut propaganda ciptaannya dan para penasihat beliau untuk menyedari bahawa BERSIH 3.0 merupakan satu bencana yang lebih besar untuk beliau, berbanding BERSIH 2.0, yang turut membawa kepada "hari terburuk dalam sejarah media di Malaysia" di mana wartawan dan jurugambar sekaliannya telah memprotes pada Hari Kebebasan Media Sedunia semalam dengan memakai pakaian berwarna hitam bersama riben kuning.  Dan profesionalisme polis mendapat lebam mata paling teruk dalam sejarah dengan amukan keganasan dan kekejaman anggotanya terhadap peserta perhimpunan aman dan petugas media?

Adakah Najib menyedari bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein, pernah menyatakan sebelum ini bahawa BERSIH 3.0 bukanlah "ancaman keselamatan" kerana ia "tiada daya tarikan" dan juga amat pantas memuji "ketahanan diri dan profesionalisme polis" meski terpampang kes amukan keganasan dan kekejaman polis paling teruk; beliau tidak boleh meyakinkan orang awam bahawa sebuah penyiasatan awam tanpa sebarang halangan akan menyiasat keganasan BERSIH 3.0 tanpa mengira mangsa – sama ada polis, wartawan mahupun peserta perhimpunan aman?

Bolehkah Najib berhenti sejenak, melihat ke belakang, dan menyelamatkan keadaan sebelum lebih banyak binasa dilakukan terhadap pentadbirannya dan juga persepsi antarabangsa terhadap negara akibat salahurus yang lebih besar sewaktu "duduk bantah" BERSIH 3.0 berbanding BERSIH 2.0 Julai lalu? - Malaysiakini



Penulis adalah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timor. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERSIH 3.0, MACAM SAMSENG, BODOH DAN TAKUT KATA PROF AZIZ BARI

Posted: 04 May 2012 11:52 AM PDT

Coretan dari Prof Aziz Bari
Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.-MK

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Mahathir akui anaknya, Marina berpakat dengan Anwar dan Nik Aziz rancang gulingkan Najib. LOL!!

Posted: 04 May 2012 04:41 PM PDT


BERSIH 3

1. Sunday's Bersih 3 demonstration is no doubt the biggest and the most violent in the series. It is likely that future Bersih will be even bigger and more violent.
2. The stated objective is to demand that elections be cleaner and fairer. But is this the real objective? I think not. Malaysian elections have been more clean than those in the authoritarian countries where results have always been obviously fixed. There would always be 99.9% of the votes going to the Government party or the President. If at all the opposition were to win, it would get at best 10% of the seats contested. After that the opposition would be prevented from taking their places in the legislature.
3. But in Malaysia there has never been an election, whether at State or Federal levels when the opposition had not won a substantial number of seats. In fact whole states may be lost to the opposition. And no matter how the Government party tried, it just could not wrest Kelantan from the opposition.

UAI- KePaDa P0liS SiLa DeNgaR...!!!

Posted: 04 May 2012 04:26 PM PDT

Solat Tak Pakai Seluar Dalam.. 'Anggota Berayun' - UAI

Posted: 04 May 2012 04:23 PM PDT

Hisham Rais: Belum habis gas pemedih ditembak, saya ditanya bila BERSIH 4.0?

Posted: 04 May 2012 06:45 AM PDT


Sungguhpun adegan polis membelasah peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang menyarat dalam laman internet amat menyayat hati ketika disaksikan, namun semangat di sebalik perjuangan ini cukup memberangsangkan.  Dalam satu forum semalam, Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengisahkan pengalamannya di situ, melihat bagaimana anak muda bangkit menentang penguasa.

Pada kira-kira jam 6.30 petang, Hishamuddin Rais bersama kawannya duduk di situ sambil memperhatikan bagaimana anak muda berkejaran dengan polis.  Apabila polis berundur, anak muda ini kejar dari belakang; dan apabila gas pemedih mata dilepaskan, anak muda itu pula melarikan diri.  Kerja-kerja yang suka dilakukan dirinya dahulu, akui Hishamuddin Rais.  Kemudian beliau menerima panggilan daripada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, yang memesan agar Hishamuddin Rais "menyuruh budak-budak ini balik".

"Masalah yang paling besar sekali untuk saya ialah memadamkan perjuangan anak-anak muda.  Saya tak berani.  Apabila tiba-tiba saya lalu situ ada satu budak datang.  Dia pandang muka saya.  Eh, abang Hisham ke?  Ya, betul.  Tu masih tembak-tembak (gas pemedih mata di sana).  Budak tu tanya, bang, BERSIH 4 bila?"

Semua hadirin bertepuk dan bersorak mendengar ceritanya.  Hishamuddin Rais menghabiskan ayatnya, "Saya ingat saya nak tampar dia.  Belumpun habis pertempuran, dia tanya pula bila BERSIH 4.0?"

Selepas Hishamuddin Rais berkongsi kisahnya, seorang ibu mengambil kesempatan dalam sesi soal-jawab untuk berkata, bahawa dirinya telah bersedia dari segi fizikal mahupun mental, bahkanspiritual, untuk menghadiri BERSIH 4.0.

Demikianlah keadaannya dalam forum "Pasca BERSIH 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'", anjuran Akademi Pak Sako dan laman JalanTelawi.com, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.  Selain Hishamuddin Rais, panelis yang diundang termasuklah Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Latheefa Koya (pemimpin PKR), Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI) dan Haijan Omar, peguam yang dibelasah sewaktu himpunan BERSIH 3.0.  Forum tersebut menarik kira-kira 200 orang, sehingga dewan tersebut penuh dan sesak.

Perbincangan dilanjutkan apabila seorang hadirin bertanya, apa seterusnya apabila kita berdepan dengan tiga kemungkinan senario, dengan pertamanya, Barisan Nasional menang; kedua, Pakatan Rakyat menang dan ketiga, "hung parliament" (parlimen tergantung, situasi di mana tiada parti mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak).

Pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari  memperingatkan agar media memainkan peranannya untuk menghalang campur tangan istana, seandainya situasi "parlimen tergantung berlaku".  Beliau menjangkakan pihak tertentu akan memohon agar istana mencampur tangan, namun Aziz Bari tidak yakin istana mampu memainkan peranannya dengan baik, melihat kepada pengalaman krisis negeri Perak pada tahun 2009.

Berbeza dengan Abdul Aziz Bari, yang mengelak untuk membincangkan senario "seandainya Barisan Nasional menang", Hishamuddin Rais terus menganjurkan perhimpunan jalan raya seandainya Najib Razak bersama kerajaannya menang dengan pilihan raya yang kotor.

"Ini bukan ancaman daripada saya, ini adalah janji," tegas Hishamuddin Rais.  Beliau berkata, setelah melalui BERSIH 1, 2.0 dan 3.0, maka rakyat sudah menjadi graduan.  Maka tidak perlu lagi rakyat menunggu kenyataan media Ambiga untuk BERSIH 4.0, dan boleh terus menganjurkan perhimpunan sendiri di jalan raya dengan melaungkan "Tipu! Tipu!", katanya.

Tuntutannya agar keputusan PRU dibatalkan, ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  baru yang bukan dari kalangan ahli UMNO, dan kemudian mengadakan pilihan raya yang baru - seandainya Najib enggan tunduk untuk membersihkan sistem pilihan raya sebagaimana yang dituntut dalam BERSIH 3.0.  Untuk Hishamuddin Rais, kemenangan melalui penipuan perlu ditolak oleh rakyat.


Nak tanya Najib...Kudeta Perak Hari Tu Macam Mana??

Posted: 03 May 2012 11:22 PM PDT

Bersih 3.0 an attempt to overthrow elected government, says PM

UPDATED @ 12:51:47 PM 04-05-2012

May 04, 2012
 
KUALA LUMPUR, May 4 — Datuk Seri Najib Razak said today the Bersih 3.0 rally last Saturday was an attempt to topple the government, as he hardened his administration's position on the electoral reform movement.

The prime minister told a rally in Kelantan broadcast live on television that the April 28 demonstrators had wanted more than to rally in Dataran Merdeka for a few hours.

Najib said the Bersih rally was an attempt to take over Putrajaya. — File pic
"They wanted to occupy the square for days. That was why Bersih 3.0 organisers had rejected the government's offer for the event to be held at other venues including Stadium Merdeka.
"Their intention was purely political. It was an attempt to take over Putrajaya.

"They had wanted to overthrow the government that was elected by the people," he was reported as saying by The Star Online at the 1 Malaysia community carnival launch in Gua Musang.

Yesterday, Najib appeared to blame Bersih 3.0 organisers for last Saturday's violence, saying if the group had accepted the government's Stadium Merdeka offer, "these things would not have happened at all".

He said the gathering for free and fair elections would have been peaceful if it had been held at the stadium as the authorities would have facilitated the event.

He cited protests in modern societies like the United States and United Kingdom as examples, saying it was difficult to avoid altercations among protesters.

This, he explained, was also the main reason why his administration had enacted the Peaceful Assembly Act 2011, which was mooted last year to better regulate public gatherings after the fracas of Bersih's last rally in July last year.

The Peaceful Assembly Act 2011, which came into force just days before the Bersih 3.0 rally, prohibits street protests but allows public gatherings in designated areas of assembly, which the government has yet to determine.

Chaos reigned on the streets of Kuala Lumpur for over four hours after 3pm last Saturday when police fired tear gas and water cannons and chased protesters down the streets of the capital to disperse what had initially started out as a peaceful protest calling for free and fair elections.

The violence has resulted in finger-pointing by all parties involved, even as police investigations are being carried out.

dollah yankee

dollah yankee


Betul ke selamat??!

Posted: 04 May 2012 05:54 AM PDT

dollah yankee -
Malaysia negara paling selamat didunia?? Kah..Kah..Kah.. gurkah-gurkah politik di'port' gelak sampai terkencing. Selamat kah?? Bila dok berjalan nak ke-sekolah pun kena 'kidnap' !. Memang selamat.., itu pun selepas tidak percaya kepada pihak polis. Memang selamat.., selepas tidak diberitahu kepada polis kejadian ini. Memang selamat.., itu pun selepas duit tebusan telah dibayar. Memang selamat pun.., sampaikan tak berani nak umumkan harga tebusan yang telah dibayar...


KULAIJAYA 6 Mac - Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negarapaling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu.
Beliau berkata, ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26.


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Artis, survival, parti dan politikus

Posted: 04 May 2012 08:30 PM PDT

Oleh : Mazir Ibrahim
Akhir-akhir ini kedengaran semakin nyata suara kegelisahan seniman atau artis tempatan, popular atau tidak, dalam menempuh badai gelora kerjaya dalam industri seni kita.
Namun, kegelisahan ini rata-ratanya bersifat sementara. Apabila rungutannya itu kelak didengar atau disambut oleh daulah (kerajaan menerusi pelbagai agensi seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan), maka senyaplah segala rungutan-rungutan ini.
Jika esok lusa berlaku lagi, maka merungutlah lagi. Begitulah roda mereka berpusing atas keinginannya.
Isu yang sering menjadi agenda perbincangan berkisar tentang survival artis dalam industri mereka sendiri. Hakikatnya, industri seni kita, baik filem, muzik, penerbitan drama, penerbitan karya sastera dan sebagainya memang tidak dapat tidak, banyak bergantung kepada dasar kerajaan menerusi kementerian-kementerian yang berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

SAJAK BERSIH 3.0

Posted: 04 May 2012 08:26 PM PDT

Tika rakyat dibungkam arah

semburan tajam air beracun

mengentalkan daya juang

menghambat kegerunan

di dada menguasa.



Soldadu juang rebah berdarah

kekejaman menguningkan jiwanya

para menggenggam api bersih

akan meredah jalanan

lebih gagah dan berwaspada.



Penguasa kekal bangga

dengan belantan syaitannya.



Apilah membakar

segala ruang rasa

baranya tak pernah padam.



Nukilan: Suhaimi Taib
Kuala Terengganu
3 Mei 2012.

Cukuplah 54 tahun menunggang kuasa

Posted: 04 May 2012 08:22 PM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT
AMBIL contoh seorang Menteri di Malaysia, cakapnya berdolakdalik. Dulu, kata Himpunan Bersih 2.0 haram, kini kata Himpunan Bersih 3.0 tidak mengganggu ketenteraman.
Sehingga Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa- Kuasa Khas) meminta afidavit lanjutan berhubung kenyataan menteri berkenaan.

Ini satu contoh dari ratusan contoh lagi, bahawa rakyat perlu secara total menolak BN dalam PRU13 – bukan sahaja kerana tawaran yang mahu diberikan Pakatan Rakyat, tetapi memperbaiki kerosakan yang sudah terlalu teruk dalam sistem pemerintahan negara ini.Read More / Baca Lagi >>

Bersih perlukan tindakan susulan di seluruh negara

Posted: 04 May 2012 08:21 PM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
BN terus menerus buat pekak badak terhadap lapan tuntutan Bersih 3.0 sekalipun ratusan ribu rakyat Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan pilihan raya di Malaysia.
Seperti biasa, isu yang difokuskan oleh jentera propaganda kerajaan BN bukan kepada lapan tuntutan yang dibuat sebaliknya kepada persoalan remeh di sebalik tercetusnya demonstrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0 dan BN yang diterajui Gerakan

Posted: 04 May 2012 08:21 PM PDT

Menjelang perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai usaha dilakukan pihak-pihak tertentu khususnya BN untuk menggagalkan program rakyat itu.
Antara yang paling menonjol adalah percubaan memainkan sentimen kaum dan agama serta mengaitkan pengerusi Bersih 3.0 dengan LGBT bertujuan mengalihkan fokus dan tumpuan umum terhadap keperluan program duduk bantah itu diadakan.
Read More / Baca Lagi >>

BN bimbang jika lapan tuntutan Bersih ditunai

Posted: 04 May 2012 08:20 PM PDT

KEGAGALAN kerajaan Umno- BN menunaikan lapan tuntutan Bersih pasti akan membawa padah kepada parti itu sendiri, sehingga menyebabkan rakyat negara ini semakin sedar dengan pelbagai penipuan yang dilakukannya selama ini.



Pihak BN sendiri sedar perkara itu, dengan didasarkan kepada sokongan rakyat yang semakin merosot terhadapnya yang akan menyebabkan Umno- BN akan mengalami kekalahan teruk pada PRU13 akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s Malaysia held back by dirty politics, poor reforms, says Aussie paper

Posted: 04 May 2012 08:15 PM PDT

The Sydney Morning Herald makes a scathing attack on the Najib administration in today's edition. file pic
KUALA LUMPUR, May 5 — Dirty politics, an unfair electoral process and poor reforms attempts are capping Malaysia's ability to reach its full potential, the Sydney Morning Herald has said.
The influential Australian paper said that although Malaysia possessed great wealth and had experienced decades of high growth, it still was unable to rid itself of a "poisonous" political climate which includes "massive fraud, waste and economic distortion."
"Australians often trip too naively into Malaysia's murky political world. Succumbing to the happy multicultural story of 'Malaysia-truly Asia' a lot of us don't see the deep racial fears and antipathies swirling in the country's history and heating its political even today," SMH Asia-Pacific editor Hamish McDonald said in a scathing opinion piece.
Read More / Baca Lagi >>

BN perlu buat persiapan awal untuk kalah PRU13

Posted: 04 May 2012 08:14 PM PDT

IPOH: Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim berkata, rakyat khususnya golongan belia tidak lagi boleh semudahnya diperalatkan oleh Umno BN.

Katanya, PRU13 adalah peluang terbaik rakyat untuk menumbangkan BN sekaligus memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara.

Menurutnya, terdapat 222 kerusi parlimen yang bakal dipertandingkan menjelang pilihanraya tidak lama lagi, berdasarkan rekod sejak tahun 1999, 2004 dan yang terakhir tahun 2008, jumlah pengundi untuk BN telah merosot dimana kira-kira 49 peratus undi.

Read More / Baca Lagi >>

Panel bebas: Baik lantik AJK cawangan Umno

Posted: 04 May 2012 08:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad berpendapat, lebih baik panel bebas Bersih 3.0 yang dicadang kerajaan dipilih daripada ahli Umno sahaja supaya ianya menyebelahi pihak BN dan polis.

Menurutnya, tiada guna jika panel bebas membuat keputusan tidak menyebelahi BN dan polis kerana ia hanya akan dibakul sampah sahaja oleh kerajaan.

Katanya, berapa banyak pandangan ketiga mengenai keganasan polis dalam setiap perhimpunan tidak diambil peduli.

Ianya termasuk pendengaran awam yang dibuat oleh Suhakam ketika Bersih 2.0 yang juga tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan.

Selain itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam juga ujarnya telah menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya digunakan terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media.
Read More / Baca Lagi >>

KDN: Panel khas teliti keseluruhan perhimpunan Bersih 3.0

Posted: 04 May 2012 08:11 PM PDT


KOTA BHARU - Panel khas yang akan ditubuhkan bagi menyiasat semua insiden berkaitan perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan dandisokong pembangkang di ibu negara Sabtu lepas adalah untuk keadilan kepadasemua pihak tanpa sebarang prejudis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan wujudnya panel itu yang akan diumumkan minggu depan, ia akan membolehkan semua pihak mengutarakan pendapat dengan bukti masing-masing.

"Kita mahukan kebenaran, keadilan dan pembelaan dalam perkara ini. Pembelaan dan kebenaran ini bukan sahaja kepada polis tetapi kepada pihak media dan orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Aussie Senator to sue: Global backlash from Najib's disastrous Bersih handling

Posted: 04 May 2012 08:10 PM PDT


Aussie Senator to sue: Global backlash from Najib's disastrous Bersih handlingThe Australian Senator Nick Xenophon has confirmed to Sarawak Report that he fully intends to sue the New Straits Times, despite the newspaper's grovelling apologies yesterday.
It means that Malaysia's abuse and manipulation of the media has become an issue across three continents since the weekend, with the BBC and Al Jazeera also opening enquiries into censorship.
The New Straits Times, which is controlled by Malaysia's ruling party, UMNO, was one of a number of news outlets that had participated in a criminal defamation of Xenophon, as part of a crude attempt to create ill-feeling against him after he attended the Bersih 3.0 rally.
Read More / Baca Lagi >>

Debat PTPTN disiar secara langsung

Posted: 04 May 2012 08:09 PM PDT


Debat PTPTN ditunda.
SHAH ALAM - Sebuah stesen televisyen bersedia membawakan siaran langsung Debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya mengadakan beberapa perbincangan awal dengan stesen televisyen yang sedang meningkat naik itu dan bersetuju membawakannya secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Malam Gala Keadilan 2012 Meriah, Berjaya

Posted: 04 May 2012 08:05 PM PDT

Anwar sedang menyampaikan ucapan.
Malam Gala Parti Keadilan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandar Utama Petaling Jaya malam tadi sungguh meriah dan sekaligus mencerminkan parti berkenaan semakin mendapat sokongan dan dokongan padu orang ramai. Sebanyak 152 buah meja disediakan yang dianggarkan lebih 1,500 yang hadir.

Sesuatu merujakan majlis semalam mendapat sokongan menggalakkan dari masyarakat kaum Cina. Hampir separuh dari meja yang disediakan dipenuhi oleh orang-orang Cina.
Read More / Baca Lagi >>

'Ini baju kuning tangkap, ini semua anjing Anwar ' - Dr. Aziz Bari

Posted: 04 May 2012 08:02 PM PDT

SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 3.50 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ.

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".
Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL. "Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."
Read More / Baca Lagi >>

Najib Meruntuhkan Kepercayaan Rakyat Terhadapnya

Posted: 04 May 2012 08:01 PM PDT

Najib merapu kononnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah BERSIH 3.0' pada 28 April lalu bertujuan untuk menumbangkan kerajaannya yang dipilih rakyat!

Sedarlah diri Oi! Yang Duduk & Bantah itu adalah rakyat! Apasal takut sangat dengan rakyat?

Kalau benar kerajaan hari ini masih merupakan pilihan rakyat, sila adakan Pilihanraya Umum sebagaimana tuntutan rakyat iaitu, Bersih, Telus dan Adil.

Tindakan ganas rejim Umno/BN terhadap para peserta BERSIH 3.0 adalah keterlaluan.Rakyat tidak akan memaafkan kamu.

Tindakan kamu yang kejam itu sebenarnya diperhatikan rakyat ramai dan kepercayaan mereka terhadap kamu runtuh berkecai... Mereka menunggu PRU-13 untuk menyingkirkan kamu!

Dr M blames Anwar, Nik Aziz for Bersih but omits to ask why do the rakyat follow!

Posted: 04 May 2012 08:00 PM PDT


Dr M blames Anwar, Nik Aziz for Bersih but omits to ask why do the rakyat follow!Sunday's Bersih 3 demonstration is no doubt the biggest and the most violent in the series. It is likely that future Bersih will be even bigger and more violent.
The stated objective is to demand that elections be cleaner and fairer. But is this the real objective? I think not. Malaysian elections have been more clean than those in the authoritarian countries where results have always been obviously fixed. There would always be 99.9% of the votes going to the Government party or the President. If at all the opposition were to win, it would get at best 10% of the seats contested. After that the opposition would be prevented from taking their places in the legislature.
But in Malaysia there has never been an election, whether at State or Federal levels when the opposition had not won a substantial number of seats. In fact whole states may be lost to the opposition. And no matter how the Government party tried, it just could not wrest Kelantan from the opposition.
Read More / Baca Lagi >>

Mainan minda: Jika Mahathir silap, tidak akan ada lagi tragedi 13 Mei

Posted: 04 May 2012 07:59 PM PDT

Mainan minda: Jika Mahathir silap, tidak akan ada lagi tragedi 13 MeiNegara ini di perintah dengan sistem 2 parti yang berjalan lancar untuk negara. Berbeza dai parti2 politik tahun2 yang lampau, kedua parti gabungan tersebut-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)- diwakili oleh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, dengan kedua nya di dominasi oleh etnik Melayu, yang membentuk golongan majoriti negara ini.
Kebijaksanaan rakyat telah membawa kepada kewarasan politik sebegini.Untuk pilihan kerajaan yang lebih baik, sistem ini patutu kekal di negara ini, Umno atau BN tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya parti yang mewakili semua rakyat.
Untuk selamatkan UMNO
Dengan setiap gabunag diwakili oleh semua kumpulan etnik, rakyat tidak akan dengan mudah tersasar ke arah satu lagi kekacauan ber darah antara kaum seperti rusuhan provokasi tahun 1969 . Pendapat Mahathir Mohamad mengenai isu 13 Mei, sebagaimana dilaporkan, masih dipengaruhi fahaman lama nya yang tidak wajar,yang mana sudah tidak relevan lagi dalam situasi konteks politik semasa. Peringatan mengenai 13 Mei sebelum pilihanraya umum ialah cara Mahathir mengejutkan rakyat supaya tidak mengundi pembangkang- satu skim politik untuk menyelamatkan UMNO dari terus tenggelam.
Read More / Baca Lagi >>

Umno tahu tentang rasuah tapi tahukah mereka tentang Islam

Posted: 04 May 2012 07:58 PM PDT

Umno tahu tentang rasuah tapi tahukah mereka tentang IslamSecara jujur, UMNO tidak bersungguh-sungguh mempertahankan atau memuliakan Islam sebagai landasan untuk membina satu bangsa Melayu yang kuat dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Orang Melayu hari ini melihat UMNO sinonim dengan sebuah parti politik yang korup. Sikap sambil lewa kerajaan pimpinan UMNO setakat ini pada semua bentuk sogokan dan rasuah di negara ini telah menghakis sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Pada hari ini orang Melayu lebih tahu dan mereka menyedari akan amalan rasuah yang tidak terkawal di dalam parti UMNO, pentadbiran dan sektor sosial dan ekonomi - telah berlaku terlalu lama dan momentum mula menjadi lebih teruk dari sejak awal tahun lapan puluhan.
Budaya burukitu kini telah menjadi satu cara politik dan tadbir urus jenama UMNO walaupun mengakui kepada orang Melayu bahawa mereka "mempertahankan" Islam. Merekabegitu taksub di kalangan sehingga berdakwah kepada orang Melayu diluar bandar bahawa bukan Islam adalah satu "ancaman" kepada orang Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Kerakyatan tercicir: Kenapa baru sekarang nak berebut buat baik?

Posted: 04 May 2012 07:56 PM PDT

Kerakyatan tercicir: Kenapa baru sekarang nak berebut buat baik?Pemerhatian yang teliti telah kami buat beberapa hari yang lalu berhubung dengan insiden seorang pemimpin PKR yang teruk dibelasah oleh sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC sewaktu berada di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pemimpin PKR tersebut adalah sebahagian daripada rombongan ahli-ahli PKR bersama dengan keluarga seorang pelajar berbangsa India yang sehingga kini tidak diberikan kad pengenalan (MyKad), dalam perjalanan mereka untuk ke JPM untuk menuntut berjumpa dengan perdana menteri mengenai masalah pelajar tersebut yang sebelum ini tidak dapat mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Adakah usaha yang dilakukan oleh rombongan PKR itu salah dan melanggari undang-undang sehinggalah sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC bertekad untuk menghalang rombongan PKR itu daripada sampai ke JPM?
Read More / Baca Lagi >>

Full-blown leadership crisis: This is how UNPOPULAR Najib is in reality

Posted: 04 May 2012 07:55 PM PDT

Full-blown leadership crisis: This is how UNPOPULAR Najib is in reality In the many thousands of messages that were being conveyed by the potpourri of citizens who assembled at Bersih 3.0, this one action captured by the writer (see pic on left), is the saddest message transmitted in that protest on 28 April 2012.
Never in the history and living memory can we recall an act so despicable as this where protestors took turns to step on the poster of Datuk Seri Najib Abdul Razak the prime minister of Malaysia.
The caption on the poster read "Najib do you really care?"
And each time a protesting public stepped on the poster, there were thunderous claps from those milling around.
Failed with a capital F
Truly, Najib has failed to earn the respect, support and admiration of all the citizens of this nation. As a leader of the government and as the leader who should represent the thoughts and feelings of the entire nation of people, he has failed to garner the respect that is deserving of a prime minister.
Yes in the world – outside Malaysia, we do witness citizens in riot mood defacing or even burning pictures and effigies of leaders. And the eventuality is that leader resigns or is removed in the best interest of nationhood.
And as far as the Malaysian mindset goes, we never stomp on a portrait of a leader especially if he or she is the prime minister of the country.
Read More / Baca Lagi >>

Ibu Bapa TAK IZIN Pergi Kuliah Ustaz Azhar - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 04 May 2012 07:52 PM PDT

NIKAH Khita' Tapi Tinggal Di KAMPUS Yang Sama - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 04 May 2012 07:51 PM PDT

Adakah POLIGAMI Dan CERAI Sunnah Nabi ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 04 May 2012 07:50 PM PDT

MULUT Jemaah Sebelah BUSUK - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 04 May 2012 07:50 PM PDT

Utamakan SOLAT Sunat Tahiyat Masjid Atau RAWATIB ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 04 May 2012 07:49 PM PDT