Khamis, 3 Mei 2012

bumiperak

bumiperak


Kisah Prof Aziz Bari, Polis berakhlak rendah

Posted: 03 May 2012 12:37 AM PDT

Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia? Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL. 

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah." 

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'" Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor. 

Macam samseng 

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis. Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat. 

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor. Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh. 

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal." Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa. Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. 

Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja. Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai. Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu. Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu. 

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu. Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu. Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. 

Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu. Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor". 

Gambaran kebodohan dan ketakutan Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki. Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa. 

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH. Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM. 

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab. Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka. 

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya. 

Pesta pukul orang 

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang." Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. 

Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT. Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama. Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. 

Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara. Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang. 

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini. Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN. 

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERSIH - ATM TIDAK PERLU CEMARKAN IMEJ MEREKA

Posted: 03 May 2012 04:18 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS



ADA beberapa pihak berkata, mungkin di dalam menghadapi Himpunan BERSIH siri akan datang, pihak Polis akan memohon bantuan ATM pula.  Aku tidak percaya hal ini akan berlaku kerana bagi aku tiada sebab untuk mencemarkan imej ATM semata-mata untuk menjaga kerusi sang Penguasa yang takut jatuh.

Pada aku, Polis sudah cukup terlatih untuk berdepan dengan perhimpunan yang aman, melainkan jika mereka lebih suka melihat perhimpunan tidak menjadi aman.  Apa yang aku percaya, ATM sekarang masih `suci dan bersih' tidak tercemar lagi dengan cerita-cerita bahawa tentera melanyak orang awam yang berhimpun.  Warga tentera bukan bacul, mereka akan berdepan dengan musuh yang bersenjata bukan layak untuk tentera berdepan dengan rakyat yang hanya memakai baju kuning.  Jika ada pihak yang merasa amat gagah berdepan dengan rakyat tua dan muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang hanya `bersenjatakan' baju Kuning, biarlah pihak mereka sahaja lakukan.  Jangan cuba mempengaruhi tentera untuk dibenci oleh rakyat.

Seandainya teringin pula Panglima-Panglima tentera ini untuk merayakan keseronokan membelasah rakyat, aku percaya warga tentera di bawah tidak akan sanggup menjual maruah dan kedaulatan mereka selaku tentera.  Imej tentera mesti dipertahankan.  Organisasi lain yang sudah hancur lebur imej mereka, biarkan mereka dan tentera tidak harus menempah nama seburuk itu./wfauzdin.blogspot.com


PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


KEBANGKITAN RAKYAT....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Posted: 03 May 2012 09:29 AM PDT

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jutaan ke jalan raya, ini janji

Posted: 03 May 2012 10:59 PM PDT

oleh Hishamuddin Rais @ Malaysiakini

Seperti yang dijanjikan ibu segala demo berjaya dijalankan. Seperti yang telah dijanjikan 250,000 warga telah turun ke jalan raya. Seperti yang telah dijanjikan politik baru telah dimunculkan. Seperti yang telah dijanjikan anak semua bangsa telah melintasi garis takut. Seperti yang telah dijanjikan politik ke jalan raya sebelum ke pilihan raya telah menjadi pedoman semua.

Hari hari berikut - seminggu, dua minggu mungkin satu bulan - heboh "Duduk Bantah" akan berterusan. MediaUnited Malays National Organisation akan terus memperlekeh BERSIH. Media gerombolan ini akan menetaskan pelbagai kesah penglipur lara, labun dan sastera.

Laporan awal dari Utusan telah mensasterakan bagaimana para demonstran telah dibayar untuk turun ke jalan raya. Ada demonstran yang telah diupah. Ada yang telah dirasuah. Ini sebenarnya ini teknik media lama yang telah berkarat. Akhbar gerombolan Ketuanan Melayu ini tidak sedar bahawa media baru, lengok dan bunyinya telah berubah.


Tetapi untuk menyenangkan kerja saya, saya menerima hakikat bahawa labun-labun media Utusan Malaysia ini adalah tepat - sahih lagi mensahihkan.

Maka akan timbul pula kisah polis kena pukul, kisah polis kena lanyak, kisah polis kena pelangkung, kisah polis menyembah minta ampun kerana ditibai oleh penunjuk perasaan, kisah polis lari terkencing-kecing dikejar penunjuk perasaan.

Akan timbul juga kisah penunjuk perasaan amat ganas, penunjuk perasan amat liar, penunjuk perasaan buat huru hara, penunjuk perasan baling batu dan baling botol, kisah polis cedera masuk hospital.

Untuk menyenangkan kerja kita, saya sarankan marilah kita terima hakikat bahawa sastera labun dari media United Malay National Organisation ini adalah sahih lagi mensahihkan, benar lagi membenarkan, betul lagi membetulkan.

Maka akan timbul pula kisah bahawa S Ambiga pengerusi nersama BERSIH ini sebenarnya bukan rakyat Malaysia. Ambiga berasal usul dari Nigeria. Nama sebenarnya Miss Wa Dunga Wa Dungu. Ambiga ini bukan sahaja orang asing malah telah dibuktikan bahawa Ambiga ini telah menerima duit dari ajen Ah Seng untuk memburuk-burukkan Raja-Raja Melayu.

Tidak cukup dengan ini Ambiga ini juga telah dibuktikan sebagai pengamal seks percuma. Malah kempen Ambiga menawarkan free sex inilah yang menjadi daya tarikan utama untuk anak anak muda dari Kuala Berang turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

Lalu saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang tidak akan berminat dengan seks percuma? Kempen seks percuma BERSIH ini cukup memberahikan. Bakal penunjuk perasaan bukan sahaja dapat seks percuma malah saya telah diberi tahu aiskrim batang pun akan diberi percuma.

Justeru, untuk membereskan tugas dan kerja kita maka saya cadangkan kita terima sahajalah labun seks percuma ini sebagai sahih lagi mensahihkan

Maka akan timbul pula kisah bagaimana kamera wartawan dari Al Jazeraa, Al-Bibisi, Al-Si-Ant-Ant, Al-Jazail, Al-Jalakon, Al-Mush-rikin dan Al-Ma'aunah yang telah dirampas oleh penunjuk perasaan. Bukan sahaja kamera di rampas tetapi telah dipijak-pijak. Tidak cukup dengan dipijak-pijak kamera ini juga telah dijualkan kepada Muniandy pembeli besi buruk dari Brickfields.

Sekali lagi saya dengan penuh kesedaran, untuk melunaskan dan mempercepatkan tugas harian, saya telah menerima berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan.

BERSIH juga difahamkan bahawa ramai polis rahsia Najib yang dikenali dengan nama As Bee telah membeli baju-T BERSIH. Lebih dari 30 orang As Bee ini telah turut sama berdemo dengan memakai baju-T berwarna kuning dengan logo BERSIH. Bijak. Memang cukup bijak.

Saya juga tidak akan menolak berita As Bee ini sebenarnya menyamar sebagai penunjuk perasaan. As Bee bertugas untuk menjadi tukang kacau. As Bee jadi tukang provok. Maka kita terimalah kisah dan berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan.

Saya juga tidak akan mempersoalkan tentang polis membawa kereta untuk melanggar demonstran di pinggir jalan. Atau berita tentang polis bermotosikal ke hulu ke hilir memacu motosikal besar mereka dengan ligat dan laju. Kita tak perlu bertengkar tentang ini.

Saya juga dengan senang hati menerima kisah bagaimana Chegubard, YB Tian Chua, YB Eli Wong, YB Sivarasa, peguam Latifah Koya termasuk peguam minah cun yang bernama Fadiah telah sama menerobos masuk ke Dataran Merdeka. Merekabukan sahaja menerobos masuk ke Dataran Merdeka, malah mereka telah membaling kasut dan selipar kepada mata-mata yang bertugas.

Kemudian kita membaca pula bagaimana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah berbisik-bisik dan berkenyit mata memberi tanda isyarat untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka. Mereka berdua ini mengikut surah labun Utusan Malaysia adalah orang jahat yang memulakan huru hara. Ini pun saya terima sebagai sahih.

Ada pula berita yang melaporkan BERSIH telah dibajak oleh parti politik. Ada yang melaporkan bahawa BERSIH telah menjadi kuda tunggangan parti pembangkang. Ada berita yang melaporkan BERSIH ini ejen Pakatan Rakyat. Untuk saya semua ini adalah berita yang tepat.

Untuk memudahkan kerja, saya tidak akan mempertikaikan kesemua berita-berita ini. Saya juga tidak akan menolak berita-berita ini. Saya tidak akan membangkang laporan Utusan Malaysia. Malah semua kisah-kisah ini saya anggap sahih lagi mensahihkan.

Saya tak ada masalah untuk menerima, mensahihkan dan menghalalkan semua laporan berita ini. Saya tidak akan bertegang leher untuk menafikan berita ini. Saya juga tidak akan berhujah untuk membuktikan bahawa semua berita-berita ini di reka-reka untuk mengalihkan pandangan orang ramai. Direka-reka agar orang ramai benci kepada BERSIH. Saya akan terima semua berita ini dengan tangan dan zip terbuka.

Hanya, saya ingin bertanya kepada pasangan Rosmah, kenapa ada rancangan hendak menipu dalam pilihan raya yang akan datang ini?

Saya juga hendak bertanya, 250,000 penunjuk perasaan yang turun ke jalan raya pada hari Sabtu lalu mahu apa? Apa tuntutan mereka? Beribu-ribu anak muda yang berdemo itu apa yang mereka mahu? Beratus ribu anak muda dari kampung dan desa, dari semua pelosok negara berani ke jalan raya kerana apa? Anak-anak muda dari Kuala Berang, dari Kuala Kedah, dari Felda Chemomoi bertempur dengan FRU di Masjid Jamek kenapa? Apa yang mereka mahu?

Satelah semua kisah ibu segala demo ini mengenap, pertanyaan-pertanyan di atas wajib dijawab. Soalan: Kenapa ada rancangan tersusun untuk menipu dalam PRU13 ini akan timbul kembali? Soalan kenapa gerombolan United Malays National Organisation merancang dengan menggunakan akta parlimen untuk menipu di PRU13 telah diketahui ramai. Ini bukan berita bohong.

Dakwaan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kad pengenalan segera kepada pendatang asing ini juga telah di ketahui ramai. Pendatang asing ini didakwa diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Ini bukan lagi rahsia.

Rancangan gerombolan United Malays National Organisation untuk menipu di kawasan-kawasan Selangor juga telah di ketahui. Beratus ribu nama pengundi telah ditambah untuk mengalahkan calon Pakatan juga diketahui. Beribu-ribu nama pengundi Pakatan Rakyat telah dialih, telah di hilangkan atau di ubah, ini juga diketahui.

Justeru, setelah heboh-heboh tentang keganasan penunjuk perasaan mengenap maka soalan kenapa United Malays National Organisation merancang untuk menipu di PRU13 akan muncul kembali? Tidak dapat dielakkan.

Kereta polis terbalik. Wartawan patah kaki. Azmin Ali buat kecoh. Ambiga penganut Hindu. Pak Samad jual Melayu. Dan seribu satu macam kisah-kisah penglipur lara ini tidak akan menenggelamkan satu persoalan hakiki: Kenapa United Malays National Organisation hendak menipu dalam PRU13?

Pada Sabtu 28 April lalu ada 300,000, ada 250,000, ada 200,000 atau 100,000 - jumlah angka ini di jalan raya - jumlah angka tidak perlu dipertikaikan. Apa yang sahih, beratus ribu warga anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Pilihan raya yang adil dan bersih dituntut untuk memastikan kerajaan yang wujud adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Bukan kerajaan yang naik takhta kerana penipuan dalam pilihan raya. Berkuasa bukan kerana menipu tetapi kerana sokongan ramai.

Sayugia di ingatkan, seramai 2500,000 yang berdemo itu adalah tanda amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah tanda amaran dari 250 ribu warga anak semua bangsa. Amaran ini jelas bersuara: Jangan menipu dalam PRU13.

Dua ratus lima puluh ribu yang berarak dari Masjid Negara, dari Jalan Sultan, dari Masjid India, dari KLCC, dari Brickfields dan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka adalah perarakan untuk memberi tanda amaran. Ini adalah tanda amaran yang menuntut agar pengundi pos dilupuskan, masa berkempen dipanjangkan, media dibebaskan dan daftar pengundi dibersihkan.

United Malays National Organisation beringatlah kepada amaran dari 250,000 anak semua bangsa ini. Berwaspadalah agar amaran ini menjadi pedoman untuk membaiki diri. Kerana, jika PRU13 ini masih dijalankan dengan penuh penipuan maka bukan 250,000 warga yang akan turun ke jalan raya, berjuta juta lagi yang akan bangun. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji.

BERSIH 3.0 - Polis cari depa-depa ni ... cepat serah diri

Posted: 03 May 2012 07:19 AM PDT




Orang Penang akan halau Najib dan Umno

Posted: 03 May 2012 04:56 AM PDT

Orang Penang akan menghalau Najib dan Umno
UMNO dikenali kerana hipokrasinya. Mereka datang dengan kata slogan 1Malaysia bagi menipu rakyat untuk berfikir bahawa semuanya akan menjadi indah dengan hubungan perkauman di negara ini. Pada masa yang sama mereka menggalakkan penyokong mereka untuk menggunakan penggera dalam bentuk agama, bangsa, untuk menyakiti dan mengenyahkan orang bukan Melayu dari BN (Barisan Nasional).
UMNO di Penanga telah terlepas pandang bahawa mereka memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri di PU 2008 (pilihan raya umum) bukan semata-mata melalui undi Melayu. Mereka mempunyai sokongan dari bukan Melayu iaitu dari Gerakan, MCA dan MIC. Dan hari ini UMNO bersama-sama dengan beberapa kumpulan hak Melayu menyerang sentimen bukan Melayu dengan isu bangsa dan agama. Mereka boleh digambarkan sebagai kumpulan yang bersifat perkauman yang mencari keseronokan murah di salah satu negeri yang mempunai pentadbiran terbaik di negara ini. ... seterusnya DI SINI

BERSIH 3.0 : Langgar penghadang tak tentang arahan Mahkamah - Peguam

Posted: 03 May 2012 02:49 AM PDT


Syahredzan berkata, arahan mahkamah hanya melarang orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka dan bukan jalan sekitarnya.

"Saya rasa ia perangkap. Mereka pasang penghadang di kawasan berdekatan Kelab Diraja Selangor dan Jalan Raja walaupun tempat itu bukan dikira sebahagian daripada Dataran.

"Tetapi apa yang tidak boleh dilanggar? Arahan mahkamah apa? Arahan mahkamah hanya menyebut kamu tidak boleh melanggar ke Dataran, bukan penghadang," katanya dalam forum analisis pasca-BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur malam tadi. - Malaysiakini

Bob Kuman disahkan meninggal dunia ... Al Fatihah

Posted: 03 May 2012 02:20 AM PDT

Pelakon dan juga pelawak, Bob Kuman telah disahkan meninggal dunia jam 4.38 petang tadi.

Berita berkenaan disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Jenazah masih berada di rumahnya di Kota Damansara.

Azmin saman Utusan RM100 juta ...mampuih utusan

Posted: 03 May 2012 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 MAY, 2012: Azmin Ali is seeking RM100 million in damages from Utusan Malaysia over its report yesterday which linked him to a scandal involving photographs of a man resembling the PKR deputy president allegedly engaging in a sexual act in a toilet.

In a statement today, PKR vice-president N Surendran, who is acting as Azmin's lawyer, said the letter of demand has been served on publishers Utusan Melayu (M) Bhd and its editor.

Azmin is also demanding a withdrawal of the allegation and a public apology to be published on the front page of the daily.

"In view of the seriousness of the allegations and the nationwide circulation of the newspaper, Azmin Ali has demanded the sum of RM100 million in damages," he said.


Surendran added that the photographs were "fabricated" and "politically motivated".

"(It is) the lowest kind of gutter journalism. As usual, the photos have been widely published in the BN owned media and pro-Umno blogs.

"Utusan Malaysia published the images in a particularly vicious and calculated manner," he said.

Surendran also said PKR held the Prime Minister and Umno president Datuk Seri Najib Razak personally responsible for the publication of the photos.

"It is impossible that character assassination of this scale could be carried out by Utusan Malaysia without the approval and knowledge of Najib, whose Umno ruling party owns Utusan Malaysia," he said.

Utusan yesterday had a front-page article on Azmin's denial that he was involved in an extra-marital affair.

It also featured photographs of a man resembling Azmin in a toilet tryst taken from various pro-Umno blogs that claimed that Azmin was the man in the pictures.

The photographs can be found in theunspinners.blogspot.com, www.papagomo.com, stopthelies.my, parpukari.blogspot.com and scandalazminali.blogspot.com.

Azmin had issued a statement yesterday denying being the man in the photographs.

"I strongly condemn the vilification made against me to shame me and my family. The disreputable slander that's being spread by Umno-controlled media has picked it (the series of photographs implicating the PKR leader) up from pro-Umno blogs. These slanderous photographs show a man that they alleged to be me with a woman in a toilet," Azmin said in a statement posted on his blog yesterday.

It has been a tumultuous week for Azmin following allegations from Bersih 3.0 protesters, the public, rival politicians as well as press members that he and PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim were the culprits responsible for inciting protesters to invade the barricaded Dataran Merdeka during last weekend's Duduk Bantah rally.


mD

dollah yankee

dollah yankee


Selepas 13 hari

Posted: 03 May 2012 06:57 AM PDT

dollah yankee -
Al'Fatihah untuk arwah Bob Kuman, dan selamat tinggal. Pada ketika ini roh Bob mungkin sedang didalam perut burung hijau yang sedang diterbangkan ke-sana, atau mungkin juga sudah sampai di-sana... 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pointing gun at unarmed protesters - another SOP?

Posted: 03 May 2012 07:17 PM PDT

YOURSAY 'The police drawing their weapons in a civilian-led rally is criminal intimidation. I recall the AG framing a charge of attempted murder against Hindraf...'.

'I saw police officer pull his gun on protester'


Gerard Lourdesamy: Does the SOP (standard operating procedures) include pointing a gun at an unarmed civilian who is a protester?

This is the level of professionalism that our police displayed at Bersih 3.0 to the pride of the home minister? The IGP (inspector-general of police) should explain this.

Lim Chong Leong: In a proper crowd control, the police are not running around individually waving their guns but form a collective line to usher the crowd towards open spaces where the protesters will be spread out.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa PAS Tidak Boleh Bersama UMNO?

Posted: 03 May 2012 07:15 PM PDT

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.

Jawapan saya berbentuk cerita.

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan dua beradik: Musa lawan Kadir

Posted: 03 May 2012 07:08 PM PDT

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir akan membantu parti itu untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan abangnya Tan Sri Abdul Kadir terhadap Umno.
  
Musa berkata beliau akan pergi ke mana sahaja tempat abangnya menyampaikan ceramah dan akan menjawab segala tomahannya menerusi ceramah anjuran Umno agar penduduk di kawasan berkenaan tidak terpengaruh dengan tuduhan bekas menteri penerangan itu.
  
Read More / Baca Lagi >>

Bin Laden Documents: al-Qaida in Disarray

Posted: 03 May 2012 07:01 PM PDT

Isu seks hanya propaganda BN

Posted: 03 May 2012 06:38 PM PDT


tuan ibrahim tuan man SHAH ALAM - Dakwaan penyebaran gambar mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan seorang wanita dianggap propaganda Barisan Nasional (BN) untuk menutup isu besar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu skandal itu hanya helah politik kerajaan BN untuk mengelak beberapa isu negara yang kian meruncing seperti Bersih 3.0 dan penyelewengan berkaitan syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp).

Read More / Baca Lagi >>

Up close and personal with Nurul Izzah (part 1)

Posted: 03 May 2012 06:34 PM PDT

BERS✔H 3.0:POlis FUNNY

Posted: 03 May 2012 06:33 PM PDT

Kekasaran Polis - Protes Akhbar China Tempatan

Posted: 03 May 2012 06:24 PM PDT

Akhbar- akhbar China tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo.

Beberapa wartawan tempatan dan luar negara telah dikasari PDRM dan peralatan mereka telah dirampas dan dirosakan.

Dilaporkan disini bahawa lebih sepuluh orang wartawan cedera akibat dikasari PDRM ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.


Ketua Polis Negara tentu akan kata, wartawan dan jurugambar yang cedera itu telah mencederakan diri mereka sendiri dengan sengaja. Kalau tidak nak kata apa lagi? Takkan nak ngaku?

PDRM sepatutnya memberi perlindungan kepada mereka dan bukan berkelakuan sebaliknya.

Esok merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia. Para wartawan dan jurugambar akan memakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang.Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.

‘Amaran merah’ jika Najib berdegil hadir kes Scorpene

Posted: 03 May 2012 06:23 PM PDT

'Amaran merah' (Red alert) akan dikeluarkan selepas waran tangkap, sekiranya saksi masih enggan hadir membantu siasatan rasuah kes kapal selam Scorpene, kata peguam, Fadiah Nadwa Fikri.
"Waran tangkap berkuatkuasa dalam wilayah Perancis. Untuk kawasan antarabangsa, 'amaran merah' akan dihantar kepada Interpol (Polis Antarabangsa)," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, hari ini.
Dokumen lain yang didedahkan  ialah invois yang difakskan oleh Terasasi Sdn Bhd (No Syarikat 524814-P) pada 19 September 2004 kepada Bernard BAIOCCO dan Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia.
"Invois menyatakan sejumlah Euro 359,450 atas tujuan 'Success Fees' (SF) yang dibayar melalui Alliance Bank Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16 Petaling Jaya beserta nota tulisan tangan.
"Nota tersebut tertulis – 'Razak meminta sekiranya SF boleh dibawa ke dalam akaun dengan segera. Yuran sokongan menyusul dengan laporan," kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel merujuk faks berkenaan.
"Ini jelas menunjukkan bahawa Thales Internasional Asia tidak boleh mengabaikan bahawa bayaran kepada Terasasi akhirnya memberi manfaat, sama ada Najib Razak atau penasihatnya, Razak Baginda.
"Satu persoalan lain, mengapa begitu banyak sekali 'yuran-yuran?" kata Cynthia.

Saifuddin: 'Kenapa perlu saya minta maaf'

Posted: 03 May 2012 06:21 PM PDT


Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM –  Setiausaha Agung  PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak akan membuat permohonan maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berhubung isu dakwaan beliau ahli Umno.

"Kenapa perlu saya minta maaf?" kata beliau apabila diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad agar beliau memohon maaf.

Ahli Parlimen Machang ini berkata, Wan Ahmad pernah mengaku bahawa dirinya ialah ahli Umno, namun memberi alasan 'tidak ingat' mengenai statusnya.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan can win by becoming Umno

Posted: 03 May 2012 06:20 PM PDT

We may to accept that corruption within politics is a fact of life and simply focus on making ABU happen.

In the beginning there was no need to compromise any of our principles. It was abundantly clear that Umno had to go.
Anything But Umno (ABU) covered all the base and put everything into one neat package that seems to cover all eventualities and answered all the questions we wanted to ask.
I thought our intentions were good – rid our country of a corrupt, arrogant and thieving government that had no saving graces bar one (at least for the Malays): the Malays were in control.
But even that saving grace became irrelevant when we were confronted by the massive scale of insane wealth accumulated by Dr Mahathir Mohamad's family and the other Umno leaders whose main preoccupation with money politics made the business of government an appendage of secondary importance.
Read More / Baca Lagi >>

Program Umno Mesir Membodohkan Para Pelajar....

Posted: 03 May 2012 04:38 PM PDT

Sejak bila lah ramai pelajar malaysia neh benci bersih?nih adalah satu konpirasi nih!Aku tau la dengan keadaan pihak mahasiswa mesir ni dimana hanya sebilangan kecil pelajar yang dicocok hiding macam lembu kemudian ditarik untuk menyatakan diri mereka membenci bersih.seolah-olah bersih ni kotor ..Sapa punya angkara konspirasi ni?Dato duta?pegawai pelajar?atase pendidikan.Aku kenai sorang-sorang invidu dalam gambar dibawah ni dimana pelajar-pelajar ditipu hidup-hidup oleh para penyokong tegar BN di mesir.

Kahkahkah.Adakah banner diatas menunjukkan dan mewakili suara para pelajar di mesir?setahu aku majoriti pelajar mesir tak kiralah bidang pengajian apapun sangat membencikan Umno nih.Seoah-olah program diatas menunjukkan keseluruhan mahasiswa mesir membenci bersih.kahkahkah.Memang bodoh la penganjur programnih.Gunakan pelajar bagi merealisasikan impian memoja dan mengampu Bn.woit!!Lu ingat kami tarak tahu ka??Read More / Baca Lagi >>

Senator Australia akan saman NST, dakwaan anti Islam ‘meloyakan’

Posted: 03 May 2012 04:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Senator Australia  Nicholas Xenophon telah mengesahkan beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.
Ahli Parlimen bebas itu berkata kepada The Malaysian Insider, beliau memahami niat akhbar berkenaan menarik balik laporan yang disiarkan mereka namun beliau akan tetap mengambil tindakan perundangan sama ada di Malaysia mahupun Australia.
"Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam di Malaysia dan Australia berhubung perkara ini.
"Ini adalah fitnah yang keterlaluan dan ianya amat menyedihkan.
"Pendapat saya terhadap Islam adalah satu rekaan semata-mata ... ianya menjelikkan," katanya dalam perbualan telefon kepada The Malaysian Insider semalam.
Akhbar pro-Umno itu semalam mengakui telah membuat kenyaatan tidak benar terhadap Xenophon (gambar) dalam artikelnya pada Rabu laluyang menggelarkan Islam sebagai "pertubuhan jenayah" ketika ucapannya pada 2009 di Parlimen Australia.
Namun, menurut Hansard, senator terbabit yang merupakan sekutu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau menggunakan istilah "Scientology".
Read More / Baca Lagi >>

Debat PTPTN diteruskan..Tarikh baru akan diberi..!!

Posted: 03 May 2012 04:33 PM PDT


Debat PTPTN Khairy-Rafizi 3 Mei
Debat PTPTN Khairy-Rafizi 3 
SHAH ALAM - Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, akan tetap diadakan bulan ini.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pada dasarnya kedua-dua mereka bersetuju meneruskan debat anjuran Sinar Harian itu.

"Sinar Harian sebagai penganjur, sedang mengatur format, masa dan tempat. Kami juga sedang cuba menyiarkan debat itu secara langsung di televisyen.

"Insya-ALLAH, dengan adanya siaran langsung, kita berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengikuti debat yang bersejarah ini," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian dihujani panggilan telefon dan pertanyaan melalui e-mel selepas mengumumkan penangguhan Debat PTPTN antara dua pemimpin muda daripada Umno dan PKR itu.

Sinar Harian, sebagai penerbit akhbar harian popular yang sebelum ini menganjurkan 13 siri Wacana Sinar, memutuskan untuk menangguhkan debat ini memandangkan suasana dan masa yang belum begitu sesuai.

Bersih 3.0 : Tiga Hari Masuk ICU Akibat Di Belasah Polis

Posted: 03 May 2012 04:28 PM PDT

Bersih: Ketua Wanita MCA tolak desakan Ali Rustam

Posted: 03 May 2012 04:27 PM PDT


Ketua Wanita MCA Melaka
Ketua Wanita MCA Melaka
bersih
MELAKA – Ketua Wanita MCA Melaka, Datuk Kian Sit Har bertegas tidak akan meletakkan jawatannya walaupun didesak oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurutnya, jawatan yang disandang sejak 1975 itu adalah pilihan rakyat dan beliau harus menghormatinya.

Read More / Baca Lagi >>

UMNO pada PRU-13 Nanti

Posted: 03 May 2012 04:25 PM PDT



Sebelum ini UMNO telah dibuka keahliannya agak diluar Melayu di Sabah. UMNO pada PRU-13 nanti akan menjadi lebih terbuka dengan SPR....

Tercapai juga cita-cita dan hasrat Tun Mahathir!!

DILEMA – Hari Kegelapan Media

Posted: 03 May 2012 04:24 PM PDT


Hari ini 3 Mei kita merayakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan satu lagi detik hitam dalam sejarah kewartawanan Malaysia yang sememangnya tidak pernah benar-benar bebas sejak penyerahan kuasa daripada penjajah Inggeris kepada UMNO yang mengetuai Perikatan pada tahun 1957.
Dengan hanya satu usaha rakyat prihatin untuk duduk-dan-bantah Bersih 3.0 pada Sabtu lalu, kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah berjaya mencatatkan titik noda dengan membiarkan pihak berkuasa memukul dan memangsakan wartawan.
Bukan sahaja wartawan media internet tetapi juga dari media arus perdana yang sememangnya dikawal oleh UMNO-BN telah menjadi mangsa keganasan dan rusuhan polis pada 28 April.
Read More / Baca Lagi >>

Indon IC 'Laminate' Boleh Menjadi Pengundi Bandar Tun Razak

Posted: 03 May 2012 04:20 PM PDT


"

Silap mata yang dibuat SPR, gelap mata kita dibuatnya. Inilah kerja Pengerusi SPR ahli UMNO yang tak kisah dia ahli UMNO.

Persoalan pertama, lihat IC si Mubin, kenapa ICnya seperti lesen kita yang sekadar di'laminate'? Adakah ini juga kerja JPN? Adakah ini IC palsu? Jikalau palsu kenapa si Mubin yang menggunakan kod kelahiran 67-Indonesia berada dalam daftar pemilih?? Boleh menjadi pengundi Parlimen Tun Razak. Sila semak SPR, KLIK!!
Read More / Baca Lagi >>

Made In Tel Aviv..??

Posted: 03 May 2012 04:19 PM PDT

Boleh lagi ambil kesempatan mamat polis nii tendang peserta yang telah ditangkap..Ada dalam SOP ke???dan apa punya bangang mamat polis nii,kalau nak lepaskan geram pun biarlah yang melawan dan one by one baru brutalll..lepas tu kita tengok sapa yang kantoiii..ini main curi terajang bila orang dah kena tangkap.Haprak luu.. 

Polis ganas apabila pemimpin BN zalim

Posted: 03 May 2012 04:17 PM PDT

Oleh Nik Nasri Nik Malek
Bersama ratusan ribu rakyat, saya berada di celah-celah lautan manusia menuju ke tempat perhimpunan Bersih 3 berdekatan Dataran Merdeka. Kami datang dari jauh dan dari seluruh pelosok tanahair bukan untuk merusuh, mengganas, memukul dan menendang dan membuat huru-hara. Kami datang dengan satu niat mahu memberitahu kerajaan zalim BN bahawa kami mahukan pilihanraya yang adil dan bersih, yang terkandung dalam 8 tuntutan. 
Read More / Baca Lagi >>

Syrian forces raid Aleppo University

Posted: 03 May 2012 04:13 PM PDT

BERSIH 3.0 Dataran Merdeka - Video Paling Best!!!

Posted: 03 May 2012 12:53 PM PDT

Melayu Bangkit!Cina Bangkit!India Bangkit! Petanda BN Berkubur

Posted: 03 May 2012 12:52 PM PDT


Melayu Bangkit!Cina Bangkit!India Bangkit! Petanda BN Berkubur!! Gambar dari Masjid Jamek hingga ke jalan menghala ke Dataran Merdeka dan Jalan Masjid IndiaPak cik ni datang dari jauh demi sayangkan negara daripada dijual Umno-Bn untuk bantah bagi IC kepada warga asing. Orang ramai dah gerenti orang Melayu yang beribu-ribu keluar daripada Masjid Jamek selepas solat Zohor.Melayu sekarang terbukti benci Umno!tidak mudah diperbodohkan Umno yang kata demo haram. Hadapan Masjid Jamek jalan menghala ke Dataran Merdeka dan Jalan Masjid India.Puluhan ribu orang Melayu berada di sini.Ini yang menakutkan UMno apabila orang Melayu ratusan ribu keluar kejalanraya!Orang tua berkain pelikat juga muncul dijalanraya tuntut perubahan. Tahniah!Orang
Read More / Baca Lagi >>

'Pendakwaan Terpilih' Khas Untuk Peserta-Peserta BERSIH 3.0

Posted: 03 May 2012 12:50 PM PDT

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rasah, R Tangam menjadi orang pertama yang didakwa kerana menyertai Perhimpuna BERSIH 3.0.

 
Nampaknya hanya peserta perhimpunan BERSIH 3.0  saja yang kena dakwa....cepat betul dia org buat kerja terus dakwa....samseng-samseng taik kucing umno/APCO dah berapa lama tak dakwa-dakwa pun...pemimpin-pemimpin ummo/APCO yang terang-terang rasuah dan pukul orang tak dakwa-dakwa pun..polis yang suka-suka pukul peserta bersih dan rosakkan harta benda orang tak kena dakwa pun...undang-undang apa yang korang pakai nih?? untuk membalas budi baik regim najib ini kita wajib mengerakkan usaha berterusan untuk memastikan semua rakyat Malaysia yang ada otak akan mendakwa umno/APCO pulak melalui kertas undi pada PRU ke 13 nanti..
Read More / Baca Lagi >>