Khamis, 3 Mei 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERSIH - ATM TIDAK PERLU CEMARKAN IMEJ MEREKA

Posted: 03 May 2012 04:18 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS



ADA beberapa pihak berkata, mungkin di dalam menghadapi Himpunan BERSIH siri akan datang, pihak Polis akan memohon bantuan ATM pula.  Aku tidak percaya hal ini akan berlaku kerana bagi aku tiada sebab untuk mencemarkan imej ATM semata-mata untuk menjaga kerusi sang Penguasa yang takut jatuh.

Pada aku, Polis sudah cukup terlatih untuk berdepan dengan perhimpunan yang aman, melainkan jika mereka lebih suka melihat perhimpunan tidak menjadi aman.  Apa yang aku percaya, ATM sekarang masih `suci dan bersih' tidak tercemar lagi dengan cerita-cerita bahawa tentera melanyak orang awam yang berhimpun.  Warga tentera bukan bacul, mereka akan berdepan dengan musuh yang bersenjata bukan layak untuk tentera berdepan dengan rakyat yang hanya memakai baju kuning.  Jika ada pihak yang merasa amat gagah berdepan dengan rakyat tua dan muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang hanya `bersenjatakan' baju Kuning, biarlah pihak mereka sahaja lakukan.  Jangan cuba mempengaruhi tentera untuk dibenci oleh rakyat.

Seandainya teringin pula Panglima-Panglima tentera ini untuk merayakan keseronokan membelasah rakyat, aku percaya warga tentera di bawah tidak akan sanggup menjual maruah dan kedaulatan mereka selaku tentera.  Imej tentera mesti dipertahankan.  Organisasi lain yang sudah hancur lebur imej mereka, biarkan mereka dan tentera tidak harus menempah nama seburuk itu./wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan: