Jumaat, 27 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 3.0 Ribuan rakyat sudah banjiri Dataran Merdeka (01.19 pg)

Posted: 27 Apr 2012 10:20 AM PDT

SILA IKUTI TWITTER SEBELAH UNTUK LAPORAN TERKINI DARI DATARAN MERDEKA / SEKITAR

KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini.
Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa.
Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat.
Sementara itu, di Taman Melewar, Gombak yang menjadi lokasi terakhir amanat pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, bilangannya juga dianggar lebih 10,000 orang.
Mereka yang hampir pasti menyertai perhimpunan yang bertujuan mendesak pemerintah mengadakan reformasi sistem pilihan raya, mulai esok pagi.
Tinjauan di paparan laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan peserta perhimpunan menyifatkan Bersih 3.0 sudah bermula.
"Perhimpunan Bersih akan tersemadi dalam sejarah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah anak cucuku bercerita di kemudian hari," kata seorang peserta perhimpunan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29631

AMK desak Najib tarik balik perintah larang Bersih 3.0

Posted: 27 Apr 2012 05:26 AM PDT

27 April 2012
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Khai Loon kecewa dengan tindakan polis untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang Bersih 3.0 mendekati Dataran Merdeka, mulai esok hingga 1 Mei dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan larangan itu.

Khai Loon berkata, AMK berpendapat tindakan polis telah menyebabkan usaha kerajaan Umno-BN untuk memulih imej transformasi dan terbuka menjadi slogan kosong sahaja.

"Sebenarnya kerajaan mempunyai peluang keemasan untuk membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia, malangnya telah gagal menangani Himpunan Bersih 3.0 dengan bijaksana dan menyebabkan keadaan yang tegang.


"Sekiranya Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein telah menyatakan bahawa Bersih 3.0 tidak menggugat keselamatan negara, maka beliau perlu memastikan bahawa dibenarkan untuk berhimpun dengan aman," kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.


Katanya, kerajaan perlu menghormati hasrat rakyat dengan menarik balik perintah larangan serta memastikan tuntutan Bersih 3.0 untuk reformasi sistem pilihan raya dapat dijalankan.

Tambah beliau, kerajaan tidak perlu memburuk-burukkan gerakan duduk-bantah Bersih 3.0 atau menuduh perhimpunan aman sebagai penyebab huru-hara kepada masyarakat.

"Dari Himpunan Bebaskan Anwar 109 ke Himpunan Hijau 226 telah menunjukkan bahawa peserta himpunan adalah berdisiplin dan rasional.

"Kedua-dua himpunan telah membuktikan bahawa dengan adanya kerjasama yang rapat di antara polis dan rakyat, tidak mustahil untuk mengadakan himpunan aman tanpa sebarang keganasan polis untuk tekan hak berhimpun," katanya lagi.

Oleh itu, kata beliau, AMK menyeru  Najib agar tidak terus berdiam diri atau lari daripada isu kelulusan untuk Bersih 3.0 mengguna Dataran Merdeka.

"Perdana Menteri perlu menunjukkan keyakinan pimpinan dengan memperbetulkan karenah birokrasi serta mempertahankan hak untuk berhimpun.

"Hanya dengan membenarkan Bersih 3.0 berhimpun di Dataran Merdeka barulah boleh menunjukkan keikhlasan dan iltizam politik Najib untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan," kata beliau lagi - Sinar Harian


Gambar : Tukar Tiub

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Himpunan Hijau mulai jam 11 di KLCC

Posted: 27 Apr 2012 04:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau yang menuntut supaya kilang Lynas tidak dibina di Gebeng, Kuantan akan diadakan di perkarangan KLCC.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh penggerak kumpulan itu, perhimpunan itu akan bermula jam 11 pagi di depan Menara Public Bank.

Mereka juga dipercayai akan menyertai himpunan Bersih 3.0 yang berpusat di Dataran Merdeka yang dijangka jam 2 petang ini.

Namun begitu, perhimpunan menuju ke Dataran Merdeka sudah bermula sejak jam 9 malam tadi apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke sana.

Sehingga jam 2.30 pagi tadi, lebih 1,000 orang sudah berhimpun di sana.

Walaupun kawasan Dataran Merdeka telah dipagar, mereka berhimpun di sekitar kawasan itu.

Khalid Samad: Di Bawah Pakatan Rakyat, Orang Melayu & Politik Melayu Akan Dibebaskan

Posted: 27 Apr 2012 04:20 PM PDT

Shamsul Iskandar: SPR Ada Nama Baru - Suruhanjaya Tipu Rakyat

Posted: 27 Apr 2012 04:18 PM PDT

Why the U-turn on Bersih 3.0?

Posted: 27 Apr 2012 04:14 PM PDT

Teresa Kok
I regret to read the decision of the Home Minister, Hishammuddin Hussein, to 'legitimise' a police crackdown on tomorrow's Bersih 3.0 rally. Given Hishamuddin had claimed only last week that Bersih 3.0 was not a threat to national security, why the sudden change of heart and policy on the public gathering? What has changed?
The Home Minister's U-turn decision regarding the peaceful assembly planned this Saturday (28 April 2012), is symptomatic of the Malaysian government's lack of respect towards its electorate and its high-handedness in dealing with dissenting views. This change of approach by the Home Minister is yet another case of flip-flop decision making, at the very last minute, by the Barisan Nasional government.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: The storm gathers

Posted: 27 Apr 2012 04:09 PM PDT

The filth, stink and rot exposed by Bersih 3.0

Posted: 27 Apr 2012 04:08 PM PDT

The filth, stink and rot exposed by Bersih 3.0The citizens' expression through the Bersih assemblies has exposed the filth, stink and rot of politics in Malaysia – BN version. The Bersih 3.0 even before it takes effect has already thrown the lid off the bin of BN.
For a long time, and especially throughout the Mahathir regime, Malaysians were fed a controlled staple of fodder-news through the BN-controlled media. We all swallowed it hook and bait for there was no internet then.
We were blind to the rot and unable to sniff out the stink although we knew vaguely that there was much filth hidden from the citizens' sight – thanks to DAP and PAS. Meanwhile the powers-that-be were amassing wealth to the hilt and enjoying every bit of the freedom to control and command the citizens of the country.
Read More / Baca Lagi >>

Rain or shine, I'll be at Dataran because I too have a family and their future to think of

Posted: 27 Apr 2012 04:06 PM PDT

Rain or shine, I'll be at Dataran because I too have a family and their future to think ofI am not braver than anyone else out there. I too have family, a wife and children and their future to think about.
But every now and then some major issue will emerge that will test your mettle and courage. How you respond to these challenging issues will determine whether you will be be held in any esteem at all by your family, wife, children, friends and acquaintances. It will ascertain whether you continue to walk with your head held high among your peers, or not.
Ask yourself more than anything else, what lessons you are teaching your children. What legacy will you leave behind? If you allow yourself to be trampled over without any resistance, you might as well tell your wife and children to emigrate.
Enough of the idiocy, we will not be ruled by greedy corrupt clowns
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: Dataran Merdeka dikawal ketat

Posted: 27 Apr 2012 04:05 PM PDT


Keadaan di Dataran Merdeka tengah malam tadi.
Keadaan di Dataran Merdeka tengah malam tadi.
SHAH ALAM - Ibu negara menyambut pagi Sabtu dengan tenang meskipun Dataran Merdeka, yang menjadi tumpuan ekoran rancangan perhimpunan Bersih 3.0 yang hendak diadakan petang ini, dikawal ketat oleh polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati sekitar 1,000 anggota polis ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

A prayer for all in Malaysia's Bersih 3.0: GOD BLESS OUR DAY

Posted: 27 Apr 2012 04:04 PM PDT

A prayer for all in Malaysia's Bersih 3.0: GOD BLESS OUR DAYThe clock is ticking away hauntingly for those who are detached from, hostile towards or indifferent about this hour of reckoning the Bersih 3.0 on 28 April 2012. But there is no time or grace to waste on such people who are blind, deaf and without feelings of and for humanity's struggles to realise civilisation.
So here is a prayer for all of us who will be there united together here in Malaysia and all over the planet Earth for the betterment of Malaysia for all Malaysians :
As we track the days, hours, minutes and finally the seconds of our watch for 28 April 2012, may the heavens open up and let the rays of hope, aspiration and unity ignite our hearts.
As we walk together - North, South, East and West of this country that we call home, may the heavens raise our souls to uphold the brotherhood that we all share as part of this planet's humanity.
Read More / Baca Lagi >>

10,000 hadir ceramah ‘Kuning Kuning, Najib Pening’

Posted: 27 Apr 2012 04:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 hadir ceramah 'Kuning Kuning, Najib Pening' di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Markaz Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, Gombak malam tadi.
Seperti pesta, dengan puluhan kedai menjual pelbagai aksesori dan pakaian bertema 'Bersih 3.0 Duduk Bantah' selain kedai 'sup ceramah' dipenuhi ribuan hadirin hingga tidak cukup tempat duduk.
Sambutan luar jangka menyebabkan penganjur terpaksa menyediakan layar besar di luar dewan berikutan dewan utama tidak dapat menampung hadirin yang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

LIVE BERSIH 3.0 : DATARAN TUJUAN UTAMA

Posted: 27 Apr 2012 03:53 PM PDT

Bersih 3.0, 3am @ Dataran Merdeka

Posted: 27 Apr 2012 03:47 PM PDT

Bersih 3.0: Lebih 3,000 penuhi Dataran Merdeka jam 2 pagi

Posted: 27 Apr 2012 03:46 PM PDT

Malam Ambang Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka

Posted: 27 Apr 2012 03:43 PM PDT

5,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi

Posted: 27 Apr 2012 03:39 PM PDT





KUALA LUMPUR, 28 April: Kira-kira 5,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini.

Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti.

Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.

Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu.

Read More / Baca Lagi >>

5,000 rakyat berkumpul, Himpunan pra-Bersih 3.0 meriah & tertib

Posted: 27 Apr 2012 03:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perhimpunan pra-Bersih 3.0 di persimpangan lampu isyarat Jalan Raja dan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka yang tidak dirancang, berlangsung aman dan tertib tetapi meriah.
Dianggar seramai 5,000 orang dari pelbagai kaum, agama dan usia, mereka berpidato, berteriak slogan, beryanyi dan bertepuk tangan dengan kawat duri memisahkan peserta perhimpunan dengan polis.
Dengan sebahagian besar berpakaian kuning – termasuk baju Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau, mereka berkumpul seawal jam 10 malam secara berkelompok sebelum meningkat kepada ribuan orang dalam masa singkat.
Read More / Baca Lagi >>

Lim Guan Eng dan pemimpin PR yang lain juga berhak mendapat liputan

Posted: 27 Apr 2012 11:55 AM PDT

Tuntutan Bersih 3.0 merupakan satu 'extension' kepada tuntutan yang dibuat dalam Bersih 2.0. Negara memerlukan undian daripada rakyat siapa yang sepatutnya diberikan mandat apabila habis tempoh penggal pilihanraya, sekurang-kurangnya selepas 3 tahun atau sebelum tamat tempoh 5 tahun. Tuntutan yang dilakukan oleh rakyat melalui Bersih 3.0 ini merupakan tuntutan yang adil dan munasabah dan sepatutnya tidak menjadi halangan untuk dilakukan oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara dan kaedah pilihanraya diadakan.

Daripada 8 tuntutan yang diminta oleh rakyat itu saya hanya ingin menyentuh hanya satu daripada kesemua tuntutan itu, iaitu 'accessibility' yang 'equitable' untuk semua parti yang bertanding dan menawarkan cadangan-cadangan jika diberi kepercayaan oleh rakyat. Mendapat liputan yang saksama daripada media arus perdana itu merupakan perkara yang paling asas di dalam sesebuah demokrasi kerana melalui media itulah pihak-pihak yang menawarkan diri untuk mendapat kepercayaan rakyat itu dapat dilakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Ribuan turun menunggu BERSIH 3.0 buka tirai

Posted: 27 Apr 2012 11:48 AM PDT

12 jam lagi sebelum perhimpunan BRSIH 3.0 membuka tirai secara rasmi, ribuan manusia telah membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka, malam tadi.  Laungan "Bersih" kedengaran di mana-mana, malah kereta yang melalui di situ membunyikan hon mereka sebagai tanda sokongan.

Kira-kira 300 orang berkumpul pada sekitar jam 10 malam, terdiri daripada berbilang kaum.  Bilangan ini bertambah kepada ribuan kemudiannya.

Polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei 2012.  Kawat besi didapati telah diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.  Orang ramai cuba mara ke depan, namun dihalang oleh Unit Amal dari PAS yang bertugas di situ.

ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim juga berada di situ untuk memberi sokongan.  Bagaimanapun, ratusan anggota polis yang berada di sana tidak menghalang mereka yang menjerit, sekadar memantau keadaan yang sedang berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Unggun Bersih - A Samad Said

Posted: 27 Apr 2012 11:44 AM PDT



UNGGUN BERSIH
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Dataran Merdeka rakyat punya bukan BN !

Posted: 27 Apr 2012 11:42 AM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebenarnya teruja juga apabila Perhimpunan Bersih 3.0 disasarkan penganjur akan menghimpunkan 500,000 peserta dengan Duduk Bantah, 28 April 2012 ini, kerana mana pernah Dataran Merdeka mempunyai sebegitu ramai audien sejak ia wujud

Namun, tentulah ada tangantangan ghaib yang menolak Perhimpunan Bersih 3.0 ini kerana kejayaan Perhimpunan Bersih 3.0 sekali gus akan menjadi kayu pengukur kepada hayat BN yang terdesak sangat untuk mengekalkan kuasa memerintah Malaysia.Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Bersih 3.0 ditunggu penuh debar

Posted: 27 Apr 2012 11:37 AM PDT

Oleh Abd Shukur Harun
JIKA tiada perubahan lokasi, Dataran Merdeka di tengahtengah ibu kota akan tenggelam dalam warna kuning Sabtu (28 April) ini oleh ratusan ribu rakyat prihatin yang amat sedar akan hak mereka untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan demokratik.
Sebab itu ia dinamakan Himpunan Bersih 3.0 dan akan disertai oleh rakyat prihatin di setiap negeri, bahkan serentak di merata kota raya di seluruh dunia.

Read More / Baca Lagi >>

Suara rakyat ‘takluki’ Dataran Merdeka

Posted: 27 Apr 2012 11:36 AM PDT

Oleh DR MUJAHID YUSUF
TIDAK ada apa yang baru tentang Dataran Merdeka, ia merupakan tempat di mana acara besar diadakan dan bendera gergasi jalur gemilang menjadi tumpuan utama para pelancong. Di hadapan Dataran Merdeka bangunan warisan yang merakamkan sejarah negara ini dan keindahan struktur bangunan yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.


Dataran ini juga berada betulbetul di tengah kota dengan bangunan-bangunan pencakar langit seolah-olah membicara tentang kepesatan dan pembangunan Kuala Lumpur. Yang baru dalam kebanggaan Dataran Merdeka ialah di satu sudut adanya beberapa khemah yang didirikan oleh anak-anak muda sejak 14 April hingga kini.
Read More / Baca Lagi >>

Ribuan mulai banjiri Kuala Lumpur tengah malam ini

Posted: 27 Apr 2012 11:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini.
Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa.
Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

LENSA BERSIH 3.0 : LIVE DATARAN SELEPAS 12 T/MALAM

Posted: 27 Apr 2012 11:28 AM PDT

BERSIH 3.0: Long Range Transmeter

Posted: 27 Apr 2012 11:24 AM PDT

~penarik beca

~penarik beca


Adakah tak hadir Bersih 3.0 juga bermakna sokong gay?

Posted: 27 Apr 2012 12:15 AM PDT