Sekumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN
KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Occupy Dataran mahu terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga Sabtu ini, meskipun berhadapan dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
DBKL bertindak tegas mengusir aktivis terbabit dengan merampas khemah-khemah mereka sekitar jam 6.15 pagi tadi.
"Kami akan berkhemah malam ini sehingga 28 April ini. Kami akan terus memasang khemah baru.
"Kuliah dan ceramah tetap akan diteruskan seperti biasa walaupun dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini ketika dihubungi wartawan Sinar Harian Online.