Selasa, 24 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Model Singapura berbogel tepi pantai

Posted: 24 Apr 2012 10:37 PM PDT

SINGAPORE model Eileen Yumiko has stirred controversy for posing nude on a beach in the island republic. "I came across these pictures on facebook showing a girl posing nude on a beach," posted a concerned reader on citizen journalism portal, Stomp.

"I'm not sure where this beach is, but it appears to be on one of the nearby islands. The photos look artistic but is this considered indecent exposure? What if it took place on, say, East Coast Beach," he questioned.
"Indecent exposure," commented another Stomper.

"Model poses stark naked on a beach for an outdoor group photography session. Even though this is not the mainland, this would be considered indecent exposure."

One netizen commented on Facebook: "Oh no... if kanna East Coast Park all accident at the bicycle track!!"
Another netizen wrote: "Which beach, can do like that?"

Apparently, Eileen has done some artisitic nude shots before which she puts up for all the world to see. (Stomp) - Sabahkini

Hakim minta Hishammudin bagi penjelasan "Pasai apa Bersih 2.0 Haram?" ....

Posted: 24 Apr 2012 08:34 PM PDT

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.

Hishammuddin (kanan) kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.

Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.

Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar. - Malaysiakini

BERSIH 3.0 : Halang pengusaha bas bawa penyokong Bersih 3.0 ke KL

Posted: 24 Apr 2012 07:19 PM PDT

NONEDengan tiga hari lagi menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, Himpunan Hijau menuduh Kementerian Pelancongan di belakang komplot untuk menghalang gerakan itu membawa penyokongnya dari Kuantan ke perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur.

Presidennya, Wong Tack mendakwa pengusaha bas pelancongan di
Kuantan menerima tekanan daripada kementerian tersebut untuk tidak menyewa sebarang bas kepada gerakan anti-Lynas itu.

Ekoran itu, Wong (kanan) mendakwa, lapan bas pelancong yang sepatutnya membawa penyokong Himpunan ke Kuala Lumpur, telah menarik diri.

Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya, tetapi Wong berkata pengusaha bas ada membayangkan perkara itu kepadanya.


"Saya tanya mereka (pengusaha bas) mengapa, tetapi mereka enggan cakap banyak, hanya membayangkan ia ada kaitan dengan 'periuk nasi' mereka," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, katanya, Himpunan Hijau akan mendapatkan bas kecil dan kereta persendirian sebagai alternatif untuk membawa penyokongnya ke ibunegara - kira-kira 250km dari Kuantan.

Himpunan Hijau, sebuah gabungan kumpulan alam sekitar yang
ditubuhkan untuk membantah loji nadir bumi dekat Kuantan, merancang menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada pagi 28 April, sebelum berarak ke Dataran Merdeka untuk menyertai BERSIH 3.0.

Wong mengutuk kementerian tersebut kerana didakwa mengancam dan menakut-nakutkan pengusaha bas dan menuntut penjelasan dari Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (kiri).

"Ini bertentangan dengan proses demokrasi. Mereka mesti menghormati kehendak rakyat," katanya.

Occupy Dataran : Penguatkuasa DBKL rampas kotak derma tgh malam tadi

Posted: 24 Apr 2012 05:52 PM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.

Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.


"Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan.

"Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya.

Fadiah berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di situ bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa mereka boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat DBKL.

"Katanya, mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu disimpan di setor terlebih dahulu," kata Fadiah sambil menambah Fuat tidak menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan "cuba" mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.

Haziq menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi para pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan begitu ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada waktu pagi," katanya. - Malaysiakini

Mahasiswa akan terus berkhemah di Dataran sehingga Sabtu

Posted: 24 Apr 2012 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Occupy Dataran mahu terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga Sabtu ini, meskipun berhadapan dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

DBKL bertindak tegas mengusir aktivis terbabit dengan merampas khemah-khemah mereka sekitar jam 6.15 pagi tadi.

"Kami akan berkhemah malam ini sehingga 28 April ini. Kami akan terus memasang khemah baru.

"Kuliah dan ceramah tetap akan diteruskan seperti biasa walaupun dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini ketika dihubungi wartawan Sinar Harian Online.

Sekitar jam 6.30 pagi tadi, sebanyak 20 khemah milik mereka diroboh dan dirampas oleh DBKL.

Tinjauan sekitar 8 malam tadi mendapati mereka belum menaikkan khemah, sebaliknya berteduh di khemah yang didirikan sempena konsert diraja Sabtu lalu.

Sekitar 30 orang berada di situ manakala sebahagian lagi tunggu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Khemah-khemah dirampas dan kami hanya sempat menyelamatkan makanan sahaja. DBKL terus bertindak tanpa berbincang dengan kami.

"Kami sangat terkejut, kira-kira 60 orang anggota DBKL datang menyerbu dan kami hanya berjumlah 20 orang disini," katanya lagi.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, empat orang aktivis mereka ditahan kerana ingin memasang khemah semula. DBKL bertindak menyita dan mengosongkan kawasan perkhemahan mereka.

"Biarpun diancam dengan pelbagai ujian, hujan dan panas, kami tetap akan terus berkhemah dan berjuang mengenai isu ini," tegas beliau.

Empat peserta protes masih ditahan di IPD Dang Wangi untuk disoal siasat berhubung kejadian itu.
Pemimpin dan wakil SMM masih berkumpul di pekarangan IPD Dang Wangi.

Tinjauan Sinar Harian Online juga mendapati ramai individu yang tidak dikenali datang memberi sumbangan khemah dan makanan kepada mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka. - Sinar Harian 


Sumber gambar : Stone Image

Tiada ulasan: