Ahad, 22 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


hahaha padan muka hampa Umno P. Pinang ooiii ... Melopong melalak la hampa ...

Posted: 22 Apr 2012 04:50 AM PDT


NIBONG TEBAL - Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak  hari ini mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar berkuat kuasa hari ini.

 "Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang  baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.

Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.

Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13  dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Sinar Harian 


Datuk Ramli Yusuff (Bekas Ketua Pengarah JSJK) akan saman Musa Hassan dan Gani Patail

Posted: 22 Apr 2012 02:57 AM PDT


Bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Perkara itu timbul selepas Malaysiakini menghubungi bekas pegawai kanan polis itu susulan laporan memetik naib presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa beliau akan bertanding atas tiket parti itu.

Ramli berkata beliau terkejut dengan pengumuman Salahuddin namun enggan mengesahkan perkara itu.

Katanya, banyak perkara diperkatakan orang mengenai dirinya, ketika beliau berada di luar negara.

"Sesetengahnya tidak tepat," katanya yang berharap individu yang ingin membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih dahulu.

"Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya.

Tambahnya, beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS.

Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.

Beliau juga akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi. - Malaysiakini

Majistret tolak permohonan reman siswa (yg ditahan di Dataran)

Posted: 22 Apr 2012 01:31 AM PDT

Peguam Syahredzan Johan berkata polis tidak boleh menahan siswa Umar Mohd Azmi yang ditahan di tapak perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka hari ini lebih daripada tempoh 24 jam.

Katanya, Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonan reman polis ke atas siswa berkenaan.

Ketika dihubungi Syahredzan yang mewakili pelajar berkenaan berkata majistret enggan memenuhi permintaan polis setelah melihat rakaman penahanan pelajar itu, pagi ini.

Tambahnya, Umar tidak perlu ditahan kerana proses mengambil kenyataan dan cap jari boleh dibuat tanpa menahan pelajar terbabit.

Umar kini dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Umar dan ditahan di balai berkenaan.


Sementara itu, aktivis Occupy Dataran Fahmi Reza pula dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang pertuduhan, kata Syahredzan lagi diTwitter.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Fahmi dan Umar kedua-duanya ditahan pagi ini dalam serbuan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – pada perkhemahan kumpulan berkenaan yang masuk hari kelapan.

Kumpulan pelajar dan aktivis itu berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan tinggi percuma dan untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 14 April.

Aktivis dan siswa lain pada masa ini meneruskan perkhemahan mereka di Dataran walau kebanyakan barang keperluan mereka dirampas DBKL pagi ini. - Malaysiakini

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih tetap akan berlangsung di Dataran Merdeka

Posted: 22 Apr 2012 08:40 PM PDT

Bersih 3.0 akan tetap dilakukan di Dataran Merdeka kerana masa untuk menukar lokasi semakin suntuk," jelas Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini.
Pengerusi Bersama Bersih ini berkata kepada The Malaysian Insider, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) "tiada asas" menolak permohonan Bersih untuk melaksanakan perhimpunan di sana, malah akan bekerjasama dengan polis dan DBKL untuk perhimpunan Sabtu ini.
"Secara jujurnya saya percaya tiada bantahan untuk menggunakan Dataran Merdeka dan kami akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa supaya perhimpunan itu nanti berjalan lancar, termasuklah DBKL.
"Saya tiada mandat untuk mengubah lokasi berkenaan tanpa perundingan dengan NGO lain," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
"Kami akan berbincang dengan mereka tapi masalahnya kami kesuntukan masa," tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Bersamanya,  Datuk A. Samad Said berkata, pihaknya tetap mahukan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran untuk mereka berhimpun di lokasi bersejarah tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene: Suaram saran Najib jadi saksi di mahkamah Perancis

Posted: 22 Apr 2012 08:30 PM PDT

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.
Pengarah Suaram Kua Kia Soong, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).
Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.
Gabriel berkata, pasukan mereka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire – satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu – yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapatdakwaan sogokan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Biar benar, BN…

Posted: 22 Apr 2012 08:29 PM PDT


Bila Datuk Seri Najib Razak ke sana ke mari dengan janji-janji transformasi dan lempar duit rakyat merata-rata, ada kalangan Pakatan Rakyat yang bimbang. Maklumlah, kalau-kalau kerajaan UMNO-BN benar-benar serius untuk berubah jadi baik, jujur, ikhlas dan sayangkan rakyat.
Kalau itu yang terjadi, mungkin ada antara mereka dalam Pakatan yang rasa rakyat mungkin kembali memilih UMNO-BN dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi kurang cerahlah peluang Pakatan.
Tapi bagi rakyat pula, kalau betul UMNO-BN serius mahu pulihkan kepincangan pemerintahan mereka, itu petanda paling baik sejak Merdeka. Rakyat bukan peduli sangat parti mana yang perintah, asalkan hidup selamat, aman damai, selesa, makmur.
Sudah rakyat juga lega jika kerajaan yang ada tidak lagi amalkan rasuah, salah guna kuasa, curi wang rakyat untuk keluarga sendiri, beli barang mewah guna duit rakyat. Malah lebih baik lagi jika kerajaan itu tak aniaya rakyat dengan buat undang-undang yang zalim dan kejam.
Read More / Baca Lagi >>

Testimonial siapa yang lebih baik?...Tunku dan Hussein atau yang lain-lain?

Posted: 22 Apr 2012 08:21 PM PDT

Semalam PM Najib di Pulau Pinang, negeri yang telah begitu maju dan telah pun menjadi negeri yang mendahului negeri-negeri lain dalam pelaburan pembuatan tahun lepas. Pinang diikuti rapat oleh Selangor dalam sektor yang sama dan kedua-duanya adalah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib kali ini menjanjikan bulan dan bintang kepada negeri P Pinang jika BN kembali memerintah negeri itu.
Janji pemimpin BN itu adalah janji dari parti yang telah jatuh ke dalam gaung dan kali ini ia memberikan janji kepada orang-orang yang telah mencampakkan BN ke dalam gaung itu. Lawatan ini adalah lawatan dalam siri kempen pilihanraya ke13 nanti dan Najib masih melagukan lagu-lagu lama yang sudah tidak masuk 'carta lagu popular mingguan' lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya TOL sahaja

Posted: 22 Apr 2012 08:14 PM PDT

Negara kita semakin hari semakin bercelaru dengan berkembangnya budaya samseng dan semua samseng-samseng ini adalah mereka yang menyebelahi pihak berkuasa. Pihak yang berkuasa sedang dalam keadaann desperado untuk mempertahankan kuasa dan mereka sedang mabuk dengan kuasa itu. Tindakan sekumpulan samseng memukul dan membelasah mahasiswa-mahasiswa yang sedang menuntut keadilan untuk masa depan mereka di Dataran Merdeka semalam amat menyayat hati. Mungkin sekarang ramai yang tidak merasa apa-apa tetapi orang yang miskin seperti saya dan ramai yang lain amat memahami perasaan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Get set for the Mother of All Battles: Bersih 3.0 vs Umno 66th anniversary

Posted: 22 Apr 2012 08:11 PM PDT

Get set for the Mother of All Battles: Bersih 3.0 vs Umno 66th anniversaryIt looks like Prime Minister Najib Razak has decided to come down hard on the Bersih 3.0 rally, as he did to last year's Bersih 2.0. Again, it is a bid to show his grip on the nation but this time, the stakes are higher with his Umno party's 66th anniversary celebration due to begin from May 1 to May 13.
Already, thugs accused of being linked to Umno have begun the scare-mongering by beating student protesters, not sparing even the girls with their roughness. This was followed up by the Kuala Lumpur City Hall refusing to grant Bersih 3.0 approval for its April 28 rally at the Dataran Merdeka.
And as expected, the police stood by and watched, doing the minimal to stop the ruffians although the Inspector General of Police has threatened to come down hard on those who broke the law. IGP Ismail Omar's message, it appears, is meant only for those who do not support Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

KPRU: Ketidakhadiran pemerhati dan agen calon beri laluan kepada PRU terkotor

Posted: 22 Apr 2012 08:07 PM PDT

Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa PRU-13.

Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak LAPAN rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya, antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang mengandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.
Read More / Baca Lagi >>

Confirmed: This is how BN plans to steal GE-13

Posted: 22 Apr 2012 08:05 PM PDT

Confirmed: This is how BN plans to steal GE-13 - Sivarasa
Last Thursday, the BN government and their cohorts the SPR clearly demonstrated in unequivocal terms their intent to steal GE 13. They presented a bill to amend the Election Offences Act 1954 to further restrict scrutiny of the voting process by representatives of political parties and make the system more amenable to manipulation.
The original changes proposed included the following:
a. removing the right of political parties to set up booths to assist voters establish their names on the electoral roll and saluran numbers identity of voters before going into polling stations ( called "pondok panas" ) [ section (26)(1)(e) ]
b. removing the right of political parties to have representatives observing the process in the SPR booths inside polling stations ( Barung SPR ) where voters check their names and get their saluran numbers etc [section 26A
Read More / Baca Lagi >>

Mahsuh PTPTN : Dasar pendidikan percuma sediakan elaun sara hidup

Posted: 22 Apr 2012 08:01 PM PDT

Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.  Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.

Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.

Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

The more Bersih doubletalk from champion Najib and BN, the bigger the turnout

Posted: 22 Apr 2012 07:54 PM PDT

The more Bersih doubletalk from champion Najib and BN, the bigger the turnoutWe had Bersih 1.0 and followed by Bersih 2.0. Now that we are at the doorstep of a mammoth Bersih 3.0, and yet the authorities are blind to the signs on the wall; they have clearly refused to understand the change that is transforming the nation.
When you resist change, change will walk over you. That is the basic tenant you learn in business schools and in political science.
The very political party coalition - BN, that all through the Mahathir-regime proclaimed incessantly about "paradigm shift" is now adamant in the face of tides of social change.
The very current BN-led government that only recently blared about "tranformasi" is suddenly going reverse-gear at high speed.
Champion of doubletalk
Why?
There is only one explanation. That is, BN is under attack. Despite dishing out all kinds of cash donations to the rakyat; despite launching all kinds of agro-based projects from cows to 'kambings', BN is fearing its own shadows.
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan Selamatkan Felda beri amaran ambil langkah Bersih

Posted: 22 Apr 2012 07:53 PM PDT


MAZLAN-ALIMAN
SHAH ALAM - Gerakan Selamatkan Felda bakal mengikuti jejak Bersih, melibatkan 1.6 juta warga Felda sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan pendiriannya mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, langkah itu akan diambil jika resolusi pada Konvensyen Hala Tuju Felda, yang dicapai hari ini, tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

"Resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya sebelum Mei ini dan berharap beliau akan cuba menimbang kembali tindakan (keputusan) penyenaraian ini kerana kami yakin masih terbuka jalan lain untuk memacu pertumbuhan di Felda.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : Usah pertikai hak Selangor

Posted: 22 Apr 2012 07:51 PM PDT


Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail
 SHAH ALAM – Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara bersama atau berasingan dengan Pusat adalah hak Kerajaan Negeri yang tidak sepatutnya dipertikaikan Barisan Nasional (BN).
 
Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail berkata, mengadakan pilihan raya berasingan tidak bermakna PR takut kepada BN sebaliknya sejak dahulu lagi PR ada pendirian sendiri dalam memastikan PRU13 dilaksanakan dengan telus dan hak rakyat tidak dinafikan disebabkan penipuan dalam pilihan raya itu nanti.
 
"Kenapa beliau (Noh) nak mendesak PR dalam perkara tersebut kalau BN pun boleh mengubah pendirian yang kita inginkan. Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan, jelas menunjukkan Noh kekeringan idea.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pindaan RUU Kesalahan Pilihan Raya untungkan BN?

Posted: 22 Apr 2012 07:50 PM PDT

KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN).


Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya "saudara" pengundi yang uzur boleh mengungi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang "dipercayai".

Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah berkata, peraturan baru itu membuka ruang luas dimanipulasi kerana sesiapa sahaja boleh mengundi bagi pihak orang yang tidak berupaya.
Read More / Baca Lagi >>

10 resolusi konvensyen hala tuju Felda

Posted: 22 Apr 2012 07:45 PM PDT

SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir.

"Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Penyenaraian tetap haram walau dilulus KPF

Posted: 22 Apr 2012 07:43 PM PDT

PAS menegaskan bahawa langkah kerajaan untuk menyenarai Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tetap haram walau diluluskan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata mana-mana badan bawah lembaga itu tidak berhak ke atas tanah seluas 380,180 hektar yang akan dipindah milik kepada FGVH daripada Felda Plantations dengan penyenaraian itu.

Katanya pemilikan tanah yang tidak mempunyai peneroka mengikut Seksyen 37 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 itu terbahagi kepada dua – milikan individu dan milikan koperasi.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0 bukan ancaman keselamatan negara ..tapi BN dan SPR

Posted: 22 Apr 2012 07:38 PM PDT

Bersih 3.0 bukan ancaman keselamatan negaraDewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sepatutnya menghalang Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang untuk diadakan pada jam 2 petang 28 April depan, kerana Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussien sudah memperakui, ia bukan suatu ancaman kepada keselamatan negara.
Hishamuddin dalam suatu kenyataan berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melihat perhimpunan "duduk bantah" Bersih 3.0 sebagai ancaman kepada keselamatan kerana ia didakwa hanya mempunyai sedikit daya tarik kepada orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

'Dasar PR tidak akan buat negara bankrap'

Posted: 22 Apr 2012 07:36 PM PDT


Anwar Ibrahim
SERENDAH – Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.

"Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.

Read More / Baca Lagi >>

Scorpenes and the "James Bond" legal eagle: What dark secrets are Najib and Rosmah hiding?

Posted: 22 Apr 2012 07:35 PM PDT

Scorpenes and the "James Bond" legal eagle: What dark secrets are Najib and Rosmah hiding?Did Prime Minister Najib Razak send Umno's top legal eagle off to Europe for some derring-do and hush-hush activity?
So far, two versions have hit the news portals. One, that Shafee Abdullah is in Australia attending an international law conference as any diligent and good lawyer should do. Two, that he is now somewhere in Europe, most likely Paris, where he has been tasked to look after the interest of the Malaysian PM and wife Rosmah Mansor in connection to the RM7.3 billion Scorpene corruption scandal.
Whichever it is, Shafee is but the mere hired help - the butler so to speak. The interesting question is, what stinky stuff do Najib and Rosmah have in their closets that cannot be aired publicly?
Why not Anifah or Muhyiddin ...
Read More / Baca Lagi >>

Masyarakat desa patut anjur Bersih 4.0 – A Samad Said

Posted: 22 Apr 2012 07:31 PM PDT

SHAH ALAM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A Samad Said hari ini mencadangkan masyarakat desa mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Sasterawan Negara itu berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum pilihan raya umum tetapi selepas acara Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April ini.
"Kita melihat 28 April nanti merupakan himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan. Kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0.
Read More / Baca Lagi >>

Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri

Posted: 22 Apr 2012 07:30 PM PDT



SHAH ALAM: Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures Holding Berhad (FGVH) ke Busrsa Malaysia sebagai cuba menjerat leher Felda sendiri.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas, namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya.

"Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Hannah Yeoh Sekali Lagi Menunjukkan Polis Berat Sebelah

Posted: 22 Apr 2012 07:29 PM PDT

SHAH ALAM, 22 APR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi didakwa bertindak berat sebelah kerana memanggil pemimpin Pakatan Rakyat untuk memberi keterangan hanya kerana mempersoalkan program Umno-BN.
Sehubungan itu MP Puchong, Gobind Singh Deo menyarankan agar PDRM bertindak adil dan saksama dengan tidak memihak kepada pemimpin gagasan Umno-BN.
MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, PDRM seharusnya mengambil kira fakta terhadap sesuatu isu dan bukannya bertindak melulu jika ia melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih: Dataran Merdeka or bust

Posted: 22 Apr 2012 07:25 PM PDT

Both Ambiga and Samad (left) insist that Bersih 3.0 must be held at Dataran Merdeka. — File pic
KUALA LUMPUR, April 22 — The Bersih 3.0 rally must be held at Dataran Merdeka as there is too little time to change the venue, Datuk Ambiga Sreenevasan said today. The Bersih co-chairman told The Malaysian Insider that the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) had "no basis" to reject Bersih's request to have its event there, and pledged to co-operate with the police as well as DBKL for this coming Saturday's sit-in.
"I sincerely believe that there can be no objections to Dataran Merdeka (being the venue for Bersih 3.0) and we will co operate fully with the authorities for a smooth gathering, as well as DBKL.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri akui k'jaan 'keterlaluan' tangani BERSIH 2.0

Posted: 22 Apr 2012 07:23 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan bertindak keterlaluan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada dengan mengharamkan penganjur dan menahan individu yang memakai kemeja-T perhimpunan 9 Julai itu.  

Bagaimanapun, beliau membandingkan tindakan tersebut dengan langkah yang diambil kerajaan United Kingdom dalam menangani rusuhan yang berlaku di negara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>