RAKYAT MARHAEN |
- Bersih tetap akan berlangsung di Dataran Merdeka
- Scorpene: Suaram saran Najib jadi saksi di mahkamah Perancis
- Biar benar, BN…
- Testimonial siapa yang lebih baik?...Tunku dan Hussein atau yang lain-lain?
- Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya TOL sahaja
- Get set for the Mother of All Battles: Bersih 3.0 vs Umno 66th anniversary
- KPRU: Ketidakhadiran pemerhati dan agen calon beri laluan kepada PRU terkotor
- Confirmed: This is how BN plans to steal GE-13
- Mahsuh PTPTN : Dasar pendidikan percuma sediakan elaun sara hidup
- The more Bersih doubletalk from champion Najib and BN, the bigger the turnout
- Gerakan Selamatkan Felda beri amaran ambil langkah Bersih
- PRU 13 : Usah pertikai hak Selangor
- Pindaan RUU Kesalahan Pilihan Raya untungkan BN?
- 10 resolusi konvensyen hala tuju Felda
- Penyenaraian tetap haram walau dilulus KPF
- Bersih 3.0 bukan ancaman keselamatan negara ..tapi BN dan SPR
- 'Dasar PR tidak akan buat negara bankrap'
- Scorpenes and the "James Bond" legal eagle: What dark secrets are Najib and Rosmah hiding?
- Masyarakat desa patut anjur Bersih 4.0 – A Samad Said
- Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri
- Kes Hannah Yeoh Sekali Lagi Menunjukkan Polis Berat Sebelah
- Bersih: Dataran Merdeka or bust
- Menteri akui k'jaan 'keterlaluan' tangani BERSIH 2.0
Bersih tetap akan berlangsung di Dataran Merdeka Posted: 22 Apr 2012 08:40 PM PDT Bersih 3.0 akan tetap dilakukan di Dataran Merdeka kerana masa untuk menukar lokasi semakin suntuk," jelas Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini. Pengerusi Bersama Bersih ini berkata kepada The Malaysian Insider, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) "tiada asas" menolak permohonan Bersih untuk melaksanakan perhimpunan di sana, malah akan bekerjasama dengan polis dan DBKL untuk perhimpunan Sabtu ini. Read More / Baca Lagi >>"Secara jujurnya saya percaya tiada bantahan untuk menggunakan Dataran Merdeka dan kami akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa supaya perhimpunan itu nanti berjalan lancar, termasuklah DBKL. "Saya tiada mandat untuk mengubah lokasi berkenaan tanpa perundingan dengan NGO lain," katanya melalui khidmat pesanan ringkas. "Kami akan berbincang dengan mereka tapi masalahnya kami kesuntukan masa," tambahnya. Sementara itu, Pengerusi Bersamanya, Datuk A. Samad Said berkata, pihaknya tetap mahukan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran untuk mereka berhimpun di lokasi bersejarah tersebut. |
Scorpene: Suaram saran Najib jadi saksi di mahkamah Perancis Posted: 22 Apr 2012 08:30 PM PDT NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima. Pengarah Suaram Kua Kia Soong, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis). Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram. Gabriel berkata, pasukan mereka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire – satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu – yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapatdakwaan sogokan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 22 Apr 2012 08:29 PM PDT Bila Datuk Seri Najib Razak ke sana ke mari dengan janji-janji transformasi dan lempar duit rakyat merata-rata, ada kalangan Pakatan Rakyat yang bimbang. Maklumlah, kalau-kalau kerajaan UMNO-BN benar-benar serius untuk berubah jadi baik, jujur, ikhlas dan sayangkan rakyat. Kalau itu yang terjadi, mungkin ada antara mereka dalam Pakatan yang rasa rakyat mungkin kembali memilih UMNO-BN dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi kurang cerahlah peluang Pakatan. Tapi bagi rakyat pula, kalau betul UMNO-BN serius mahu pulihkan kepincangan pemerintahan mereka, itu petanda paling baik sejak Merdeka. Rakyat bukan peduli sangat parti mana yang perintah, asalkan hidup selamat, aman damai, selesa, makmur. Sudah rakyat juga lega jika kerajaan yang ada tidak lagi amalkan rasuah, salah guna kuasa, curi wang rakyat untuk keluarga sendiri, beli barang mewah guna duit rakyat. Malah lebih baik lagi jika kerajaan itu tak aniaya rakyat dengan buat undang-undang yang zalim dan kejam. |
Testimonial siapa yang lebih baik?...Tunku dan Hussein atau yang lain-lain? Posted: 22 Apr 2012 08:21 PM PDT Janji pemimpin BN itu adalah janji dari parti yang telah jatuh ke dalam gaung dan kali ini ia memberikan janji kepada orang-orang yang telah mencampakkan BN ke dalam gaung itu. Lawatan ini adalah lawatan dalam siri kempen pilihanraya ke13 nanti dan Najib masih melagukan lagu-lagu lama yang sudah tidak masuk 'carta lagu popular mingguan' lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya TOL sahaja Posted: 22 Apr 2012 08:14 PM PDT Negara kita semakin hari semakin bercelaru dengan berkembangnya budaya samseng dan semua samseng-samseng ini adalah mereka yang menyebelahi pihak berkuasa. Pihak yang berkuasa sedang dalam keadaann desperado untuk mempertahankan kuasa dan mereka sedang mabuk dengan kuasa itu. Tindakan sekumpulan samseng memukul dan membelasah mahasiswa-mahasiswa yang sedang menuntut keadilan untuk masa depan mereka di Dataran Merdeka semalam amat menyayat hati. Mungkin sekarang ramai yang tidak merasa apa-apa tetapi orang yang miskin seperti saya dan ramai yang lain amat memahami perasaan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Get set for the Mother of All Battles: Bersih 3.0 vs Umno 66th anniversary Posted: 22 Apr 2012 08:11 PM PDT It looks like Prime Minister Najib Razak has decided to come down hard on the Bersih 3.0 rally, as he did to last year's Bersih 2.0. Again, it is a bid to show his grip on the nation but this time, the stakes are higher with his Umno party's 66th anniversary celebration due to begin from May 1 to May 13. Read More / Baca Lagi >>Already, thugs accused of being linked to Umno have begun the scare-mongering by beating student protesters, not sparing even the girls with their roughness. This was followed up by the Kuala Lumpur City Hall refusing to grant Bersih 3.0 approval for its April 28 rally at the Dataran Merdeka. And as expected, the police stood by and watched, doing the minimal to stop the ruffians although the Inspector General of Police has threatened to come down hard on those who broke the law. IGP Ismail Omar's message, it appears, is meant only for those who do not support Umno-BN. |
KPRU: Ketidakhadiran pemerhati dan agen calon beri laluan kepada PRU terkotor Posted: 22 Apr 2012 08:07 PM PDT Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa PRU-13. Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak LAPAN rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya, antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang mengandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13. |
Confirmed: This is how BN plans to steal GE-13 Posted: 22 Apr 2012 08:05 PM PDT Last Thursday, the BN government and their cohorts the SPR clearly demonstrated in unequivocal terms their intent to steal GE 13. They presented a bill to amend the Election Offences Act 1954 to further restrict scrutiny of the voting process by representatives of political parties and make the system more amenable to manipulation. The original changes proposed included the following: a. removing the right of political parties to set up booths to assist voters establish their names on the electoral roll and saluran numbers identity of voters before going into polling stations ( called "pondok panas" ) [ section (26)(1)(e) ] b. removing the right of political parties to have representatives observing the process in the SPR booths inside polling stations ( Barung SPR ) where voters check their names and get their saluran numbers etc [section 26A Read More / Baca Lagi >> |
Mahsuh PTPTN : Dasar pendidikan percuma sediakan elaun sara hidup Posted: 22 Apr 2012 08:01 PM PDT Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini. Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah. Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali. Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
The more Bersih doubletalk from champion Najib and BN, the bigger the turnout Posted: 22 Apr 2012 07:54 PM PDT We had Bersih 1.0 and followed by Bersih 2.0. Now that we are at the doorstep of a mammoth Bersih 3.0, and yet the authorities are blind to the signs on the wall; they have clearly refused to understand the change that is transforming the nation. When you resist change, change will walk over you. That is the basic tenant you learn in business schools and in political science. The very political party coalition - BN, that all through the Mahathir-regime proclaimed incessantly about "paradigm shift" is now adamant in the face of tides of social change. The very current BN-led government that only recently blared about "tranformasi" is suddenly going reverse-gear at high speed. Champion of doubletalk Why? There is only one explanation. That is, BN is under attack. Despite dishing out all kinds of cash donations to the rakyat; despite launching all kinds of agro-based projects from cows to 'kambings', BN is fearing its own shadows. |
Gerakan Selamatkan Felda beri amaran ambil langkah Bersih Posted: 22 Apr 2012 07:53 PM PDT Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, langkah itu akan diambil jika resolusi pada Konvensyen Hala Tuju Felda, yang dicapai hari ini, tidak diberi perhatian oleh kerajaan. "Resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya sebelum Mei ini dan berharap beliau akan cuba menimbang kembali tindakan (keputusan) penyenaraian ini kerana kami yakin masih terbuka jalan lain untuk memacu pertumbuhan di Felda. |
PRU 13 : Usah pertikai hak Selangor Posted: 22 Apr 2012 07:51 PM PDT Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail berkata, mengadakan pilihan raya berasingan tidak bermakna PR takut kepada BN sebaliknya sejak dahulu lagi PR ada pendirian sendiri dalam memastikan PRU13 dilaksanakan dengan telus dan hak rakyat tidak dinafikan disebabkan penipuan dalam pilihan raya itu nanti. "Kenapa beliau (Noh) nak mendesak PR dalam perkara tersebut kalau BN pun boleh mengubah pendirian yang kita inginkan. Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan, jelas menunjukkan Noh kekeringan idea. |
Pindaan RUU Kesalahan Pilihan Raya untungkan BN? Posted: 22 Apr 2012 07:50 PM PDT KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN). Read More / Baca Lagi >>Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya "saudara" pengundi yang uzur boleh mengungi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang "dipercayai". Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah berkata, peraturan baru itu membuka ruang luas dimanipulasi kerana sesiapa sahaja boleh mengundi bagi pihak orang yang tidak berupaya. |
10 resolusi konvensyen hala tuju Felda Posted: 22 Apr 2012 07:45 PM PDT SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan. Read More / Baca Lagi >>Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir. "Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini. |
Penyenaraian tetap haram walau dilulus KPF Posted: 22 Apr 2012 07:43 PM PDT PAS menegaskan bahawa langkah kerajaan untuk menyenarai Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tetap haram walau diluluskan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF). Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata mana-mana badan bawah lembaga itu tidak berhak ke atas tanah seluas 380,180 hektar yang akan dipindah milik kepada FGVH daripada Felda Plantations dengan penyenaraian itu. Katanya pemilikan tanah yang tidak mempunyai peneroka mengikut Seksyen 37 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 itu terbahagi kepada dua – milikan individu dan milikan koperasi. Read More / Baca Lagi >> |
Bersih 3.0 bukan ancaman keselamatan negara ..tapi BN dan SPR Posted: 22 Apr 2012 07:38 PM PDT Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sepatutnya menghalang Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang untuk diadakan pada jam 2 petang 28 April depan, kerana Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussien sudah memperakui, ia bukan suatu ancaman kepada keselamatan negara. Read More / Baca Lagi >>Hishamuddin dalam suatu kenyataan berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melihat perhimpunan "duduk bantah" Bersih 3.0 sebagai ancaman kepada keselamatan kerana ia didakwa hanya mempunyai sedikit daya tarik kepada orang ramai. |
'Dasar PR tidak akan buat negara bankrap' Posted: 22 Apr 2012 07:36 PM PDT Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah. "Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap. Read More / Baca Lagi >> |
Scorpenes and the "James Bond" legal eagle: What dark secrets are Najib and Rosmah hiding? Posted: 22 Apr 2012 07:35 PM PDT Did Prime Minister Najib Razak send Umno's top legal eagle off to Europe for some derring-do and hush-hush activity? Read More / Baca Lagi >>So far, two versions have hit the news portals. One, that Shafee Abdullah is in Australia attending an international law conference as any diligent and good lawyer should do. Two, that he is now somewhere in Europe, most likely Paris, where he has been tasked to look after the interest of the Malaysian PM and wife Rosmah Mansor in connection to the RM7.3 billion Scorpene corruption scandal. Whichever it is, Shafee is but the mere hired help - the butler so to speak. The interesting question is, what stinky stuff do Najib and Rosmah have in their closets that cannot be aired publicly? Why not Anifah or Muhyiddin ... |
Masyarakat desa patut anjur Bersih 4.0 – A Samad Said Posted: 22 Apr 2012 07:31 PM PDT SHAH ALAM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A Samad Said hari ini mencadangkan masyarakat desa mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan kerajaan. Sasterawan Negara itu berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum pilihan raya umum tetapi selepas acara Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April ini. "Kita melihat 28 April nanti merupakan himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan. Kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0. Read More / Baca Lagi >> |
Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri Posted: 22 Apr 2012 07:30 PM PDT SHAH ALAM: Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures Holding Berhad (FGVH) ke Busrsa Malaysia sebagai cuba menjerat leher Felda sendiri. "Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas, namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya. "Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan. |
Kes Hannah Yeoh Sekali Lagi Menunjukkan Polis Berat Sebelah Posted: 22 Apr 2012 07:29 PM PDT SHAH ALAM, 22 APR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi didakwa bertindak berat sebelah kerana memanggil pemimpin Pakatan Rakyat untuk memberi keterangan hanya kerana mempersoalkan program Umno-BN. Sehubungan itu MP Puchong, Gobind Singh Deo menyarankan agar PDRM bertindak adil dan saksama dengan tidak memihak kepada pemimpin gagasan Umno-BN. MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, PDRM seharusnya mengambil kira fakta terhadap sesuatu isu dan bukannya bertindak melulu jika ia melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Bersih: Dataran Merdeka or bust Posted: 22 Apr 2012 07:25 PM PDT "I sincerely believe that there can be no objections to Dataran Merdeka (being the venue for Bersih 3.0) and we will co operate fully with the authorities for a smooth gathering, as well as DBKL. |
Menteri akui k'jaan 'keterlaluan' tangani BERSIH 2.0 Posted: 22 Apr 2012 07:23 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan bertindak keterlaluan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada dengan mengharamkan penganjur dan menahan individu yang memakai kemeja-T perhimpunan 9 Julai itu. Bagaimanapun, beliau membandingkan tindakan tersebut dengan langkah yang diambil kerajaan United Kingdom dalam menangani rusuhan yang berlaku di negara tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan