Khamis, 12 April 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Duduk Dan Bantah Sampai Bila..???

Posted: 12 Apr 2012 07:03 PM PDT




PakSamadkata ;Saya menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umur saya yang menjangkau 70-an dan saya "tidak mahu mati sia-sia".

Dalam ceramahnya di Program Pelancaran Bersih 3.0 Peringkat Negeri Kedah

Ke jalan raya untuk menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil adalah satu jalan.

Tertangkap sewaktu berdemonstrasi adalah perkara biasa. Tidak boleh lagi dianggap sebagai pengorbanan.

Sanggupkah rakyat Malaysia ke jalan raya sehingga tuntutan mereka tercapai? Satu minggu, dua minggu, tiga minggu?

Jika belum sampai ke tahap sanggup mengorbankan nyawa, tidak akan berlaku perubahan dan demokrasi yang diinginkan. Harga untuk sebuah perubahan dan demokrasi itu memang mahal.

Pilihan di tangan anda

Tepuk dada tanya selera. Anda boleh memilih untuk membiarkan saja penipuan pilihan raya berlaku tanpa berbuat apa-apa. Apabila keputusan pilihan raya diumum, anda kecewa kerana undi anda dicuri.

Pemimpin yang anda pilih kalah. Parti yang anda sokong hilang negeri yang dikuasai. Semuanya kerana khayalkan dadah Putrajaya. Berangan untuk memimpin Malaysia tetapi jahil dan dangkal tentang realiti politik... - Amin Iskandar

usinkata ; Lagu Semangat Sebelum Ke Dataran Merdeka ..SELENDANG MERDEKA...!!!!


: SELENDANG MERDEKA ::

KU TAK RISAU ATAU SASAU
TAKUT KALAU UNTUK MENJANGKAU
KU TAK JERAN ATAU SEGAN
BIAR LAWAN GAGAH BAK SYAITAN

TUJUH GUNUNG TUJUH LAUT
TUJUH RIMBA KU SEBERANGI
ALAM KOSONG ALAM MISAL
ALAM KHAYAL DAH KU TINGGAL KAN

PAHIT MAUNG SIRIH PINANG
KAPUR GAMBIR HABIS KU KUNYAH
ULAR SAWAH CICAK KUBING
NAGA SAKTI AKU TAK GENTAR

LEPAS MATI AKU HIDUP
HIDUP MERDEKA

SINI SANA SAMA SAJA
AKU SAMA SAMA SAJA
MERDEKA

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


8 dewan himpunan Cina sokong Himpunan Hijau

Posted: 12 Apr 2012 04:25 AM PDT

Lapan dewan perhimpunan Cina daripada lapan negeri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Himpunan Hijau 3.0 dan mengajak orang ramai hadir ke KLCC, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

Dewan itu yang memayungi kebanyakan persatuan Cina di negeri masing-masing menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini - tindakan yang jarang berlaku sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kontroversi PM, Altantuya, Scorpene belum berakhir

Posted: 12 Apr 2012 04:17 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 April: Kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan peranan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu dalam pembelian kapal selam Scorpene belum berakhir.

Kini, satu artikel tulisan John Berthelsen, Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Scandal mendedahkan beberapa fakta kontroversial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene.

Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan, sekaligus memalitkan imej Najib yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin: Kedah tumbang jika gagal tangani krisis

Posted: 12 Apr 2012 04:17 AM PDT

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan tumbang sekiranya parti itu gagal menyelesaikan krisis kepimpinan yang memuncak Februari lalu, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"NONEItu keyakinan kita. Memang pada waktu itu saya tidak boleh menafikan, bahawa sokongan masyarakat atas pagar dan juga orang Melayu melihatnya dengan agak resah.

"Orang-orang bukan Islam juga melihat, tidak yakin kepada kerajaan negeri. Itu saya lihat serius sewaktu krisis itu berlaku," katanya.

Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini, ahli parlimen Kubang Kerian itu turut mengakui "teruja dan menerima tekanan yang berat" untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan ekoran dua exco Kedah enggan mengangkat semula sumpah semula ke jawatan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah Berdekatan UKRC Tetap Milik Rakyat Selangor

Posted: 12 Apr 2012 04:05 AM PDT

 
SHAH ALAM, 12 APR : Hakmilik tanah seluas 5.27ekar di mukim Hulu Kelang yang turut menempatkan Kelab Rekreasi Ulu Klang (UKRC) disahkan sebagai milik tetap rakyat Selangor.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas berpuashati terhadap syor-syor yang dibuat oleh jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Menurut Abdul Khalid, tanah tersebut menjadi pertikaian apabila UKRC tidak membenarkan orang ramai menggunakan kawasan lapang di situ bagi tujuan riadah.
Read More / Baca Lagi >>

Kekayaan negara mampu tanggung kos pengajian

Posted: 12 Apr 2012 04:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 April: Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh perbelanjaan rasmi kerajaan.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, ini kerana Malaysia merupakan negara yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil mahsul yang lain.

"Namun, rakyat gagal menikmati sepenuhnya kekayaan tersebut termasuklah untuk menikmati pendidikan tinggi secara percuma disebabkan salah urus kewangan yang berlaku di pihak pemerintah Barisan Nasional," katannya dipetik daripada web malaysiatransform.com.

Katanya, kegagalan kerajaan BN menanggung sepenuhnya kos pendidikan di peringkat tinggi berpunca sekurang-kurangnya daripada tiga sebab.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh PTPTN?

Posted: 12 Apr 2012 03:59 AM PDT

Amin Ahmad

12 APRIL — Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), ramai pemimpin parti politik mula memancing sokongan dengan pelbagai idea dasar. Ini lumrah. Sekurang-kurangnya politik Malaysia lebih tertumpu kepada perdebatan idea dasar berbanding serangan peribadi. Itu kebaikan pertama yang dapat saya lihat seputar "debat" berkaitan pemansuhan pinjaman PTPTN.
Dulu ketika masih di universiti, seringkali terdengar mahasiswa memperolok PTPTN dengan panggilan PTPTipu. Sebab sebenar olokan tidak dapat dipastikan. Setakat yang didengari, rungutan sering dibuat kerana pinjaman lewat masuk dan kadar 4 peratus kos perkhidmatan untuk bayaran balik.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu pemandu teksi: Tuduhan ke atas Shamsubahrin digugur.....NFC bakal bergegar..!!

Posted: 12 Apr 2012 03:55 AM PDT


Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Pengarah NFC
KLANG - Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tuduhan menipu seorang pemandu teksi dua tahun lepas.
Majistret Ho Kwong Chin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Elya Ezrin Mohd Roslan memaklumkan bahawa beliau telah menerima arahan daripada pihak Jabatan Peguam Negara pada 10 April lepas untuk menarik balik pertuduhan terhadap Shamsubahrin.
 
Ahli perniagaan itu yang berasal dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diwakili peguam J.Rao dan Zarina Ismail Tom. Turut hadir peguam pemerhati bagi pihak pengadu, Rasshidi Syed.
Read More / Baca Lagi >>

Harun Taib : Buktikan Di Mana PAS Menyeleweng

Posted: 12 Apr 2012 03:48 AM PDT

 
SHAH ALAM 12 APRIL : PAS menyelar tindakan Umno-BN Terengganu yang mendakwa perjuangan parti itu selama ini mengandungi perkara-perkara yang mencelarukan akidah umat Islam.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, pihaknya menuntut bukti sekiranya benar  PAS menyimpang dari perjuangan parti itu selama ini dan mencelarukan akidah umat Islam lain seperti yang didakwa.
Katanya, pihak yang menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat itu adalah pihak yang tidak tahu menahu maksud sebenar yang dikatakan sesat.
Read More / Baca Lagi >>

Activists fume at Lynas ruling: Why so fearful of embarrassing Minister- Fuziah

Posted: 12 Apr 2012 03:14 AM PDT

Activists fume at Lynas ruling: Why so fearful of embarrassing Minister- FuziahIt looks like Prime Minister Najib Razak's government is determined to 'safeguard' the interests of Australian miner Lynas Corp, even if it has to shoot itself in the foot.
In a move that not only disappointed but also shocked the nation with its overt overtones of the Najib administration taking a 'cartel-like' approach in railroading through the controversial Lynas rare earth refinery, the High Court threw out the challenge from 10 Gebeng residents to revoke a temporary operating licence granted to the Australian firm.
Who cares if the Minister is embarrassed: Residents' health is at stake
The TOL had been granted by Malaysia's Atomic Energy Licensing Board to run the RM700 mil rare-earth plant in Gebeng, Kuantan - the capital of Najib's Pahang home state.
"The people of Kuantan are aturally very disappointed but we are fighting on and have instructed the lawyers to file in an appeal immediately. We are also very disturbed by a statement made by the trial judge wherein she implied she doesn't want to embarrass the Minister should the Minister decide differently on the appeal under Section 32 Act 304 scheduled for April 17," PKR MP for Kuantan told Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

More irregularities as EC continues ‘patch-up’ job

Posted: 12 Apr 2012 03:04 AM PDT

Bersih highlighted more irregularities in the latest electoral roll and repeated its demand for the EC's immediate resignation.
KUALA LUMPUR: Electoral watchdog Bersih today highlighted that there were 15,000 voters in Sabah who were re-registered in Selangor as well, according to the gazetted electoral roll of April this year.
It revealed this while highlighting several other irregularities which it spotted in the gazetted roll.
Specifically, Bersih found 15,520 voters from Sabah and 8,585 voters from Sarawak re-registered in Selangor.
When asked if these could just be the case of voters who have requested for a change of address, Bersih steering committee member, A Subramaniam Pillay was sceptical.
"The point is, these names should not be appearing twice [in the gazetted roll], before re-registering in an area. The EC should first delete [these names] from the list.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Hijau Apr 28 Siap Sedia Hadapi Semua Sekatan

Posted: 12 Apr 2012 03:01 AM PDT

 
SHAH ALAM, 12 APR: Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, bersiap sedia menghadapi sebarang sekatan yang bakal berlaku pada himpunan yang bakal berlangsung 28 April ini.
Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan tersebut dan perancangan mereka untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka.
"Semuanya ok dan setakat ini tidak ada sebarang masalah. Kita sudah maklumkan melalui berita. Semua beres, kita jalan sahaja," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Permohonan semakan kehakiman penduduk Gebeng ditolak

Posted: 12 Apr 2012 02:58 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara keapda Lynas Corporation bagi mengusahakan kilang nadir bumi.

Pada 17 Februari, penduduk berkenaan memfailkan permohonan dengan AELB yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, ketua pengarah kualiti alam sekitar dan Lynas sebagai responden.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin and 'puppet-master' MCA lambasted for "uncivilized" Dong Zong comment

Posted: 12 Apr 2012 02:56 AM PDT

Muhyiddin and 'puppet-master' MCA lambasted for "uncivilized" Dong Zong commentDeputy Prime Minister Muhyiddin Yassin came in for a tongue lashing for calling a Chinese educationist group "so uncivilized", in comments that critics said were arrogant, smacked of racism and only underscored the growing divide between the Chinese community and the ruling BN coalition.
"I won't mince any words on this. Muhyiddin must be out of his mind to say such a thing about Dong Zong, which is not only well-respected but contains some of the most diligent minds in Chinese education. If anyone is uncivilized, it is Muhyiddin himself. An uneducated person is one who doesn't what he is talking about and this is Muhyiddin," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"It is also too bad of the MCA not to correct Muhyiddin and instead help to propagate such a bad picture of Dong Zong just to save their own skins. Dong Zong has been around for many years fighting for Chinese education. Instead of asking for forgiveness and changing its ways, MCA is trying to turn Dong Zong into a 'bad guy' so that it can escape being ostracized by Umno for not taking care of the Chinese better and putting at risk the BN's chances in GE13. This is MCA for you."
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Bidas Ahli Akademik ‘Profesor Kangkung’

Posted: 12 Apr 2012 02:53 AM PDT

SHAH ALAM, 12 APR: Ahli Akademik yang gemar mengampu pemerintah dan tidak bercakap benar dibidas, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Menurut Anwar,  ahli akademik tersebut lebih layak digelar 'profesor kangkung' kerana hanya mengikut rentak parti pemerintah dan menolak hakikat sebenar.
"Dulu dia kata gunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk menyelamatkan negara.
"Kalau tanya, ISA sahaja yang mampu menyelamatkan orang Melayu, tetapi sekarang ISA dah nak dihapuskan, dia kata inilah keputusan yang paling bijak dalam sejarah.
"Ini profesor kangkung. Tiga bulan lalu tanya pasal ISA, dia kata, kalau tidak kerana ISA tidak ada keamanan dalam negara ini, kalau tidak kerana ISA tidak ada harapan Melayu 'survive'.
Read More / Baca Lagi >>

Rusuhan seni

Posted: 12 Apr 2012 02:51 AM PDT

Dalam sejarah perubahan tamadun dunia dan siasah tidak kira sama ada era perang dunia, revolusi atau reformasi- satu cabang yang turut dibawa bersama dalam sesebuah perjuangan sehingga meraih kemenangan ialah melalui "kesenian dan kebudayaan".

Ini kerana seni dan budaya merupakan makanan jiwa dan fitrah bagi manusia.  Kelahiran manusia itu sendiri adalah suatu seni perjuangan.  Berenangnya sperma  mencari ovum adalah simbol sebuah perjuangan manakala pembentukan benih menjadi janin sehingga lahir sebagai manusia itu adalah sebuah karya seni hebat yang sangat menakjubkan.  Persekitaran membentuk manusia mengamalkan cara hidup yang lama-kelamaan berkembang menjadi sebuah budaya.  Justeru, untuk melaksanakan perubahan total dalam sesebuah daulah tidak dapat tidak harus menggabungjalinkan elemen seni dan kebudayaan sebagai salah satu agennya.
Read More / Baca Lagi >>

400,000 Pengundi Meragukan, Ahli Lembaga SPR Didesak Lepas Jawatan

Posted: 12 Apr 2012 02:46 AM PDT

 
KUALA LUMPUR, 12 APRIL – Bersih 2.0 mendesak ahli lembaga Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar meletak jawatan serta merta memandangkan pentadbiran sedia ada gagal untuk membersihkan daftar pemilih sekaligus menjejaskan integriti Pilihanraya Umum Ke-13(PRU-13) akan datang.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said mendakwa, terdapat lebih dari 400,000 pengundi disyaki meragukan melalui hasil penemuan yang dibuat oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3 yakin lepasi sasaran 500,000 peserta

Posted: 12 Apr 2012 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said yakin jumlah peserta himpunan pada 28 April nanti melebihi sasaran 500,000, berikutan kebenaran pihak berkuasa.
"Kedatangan 500,000 orang adalah wajar. Kita mengumumkan kempen 'Duduk Bantah' nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh.
"Biar apa sekalipun, kita akan kekalkan lokasinya di Dataran Merdeka dan juga bandaraya lain di seluruh dunia. Kami harap pihak berkuasa faham hasrat rakyat.
"Himpunan 'Duduk Bantah' turut diadakan di 33 buah bandaraya di seluruh dunia," tegasnya yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.
Read More / Baca Lagi >>

Task force warga negara bukti wajib Bersih 3.0

Posted: 12 Apr 2012 02:42 AM PDT

12 April: Pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat skandal task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tinggi JPN dan Pegawai Khas Perdana Menteri membuktikan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan.

Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan (WP) bersedia mengerahkan seluruh ahli dan penyokong untuk turut hadir memeriahkan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dijangkakan seramai 10,000 ahli dan penyokong PAS di setiap kawasan akan hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, PAS WP juga akan menggerakkan kempen dengan sebaran risalah, poster, kain rentang bagi mengajak rakyat untuk turut hadir bersama-sama.

Read More / Baca Lagi >>

Golongan ibu kini tampil menyokong BERSIH 3.0

Posted: 12 Apr 2012 02:40 AM PDT

Mungkin anda perlu membuang imej stereotype terhadap ibu, seandainya menganggap golongan bergelar "mama" ini hanya mengambil berat hal susu dan kain lampin anak-anak.  Golongan ibu yang berpenat-lelah membesarkan anak-anaknya, kini sedar bahawa masa depan anak-anaknya hanya terjamin dengan sistem dan proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Justeru itu, sekumpulan ibu telah melancarkan satu deklarasi "mamas@BERSIH3.0" berjudul "Pilihan raya yang bersih demi masa depan anak-anak", menyeru agar ibu-ibu menurunkan tandatangan secara online, sebagai langkah menyatakan sokongan terhadap lapan tuntutan BERSIH 3.0.

Petisen ini bermula dari jam 9 pagi pada 11 April 2012, sehingga jam 9 pagi pada 24 April 2012.  Mereka menyasarkan matlamat 10 ribu orang dalam tempoh 14 hari, dan kini telah meraih sokongan lebih 500 orang setakat ini, dengan sebahagian besar ibu dari Selangor dan Johor.
Read More / Baca Lagi >>

'Duduk Bantah' untuk masa depan anak muda

Posted: 12 Apr 2012 02:39 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 April: Golongan muda harus mengambil bahagian dalam 'Duduk Bantah' pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih jika cintakan negara ini.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A. Samad Said (gambar) berkata, apa yang dilakukan gabungan ini adalah untuk masa depan golongan muda.

"Anda semuanya mengetahui bahawasanya 28 April ini kita adakan satu gerakan untuk membersihkan lunas-lunas demokrasi dengan melakukan "Duduk Bantah' dan 'Duduk Bantah' ini memang untuk semuanya.

"Saya harap pun semua (peringkat umur) akan datang tapi khususnya saya mengharapkan angkatan muda kerana apa yang kami lakukan ini adalah untuk masa depan angkatan muda. Angkatan muda sendiri harus mengambil perhatian dan memberikan sokongan yang sepenuhnya," kata sasterawan negara itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

SPR ramal PRU13 sengit.....amaran kerja kotor SPR bermula..!!!

Posted: 12 Apr 2012 02:39 AM PDT

SIBU - Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka sengit.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana parti pemerintah Barisan Nasional sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula
kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.
"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan
atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 tak layak gesa SPR letak jawatan - kata Wan Ahmad

Posted: 12 Apr 2012 02:34 AM PDT


Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desakan Bersih 2.0 agar anggotanya panel termasuk pengerusinya meletak jawatan adalah tidak logik.
Menurut, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Bersih 2.0 merupakan badan yang tidak diiktiraf itu tidak layak untuk berbuat demikian.
"Bersih 2.0 adalah pertubuhan yang tidak sah, siapa mereka untuk mendesak kami meletak jawatan?, panel-panel SPR dilantik mengikut Perlembagaan Malaysia.
"Mereka hanya suara minoriti, sedangkan majoriti di luar masih lagi mempercayai SPR," katanya kepada Sinar Harian hari ini.Wan Ahmad juga menyangkal dakwaan pihak terbabit yang mengatakan mereka gagal membawa perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Pada sidang media pagi tadi, Bersih 2.0 mendesak kesemua ahli panel SPR termasuk pengerusinya meletak jawatan serta-merta atas alasan rakyat sudah tidak lagi yakin dengan badan pengendali pilihan raya.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendakwa ahli-ahli panel SPR yang ada sekarang tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai khususnya membabitkan status daftar pemilih.
Wan Ahmad berkata, hal itu adalah tidak tepat kerana SPR sentiasa berusaha untuk memastikan sistem pilihan raya berjalan dengan baik dan adil.

Kedah : Sabar kami ada batas

Posted: 12 Apr 2012 02:25 AM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Tanjung Malim

Posted: 12 Apr 2012 02:20 AM PDT

Trailer - Fokus PRU 13

Posted: 12 Apr 2012 02:19 AM PDT