SEKURANG-KURANGNYA 85 daripada 373 cawangan asal UMNO Silam akan dibubarkan dan kesemua ahli mereka seramai lebih kurang 11,000 akan keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat dan Parti Politik Tempatan dalam waktu terdekat.
Menurut seorang jurucakap yang hanya mahu dinamakan sebagai A Rahman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dan telah membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan UMNO kerana sering teraniaya oleh Ketua Bahagian yang meminggirkan cawangan awal, sebaliknya mengutamakan cawangan baru, terutama pemegang IC Projek.
"Dalam keadaan Silam sudah banyak cawangan, Nasrun tambah lagi 57 cawangan baru. Sekalipun beliau tahu bahawa cawangan baru tersebut tidak sah tetapi dibenarkan menyertai mesyuarat memilih Perwakilan 7 pada 2011," kata A Rahman yang memperakui mengikut Perlembagaan UMNO hanya selepas Perhimpunan Agung UMNO 2013 barulah 57 cawangan berkenaan boleh aktif dan menyertai sebarang aktiviti cawangan dan bahagian.
Difahamkan 85 cawangan yang ingin meninggalkan UMNO berkenaan adalah cawangan yang digantung daripada menjalankan mesyuarat kerana disebabkan tekanan dan ugutan jentera Nasrun yang mahu memastikan beliau tidak tewas pada pemilihan agung UMNO yang akan datang setelah memenangi jawatan berkenaan dengan culas dalam 'Video Klip Silap Mata UMNO Silam'.
"Mungkin Nasrun merasa terancam kerana kami tidak menyokong beliau tetapi dalam masa yang sama beliau semakin menunjukkan belang sebenar dengan mengekalkan Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan seolah-olah mencabar seluruh rakyat Sabah dan Perdana Menteri yang sedang berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi masalah IC Projek di Malaysia," kata A Rahman yang menjelaskan bahawa majoriti penduduk Lahad Datu kenal siapa Sharif Saidi dan asal usulnya dari PATI.
Tegas A Rahman, jika Ketua Bahagian UMNO sendiri memanjakan PATI dan mereka yang mendapat MyKad projek, bagaimana Kerajaan mahu menubuhkan RCI kerana UMNO mempunyai kepentingan terhadap PATI dan dalam masa yang sama membunuh kerjaya politik Ketua Cawangan asal di Silam.
Bapa kepada wanita Mongolia yang dibunuh kejam enam tahun lalu, Setev Shaariibuu berkunjung ke Malaysia hari ini untuk bertemu peguam dan kumpulan aktivis hak asasi.
Menurut peguam Setev di Ulaanbaatar, Munkhsaruul Mijiddorj, professor di universiti Mongolia itu berada di Singapura selama dua hari sebelum tiba di Kuala Lumpur untuk kunjungan tiga hari.
Munkhsaruul berkata kunjungan itu merupakan lawatan tidak rasmi dan Shaariibuu bersama dua pegawai Mongolia akan menemui beberapa individu untuk bercakap dengan kes saman ke atas kerajaan Malaysia.
Munkhsarul, dalam satu e-mel berkata demikian dengan merujuk kepada saman RM100 juta yang difailkan Setev dan juga dua anggota polis yang didapati bersalah kerana membunuh wanita tersebut, Altantuya.
Setev memfailkan kes tersebut pada Jun 2007 untuk menuntut kerugian atas seksaan zahir dan batin yang dialami isterinya dan dua anak Altantuya atas kematian anak sulungnya itu.
Difahamkan, Setev bercadang untuk bertemu peguamnya, Karpal Singh dan bertemu dengan aktivis hak asasi Suaram.
Suaram sebelum ini memfailkan saman ke atas syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS kerana didakwa membayar sogokan berjumlah jutaan ringgi kepada pegawai tinggi kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. - Malaysiakini
Semakin kerap pula puak-puak penyokong umno dan Barisan Nasioanl melakukan kekacauan sekarang ini , selang beberapa hari, Perkasa ( penyokong tegar Umno ) melakukan kekacauan dikedah ( lihat sini ) semua gara-gara mereka sudah sedar mereka kini sudah di hujung hayat, terdesak untuk terus berkuasa, mereka ini diarahkan untuk membuat kekacauan, tujuannya menakutkan orang ramai.
Video dibawah diambil di melaka, pada satu majlis perasmian bilik gerakan DUN Klebang, mereka datang memasang bendera dihadapan bendera- bendera pakatan rakyat dan kemudian telah merosakkan beberapa bendera disana.
lihat video dibawah.
Fikirkan sejenak mengapa harus jadi begini, kenapakah puak-puak samseng ini menjadi ganas dan menyusahkan orang, mereka tidak akan melakukan perkara tersebut jika tidak mendapat arahan.
Kepada samseng-samseng inikah seharusnya mandat mentadbir diberikan, jika kita lihat mereka tidak ubah seperti "penyangak kampung yang tidak bijak" juga boleh disebut "gangster kampung yang bodoh", dimana pemimpin mereka, mengapa tidak menghalang perkara yang memalukan ini dari terjadi.
Atau Pemimpin mereka yang sengaja memberi arahan supaya kekacauan dilakukan.
Pernah kah ada sebelum ini, penyokong pakatan rakyat datang dan membuat kacau majlis - majlis ceramah Barisan Nasional?, mengapa penyokong tegar umno lakukan perkara yang tidak dilakukan oleh penyokong pakatan. jika mereka ini betul dan benar mengapa tidak bertarung di gelanggang sama rata, tidak membahaskan isu rakyat dengan cara yang betul.
Mengapa mereka ini mengganas?
Disini dapat kita lihat siapa ada otak dan siapa tidak ada otak. maka anda pilih sendiri, cara mana negara ini mahu ditadbir, apakah mahu terus diperintah oleh gangster?.
Buat penyokong Umno, inikah cara anda?, apa ada kebaikan dengan apa yang anda buat itu?, dan tidak kah anda merasa malu mengganas seperti ini?.
Apa pun caranya , UMNO mesti ditumbangkan secepat mungkin. ini untuk kebaikan dan masa depan negara
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Majlis Perasmian Pejabat PKR di Jalan Putra Alor Setar telah cuba digangggu oleh sekumpulan Ahli PERKASA ,namun di halau balik oleh orang ramai yang berada di Bangunan SEntosa...Sungguh memalukan sistem demokrasi di Malaysia yg berat sebelah ini . Hasil dari tindakan Perkasa.
Berikut adalah petikan dari laporan Sinar Harian..
6 April Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.
Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.
Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda.
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sewaktu di Phnom Penh, Kemboja, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak kononnya berkata, bahawa beliau akan memastikan Pilihan Raya Umum ke-13, berlangsung dengan adil dan demokratik.
Najib juga mengatakan bahawa beliau tidak mahu menang dengan cara yang kotor pada PRU tersebut.
Namun apa pun, kita menyambut baik apa yang diperkatakan kepada PM, mudah-mudahan beliau tidak sekadar 'melepaskan batuk di tangga' atau 'baling batu, sembunyi tangan.'
Malangnya masih ada juak-juak Umno-Barisan Nasional memberi hujah dangkal, kononnya jika pilihan raya tidak demokratik, mana mungkin parti pembangkang boleh menang sehingga menguasai beberapa buah negeri.
Dengan hujah sedangkal ini, rupa-rupanya, masih ada segelintir pemimpin Umno-BN yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa, dengan kuasa rakyat, ia mampu mengatasi segala perancangan dan menghapuskan keegoan mereka. Read More / Baca Lagi >>
People march while carrying a banner before Himpunan Hijau's anti-Lynas rally in Kuantan, February 26, 2012. — File pic
KUALA LUMPUR, April 8 — Anti-Lynas groups will take their campaign to mosques nationwide, hoping to break racial barriers and add support for their ongoing efforts to stop Lynas Corporation's rare earth project in Kuantan. The Malaysian Insider understands that a protest has been planned for "selected" mosques nationwide this April 13, to be organised by a group of non-governmental organisations called Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau. An estimated 22 groups, including Asalkan Bukan Umno (ABU) and Badan Bertindak Anti-Rare Earths (Badar), will be part of this campaign.
Bapa kepada wanita Mongolia yang dibunuh kejam enam tahun lalu, Setev Shaariibuu berkunjung ke Malaysia hari ini untuk bertemu peguam dan kumpulan aktivis hak asasi.
Menurut peguam Setev di Ulaanbaatar, Munkhsaruul Mijiddorj, professor di universiti Mongolia itu berada di Singapura selama dua hari sebelum tiba di Kuala Lumpur untuk kunjungan tiga hari.
Munkhsaruul berkata kunjungan itu merupakan lawatan tidak rasmi dan Shaariibuu bersama dua pegawai Mongolia akan menemui beberapa individu untuk bercakap dengan kes saman ke atas kerajaan Malaysia.
Munkhsarul, dalam satu e-mel berkata demikian dengan merujuk kepada saman RM100 juta yang difailkan Setev dan juga dua anggota polis yang didapati bersalah kerana membunuh wanita tersebut, Altantuya. Read More / Baca Lagi >>
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu. Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.
"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.
"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula. "Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi. Read More / Baca Lagi >>
KOTA BHARU, 8 April: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat percaya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada usia 100 tahun dianggap cukup matang, bahkan mampu menjadi contoh kepada Majlis-Majlis Agama Islam yang lain.
Beliau menyatakan demikian dalam perutusan sempena perayaan tersebut, semalam.
"Maik telah menjalankan peranan dan fungsinya dengan baik dan cemerlang terutama dalam hal ehwal agama Islam di Kelantan," ujarnya.
Justeru, beliau berharap pada masa akan datang Maik dapat melestarikan sistem tadbir urusnya dengan menambah baik sistem sedia ada di samping melaksanakan pembaharuan yang boleh dicontohi semua peringkat.
Semalam, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan berangkat menyempurnakan upacara Majlis Perasmian Program Cakna Wanita dan Kanak-Kanak di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji dekat sini.
(Gambar: Tengku Muhammad Fa-Iz Petra menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima bantuan Maik.)
Program bertema Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga itu diadakan sempena Majlis Perayaan Ulangtahun ke-100 Tahun Penubuhan Maik.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata beliau akan menungguh Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua.
"Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka.
"Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan Pilihanraya DAP Dun Klebang di sini malam tadi.
Beliau berkata Ketua Menteri Melaka itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut.
"Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat".
"Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly.
By: Nash Ar-Rawy Where is democracy in Malaysia? It's a PARLIAMENTARY DICTATORSHIP which is on now in the parliament and Umno/BN as the ruling party. Dewan Rakyat has become " DEWAN UMNO " when BN's speaker has rejected the minority reports for fear of disclosing EC dirty works of producing forge ELECTORAL ROLLS to win Umno in the coming 13th GN. Read More / Baca Lagi >>
Unable to decide on who appoint to be Women's minister replacing the scandal-tainted Shahrizat Jalil, Prime Minister Najib Razak chose himself and is probably the only male to ever head a domain meant to look after the special needs and interests of the female population. The announcement followed heavy speculation on who would fill the post, which although a low-profile one is significant in that Shahrizat is also the head of the Umno women's wing. Disunited and corrupt As such, whoever replaces her is watched closely as a sign of who the male-dominated leadership in Umno wants as its next Wanita chief, although Kamilia Ibrahim, the current deputy, is by convention the next in line to take over and was expected to replace Shahrizat in the Cabinet. "This confirms there is disunity in Wanita. The cancer is strong just like in the rest of Umno. This happens when the members are forced by people like Najib to accept Shahrizat as the head of their wing even though she is considered too tainted to be a Cabinet minister," Zuraida Kamaruddin, PKR's no-nonsense tough-talking Women's chief, told Malaysia Chronicle.
Bahang kehangatan himpunan BERS✔H 3.0 semakin terasa. Ramai yang dah tak sabar-sabar nak turun. Dah tak lama dah, lagi 3 minggu saja lagi.
Ada sorang member dari kalangan Pemuda PAS sembang dalam telefon bagitau aku dia dah kena belasah bila bagi jawapan yang 'tak tepat' pasai himpunan BERSIH 3.0.
Bukan tak tepat macamana, ada pemuda yang tanya ada sewa bas dak kali ni, member tu jawab "Nanti la, belum ada arahan lagi."
"Nak tunggu arahan kepala otak hangpa apa lagi?" "Nak tunggu semua tiket bas, tiket keretapi dah habih, semua bas sewa pun dah penuh?"
Senang ceritanya sekarang ni, kalau ada dikalangan pemimpin PR yang berani tak bagi sokongan kepada Himpunan BERSIH 3.0 ni, memang masak la kena belasah.
KUALA LUMPUR, 7 April: Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.
"Dalam keadaan serba ketakutan setelah Bersih 2.0 dahulu mengakibatkan imej (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) merudum, saya yakin kerajaan Umno akan memperalatkan habis-habisan polis dan lain-lain pihak berkuasa untuk mematahkan perhimpunan Bersih 3.0 itu," kata beliau.
Pemimpin PAS pula memperkukuhkan usaha mereka malam tadi untuk mendekati komuniti Melayu di Selangor dengan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak mengkhianati golongan tersebut untuk komuniti Cina. - Gambar oleh Jack Ooi
SHAH ALAM, 8 April — Pemimpin PAS pula memperkukuhkan usaha mereka malam tadi untuk mendekati komuniti Melayu di Selangor dengan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak mengkhianati golongan tersebut untuk komuniti Cina. Pemimpin mereka menolak dakyah, tuduhan dengan membuktikan parti Islam itu tidak tunduk kepada parti majoriti Cina-DAP, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR). Kebanyakan pemimpin Umno dan akhbar mereka Utusan Malaysia menuduh PAS tunduk terhadap DAP. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata ketika perhimpunan malam tadi Umno cuba menakutkan komuniti Melayu, walaupun "propaganda" mereka itu tidak lagi efektif.
SEGAMBUT – Akibat ditampar dan ditendang oleh seorang guru matematik yang juga guru besar sekolah, seorang murid tahun lima mendakwa mengalami gegaran otak.
Bapa mangsa S. Saravanan, 40, berkata, dia dimaklumkan secara lisan oleh doktor dari Bahagian Neurologi, Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa anaknya selepas ditahan dua hari di wad kerana muntah-muntah selepas insiden itu.
Dalam kejadian 3 April lalu, pipi anaknya, S. Suryakaran, 11, ditampar dan kaki kirinya disepak hingga terjatuh serta kepala terhantuk pada kerusi kerana tertinggal buku latihan.
"Ramai yang bertanya bilakah PRU 13. Pengerusi SPR tak berani mmengatakan PRU 13 akan berlaku pada mac ini. Bulan Mac sudah habis, maka benarlah kata pengerusi SPR ketika ditanya pihak media massa dalam satu slot TV 9 tak lama dulu.Sekarang ini kita berada didalam bulan April yang barangkali tak mungkin akan diadakan PRU 13 pada bulan ini.
Lebih lebih lagi Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan yang pernah buat ramalan hampir tepat pada PRU 12 dulu . Read More / Baca Lagi >>
Mat Sabu highlighted the growth in Penang's Islamic Affairs allocations since the state came under PR rule. — Pictures by Jack Ooi
SHAH ALAM, April 8 — PAS leaders beefed up efforts last night to woo the Malay community in the heartland of frontline state Selangor by attempting to convince the electorate here that they have not betrayed them for the Chinese. The leaders whipped out anecdotes, accusations and scores of examples to prove their Islamist party was not subservient to the Chinese-dominated DAP, which it partners in the Pakatan Rakyat (PR) coalition along with PKR. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 7 April: Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada hak dan kuasa untuk bercakap perkara membabitkan hak asasi rakyat negara ini.
Aziz Bari berkata, SPR boleh bercakap mengenai pilihan raya sahaja dan suruhanjaya itu tidak ada kuasa hendak menyekat hak rakyat negara ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan SPR yang menyifatkan tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0, adalah langkah terburu-buru.
Despite the claim by Brickfields police OCPD Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib that the son of minister in the Prime Minister's Department was not involved in assaulting a security guard last month, a CCTV video has emerged to show otherwise. According to news portal Malaysiakini, the video shows Mohamad Nedim, son of Nazri Aziz, joining two others in assaulting a condominium security guard for insisting that he register as a guest at the guard house as required by condominium rules. The portal said what depicted in the video would also raise questions about the police's classification of the case as a minor offence - causing affray - which provides for a mere six-month imprisonment or RM1000 fine as the maximum sentence upon conviction.
Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu. ( Klik Sini )
Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.Read More / Baca Lagi >>
Outgoing Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said today that she felt relieved that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would taking over her portfolio. In a statement here, Shahrizat expressed her gratitude to Najib for making the announcement (that he would be taking over her portfolio) when the prime minister opened the Pahang-level Karisma 1Azam programme in Temerloh today. At the event, Najib had announced that he would be acting as Minister of Women, Family and Community Development after Shahrizat's term as senator ends tomorrow (April 8). Najib, however, did not say whether he would be acting in the post until a specific date. On March 11, Shahrizat had announced that she would step down as Women, Family and Community Development Minister on April 8 in light of the National Feedlot Centre (NFC) controversy. The NFC became embroiled in controversy after the company running it, NFC Corp, which is managed by Shahrizat's husband, failed to meet scheduled targets for beef production. The government had provided a RM250 million soft loan for the project.
KUALA LUMPUR- Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. "Dalam keadaan serba ketakutan setelah Bersih 2.0 dahulu mengakibatkan imej (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) merudum, saya yakin kerajaan Umno akan memperalatkan habis-habisan polis dan lain-lain pihak berkuasa untuk mematahkan perhimpunan Bersih 3.0 itu," kata beliau. Beliau menjangkakan, sama seperti menjelang perhimpunan Bersih 2.0 lalu, para pemimpin parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan ditangkap dengan harapan untuk menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun. "Tetapi, walaupun hampir semua para pemimpin tertinggi ditangkap awal-awal lagi ketika perhimpunan Bersih 2.0 belum pun bermula, rakyat tetap membanjiri Kuala Lumpur berhimpun menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Berhimpun tanpa pemimpin. "Lautan manusia berhimpun di KLCC dan di pelbagai tempat di Kuala Lumpur. "Kebangkitan itu hampir 100 peratus kebangkitan rakyat, tiada pemimpin tertinggi dan itulah sebabnya para pemimpin Umno 'kencing di dalam seluar' mereka," kata Mohamad. Antara begitu ramai pemimpin tertinggi yang ditangkap sebelum perhimpunan Bersih 2.0 dahulu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.