MIMPI SENJA |
- Tamparan Hebat buat UMporNO : 11,000 keluar Umno sertai Pakatan Rakyat di Sabah
- Saman kerajaan Najib : Bapa Altantuya kini di Malaysia
- [Video] Lagi cerita samseng 'taik minyak' Umno di Melaka
Tamparan Hebat buat UMporNO : 11,000 keluar Umno sertai Pakatan Rakyat di Sabah Posted: 07 Apr 2012 10:25 PM PDT SEKURANG-KURANGNYA 85 daripada 373 cawangan asal UMNO Silam akan dibubarkan dan kesemua ahli mereka seramai lebih kurang 11,000 akan keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat dan Parti Politik Tempatan dalam waktu terdekat. Menurut seorang jurucakap yang hanya mahu dinamakan sebagai A Rahman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dan telah membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan UMNO kerana sering teraniaya oleh Ketua Bahagian yang meminggirkan cawangan awal, sebaliknya mengutamakan cawangan baru, terutama pemegang IC Projek. "Dalam keadaan Silam sudah banyak cawangan, Nasrun tambah lagi 57 cawangan baru. Sekalipun beliau tahu bahawa cawangan baru tersebut tidak sah tetapi dibenarkan menyertai mesyuarat memilih Perwakilan 7 pada 2011," kata A Rahman yang memperakui mengikut Perlembagaan UMNO hanya selepas Perhimpunan Agung UMNO 2013 barulah 57 cawangan berkenaan boleh aktif dan menyertai sebarang aktiviti cawangan dan bahagian. Difahamkan 85 cawangan yang ingin meninggalkan UMNO berkenaan adalah cawangan yang digantung daripada menjalankan mesyuarat kerana disebabkan tekanan dan ugutan jentera Nasrun yang mahu memastikan beliau tidak tewas pada pemilihan agung UMNO yang akan datang setelah memenangi jawatan berkenaan dengan culas dalam 'Video Klip Silap Mata UMNO Silam'. "Mungkin Nasrun merasa terancam kerana kami tidak menyokong beliau tetapi dalam masa yang sama beliau semakin menunjukkan belang sebenar dengan mengekalkan Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan seolah-olah mencabar seluruh rakyat Sabah dan Perdana Menteri yang sedang berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi masalah IC Projek di Malaysia," kata A Rahman yang menjelaskan bahawa majoriti penduduk Lahad Datu kenal siapa Sharif Saidi dan asal usulnya dari PATI. Tegas A Rahman, jika Ketua Bahagian UMNO sendiri memanjakan PATI dan mereka yang mendapat MyKad projek, bagaimana Kerajaan mahu menubuhkan RCI kerana UMNO mempunyai kepentingan terhadap PATI dan dalam masa yang sama membunuh kerjaya politik Ketua Cawangan asal di Silam. MUTALIB M.D/Pisau Karat |
Saman kerajaan Najib : Bapa Altantuya kini di Malaysia Posted: 07 Apr 2012 08:25 PM PDT Bapa kepada wanita Mongolia yang dibunuh kejam enam tahun lalu, Setev Shaariibuu berkunjung ke Malaysia hari ini untuk bertemu peguam dan kumpulan aktivis hak asasi. Menurut peguam Setev di Ulaanbaatar, Munkhsaruul Mijiddorj, professor di universiti Mongolia itu berada di Singapura selama dua hari sebelum tiba di Kuala Lumpur untuk kunjungan tiga hari. Munkhsaruul berkata kunjungan itu merupakan lawatan tidak rasmi dan Shaariibuu bersama dua pegawai Mongolia akan menemui beberapa individu untuk bercakap dengan kes saman ke atas kerajaan Malaysia. Munkhsarul, dalam satu e-mel berkata demikian dengan merujuk kepada saman RM100 juta yang difailkan Setev dan juga dua anggota polis yang didapati bersalah kerana membunuh wanita tersebut, Altantuya. Setev memfailkan kes tersebut pada Jun 2007 untuk menuntut kerugian atas seksaan zahir dan batin yang dialami isterinya dan dua anak Altantuya atas kematian anak sulungnya itu. Difahamkan, Setev bercadang untuk bertemu peguamnya, Karpal Singh dan bertemu dengan aktivis hak asasi Suaram. Suaram sebelum ini memfailkan saman ke atas syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS kerana didakwa membayar sogokan berjumlah jutaan ringgi kepada pegawai tinggi kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. - Malaysiakini |
[Video] Lagi cerita samseng 'taik minyak' Umno di Melaka Posted: 07 Apr 2012 05:23 AM PDT Semakin kerap pula puak-puak penyokong umno dan Barisan Nasioanl melakukan kekacauan sekarang ini , selang beberapa hari, Perkasa ( penyokong tegar Umno ) melakukan kekacauan dikedah ( lihat sini ) semua gara-gara mereka sudah sedar mereka kini sudah di hujung hayat, terdesak untuk terus berkuasa, mereka ini diarahkan untuk membuat kekacauan, tujuannya menakutkan orang ramai. Video dibawah diambil di melaka, pada satu majlis perasmian bilik gerakan DUN Klebang, mereka datang memasang bendera dihadapan bendera- bendera pakatan rakyat dan kemudian telah merosakkan beberapa bendera disana. lihat video dibawah. Fikirkan sejenak mengapa harus jadi begini, kenapakah puak-puak samseng ini menjadi ganas dan menyusahkan orang, mereka tidak akan melakukan perkara tersebut jika tidak mendapat arahan. Kepada samseng-samseng inikah seharusnya mandat mentadbir diberikan, jika kita lihat mereka tidak ubah seperti "penyangak kampung yang tidak bijak" juga boleh disebut "gangster kampung yang bodoh", dimana pemimpin mereka, mengapa tidak menghalang perkara yang memalukan ini dari terjadi. Atau Pemimpin mereka yang sengaja memberi arahan supaya kekacauan dilakukan. Pernah kah ada sebelum ini, penyokong pakatan rakyat datang dan membuat kacau majlis - majlis ceramah Barisan Nasional?, mengapa penyokong tegar umno lakukan perkara yang tidak dilakukan oleh penyokong pakatan. jika mereka ini betul dan benar mengapa tidak bertarung di gelanggang sama rata, tidak membahaskan isu rakyat dengan cara yang betul. Mengapa mereka ini mengganas? Disini dapat kita lihat siapa ada otak dan siapa tidak ada otak. maka anda pilih sendiri, cara mana negara ini mahu ditadbir, apakah mahu terus diperintah oleh gangster?. Buat penyokong Umno, inikah cara anda?, apa ada kebaikan dengan apa yang anda buat itu?, dan tidak kah anda merasa malu mengganas seperti ini?. Apa pun caranya , UMNO mesti ditumbangkan secepat mungkin. ini untuk kebaikan dan masa depan negara |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan