Ahad, 1 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kalau bukan Muhyiddin, Siapa akan cabar Najib? ...

Posted: 01 Apr 2012 09:40 PM PDT

Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berkata kegagalan Datuk Seri Najib Razak meraih keputusan lebih baik berbanding 2008 dalam pada pilihan raya umum akan datang akan menyebabkannya presiden Umno itu dicabar dalam pemilihan parti selepas ini.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, wartawan veteran itu berkata, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak akan dicabar oleh timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin. Pencabarnya akan datang daripada lapisan seperti (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin dan (MP Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir, tapi tak semestinya mereka," katanya.

Tambahnya, Mukhriz bagaimanapun perlu menjadi menteri penuh terlebih dahulu sebelum memulakan cabaran, manakala Khairy pula kini nampaknya sudah "hilang ghairah."


"Dia bukan lagi seorang yang berpengaruh seperti sebelumnya. Sementara itu, jawatan pengerusi PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) akan buatkan dia sibuk," katanya.

Abdullah, yang merupakan penasihat kepada bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein berkata, cabaran itu juga tidak mungkin digerakkan oleh pemimpin tertinggi seperti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"(Hishammuddin) juga perlu disalahkan jika BN menang dengan majoriti kecil. Presiden, timbalan dan naib presiden akan dipertanggungjawabkan.

Bekas anggota majlis tertinggi Umno itu menjangkakan bahawa BN akan menang dengan majoriti antara 20 hingga 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya ke-12.

Abdullah, yang juga merupakan bekas pengarang kanan akhbar The New Straits Times, turut memberikan beberapa petua kepada Najib untuk menghadapi pilihan raya itu. . Malaysiakini

[ARTIS] Azza Elite kahwin

Posted: 01 Apr 2012 09:27 PM PDT

AMPANG: Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga.

Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya.

"Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukai dia," katanya kepada mStar Online selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.

Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan.

Jarak usia sembilan tahun tidak menghalang Azza dan Azlan bersatu sebagai suami isteri.
Wang hantaran sebanyak RM10 ribu.

Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.


Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu.

Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang.

Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.


Majlis diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti pelakon Rozita Che Wan (kiri), Watie Sadali (tengah, berselendang putih) dan Mak Jah.
Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

MB Pahang wajib bersara - Tukar

Posted: 01 Apr 2012 08:56 PM PDT

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan NGO yang dibentuk kelmarin – Gabungan Tukar MB Pahang (Tukar) bertekad untuk menukar Datuk Sri Adnan Yaakob dalam pilihan raya umum ke 13.

Penyelaras Gabungan TUKAR, yang dianggotai 15 ahli, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan media berkata: "Tidak kira BN ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan wajib bersara."

Menurut kumpulan tersebut terdapat tiga sebab mengapa Adnan perlu disarakan dari arena politik.

Sebab pertama ialah masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketidakadilan pentadbiran yang kian berleluasa.

"Negeri ini membentangkan bajet defisit 12 tahun berturut-turut membuktikan Adnan gagal membawa kemajuan dan pembangun, meskipun Pahang negeri terbesar di Semenanjung Malaysia," kata Lee.


Selain itu Adnan dikatakan lebih mementingkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan berbanding kepentingan rakyat Pahang.

"Adnan seringkali membuat kenyataan yang mengugut rakyat Pahang. Hujahnya mengelirukan dan mengandungi maklumat tidak tepat," kata Lee lagi.

`Memalukan rakyat Pahang'

Selain itu Adnan didakwa merupakan pemimpin politik yang mudah marah, tidak sopan dan kasar.

Lee merujuk kepada kejadian di mana Adnan memarahi wartawan dengan perkataan bodoh pada bulan lepas.

"Tindakan seumpama itu sungguh memalukan kita sebagai rakyat Pahang," kata Lee.

Tukar akan menjalankan kempen di seluruh Pahang untuk mencapai matlamat mereka.

Tukar turut mengalukan penyertaan kumpulan NGO lain.

Selain itu mereka mengalukan anggota masyarakat tampil ke depan untuk memberikan maklumat berkenaan rasuah.  - FMT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Muhasabah untuk semua

Posted: 01 Apr 2012 09:03 PM PDT

Gendang perang pilihan raya semakin hampir. Tarikhnya menjadi teka teki, sejak tahun lepas lagi apabila Umno sendiri menangguhkan Mesyuarat Agung Pemilihan Umno kerana bimbang perpecahan yang sukar diubat. Hampir setahun sudah berlalu, namun tarikhnya belum lagi muncul kerana Datuk Seri Najib Tun Razak belum mendapat ilham.

Di mana sahaja saya bertemu dengan ahli dan orang ramai, soalan yang ditanya bila tarikh pilihan raya? Ini ada soalan lazim yang dikemukakan oleh orang ramai. Persoalannya bukan tarikh pilihanraya, tetapi persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Apakah jentera kita sudah bersiap dengan pasarana untuk bertempur, kerana ini adalah pilihanraya yang paling kritikal. Pihak Barisan Nasional tidak semudah itu untuk menyerah kalah kepada Pakatan Rakyat. Lebih lebih lagi mereka sudah melihat regim yang tumbang akan dibawa kepada pengadilan dan dibongkar skandal penyelewingan sepanjang mereka berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Zoo dan binatang dapat puluhan juta ringgit, pelajar...

Posted: 01 Apr 2012 09:00 PM PDT

Ramai kalangan telah melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang bertindak membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam demostrasi 'BERSIH' di Kota Kairo pada tahun lepas.

Tindakan ini dilihat sebagai 'tidak matang' dan lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu sendiri.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan adalah kerana keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam himpunan demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0.
Read More / Baca Lagi >>

What's special about April Fool’s Day – Umno and the Malayan Union

Posted: 01 Apr 2012 08:52 PM PDT

by  P Y Wong

What's special about April Fool's Day – Umno and the Malayan UnionThe British inaugurated The Malayan Union on 1st Apr 1946 as a launching platform for UMNO in May 1946. The British with their typical British humour chose 1st Apr as an auspicious date and we have been fooled ever since.
Psychological warfare tactics: Use Fear and Greed on the rural Malay masses.
Fear: The Chinese are taking over the country.
Greed: We must protect our rights.
Manipulators: British and the Malay Ruling Class.
The script is still being played today, 66 years after the event.



Hapus PTPTN: Najib umpama cacing kepanasan

Posted: 01 Apr 2012 08:50 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 April: Amat zalim kepada setiap pelajar yang berumur 22 tahun sudah menanggung hutang tidak kurang daripada RM25,000 hingga RM80,000 sedangkan peluang kerja semakin sempit, perbelanjaan semakin tinggi.

Justeru, apabila Pakatan Rakyat bersetuju untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 11 Mac 2012, menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti cacing kepanasan, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Read More / Baca Lagi >>

Meletakkan nilai agama pada batu dan simen

Posted: 01 Apr 2012 08:41 PM PDT

Oleh Iliya Arashi

Balian  : What is Jerusalem worth?
Saladin: Nothing…everything!
(Kingdom of Heaven, 2005)
Memerhatikan isu terkini – berkenaan tapak masjid di Bayan Mutiara – yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, menyedarkan kita bahawa sememangnya kita telah gagal sepenuhnya dalam melahirkan sebuah masyarakat yang matang dan bersemangat kebangsaan Malaysia.
Nilai dan kedudukan sesebuah bangsa terletak pada kebolehannya untuk menghargai dan memahami hukum yang asasi dan pada masa yang sama menolak perkara-perkara yang hanya bersifat luaran dan cetek semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO, belajarlah menjadi pembangkang yang baik

Posted: 01 Apr 2012 08:39 PM PDT

Oleh Mazir Ibrahim

Selepas pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional di beberapa buah negeri utama di Malaysia telah menjadi pembangkang, termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.
Sebelum 2008, kelihatan negeri-negeri ini cukup mustahil untuk ditumbangkan, apatah lagi ia merupakan negeri yang paling banyak menyumbang kekuatan UMNO dan Barisan Nasional. Kini tidak lagi.
Apabila UMNO menjadi pembangkang
Apabila Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Lim Guan Eng, maka bertempiklah sorak-sorai fanatik UMNO menuduh Melayu dan Islam Pulau Pinang telah terbiar di bawah "Cina" DAP. Sangat pelik, kebencian UMNO telah menghalalkan semua fitnah yang sendirinya menggambarkan sikap Melayu/Islam UMNO.
Keadaan ini turut sama berlaku di Selangor, sebuah negeri pusat kekuatan UMNO-BN selepas negeri Johor. Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu UMNO dan BN hingga kini tidak pernah menjalankan fungsinya sebagai check and balance di Selangor.
Segala isu yang dibangkitkan, sama ada di DUN atau di ceramah, isu yang dibawa kepada media massa kawalan BN sendiri, semuanya yang bertolak dari fitnah.
Read More / Baca Lagi >>

Situasi selepas Parlimen bubar lebih menakutkan BN

Posted: 01 Apr 2012 08:35 PM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Ramalan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan berlaku pada bulan November 2011 sudah berlalu. Ramalan bahawa PRU13 akan berlaku pada Mac 2012 pun berlalu juga nampaknya.

Ramalan terbaru yang sangat popular ketika ini ialah awal bulan Jun tahun ini. Hampir kesemua PRU di negara ini diadakan ketika cuti penggal sekolah kerana sebahagian besar tempat mengundi dan mengira undi adalah di sekolah, jadi rutin persekolahan tidak terganggu sewaktu cuti.

Read More / Baca Lagi >>

Banjir kilat, Kuala Lumpur alami kesesakan

Posted: 01 Apr 2012 08:30 PM PDT

Post Pic 
KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama menuju ke ibu negara mengalami kesesakan teruk pagi ini akibat banjir kilat dan kemalangan kecil berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.

Antara kawasan yang mengalami kesesakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Sungai Besi dan Duta-Ulu Kelang Expressway.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar-gambar sekolah terbaik di Malaysia..!!!

Posted: 01 Apr 2012 08:28 PM PDT

Tahu kah anda tipiem cakap tahap pendidikan di malaysia adalah lebih baik berbanding amerika, britain dan german? Ini seriyus, bukan cakap main2 der.
Lihat bukti kenyataan tipiem kat bawah neh terlebih dahulu ;


Dan kat bawah neh ialah gambar-gambar yang boleh membuktikan statement tipiem kita. Memang terbaik.Salute sama tipiem. Hari2 sambut aprilfool pun takpak, kami seronok sebab boleh gelak2 hilang duka.

kah kah kah
Read More / Baca Lagi >>

Satira :Dewa Jib di Gua Batu

Posted: 01 Apr 2012 08:23 PM PDT

Oleh RAZALI ENDUN
RAMAI orang mengenali dia sebagai seorang dukun. Dukun Jib. Orang kampungnya tidak ramai yang tahu dia seorang dukun. Akan tetapi dalam kalangan orang politik dan pak-pak menteri dia memang sangat dikenali. Dia dikenali sebagai dukun penenung nasib.
Seorang dukun yang pakar dalam menentukan nasib politik orang-orang politik. Mereka gelar dia 'Dukun Politik'.


Dia menjadi dukun pun secara kebetulan saja. Dia tidak pernah belajar ilmu pendukunan. Sebelum ini dia tidak kenalpun ilmu mistik, apa lagi mempercayainya. Dia tak pernah pun belajar ilmu ghaib itu. Menghafal mantera atau serapah jampi, tidak pernah dipelajarinya.Read More / Baca Lagi >>

Tehran Tower : Menara Berkembar Parsi

Posted: 01 Apr 2012 08:21 PM PDT

Kegilaan membina menara tinggi sebagai analogus kepada zakar selalunya dilakukan negara-negara Arab dengan kekayaan minyak. Nampaknya orang Parsi juga tak mahu kalah kepada their Arab neighbours. Tehran Tower ialah sebuah konsep menara berkembar yang mahu dibina di tengah-tengah Tehran Iran. Ianya dua menara yang bersambut pada bahagian atap untuk kelihatan seperti sebuah Muqarnas, rekaan senibina yang sinonim dengan negara Iran. Jika dibina menara ini bakal menempatkan 1200 apartmen tempat tinggal serta ruang pejabat. Bahagian atasnya pula akan menjadi oasis ditengah-tengah Tehran. Cool?


Read More / Baca Lagi >>

Episod malang rakyat Johor bakal berakhir

Posted: 01 Apr 2012 08:17 PM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan
Johor memang kubu kuat Umno. Bak kata orang, kalau letak tunggul kayu yang pakai lambang dacing pun, sudah tentu Barisan Nasional akan menang.Tetapi itu dahulu. Itu cerita lama. Rakyat Johor sudah semakin 'celik mata' sekarang, zaman menjadi 'pak angguk' Umno-BN sudah tamat.


Johor bukan lagi 'stok politik' Umno-BN. Kata orang Johor, 'Dek kerana ketaksuban mereka menyokong Umno-BN lah yang menyebabkan, Umno-BN 'beraja di mata bertakhta di hati', membuat apa sahaja untuk kepentingan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Nilai Gaji di Malaysia Lebih Rendah Berbanding Botwana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?

Posted: 01 Apr 2012 08:13 PM PDT

Kenaikan Gaji Malaysia Nilai Gaji di Malaysia Lebih Rendah Berbanding Botwana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?
Ada 2 perkara yang kami ingin kongsikan dan sentuh hari ini iaitu melibatkan paras gaji di Malaysia. Pertama sekali, kami ingin kongsikan data yang dikeluarkan baru-baru oleh International Labour Organisation melalui laman BBC di mana meletakkan kedudukan Malaysia "dihimpit antara negara Belarus dan Botswana.
Gaji di Malaysia Nilai Gaji di Malaysia Lebih Rendah Berbanding Botwana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?
Sumber : bbc.co.uk
Apa yang perlu anda fahami  di sini, data di atas melibatkan golongan yang makan gaji dan dalam pada masa yang sama tidak melibatkan keseluruhan populasi sesebuah negara. Apa yang boleh kami katakan berdasarkan penilaian ini, paras gaji di Malaysia masih lagi rendah. Dalam erti kata lainnya, underpaid.
Read More / Baca Lagi >>

Najib jadi PM kerana sempadan mengundi

Posted: 01 Apr 2012 08:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dato' Seri Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri kerana undi majoriti tetapi kerana persempadanan kawasan mengundi, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
"(Dalam pilihan raya 2008 lalu) penyokong Umno- BN hanya merupakan 49 peratus daripada pengundi popular.

"Yang menyelamatkan Umno dan yang membolehkan Najib jadi Perdana Menteri, ialah persempadanan kawasan mengundi. "Kalau tidak ada pembohongan dan arrangement macam ini, Umno yang melakukan kesilapan demi kesilapan ke atas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!" kata bekas Adun Pulau Manis itu.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan polis tidak ganggu perancangan PKR bongkar skandal NFC seterusnya

Posted: 01 Apr 2012 08:10 PM PDT

Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta.

Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian lapan unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.
Read More / Baca Lagi >>

TAKTIK KOTOR SPR : KEMAS PINDAH PENGUNDI

Posted: 01 Apr 2012 08:07 PM PDT

Majlis Tindakan Dun Ayer Molek membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh wanita Kemas dengan memindahkan pengundi dari Dun Ayer Molek ke Dun Duyong.

Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali berkata seorang pengundi, Zawawi Abdul, telah mendapati namanya tersenarai menjadi pengundi di Dun Duyong sedangkan sejak tahun 1970-an lagi beliau mengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek, Parlimen Bukit Katil.

"Zawawi telah dipindahkan dari Dun Ayer Molek dalam Parlimen Bukit Katil ke Dun Duyong dalam Parlimen Kota Melaka tanpa pengetahuan beliau".

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" uajr Mustaffa.

Sementara itu Zawawi sendiri melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab meniru tandatangan beliau dan menghantar borang pertukaran tempat mengundi ke Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun".
Read More / Baca Lagi >>

LPT 2 dan kontraktor kroni

Posted: 01 Apr 2012 08:02 PM PDT

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim mendedahkan di Parlimen pada minggu lepas tentang kerugian pihak kerajaan dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT Fasa Ke-2) yang menelan kos RM3.7 bilion. Lebuh raya masih tidak dapat digunakan sepenuhnya akibat berlakunya kelewatan ketara dari tarikh jangka siap iaitu pada akhir 2010.

Kerugian tersebut berlaku disebabkan terdapat beberapa kontraktor yang sepatutnya disenaraihitamkan daripada mendapat tender telah di'anugerahkan' tender semula oleh kerajaan. Sebelum itu, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said semasa mengadakan lawatan kerja ke LPT Fasa 2, menyatakan bahawa banyak faktor yang menjejaskan pencapaian projek LPT ini termasuk mendapan tanah, di samping kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik.
Read More / Baca Lagi >>

Media perlu adil untuk semua parti politik

Posted: 01 Apr 2012 08:00 PM PDT

Oleh ABU FATHY
PILIHAN raya pertama Tanah Melayu pada tahun 1955 memperlihatkan bagaimana parti-parti politik mempunyai peluang saksama dalam media.Pada masa itu, media massa terdiri daripada akhbar dan radio. Televisyen belum berkembang.
Majalah, buku dan filem tidak dikategorikan sebagai media massa kerana had khalayaknya.Terdapat beberapa akhbar harian Melayu ketika itu tetapi yang paling utama ialah Utusan Melayu bertulisan jawi.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan tekad hapus PTPTN

Posted: 01 Apr 2012 07:59 PM PDT


ptptn
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat.

Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, apa yang dilakukan PR bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading.

Menurutnya, oleh itu, PR akan merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan remehkan pembulian media

Posted: 01 Apr 2012 07:58 PM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
ADUN Kubang Rotan, Kedah, Mohd Nasir Mustafa mengemukakan writ saman terhadap RTM yang didakwa memfitnah dirinya berhubung satu isu yang dimainkan media milik negara yang disalahgunakan oleh BN itu dalam rancangan Titik Sentuhan bertarikh 18 Disember 2012. 

Writ saman yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar itu turut menyenaraikan dua orang awam iaitu Hanafiah Ramli dan Zakri Shuib yang mengeluarkan komen dalam rancangan tersebut sebagai pihak defendan. Mohd Nasir selaku plaintif memohon mahkamah membenarkan beberapa perintah, iaitu ganti rugi am sebanyak RM10 juta dibayar kepada plaintif oleh para defendan di samping ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk.
Read More / Baca Lagi >>

Kamilia anggap Shahrizat pembawa penyakit

Posted: 01 Apr 2012 07:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April: Meskipun ditekan hebat untuk menarik balik kenyataan beliau menasihatkan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk turun takhta, timbalan Ketua Wanita Umno Kamilia Ibrahim terus menekan bahawa seseorang yang membawa penyakit tidak perlu dibawa ke medan perang.

"Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang? Adakah kita mahu semua anggota sakit dan mati atau kita kuarantin dulu anggota itu hingga dia sembuh agar pasukan dapat terus mara ke medan perang?" kata Kamilia ketika wawancara bersama Mingguan Malaysia semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Panel hubungan agama: Isu seminar di Johor selesai apabila tajuk diubah

Posted: 01 Apr 2012 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April — Isu seminar di Johor yang dianjurkan untuk menangani "ancaman Kristianisasi" terhadap umat Islam telah selesai apabila penganjur bersetuju untuk mengubah tajuknya, kata panel hubungan agama Kabinet.
Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JMKPA) berkata, mereka menganggap perkara itu "selesai" apabila penganjur menukar tajuknya pada saat-saat akhir sebelum seminar itu berlangsung.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Azman Amin Hassan (gambar), berkata kepada The Malaysian Insider bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah bersetuju untuk mengubah tajuk berkenaan Khamis lalu apabila panel tersebut mula terlibat dalam perkara itu.
"Kami telah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan sebelum mereka bersetuju untuk mengubah nama seminar tersebut dan juga sijil kehadiran," katanya apabila dihubungi semalam.
"Jadi pada saya, perkara itu telah selesai. Untuk masa hadapan, kita perlu pastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi."
Azman Amin memberikan maklum balas kepada Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran bagi penukaran tajuk berkenaan dan menjelaskan kemudiannya bahawa berada di AS pada ketika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kandang kambing lebih baik dari sekolah ini!

Posted: 01 Apr 2012 07:50 PM PDT



Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

Sebelum korang baca seterusnya di sini, sila tengok gambar di bawah ini :

Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Korang fikir-fikirlah sendiri, apa jenis kualiti pendididikan yang Mat Sembab tu cuba temberangkan kepada rakyat. Setelah 50 tahun lebih Umno/BN mentadbir negara, masih ada sekolah macam kandang kambing begini!

Anwar: Berhenti fitnah saya

Posted: 01 Apr 2012 07:49 PM PDT


Anwar_Ibrahim
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.
Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai.
"Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat," katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam kelmarin.
Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Pengerusi DAP Wangsa Maju, Lim Ching How dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Wangsa Maju, Mohammad Hamdi Mohd Said.
Read More / Baca Lagi >>

Puas hati dapat balas dendam

Posted: 01 Apr 2012 07:47 PM PDT

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Sweet is revenge - especially to women madah pujangga British Lord Byron. Maksudnya puas hati kalau dapat membalas dendam terutama dalam kalangan wanita. Saya suka tambah dendam sebenarnya tiada kenal jantina - keinginan membalas dendam wujud dalam hati majoriti manusia. Ramai politikus parti pemerintah dan pembangkang saya tahu amat dahagakan dendam!

Read More / Baca Lagi >>