MB Kedah
KOTA SARANG SEMUT - Tiada rombakan dalam Jawatankuasa Perhubungan Pas Kedah walaupun kira-kira 90 peratus suara dari kawasan mahu penyusunan semula dilakukan bagi memantapkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) susulan kemelut kepimpinan negeri baru-baru ini.
Sinar Harian difahamkan, usul penyusunan semula jawatankuasa itu dikemukakan oleh Dewan Pemuda Pas negeri dan mendapat sokongan majoriti kepimpinan kawasan termasuk Sungai Petani, Jerlun, Kulim-Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Malah, majoriti wakil yang menghadiri mesyuarat bulanan Pas Kedah di Kompleks Pas Batu 9, semalam, turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesukaran yang mungkin dihadapi jika kedua-dua timbalan pesuruhjaya Pas, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh, kekal dalam jawatankuasa itu.