Isnin, 12 Mac 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FESYEN HAJJAH ROSMAH BUKTI KONSEP `WASATIYYAH' UMNO BERJAYA

Posted: 12 Mar 2012 01:08 PM PDT


Oleh:  WFAUZDIN NS

FOTO di atas adalah foto terbaru sewaktu pembukaan sidang Parlimen semalam.  Untuk apa foto ini disiarkan?  Penting sangatkah kepada kita?  Memang penting pun.

Semua kenal beberapa tokoh di dalam foto di atas.  Selain dari DYMM YDP Agung dan Permaisuri, ada dua lagi tokoh penting di negara ini yang bergambar bersama.  Mereka adalah Haji Najib dan Hajjah Rosmah Mansor.  Apa yang peliknya tentang foto mereka berdua?  Memang pelik pun.

Sekiranya Ustazah Mashitah atau Jamil Khir melihat foto ini, terutamanya tentang fesyen pakaian Hajjah Rosmah Mansor, adakah kedua-dua pakar agama Umno tersebut mahu mengaku bahawa itu adalah isteri pemimpin negara yang mereka sanjung?  Aku rasa mesti mereka mengaku kerana jika tidak, buat apa mereka duduk di dalam saf Umno yang memilih pemimpin seperti itu?  

Hajjah Rosmah tidak peduli apa jua rakyat akan perkatakan tentangnya kerana beliau yakin dengan kekuatan suaminya Najib yang boleh membeli jiwa rakyat.  Masakan rakyat terutamanya orang-orang Melayu berugama Islam akan pertikaikan pakaiannya yang `seksi' dan `ketat lagi berisi' di bahagian dada itu setelah Najib umpan rakyat dengan BR1M sebanyak RM 500.  Pastinya rakyat bersyukur dan terhutang budi pada Najib, dan tanda bersyukur itu adalah sokong Najib dan isterinya hatta apa jua yang beliau lakukan.  Itu lah erti syukur bagi mereka.

Cantikkah Hajjah Rosmah berpakaian begitu?  Mengapa Najib redha dengan cara Hajjah Rosmah?  Jawapannya anda sendiri fikir kerana anda lah yang bakal menentukan pemimpin anda sendiri.  Kalau tanya aku, usahkan aku redha dia jadi isteri PM, kalau jadi Amah di dalam rumah aku pun aku tidak redha.  /wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Gambar sensasi sepanjang minggu

Posted: 12 Mar 2012 05:33 PM PDT

10 Mac Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut ke arah Hakim Mahkamah Rayuan. 
11 Mac Suami Datuk Seri Shahrizat Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) iaitu Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat.

12 Mac Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri- Datuk Seri Najib Razak, Yang di-Pertuan Agong- Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong- Tuanku Hajah Haminah di Upacara perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[VIDEO] : Berbasikal separuh bogel di Peru

Posted: 12 Mar 2012 07:52 AM PDT

Penang Int' Airport : Surat Lim Guan Eng kepada Menteri Pengangkutan -

Posted: 12 Mar 2012 02:15 AM PDT

Surat kepada Menteri Pengangkutan Dato' Seri Kong Cho Ha

12 Mac 2012

YB Dato' Seri Kong Cho Ha
Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
Blok D5, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia.

YB Dato' Seri,

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Berada Dalam Keadaan Yang Amat Menyedihkan

Merujuk kepada perbualan awal kita, saya ingin membawa perhatian YB Dato' Seri untuk perkara di atas.

Dalam 2- 3 minggu lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ini berlaku disebabkan 3 sebab utama:

Projek pembesaran lapangan terbang sebanyak RM250 juta lewat daripada jadual

Kerja-kerja yang dijalankan tidak sempurna menyebabkan bukan sahaja berlaku kebocoran tetapi juga banjir. Apabila hujan, banjir bukan sahaja berlaku di luar tetapi juga sehingga satu inci di dalam terminal lapangan terbang.

Masalah ini menyebabkan gangguan yang sangat besar dan memberikan kesukaran yang tidak terhingga kepada pengguna lapangan terbang bukan sahaja terhadap perjalanan tetapi yang lebih teruk turut merosakkan barangan mereka.

Saya pasti YB Menteri akan bersetuju bahawa kejadian ini amat memalukan kepada negara kerana air setinggi satu inci telah membanjiri terminal lapangan terbang antarabangsa. Oleh kerana lapangan terbang memberikan gambaran yang pertama terhadap mereka yang memasuki Pulau Pinang dan yang lebih penting, Malaysia, saya menggesa YB Menteri untuk campur tangan secara langsung dalam menyelesaikan masalah ini.

Situasi yang memalukan ini adalah amat serius dan membuktikan kegagalan sistem keseluruhan projek ini. Oleh itu, adalah penting YB Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai perkara ini dan jika boleh YB Menteri datang dan melihat sendiri keadaan yang menyedihkan dan memalukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Saya sertakan surat ini dengan beberapa keping gambar sebagai bukti yang jelas untuk situasi yang buruk ini.

Ini adalah satu perkara yang menjadi kebimbangan negara dan saya amat berharap YB Menteri akan memandang perkara ini dengan serius dan dengan kepentingan.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

NFC : Towkey lembu Shahrizat didakwa

Posted: 12 Mar 2012 12:46 AM PDT

KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation

Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Semalam, Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.

Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah (CBT).

Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.
Mohamed Salleh merupakan Pengerusi Eksekutifnya. Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Umno tries to gain sympathy: Shahrizat vs Wan Azizah

Posted: 12 Mar 2012 05:02 PM PDT

Umno tries to gain sympathy: Shahrizat vs Wan AzizahUmno, in defence of disgraced Wanita Umno Chief and Federal Minister Shahrizat Jalil, has begun beating war drums over the issue that Parti Keadilan Rakyat Chief Wan Azizah Wan Ismail didn't quit her party post when her husband, Opposition Leader Anwar Ibrahim, was jailed on a corruption charge.
"When Anwar was jailed, Wan Azizah continued as president. They (her family) are only going to be charged, not guilty yet. So why resign?" Umno information chief Ahmad Maslan told reporters on Monday.
But there are no parallels between Wan Azizah and Shahrizat. Shahrizat's husband and children were accused of corruptly spending public money to the tune of millions in the RM250 million NFC financial debacle. Her husband, Salleh Ismail, who is also the NFC chief, was finally charged for CBT on Monday after months of paper shuffling and delay.
Read More / Baca Lagi >>

Maki wartawan: Adnan gali kubur sendiri

Posted: 12 Mar 2012 05:01 PM PDT

Maki wartawan: Adnan gali kubur sendiriKUANTAN- "Mana-mana pemimpin yang memaki hamun wartawan bermakna sedang menggali kubur sendiri," kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.
Beliau mengulas insiden Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang secara terang-terang menjerit mengatakan "wartawan bodoh", "akhbar bodoh" dan mengulanginya beberapa kali ketika sidang medianya selepas perasmian Karnival Buku Pahang 2012 di sebuah hotel di sini kelmarin.
Beliau juga dikatakan turut mengusir wartawan-wartawan daripada akhbar Cina dan disaksikan oleh orang ramai.
Adnan bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan akhbar-akhbar Cina yang yang menurutnya menyiarkan kenyataan beliau berkaitan sisa proses kilang Lynas akan dilupuskan di lombong tinggal di Sungai Lembing.
Suhaimi berkata, sepatutnya jika kenyataan tersebut bohong beliau memanggil sidang akhbar dan menafikannya bukan bertindak secara emosi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib popular: Rakyat boleh beza intan dan kaca

Posted: 12 Mar 2012 05:00 PM PDT

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak merasa terkejut dengan kajian Merdeka Center bahawa populariti Datuk Seri Najib Razak meningkat berbanding tahun lalu.
Najib popular: Rakyat boleh beza intan dan kacaBagi DPPM, kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor , ini merupakan berita biasa dan dan suah acapkali didengar menjelang pilihan raya umum.
Katanya, DPPM berpandangan, populariti Najib naik kerana beliau dibandingkan dengan seteru politik beliau di negara ini.
"Dalam keadaan politik negara yang tidak seimbang, demokrasi yang tempang, amat sukar pemimpin lain khususnya Pakatan Rakyat boleh mengatasi populariti Najib," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, semua media utama negara dimiliki oleh kerajaan milik Najib, dan semua jentera kerajaan juga di bawahnya, lalu tidak sukar untuk menjadikan beliau seorang yang popular.
Dengan peningkatan menjadi 69 peratus kali ini, Datuk Seri Najib dilihat dalam kedudukan terkuat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Katanya, itulah hasrat Najib dan Umno bagi memastikan mereka boleh menang dalam PRU ke13.
Ini, ujar Riduan adalah petanda dekatnya PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
"Hakikat sebenarnya Datuk Seri Najib amat gentar sekiranya populariti beliau jatuh merudum berbanding dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

NFC scandal makes a mockery of Malaysian rule of law

Posted: 12 Mar 2012 04:58 PM PDT

NFC scandal makes a mockery of Malaysian rule of law - Kim QuekControversial women's affairs minister Shahrizat Jalil's so-called resignation on April 8 once again brought to limelight the Barisan Nasional government's utter impotence to deal with a crisis of high corruption allegation.
Almost five months after the National Feedlot Corporation (NFC) scandal broke out, when the public has already been flooded with innumerable details of criminal improprieties that have leaked out incessantly, the only outcome that we have seen is this departure of Shahrizat from the cabinet. And even this event is not an act on the part of anybody; Shahrizat was not sacked, nor did she resign, her status as minister merely becomes legally void when her term as a senator comes to an end on April 8, as under our constitution only a member of parliament or a senator can become a minister.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: MP BN diberi peruntukan pancing undi

Posted: 12 Mar 2012 04:57 PM PDT

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mahu ahli parlimen BN supaya segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta - di kawasan masing-masing sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi.

briefing for BN mps by Agriculture Minister Noh Omar on National Feedlot Corporation (NFC) scandal"Ini titik sentuh yang kita nak buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna duit kementerian dulu," katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Beri warganegara jadikan PRU13 paling kotor

Posted: 12 Mar 2012 04:53 PM PDT

 KUALA LUMPUR, 13 Mac: PAS Wilayah Persekutuan menyokong pandangan Datuk Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan supaya menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai diadakan.

"PAS WP menganggap gesaan Naib Presiden PAS itu sebagai suatu usaha bagi mengelakkan warga asing mengundi dalam PRU13," kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, kerajaan wajar mengambil langkah itu bagi mengelakkan prejudis rakyat bahawa warga asing turut diberikan hak kerakyatan dan mengundi dalam PRU13 seperti mana yang sering dibualkan sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

NFC chief charged: A victory for the people and PKR but will Umno acquit him after GE-13

Posted: 12 Mar 2012 04:43 PM PDT

NFC chief charged: A victory for the people and PKR but will Umno acquit him after GE-13At last, Salleh Ismail, the NFC chairman and husband of Umno minister Shahrizat Jalil was charged in the Sessions Court with criminal breach of trust and violating the Companies Act in relation to RM49 million in federal funds given to the National Feedlot Corporation.
However, PKR leaders expressed concern that the case might turn out to be like other high-profile cases in the past that came to nought including those involving former minister Kasitah Gaddam and even ex-Selangor Mentri Besar Khir Toyo.
"Firstly, this is a victory to the people and a tribute to PKR leaders like Rafizi Ramli and Zuraida Kamaruddin, who courageously exposed one crooked deal after another even after Shahrizat slapped on a RM100 defamation suit on them," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat PAS mahu Shahrizat pertahankan diri

Posted: 12 Mar 2012 04:41 PM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempertikai keputusan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tanpa mengemukakan bukti bahawa beliau tidak bersalah.

Timbalan Ketua DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, sekiranya Shahrizat benar-benar tidak terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), beliau perlu mempertahankan diri.

"Memang dari segi siasatan SPRM sampai sekarang belum ada apa-apa keputusan. Beliau meletakkan jawatan atas desakan. Sekiranya dia yakin yang dia tidak bersalah dan tak ada kena mengena dengan dana NFC, pertahankan diri.

"Kalau saya, saya akan pertahankan diri. kalau saya tidak bersalah, pantang orang sebut saya bersalah," kata beliau ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Umno gunakan Wan Azizah untuk mempertahankan Shahrizat

Posted: 12 Mar 2012 04:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata kepada pemberita bahawa keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Noh cuba elak kontroversi NFC, serah pada mahkamah

Posted: 12 Mar 2012 04:21 PM PDT

Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.

briefing for BN mps by Agriculture Minister Noh Omar on National Feedlot Corporation (NFC) scandalSebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.

Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.

"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.
Read More / Baca Lagi >>

Letak jawatan 8 April: Shahrizat menipu rakyat

Posted: 12 Mar 2012 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mac: KEADILAN berpendapat pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk berundur sebagai menteri wanita, keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini, sebagai satu percubaan untuk menipu rakyat.
Ini kerana, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, Shahrizat akan tamat tempoh jawatannya sebagai menteri, berkuat kuasa pada tarikh tersebut dan bukannya meletakkan jawatan.
"Pengumuman ini adalah jelas cubaan untuk menipu rakyat supaya memikirkan bahawa perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN mengambil tindakan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan supaya Shahrizat bertanggungjawab terhadap tindakannya," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Dalam kenyatannya semalam, Surendran berkata, menurut Artikel 43 perlembagaan persekutuan, menteri dilantik di kalangan anggota Dewan Rakyat atau dewan negara.
"Tempoh Shahrizat sebagai senator tamat pada 8 April, jawatan beliau sebagai menteri mesti tamat berdasarkan Artikel 43.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng: Shahrizat letak jawatan 'sekadar drama'

Posted: 12 Mar 2012 11:52 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melabelkan peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sebagai keputusan  'separuh hati' bagi mengurangkan keributan umum sekarang tetapi pada masa yang sama merancang untuk kembali semula.

asian democracy and economic development forum penang 090212 lim guan eng"Ia jelas, ini akan menjadi persepsi kepada masyarakat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP apabila ditanya mengenai pengumuman Shahrizat untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senator yang disandangnya tamat bulan depan.

"Beliau berbuat demikian kerana beliau merasakan boleh kembali semula... tetapi kita kata beliau melakukannya dengan 'separuh hati'. Jika beliau mahu meletakkan jawatan, (jadi) letak semua jawatan.

"Sudah tentu, beliau tidak mahu mendengar desakan pembangkang, tetapi saya berpendapat beliau perlu mendengar nasihat rakannya, Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggunakan perkataan yang lebih keras berbanding saya," kata Lim.

Beliau yang juga ahli parlimen Bagan berkata sekiranya niat Shahrizat untuk melepaskan jawatannya adalah asli, beliau tidak perlu menunggu sehingga 8 April ini untuk berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Pengunduran Shahrizat iyakan skandal NFC

Posted: 12 Mar 2012 11:33 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mac: Angkatan Muda KEADILAN menganggap pengunduran Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat,  mengiyakan pembabitannya dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).
"Ini sekaligus mengiyakan segala pendedahan KEADILAN yang gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.
"Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau," kata ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN," ujarnya.
AMK juga menegaskan, apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia bukan noktah kepada pendedahan yang akan terus dibuat oleh KEADILAN berhubung skandal itu.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat seorang sahajakah yang berhenti? Seorang lagi tu macam mana?

Posted: 12 Mar 2012 11:31 AM PDT

Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya. Perletakkan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu. Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.

Walaupun beliau pada mulanya berusaha untuk mengekalkan jawatan itu, tetapi etika politiknya yang nyata sangat menjengkelkan itu tidak berdaya beliau untuk mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu. Sesungguhnya itu sahaja jalan yang tinggal untuknya lakukan kerana kesalahan etikanya sangat menjelikkan kerana suaminya itu mendapat pinjaman semudah itu kerana kedudukan Shahrizat didalam kabinet negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pengarah NFC mohon dibicarakan bagi 4 tuduhan

Posted: 12 Mar 2012 11:29 AM PDT

Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
NONEKesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.
Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.
Read More / Baca Lagi >>

Suami Shahrizat di dakwa atas kesalahan pecah amanah

Posted: 12 Mar 2012 11:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Datuk Seri Mohamad Salleh hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah dan melanggar syarat Akta Syarikat apabila menggunakan RM49 juta dana awam yang diberikan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).
Datuk Sri Shahrizat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. — Gambar oleh Jack Ooi
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat. Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Pengerusi Eksekutif NFC itu yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil — yang semalam telah mengumumkan perletakan jawatannya awal bulan depan — duduk berhampiran suaminya bersama-sama saudara mara dan penyokongnya. hanya satu daripada tiga anak mereka — Izmir — hadir di mahkamah.
Kedua-dua anak mereka — Izran dan Izana — yang merupakan pengarah kepada syarikat tersebut yang bertanggungjawab menguruskan pusat penternakan lembu fidlot tidak hadir di mahkamah. Ini menimbulkan persoalan sama ada mereka turut berhadapan dakwaan yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MENYANGGAH LAPORAN HELEN ANG TENTANG ABDUL MANAF KASMURI

Posted: 12 Mar 2012 04:50 PM PDT

Berdasarkan dari petikan video dibawah nama dan dalam tulisan Helen Ang adalah satu kesilapan kerana individu itu adalah insan yang berlainan nama.Nama yang tertera pada tulisan ialah Abdul Manaf Kasmuri , beliau adalah bekas Lt Kol (B) Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana siasatan saya sebelum ini.

Namun sanggahan saya kepada nama yang di sebut didalam video yang ditunjukan dibawah ialah Abdul Manan Kasmuri.Mungkin mempunyai hubungan persaudaraan tidak dapat dinafikan, namun laporan dan tulisan serta pengakuan vidoe dari link dibawah adalah individu yang berbeza dari segi watak dan fahaman politik.

Penafian Abdul Manaf seorang bekas Lt Kol (B) ini telah saya terima beberapa hari lepas kerana beliau menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dan ini menimbulkan salah faham akan individu didalam video tersebut.Selepas melihat video, barulah disedari bahawa memang benar individu yang merupakan seorang ketua cawangan Umno dan membuat laporan polis berhubung insiden di jalan Kebun di program ABU, Asalkan Bukan Umno itu adalah insan yang bernama Abdul Manan Kasmuri.

Menurut maklumat yang diterima, beliau , Abdul Manan adalah ketua cawangan Umno dan juga terlibat dengan beberapa program Umno , termasuk JATI juga program Zulkifli Nordin di sekitar parlimen Kota Raja.Jadi maklumat berhubung dengan Lt Kol (B) Abdul Manaf Kasmuri adalah tidak tepat sama sekali.Abdul Manaf adalah seorang aktivis PAS yang berjuang dengan cara beliau bersama-sama jemaah PAS.




Hindraf - Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun- link

Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun

By Helen Ang,

Abdul Manaf Kasmuri ialah individu yang membuat laporan polis terhadap Hindraf kerana dia membantah orang India menghadiri
forum ABU pada Jan 21 di suatu tempat yang didakwanya "kawasan orang Melayu".

Abdul Manaf Kasmuri (dalam YouTube dipautkan di atas ) berkata bahawa dia duduk 60 tahun di Jalan Kebun.

IANYA DI SEBUT DENGAN NAMA ABDUL MANAN KASMURI DAN BUKANNYA ABDUL MANAF KASMURI.


Projek untuk habuan Kroni Akhirnya Terbengkalai

Posted: 12 Mar 2012 08:13 AM PDT

Projek untuk habuan Kroni Akhirnya Terbengkalai



TANJUNG KARANG, 12 MAC: Gara-gara obses dengan projek pembangunan yang menjanjikan pulangan lumayan untuk parti, kroni dan diri, undang-undang tidak lagi menjadi persoalan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Projek yang sepatutnya melalui prosedur dan kelulusan pihak tertentu sebelum kerja pembinaan dimulakan juga dipandang sebelah mata sekaligus menjadikan kemudahan yang dibina bakal menjadi satu lagi projek gajah putih BN.

Terbaru, projek pembinaan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bagan Pasir Penambang yang hampir 90 peratus siap juga tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak termasuk kelulusan kerajaan negeri.

Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini, projek yang menelan kos lebih RM22 juta itu juga tidak memiliki pelan yang diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

"Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan mestilah kemukakan Permohonan Kebenaran Merancang dari pihak kerajaan tempatan dan pihak berkaitan dengan mengemukakan Pelan Pendirian Bangunan dan Pelan Susunatur.

"Contohnya kelulusan Jabatan Alam sekitar, Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan dan kesemuanya lebih kurang ada 19 pihak perlu meneliti sesuatu projek.

"Oleh kerana ia melibatkan pembinaan jeti, projek ini juga mesti dapatkan komen dan kelulusan dari jabatan maritim atau pun marin.

"Komen-komen dari jabatan-jabatan atau agensi yang saya sebutkan ini amat penting sebab ia melibatkan struktur bangunan itu sendiri supaya tidak timbul isu keselamatan atau bangunan runtuh apabila diduduki nanti.

"Jadi bila dah tak ada kelulusan pelan pembinaan, macamana pihak MDKS nak bagi sijil menduduki (CF) bila siap nanti sebab dah tentu mereka tahu tiada jaminan jeti itu selamat digunakan.

"Saya pasti Jeti itu nanti akan jadi satu lagi projek gajah putih BN sebab tak boleh dapat CF.

"Ini memang jelas, kalau tanya pada pihak majlis pun, mereka akan 'confirm' tiada kelulusan" ujar Yahya.

Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan peruntukan RM22 juta terhadap projek yang tidak mendapat

kelulusan RM22 juta juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Kenapa Menteri Pertanian, tergesa-gesa mengeluarkan peruntuk yang besar tanpa mahu berbincang dengan kerajaan negeri dan menunggu pemeriksaan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan kelulusan?

"Adakah semata-mata mahukan projek ini jalan supaya dapat habuan untuk kroni, parti dan diri sendiri sahaja, maklumlah sekarang dah dekat pilihan raya dah ni.

"Sekiranya projek ini beri manfaat kepada rakyat Selangor dan mematuhi undang-undang saya pasti pihak kerajaan negeri tentunya tidak akan menghalang," katanya lagi.

Selain itu Yahya turut mempersoalkan infrastruktur yang belum dibina meskipun proses pembinaan bangunan tersebut telah mencapai lebih 80 peratus.

Menurut beliau lagi, keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan pelan perancangan yang diluluskan.

Yahya turut menggesa pihak SPRM, Jabatan Audit Negara dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) segera campur tangan dalam isu yang melibatkan kepentingan awam ini.

Dalam isu yang sama, Setiausaha MDKS, Azahari Sairin memberitahu TVS hari ini, permohonan kelulusan pelan yang dihantar oleh pemaju telah tidak mendapat kelulusan pihak MDKS.

"Pemaju ada hantar pelan perancangan tetapi pihak MDKS kembalikan kerana didapati tidak menepati piawaian.

"Lepas itu mereka tak hantar semula untuk penilaian MDKS hinggalah sekarang yang menyebabkan pelan pembangunan Jeti LKIM tu memang tak diluluskan MDKS," ujar beliau.

Guan Eng: Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan

Posted: 12 Mar 2012 08:11 AM PDT

Guan Eng: Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan


KUALA LUMPUR, 12 MAC – Pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri berkuatkuasa April depan disifatkan sebagai keputusan separuh rela memandangkan beliau masih belum bersedia melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya Shahrizat ingin meletakkan jawatan, beliau seharusnya melepaskan kesemua kedudukan yang disandang termasuk di dalam parti.

Menurutnya, tindakan Shahrizat itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau masih belum bersedia untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

"Dia (Shahrizat) nak letak jawatan sebagai menteri, tetapi tidak mahu lepaskan jawatan dalam parti.

Ini adalah keputusan separuh rela dan tiada kesungguhan. Kalau tak bersalah, kenapa nak lepaskan jawatan?

Dengan meletakkan jawatan, ia membuktikan salah laku yang telah dibuat. Shahrizat perlu melepaskan kedua-dua jawatannya," tegasnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyarankan Shahrizat supaya mendengar nasihat Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee supaya segera melepaskan kedua-dua jawatannya dan tidak bermain tarik tali terhadap keputusan yang dibuat.

"Saya rasa eloklah Shahrizat mendengar nasihat Syed Ali iaitu ahli Umno sendiri.

Kenyataan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang mewakili DAP," katanya.

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita Umno, beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

Sementara itu, Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

SAMM gesa MP Johor Bentang Kes Pelik KPN

Posted: 12 Mar 2012 08:10 AM PDT

SAMM gesa MP Johor Bentang Kes Pelik KPN


SHAH ALAM, 12 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM) menggesa Ahli Parlimen terutamanya kawasan parlimen Johor bagi membentangkan dan membahaskan satu usul berhubung kes pelik bekas Ketua Polis Negara, AG dan ketua kongsi gelap.

Dalam satu laporan media Malaysiakini hari ini mendakwa Peguam Negara telah campur tangan dengan menggunakan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mengakses fail sulit yang digelar 'Cicero' dalam kes itu.

Penyelaras SAMM negeri Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata usul itu perlu dibahas agar tindakan proaktif dan siasatan terperinci dapat dilakukan untuk mengkaji kesahihan dakwaan ini dan seterusnya melaksana tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan ini terbukti benar dan sahih.

Katanya, SAMM menyifatkan pendedahan dakwaan ini merupakan satu perkara yang mengejutkan dan perlu diberi perhatian serius dan segera oleh pihak pemerintah.

" Satu siasatan menyeluruh perlu diadakan bagi menyiasat dakwaan yang ditimbulkan ini ekoran daripada ia melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang negara untuk melindungi kerja-kerja jenayah sindiket perjudian dan pengubahan wang haram di Negeri Johor.

" Kebelakangan ini, Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Negara sememangnya dalam 'masalah yang besar' dan dakwaan yang timbul ini berpotensi untuk menjerumuskan pandangan umum dan antarabangsa terhadap amalan penguatkuasaan perundangan negara ke tahap yang lebih buruk lagi," katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, Negeri Johor dewasa ini sibuk dengan pelan pembangunan Iskandar Johor, skandal ini boleh menghakis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap mutu keselamatan di negeri ini dan seterusnya meranapkan imej Negeri Johor sebagai wilayah pembangunan ekonomi Selatan Malaysia.

" SAMM turut menzahirkan ingatan kepada pihak Kerajaan Pemerintah agar menyiasat dakwaan ini dengan penuh ketelusan. Jangan ada niat untuk sekadar menutup kepincangan dan kejelikan yang wujud dalam agensi penguatkuasaan undang-undang Negara. Siapa yang bersalah wajib diheret ke muka pengadilan," katanya.

Jelasnya lagi, skandal itu tidak boleh dipandang mudah kerana rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjaga keselamatan rakyat bukannya berkompromi dan bersekongkol dengan aktiviti-akviti yang melanggar norma perundangan.

" Amanah rakyat terhadap pemerintah negara ini telah dipersiakan sekiranya kejahatan tersembunyi ini terus didiamkan demi mengekalkan kuasa.

" Kita merasakan perlunya pemerintah dan agensi-agensi yang terlibat untuk tampil membersihkan diri dari terpalit dengan skandal-skandal seperti ini.

" Kami, sebagai anak muda merasa amat belas melihat kesungguhan anggota-anggota Agensi Kerajaan yang selama ini telah mengerah keringat seikhlas hati demi menabur bakti kepada Negara tetapi terpaksa menanggung malu ekoran dari sikap beberapa 'Orang Besar' dalam agensi-agensi ini yang mudah 'Gelap Mata'," katanya.

Beliau menambah, sebagai pewaris masa depan negara, pihaknya merasa amat jelik dengan perangai sebegini dan menggesa agar ia dibanteras dengan segera.

" Cukuplah kerosakan dan kehinaan yang telah anda campakkan kepada sistem pemerintahan negara tercinta selama ini dengan isu-isu yang tidak terjawab," katanya.

PERTUBUHAN HINDRAF MOHON BANTUAN NAJIB BANTU KELUARGA MISKIN

Posted: 12 Mar 2012 07:57 AM PDT



KALAU SAIFUL BOLEH BANTU NAK BELAJAR DAN MOHON BIASISWA , SUDAH TENTU ADUAN INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.SUDAH TENTU LAH IANYA MENDAPAT PERHATIAN PERDANA MENTERI DENGAN AMAT SEGERA.





Najib dimaklumkan 6 anak yatim perlu bantuannya
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suapaya membantu enam orang kanak-kanak, yang bapa mereka ditemui mati dalam tahanan polis pada tahun 2007.

Kanak-kanak itu menjadi yatim piatu apabila ibu mereka, R Letchumy, yang dirundung kesedihan yang melampau membunuh dirinya pada Februari 2009.

Bapa mereka, K Letchumanan, ditemui mati di lokap balai polis Raub pada 21 Disember, 2007. Polis mendakwa bahawa dia menggantung diri dengan selimut.

NONE"Saya telah bercakap dengan Sarasvathy, kakak Letchumanan yang kini menjaga kanak-kanak itu di samping lima anaknya sendiri," kata Ketua Pemuda Hindraf S Thiagarajan (tengah).

Selain itu, Sarasvathy juga menjaga lima anak lagi anak saudaranya yang lain, apabila seorang lagi adiknya, Chandran, meninggal dunia tahun lalu.

Kenam belas kanak-kanak itu diberi makan dan dijaga berdasarkan gaji yang tidak seberapa sebanyak RM900 yang diperolehi oleh Sarasvathy, yang bekerja sebagai tukang masak, katanya.

Menurut Thiagarajan, Hindraf membuat susulan kes itu apabila akhbar Kosmo mendedahkan keperitan hidup keluarga itu dan juga telah mengemukakan surat kepada Pejabat Perdana Menteri.

"Kami dengan ini merayu jasa baik anda dengan serta-merta untuk membantu kedua-dua keluarga ini dan juga anggaran 500,000 keluarga India miskin," petik surat itu.

Thiagarajan berkata wakil Hindraf juga akan melawat Sarasvathy, yang tinggal bersama kanak-kanak itu di Kuala Lumpur.