Isnin, 12 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[VIDEO] : Berbasikal separuh bogel di Peru

Posted: 12 Mar 2012 07:52 AM PDT

Penang Int' Airport : Surat Lim Guan Eng kepada Menteri Pengangkutan -

Posted: 12 Mar 2012 02:15 AM PDT

Surat kepada Menteri Pengangkutan Dato' Seri Kong Cho Ha

12 Mac 2012

YB Dato' Seri Kong Cho Ha
Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
Blok D5, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia.

YB Dato' Seri,

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Berada Dalam Keadaan Yang Amat Menyedihkan

Merujuk kepada perbualan awal kita, saya ingin membawa perhatian YB Dato' Seri untuk perkara di atas.

Dalam 2- 3 minggu lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ini berlaku disebabkan 3 sebab utama:

Projek pembesaran lapangan terbang sebanyak RM250 juta lewat daripada jadual

Kerja-kerja yang dijalankan tidak sempurna menyebabkan bukan sahaja berlaku kebocoran tetapi juga banjir. Apabila hujan, banjir bukan sahaja berlaku di luar tetapi juga sehingga satu inci di dalam terminal lapangan terbang.

Masalah ini menyebabkan gangguan yang sangat besar dan memberikan kesukaran yang tidak terhingga kepada pengguna lapangan terbang bukan sahaja terhadap perjalanan tetapi yang lebih teruk turut merosakkan barangan mereka.

Saya pasti YB Menteri akan bersetuju bahawa kejadian ini amat memalukan kepada negara kerana air setinggi satu inci telah membanjiri terminal lapangan terbang antarabangsa. Oleh kerana lapangan terbang memberikan gambaran yang pertama terhadap mereka yang memasuki Pulau Pinang dan yang lebih penting, Malaysia, saya menggesa YB Menteri untuk campur tangan secara langsung dalam menyelesaikan masalah ini.

Situasi yang memalukan ini adalah amat serius dan membuktikan kegagalan sistem keseluruhan projek ini. Oleh itu, adalah penting YB Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai perkara ini dan jika boleh YB Menteri datang dan melihat sendiri keadaan yang menyedihkan dan memalukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Saya sertakan surat ini dengan beberapa keping gambar sebagai bukti yang jelas untuk situasi yang buruk ini.

Ini adalah satu perkara yang menjadi kebimbangan negara dan saya amat berharap YB Menteri akan memandang perkara ini dengan serius dan dengan kepentingan.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

NFC : Towkey lembu Shahrizat didakwa

Posted: 12 Mar 2012 12:46 AM PDT

KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation

Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Semalam, Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.

Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah (CBT).

Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.
Mohamed Salleh merupakan Pengerusi Eksekutifnya. Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Tiada ulasan: