lelaki beristeri 6
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri tidak campur tangan dalam isu membabitkan seorang lelaki yang didakwa menipu empat isterinya untuk bertindak di luar kewarasan dengan menambah dua lagi isteri.

Exco Kerajaan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada mahkamah untuk menentukan keputusan sewajarnya.

"Secara umumnya apabila berlaku perkara seperti ini, individu terlibat boleh disifatkan sebagai jahil agama, seolah-olah tidak tahu dia hanya boleh berkahwin sehingga empat sahaja, namun dalam kes yang dilaporkan itu kita tidak pasti mengenai statusnya sama ada dia sudah menceraikan mana-mana dua daripada isterinya sebelum berkahwin," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.