Sabtu, 18 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kejadian aneh berlaku di padang golf ketika azan

Posted: 18 Feb 2012 08:15 PM PST


Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat 'warga Korea' itu supaya bermain dengan laju.
Marsyal itu menjawab: "Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini." Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat 'warga Korea' itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri 'pemain Korea' di atas green, entah apa akan terjadi.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

"Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

"Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah," katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya 'sesat' apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

"Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. "

Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang," katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.

Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi 'OB' (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.

"Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ," katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia 'tercampak' semula ke arah fairway.
Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.

Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

"Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka."

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk 'Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.'

Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.

Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: "Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. "

Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini," katanya.  - sumber

Skandal Rosmah FLOM - Curtin

Posted: 18 Feb 2012 06:31 PM PST

Saya ingin memfailkan aduan rasmi, butir-butir yang dirangka di bawah:

Saya merujuk kepada media siaran anda pada 13 Februari 2012 dimana anugerah Curtin mengiktiraf isteri Perdana Menteri Malaysia.

Saya merupakan ibubapa yang berbangga dengan alumni Curtin. Kedua-dua anak saudara lelaki dan perempuan saya juga adalah graduan dari Curtin seperti kebanyakan anak saudara-mara dan rakan-rakan dari Malaysia. Oleh itu, kami semua amat menghargai Curtin.

Skandal bersiri

Walau bagaimanapun, keputusan Curtin untuk memberi PhD Kehormat kepada Rosmah Mansur ialah secara sopannya merupakan satu skandal. Ia merupakan suatu penghinaan kepada semua alumni Malaysia Curtin.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, anda sepatutnya tahu bahawa kita tidak mempunyai seorang wanita pertama di Malaysia seperti Australia yang juga tidak mempunyainya. Di puncak raja berperlembagaan kita, kita mempunyai Raja dan Permaisuri. Kabinet Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda diketuai oleh Perdana Menteri dan isterinya yang dikenali sebagai isteri Perdana Menteri yang sama dengan ketua kerajaan Komanwel yang lain.

Kami mempunyai enam PM sejak kemerdekaan dan tidak ada satupun isteri-isteri mereka yang telah dikenali sebagai First Lady kecuali FLoM. Gelaran yang meragukan ini telah dicipta oleh Rosmah untuk memuaskan maruah kesombongan beliau. Beliau juga telah pergi ke tahap yang besar untuk mendapatkan publisiti seperti meletakkan iklan halaman penuh dalam akhbar New York Times untuk mengucapkan tahniah kepada dirinya kerana mendapatkan beberapa anugerah Amerika yang diragui tidak lama dahulu. Kita semua tahu bahawa anugerah dan petikan itu boleh dibeli. Apabila perkara ini telah dibangkitkan di Parlimen, suaminya, PM, secara malu kucing menyoal dengan cara yang membenarkan isterinya untuk menyamar sebagai FLoM.

Jika anda kisah untuk mengGoogle namanya anda akan dengan cepat menyedari bahawa dia adalah isteri yang paling dibenci diantara semua PM kami yang lalu. Anda juga akan mengetahui bahawa dia dikaitkan dengan pembunuhan paling teruk di Malaysia oleh keterangan mengikut bukti. Kes itu masih berterusan dan anda hanya boleh mencari nama PhD kehormat anda di dalam media antarabangsa dari semasa ke semasa.

Beliau merupakan skandal bersiri secara sendirinya. Cukup untuk mengatakan, anda mungkin pernah terjumpa cerita di Sydney Morning Herald tentang skandal membeli-belahnya di Sydney baru-baru ini.

Lain kali, semak latar belakangyna secara menyeluruh

Asas bagi petikan Curtin untuk Rosmah adalah bahawa "beliau menumpukan dirinya kepada kehidupan masyarakat, menjadi penggerak di sebalik projek Permata yang memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan untuk kanak-kanak Malaysia berumur di bawah umur lima tahun."

Permata digunakan oleh beliau untuk menukar kanak-kanak asli di Sabah dan Sarawak dari Kristian kepada Islam. Dua pertiga daripada orang Kristian di Malaysia terdiri daripada pribumi atau masyarakat Orang Asli di Malaysia Timur. Islamisasi Permata disasarkan untuk menjejaskan gereja di Malaysia. Gereja-gereja di Malaysia Timur telah terbangun kepada ancaman ini dan telah mula untuk membina tadika mereka sendiri dan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan bukannya menghantar mereka kepada apa yang dimulakan oleh Permata.

Saya tidak meminta Curtin untuk merenung Rosmah di muka, tetapi sila melakukan beberapa semakan latar belakang dahulu.

Saya ingin tahu bagaimana dia telah dicalonkan untuk anugerah tersebut dan sama ada dia atau kerajaan Malaysia merasuah bagi anugerah itu. Jika aduan saya didapati sah, alumni Curtin perlu meminta maaf. SUMBER

Lembu Shahrizat di Manjung - dah habis dekat RM7 juta, tapi apa dah jadi, sekoq lembu pun tak nampak?

Posted: 18 Feb 2012 05:36 PM PST

PARIT- PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun seratus peratus siap dibina.

Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan.

Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air.


Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja.

"PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini," katanya.

Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat.

"PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil," ujarnya.

-Harakahdaily

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

Posted: 18 Feb 2012 08:15 AM PST



Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. 


Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. 

Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?


Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; 'Hari apa yang kamu puasa ini?' 

Jawab Yahudi: 'Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.' Sabda Nabi SAW : 'Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.' Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: 

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: 'Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi'. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)


Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

Jadi Imam pada usia 5 tahun

Posted: 18 Feb 2012 05:24 AM PST


Usianya masih sekitar lima tahun. Namun, kemampuannya dalam menghafal dan menguasai Al-Quran tak perlu diragui.

Umat ??Islam di sekitarnya menjadikannya imam solat, kerana ilmu yang dikuasainya. Subhanallah, bacaan Al-qurannya begitu fasih.

Fenomena ini mengingatkan kita pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Amr ibn Salamah berkata, "Suatu ketika Nabi SAW bersabda, 'Jika waktu solat tiba, hendaknya ada di antara kamu yang melakukan azan. Lalu yang paling banyak bacaan Al Qur'annya hendaknya diangkat menjadi imam.' Mereka melihat tidak ada yang bacaan Alqurannya melebihi diriku. Maka aku diangkat sebagai imam, padahal aku masih enam atau tujuh tahun. "(HR Bukhari).

Saksikan VIDEO DI SINI

Malik Abd Aziz (Mike Tyson) buat Umrah - tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.

Posted: 18 Feb 2012 02:02 AM PST

RIYADH - Bekas juara tinju Mike Tyson yang memeluk Islam ketika berada di penjara sekitar 1990-an dilaporkan menziarahi kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadat umrah. Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.

Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.

Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005
.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. "Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari," katanya dalam satu sidang akhbar. - Agensi

"Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,"

Tyson menangis di Raudah

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) "Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

"Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir," katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah. Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan. Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

"Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini," katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.

Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.

Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.

Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.

Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.

Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak layak melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT pasti hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat aksinya semasa berpesta maksiat, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.

Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah.. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat.. hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga. - Addin

Bagaimana Pelacur Nigeria Bekerja ..

Posted: 18 Feb 2012 01:13 AM PST

Bagaimana Pelacur Nigeria Bekerja

Mari kita lihat Bagaimana Pelacur-pelacur Nigeria di Itali menjalankan kerja. Mereka tidak memerlukan hotel atau bilik yang selesa. Cukup sekadar tilam dan kawasan yang Line Clear - sumber:apekepelik.blogspot.com

Penyerang penuntut Malaysia (Ashraf) di London didapati bersalah

Posted: 18 Feb 2012 12:24 AM PST

LONDON: Seorang remaja berusia 17 tahun didapati bersalah menyerang seorang penuntut Malaysia, Ashraf Haziq Rossli, ketika rusuhan di ibu kota England Ogos tahun lalu dan berdepan hukuman penjara tempoh panjang.

Beau Isagba, yang juga disabitkan membawa pisau dan memiliki kanabis, kelihatan mengelap air mata ketika mendengar keputusan.

Namanya kini boleh didedahkan selepas hakim mengambil langkah luar biasa menarik balik halangan laporan disebabkan kepentingan awam dalam kes berikutan kesengsaraan yang dialami Ashraf disaksikan oleh berjuta orang menerusi laman web YouTube.


Rakaman video serangan itu menjadi antara imej paling lama disiarkan yang mengejutkan dunia dan memalukan Britain.

Rakaman menunjukkan Ashraf, dilihat terduduk di kaki lima sambil memegang rahangnya selepas ditumbuk samseng yang kemudian mencuri basikalnya.

Beberapa minit kemudian, Ashraf dirompak sekumpulan samseng lain yang berlagak baik, menggeledah begnya sebelum melarikan diri.

Kelmarin, Isagba, yang mematahkan rahang Ashraf, 20, berdepan hukuman penjara selepas disabitkan bersalah menyebabkan kecederaan parah pada pelajar itu dan merompak.

Isagba memberitahu mahkamah dia malu dengan diri sendiri kerana melakukan jenayah itu. Bagaimanapun, Hakim Witold Pawlack, memberitahu Mahkamah Wood Green Crown: "Dia berdepan hukuman penjara untuk tempoh lama dan tiada alasan yang saya boleh lihat mengapa dia perlu diikat jamin sekarang."

Ashraf menunggang basikal di Barking, London Timur, bersama seorang rakan pada 8 Ogos lalu ketika rusuhan di London. Penuntut jurusan akauntan itu berjaya melepasi sekumpulan samseng yang bergerak ke arahnya secara tiba-tiba.

Namun dia berasa ada tangan di dalam poket jaket yang dipakai dan apabila berpaling untuk melihat, Ashraf ditumbuk. – Agensi

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


NAJIB AUTA!!! Tuduh Kelantan, Hakikatnya Sabah Negeri Termiskin Menurut Bank Dunia

Posted: 18 Feb 2012 02:38 PM PST

 

Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia adalah sesuatu yang amat malang.

Penafian yang dibuat dalam bentuk enggan membenarkan penyiaran dokumentari tentang kedaifan serta kemiskinan di Sabah, akan hanya membuatkan rakyat yang sebenarnya hidup dalam alam realiti berbanding angka dan gelembong besar pemimpin, bertambah marah terhadap kerajaan sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Perubahan jadual pemilihan presiden disambut baik

Posted: 18 Feb 2012 02:25 PM PST

KAHERAH - Ikhwanul Muslimin Mesir menyambut baik perubahan jadual pemilihan presiden yang mulanya akan diadakan pada Jun 2012 namun dianjakkan ke bulan Mei.

"Rakyat mengharapkan peralihan kuasa dari tentera kepada rakyat dan keputusan mempercepat pilihan raya presiden itu sangat baik," kata Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mohamed Moursi, di Kaherah. FJP adalah sayap politik Ikhwanul Muslimin.
Menteri Hal Ehwal Dewan Perwakilan Rakyat dan Majlis Perwakilan Rakyat Mesir, Mohamed Atiya mengumumkan bahawa pemilihan presiden akan diadakan pada akhir Mei 2012.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan memberi masa tiga minggu kepada calon-calon presiden untuk mendaftarkan diri mulai 10 Mac.
Anjakan jadual pilihan raya presiden ini dilakukan disebabkan desakan hebat daripada kalangan proreformasi terhadap penguasa tentera agar segera menyerahkan kuasa kepada rakyat awam.
Read More / Baca Lagi >>

Syria berjanji lakukan referendum

Posted: 18 Feb 2012 02:23 PM PST


Bashar al-AssadDAMSYIK - Televisyen nasional Syria mengumumkan, Kerajaan akan segera melakukan referendum untuk membentuk sebuah perlembagaan baru pada 26 Februari akan datang dalam usaha menghentikan konflik yang telah berlangsung selama 11 bulan di negara itu.

Anggota jawatankuasa yang ditugaskan untuk menyusun rancangan resolusi dikhabarkan telah menyerahkan rancangan perlembagaan itu kepada Presiden Bashar al-Assad minggu lalu.
Salah satu pasal baru dalam rancangan perlembagaan itu memuatkan tatacara terhadap monopoli politik yang dilakukan oleh parti tunggal yang berkuasa, Parti Bath, yang juga dipimpin oleh Presiden Assad.
Read More / Baca Lagi >>

Aqidah Mu'tazilah :Perbandingan Aqidah Mu'tazilah Dgn ASWJ

Posted: 18 Feb 2012 01:54 PM PST

Chinese mission fails to stop Syrian bloodshed

Posted: 18 Feb 2012 01:48 PM PST

Israel on alert over Iranian navy's Med mission

Posted: 18 Feb 2012 01:46 PM PST

Syrians divided on the way forward

Posted: 18 Feb 2012 01:45 PM PST

Yemeni protesters continue fight for change

Posted: 18 Feb 2012 01:43 PM PST

No Damn Right

Posted: 18 Feb 2012 01:41 PM PST

TGNA : Jaga perasaan, Palestine Bumi Kiblat Pertama Islam

Posted: 18 Feb 2012 01:37 PM PST




Isu  yang menyentuh kenyataan Datuk Seri Anwar mengenai keselamatan Israel yang dikatakan menyentuh perasaan Palestine masih hangat dibincang. Saya dan PAS juga turut diasak menyatakan pendirian mengenainya. Meskipun pada awalnya saya anggap ia adalah hal peribadi Datuk Seri Anwar. Sehingga ada seorang timbalan menteri mengesyorkan agar saya 'ditarbiah semula'. Lalu saya bersuara pada 16 Rabi'ulawal (9 Februari) lalu atas pandangan serong timbalan menteri itu.
 
Kemudian pihak Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi pun (17 Rabi'ulawal) menyatakan secara jelas sikap dan pendirian atas isu Palestine. Maka PAS tetap berpendirian kena jaga perasaan umat Islam. Tambahan pula, sekian lama umat Palestine dizalimi regim Yahudi-Israel.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir selar PR terpengaruh dengan pendirian Anwar......tapi siapa luluskan perdagangan dengan zionis..!!!

Posted: 18 Feb 2012 01:34 PM PST


 Tun Dr Mahathir Mohamad
MELAKA - Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa Wall Street Journal.
"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.  
"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Rakyat perlu tolak 'politik hipokrit' BN

Posted: 18 Feb 2012 01:23 PM PST


KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hanya bermain 'politik hipokrit' apabila mendakwa setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS menguasai kerajaan negeri ataupun persekutuan.

Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, politik jenis itu bukan sahaja dimainkan MCA, namun juga oleh pemimpin Umno komponen BN yang lain.

"Bila MCA jumpa orang Cina dia kata undi DAP akan bagi kuasa pada PAS, bila Umno jumpa orang Melayu mereka canang kata undi PAS akan bagi kuasa kepada DAP.

"Saya nak kata bahawa ini adalah sikap hipokrit BN yang mesti ditolak rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Pakatan selesai agih kerusi dalam masa terdekat

Posted: 18 Feb 2012 01:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS yakin Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan rundingan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seperti dilapor Merdekareview berkata, rundingan kerusi dengan PKR dan DAP telah hampir 80 peratus selesai dan tidak ada masalah jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani : Susulan debat DAP-MCA, giliran Najib-Anwar susul?

Posted: 18 Feb 2012 01:12 PM PST


debat mca-dap
KUALA LUMPUR - Rakyat muncul pemenang sebenar dalam debat antara parti MCA dan DAP kerana ia membolehkan mereka menilai sendiri pendirian
serta polisi Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
"Pemenangnya ialah rakyat, dan bukan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) atau Chua Soi Lek," kata presiden MCA itu pada sidang akhbar bersama sejurus menamatkan perdebatan yang menarik minat ramai rakyat, terutama masyarakat Cina, serta disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro AEC dan Awani.
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat PAS hantar 30 senarai calon PRU13

Posted: 18 Feb 2012 01:09 PM PST


KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada PAS Pusat.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, lebih 30 orang muslimat dari seluruh negara dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dun dan Parlimen.

"Muslimat sudah bersedia (menghadapi PRU13) dan senarai nama calon telah siap diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Rundingan kerusi PR: Minggu depan bubar parlimen pun kita boleh selesaikan, Mat Sabu

Posted: 18 Feb 2012 07:52 AM PST

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata bahawa rundingan kerusi untuk ditanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di kalangan Pakatan Rakyat telah hampir selesai, malah seandainya diumumkan pembubaran parlimen pada minggu depan pun, beliau yakin ia dapat diselesaikan oleh PAS, DAP dan PKR.

"Boleh kata kalau dia panggil bubar parlimen minggu depan pun kita boleh selesaikan perkara ini. Insyaallah," katanya dalam satu sidang media selepas satu forum berjudul "PRU 13: Peranan Strategik dan Kritikal PAS menjayakan Roadmap Pakatan ke Putrajaya", anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di Hotel Midah, tadi.
Read More / Baca Lagi >>

"Seluruh Malaysia ingin saksi debat Najib vs Anwar"

Posted: 18 Feb 2012 07:29 AM PST

Meskipun dianggap sedikit keluar tajuk, namun kesemuanya teruja dengan debat antara Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dengan Presiden MCA Chua Soi Lek.  Dari pengulas, pengacara rancangan, sehingga hadirin yang ditemubual, kesemuanya menyatakan hasrat yang sama, yang turut diungkapkan oleh Lim Guan Eng sebermulanya debat pada petang ini, "Seluruh rakyat Malaysia ingin menyaksikan debat antara Najib dengan Anwar!"

Perbahasan dua pemimpin tertinggi dari DAP dan MCA ini diadakan dalam conference bertemakan "Kaum Cina Malaysia di persimpangan politik", dengan tajuk debat "Apakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Perkauman untuk dua kaum?", pada jam 5 petang di Hotel Berjaya Times Square.  Perdebatan anjuran bersama Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dengan badan pemikir MCA, INSAP ini berlangsung untuk sejam, merangkumi sesi soal-jawab dari bawah pentas, dipengerusikan oleh Tang Ah Chai, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), disiarkan secara langsung oleh ASTRO.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani : LGE gesa Najib contohi mereka dan debat dengan Anwar

Posted: 18 Feb 2012 07:18 AM PST

lim guan eng chua soi lek debate press conferenceDengan selesainya debat yang dinanti-nantikan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, - Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencontohi mereka.

"Debat ini adalah langkah pertama yang baik tetapi kecil, langkah besar
seterusnya akan tiba apabila Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Lim dalam sidang akhbar selepas debat mereka di Kuala Lumpur petang ini.

Chua yang turut hadir berkata, ia  terpulang kepada pemimpin Umno untuk memutuskan sama ada mereka ingin berdebat.
Read More / Baca Lagi >>

Debate: MCA doesn't fight corruption and covers up for Umno, slams Guan Eng

Posted: 18 Feb 2012 07:01 AM PST

Debate: MCA doesn't fight corruption and covers up for Umno, slams Guan EngLim Guan Eng took his rival Datuk Seri Dr Chua Soi Lek to task today over alleged corruption within Barisan Nasional (BN), singling out the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal where two former MCA leaders have been charged with cheating the government.
The DAP secretary general said in a debate with Dr Chua if Pakatan Rakyat (PR) took over federal government, it would stem leakages due to graft, allowing it to abolish tolls and offer Sabah and Sarawak a hike in oil royalties to 20 per cent from the current 5 per cent.
"The PKFZ is not the first scandal involving MCA leaders. What change has MCA done and how is it no Umno leader has been prosecuted?" he said of the project which was first mooted when former MCA boss Tun Dr Ling Liong Sik was transport minister.
Read More / Baca Lagi >>

Debate: DAP is scared of PAS, Soi Lek fires at Guan Eng

Posted: 18 Feb 2012 06:59 AM PST

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said today DAP will be unable to stop PAS from establishing an Islamic state should Pakatan Rakyat (PR) come into power as "PAS is the taiko (big brother)."
Debate: DAP is scared of PAS, Soi Lek fires at Guan EngThe MCA president pointed to how PAS held the mentri besar post in Perak after Election 2008 despite DAP having the lion's share of state assemblymen.
"Perak DAP had 18 seats. PKR and PAS together had 13. The taiko should be DAP but PAS became the taiko," he said in today's debate with his rival Lim Guan Eng.
"DAP has no way of stopping PAS. PAS will create an Islamic state. Kelantan and Kedah show us clearly that DAP is actually a slave to PAS," the former health minister added, referring to the two state governments currently led by PAS.
But Lim dismissed the accusation as "Barisan Nasional's (BN) dirty tactics" as "Umno tells Malays, PAS is used by DAP instead."
Read More / Baca Lagi >>

BINATANG PUN PERLU TANAH

Posted: 18 Feb 2012 06:57 AM PST

BINATANG PUN PERLU TANAH

Posted: 18 Feb 2012 06:57 AM PST

Today in History for Monday, February 18th

Posted: 18 Feb 2012 06:55 AM PST

Lim Chua Debate: Another Interesting Question From MCA Member 林冠英开空头支票?

Posted: 18 Feb 2012 04:37 AM PST

Part 6/6 Debate DAP Lim Guan Eng VS Chua Soi Lek MCA

Posted: 18 Feb 2012 04:36 AM PST