Selasa, 14 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


RM589.4 juta Tajudin-Danaharta ke bawah permaidani?

Posted: 14 Feb 2012 10:57 PM PST

KUALA LUMPUR- Pelbagai pihak tertanya-tanya bagaimanakah caranya penyelesaian dibuat antara syarikat kerajaan Pengurusan Danaharta Berhad (Danaharta) dengan bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli.

Ini kerana, ia melibatkan jumlah wang yang besar iaitu RM589.14 juta wang yang diarahkan oleh mahkamah agar dibayar oleh Tajudin kepada Danaharta sebelum ini.

Ia berlaku di Mahkamah Rayuan semalam apabila Peguam Tajudin, Lim Kean Leong berkata, anakguamnya bersetuju untuk menarik balik semua 27 rayuan, 11 antaranya terhadap Danaharta.

"Dan dia (Tajudin) berharap, semua kos akan ditanggung oleh pihak yang berkenaan," Lim memberitahu mahkamah berikutan persetujuan antara Tajudin dan Danaharta yang bersetuju untuk menanggung kos masing-masing.


Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya mempertikaikan penyelesaian ini.

"Adakah ini satu lagi skandal? Apa isi penyelesaiannya? Sila jelaskan maklumat terperinci kepada rakyat," kata beliau melalui Twitternya.

Pada tahun 2009, Danaharta serta dua anak syarikatnya berjaya dalam saman RM589.14 mereka terhadap Tajudin di Mahkamah Tinggi.

Ogos 2011, media melaporkan, kerajaan telah mengarahkan semua anak-anak syarikatnya (GLC) agar menggugurkan semua tuntutan mereka terhadap Tajuddin, anak didik bekas bendahari Umno, Tun Daim Zainudin ini.

Dalam surat yang dihantar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, semua GLC dan Danaharta diberitahu, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman terhadap Tajudin di luar mahkamah.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terserah kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan samada penyelesaian di luar mahmamah satu usaha untuk menutup kes ini.

"Ini negara demokratik. Jika kamu fikir kerajaan cuba menyapu perkara ini ke bawah permaidani, kamu boleh tidak menyokong kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mahathir di Universiti Perdana.

-Harakahdaily

Kalaulah Karpal Singh Melayu ...

Posted: 14 Feb 2012 09:07 PM PST

Keputusan untuk mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang juga seorang peguam terkemuka, atas tuduhan "menghina" Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berikutan kejadian rampasan kuasa oleh Umno pada tahum 2009 sememangnya telah diduga sejak dari awal lagi.

Kalaulah keturunan Karpal Singh adalah Melayu dan seorang pemimpin Umno, beliau tidak akan mengalami nasib yang sebegini. Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan dalam tahun 2010 di mana Karpal dibebaskan tanpa perlu membela diri daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Apabila terdapat kes-kes yang melibatkan salahlaku oleh Raja-raja, ramai hakim mahkamah tidak berani untuk menghakimi kes-kes sedemikian kerana takut dituduh menderhakai baginda dan karenah ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang sungguh ketara di dalam sistem perundangan negara kita.

Kenyataan Karpal pada hari itu

Apakah yang telah dinyatakan atau diperkatakan oleh Karpal pada hari itu, pada tahun 2009 yang menyebabkan beliau terjebak di dalam kancah penganiayaan?

Mengikut kenyataan yang keluarkan oleh Karpal melalui suatu sidang akhbar pada tahun 2009 ekoran rampasan kuasa oleh Umno di negeri Perak, mengatakan bahawa Artikel 160 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang Raja boleh disaman atau di bawa ke hadapan muka pengadilan atas peranan dan kedudukan baginda sebagai "kuasa awam" (public authority). Karpal yang merujuk kepada Artikel 160 itu juga telah menegaskan bahawa seseorang Raja adalah sebahagian daripada institusi kerajaan dan oleh yang demikian, jikalau sesebuah kerajaan itu boleh ditegur atau dikritik, maka Raja-raja juga tidak akan terkecuali daripada pandangan tersebut demi kepentingan umum. Ini bermakna, rakyat jelata juga berhak menegur Raja-raja mereka, jika sekiranya terdapat apa-apa salahlaku yang disengaja atau tidak disengajakan oleh para baginda.

Pada 8 Februari 2012 yang lalu, Mahkamah Rayuan telah menyatakan secara rasmi bahawa hak dan kebebasan bercakap atau bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak semestinya mutlak atau dimiliki oleh rakyat jelata. Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal mengenai Sultan Azlan Shah yang berhubung kait dengan kejadian rampasan kuasa di negeri Perak yang didalangi oleh Umno telah melepasi had yang telah ditetapkan oleh undang-undang yang ada dan kini telah disifatkan sebagai "menghasut". Hakim Datuk Ahmad Maarop turut menambah Karpal selaku ahli parlimen dan peguam juga tidak akan terkecuali daripada intepretasi Mahkamah Rayuan tersebut.

Jika sekiranya seorang peguam yang juga seorang ahli parlimen pada masa yang sama dilarang daripada menyatakan pendapat mereka berkenaan dengan undang-undang ataupun perlembagaan, maka Tuhan atau Allah s.w.t. perlulah menyelamatkan negara ini dengan segera.

Yang lebih menyakitkan hati rakyat jelata adalah bahawa kenyataan Karpal yang menyebut "kuasa awam" bukannya sesuatu perkara yang akan dipersetujui oleh setiap peguam di negara kita ini. Malah, sewaktu kes Universiti Merdeka yang disebut di hadapan mahkamah dalam tahun 1982, hakim-hakim yang meneliti kes tersebut tidak dapat menyetujui sama ada sesebuah universiti patut ditafsirkan sebagai sebuah "institusi awam" atau sebaliknya.

Sama ada Raja-raja kita adalah sebahagian daripada kerajaan dan merupakan "kuasa awam", kita serahlah sahaja kepada para peguam untuk menentukannya. Dalam pada itu, ingin kami menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu adalah sah mengikut lunas undang-undang dan hak beliau itu adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Umno lebih berkuasa daripada Raja-raja

Kami yakin bahawa ramai di antara kita telahpun menyaksikan bagaimana para pemimpin Umno ini telah mengeluarkan macam-macam kenyataan yang berbentuk menghasut, mencaci, mengutuk dan menggalakkan orang ramai agar membenci Raja-raja Melayu pada tahun 1990an, tetapi mereka ini tidak pula dibawa ke muka pengadilan atas perbuatan mereka yang jelas menderhaka ini.

Para pemimpin Umno ini secara terbuka mengecam dan menghina Raja-raja Melayu tanpa segan silu oleh kerana mereka ini punyai kuasa lebih kebal yang dapat menghindari mereka daripada sebarang tindakan undang-undang. Sikap hipokrasi dan talam dua muka inilah yang bakal menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini tidak lama lagi.

Apa yang tidak sedap didengar atau dipandang oleh kerajaan BN semuanya akan dianggap sebagai menghasut dan mereka boleh juga menggunakan perkataan "menderhaka" terhadap mana-mana pihak yang tidak menyetujui mereka. Kita pun dapat memerhati segala tingkah laku para pemimpin Umno ini dengan jelas yang memperbodoh-bodohkan rakyat jelata, kononnya rakyat adalah benar-benar bodoh belaka.

Penghakiman yang melucukan

Sebab-sebab yang dinyatakan di dalam penghakiman tersebut adalah amat lucu dan memalukan profesion perundangan. Hakim-hakim ini tidak mahu mengkaji perkara-perkara yang sebenarnya, malah tanpa berasa malu boleh mengeluarkan suatu penghakiman yang tidak masuk akal dengan menyatakan tidak ada kebebasan mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Siapakah sebenarnya yang mengarahkan agar hakim-hakim di Mahkamah Rayuan itu untuk mengeluarkan penghakiman mengenai had kebebasan bersuara dan mengeluarkan kenyataan? Adakah penghakiman mereka ini ditulis atau disediakan oleh pihak lain dan hakim-hakim tersebut hanya membacanya pada hari keputusan? Adakah hakim-hakim tersebut benar-benar layak?

Jika hakim-hakim tersebut benar-benar ikhlas dan professional , mereka ini sepatutnya memberikan beberapa siri contoh mengenai apakah dan bagaimana sesuatu kenyataan, teguran ataupun kritikan itu patut dibuat terhadap Raja-raja dan macam mana contoh-contoh tersebut dapat ditafsirkan sebagai menghasut, menderhaka atau menghina dan sebaliknya.

Contohnya, sekarang kami menyatakan ada beberapa jenis tradisi yang diamalkan oleh Raja-raja Melayu sekarang adalah berasal daripada tradisi India dan agama Hindu, adakah kami akan didakwa mengikut Akta Hasutan pada keesokan hari?

Mengikut pendapat yang dikeluarkan oleh para hakim Mahkamah Rayuan itu, dakwaan menghasut ataupun menghina Raja-raja Melayu itu mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya ada pihak yang membuat laporan atau mengadu mengenai kenyataan tersebut. Jika benar-benar tidak mempunyai sebarang bentuk kebebasan untuk bercakap, bertutur, bersuara, menegur, mengkritik dan sebagainya di bawah sistem perundangan dan perlembagaan negara kita ini, berterus-teranglah! Apakah yang perlu disorok?

Para pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah memastikan agar Akta Hasutan dan lain-lain akta yang mengancam hak asasi kemanusiaan itu dimansuhkan selepas Putrajaya ditawan (tidak lama lagi). Biarlah sahaja rakyat jelata menyatakan apa yang sepatutnya mengenai Raja-raja mereka dan pemimpin-pemimpin negara juga harus berani menerima sebarang kritikan dan teguran. Ianya adalah merupakan nilai yang diterap oleh setiap kaum dan agama.

Oleh yang demikian, kita tidak perlu takut dengan pihak berkuasa atau tunduk kepada segala kemahuan dan nafsu kerajaan BN ini semata-mata.

Kami ingin bertanyakan kepada Peguam Negara, adakah rencana ini dianggap berbaur hasutan dan jika ianya dianggap sebagai satu hasutan, bolehkah Peguam Negara menerangkan di manakah tafsiran yang berbaur hasutan itu dan bagaimanakah ianya ditafsirkan, disertakan dengan pelbagai contoh-contoh yang paling hampir.

Kami sedia menunggu jawapan daripada Peguam Negara!

Siapa guna wang rakyat untuk kepentingan peribadi sila kembalikan

Posted: 14 Feb 2012 07:50 PM PST

15 FEB — Nazri Aziz meminta NFC membayar balik semua wang yang telah dipinjamkan oleh kerajaan sebanyak RM 250 juta itu. Nazri berpendapat Shahrizat Jalil tidak perlu berhenti atau berundur dari kerajaan.
Kata-kata Nazri ini memberikan banyak perkara yang membuatkan kita lebih memahami cara dan kaedah Umno menyelesaikan masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita dan keluarga mereka.
Kenyataan Nazri ini boleh membayangkan cara berfikir dan sikap pemimpin kita berhubung dengan isu-isu besar yang dihadapi oleh negara. Sikap pemimpin kita boleh membezakan nilai diantara sikap serta "attitude" kepimpinan yang sepatutnya ada kepada pemimpin demokrasi dengan apa yang sebenarnya ada pada pimpinan kita.

Jika Shahrizat menjadi pemimpin dinegara maju, misalnya di England, beliau sepatutnya berhenti dari awal lagi untuk menjaga imej kerajaan.. Shahrizat adalah ahli jemaah Kabinet negara, maka etika wajar menjadi elemen yang terpenting dalam pentadbiran itu.



Etika dalam kepimpinan merupakan nilai yang lebih tinggi dari undang-undang kerana etika itu datangnya dari disiplin diri yang tinggi untuk mempastikan seseorang pemimpin itu tidak menjejaskan imej kerajaan yang dia berada bersama didalamnya.

Yang terlibat dengan menggunakan wang pinjaman kerajaan secara salah yang telah melanggar perjanjian itu adalah suami kepada Shahrizat dan keluarga terapat yang tinggal sebumbung dengannya. Shahrizat sepatutnyanya berhenti dan berundur dari jawatannya dalam kabinet negara. Yang membolehkan keluarganya mendapatkan wang sebanyak itu adalah kerana Shahrizat seorang yang berpengaruh dalam kerajaan.
Jika Shahrizat hanya seorang bidan di klinik kerajaan di kampong saya, Salleh Ismail tidak mungkin mendapat pinjaman yang begitu banyak dengan menggunakan dan berbelanja pula dengan wang itu untuk membeli benda-benda lain dengan banyak yang pasti akan menjejaskan matlamat NFC itu.
Oleh itu pandangan Nazri yang Shahrizat tidak perlu berundur itu merupakan pandangan yang tidak beretika dan jauh sekali dari menghormati rakyat negara yang demokrasi ini. Shahrizat telah gagal samasekali untuk menjaga statusnya sebagai seorang ahli jemaah kabinet dan inilah yang tidak dapat dihayati oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Bagaimanakah kita untuk menuju kepada sebuah negara maju jika etika yang senang di fahami dan diikuti ini tidak dapat dipenuhi semata-mata kerana terlalu sayang dengan jawatan dari sayangkan sebuah kerajaan yang beliau adalah salah seorang menterinya?
Tetapi saranan Nazri supaya NFC membayar kembali setiap sen yang diperolehi dari kerajaan itu dibayar kembali. Kita tidak mahu lagi perkara seperti dahulu berlaku dalam mana kerajaan dan rakyat terpaksa membuat "bail-out" kepada projek-projek kerajaan yang diusahakan oleh kroni-kroni dan mereka yang hampir dengan kuasa itu.
Kita masih teringat bagaimana Mirzan Mahathir di"bailout" oleh rakyat dengan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya yang gagal dengan jumlah yang berbillion. Sampai bilakah rakyat hendak membayar hutang pemimpin serta sanak saudara pemimpin yang berpengaruh ini. Sampai bila rakyat hendak menahan ragam pemimpin-pemimpin kita tetapi pemimpin-pemimpin sebaliknya memaksa rakyat untuk terus menyokong mereka tanpa berbelah bagi. Sampai bila?
Sekarang ini kita rakyat yang marhein di bawah ini tidak boleh lagi membiarkan mereka merompak dan merosakkan negara kita lagi. Cukup-cukuplah kita memerhati dan bersabar selama ini dengan sikap gila dan tidak malu pemimpin ini. Pemimpin yang baik akan ada perasaan malu sedikit sebanyak, apatah lagi masing-masing mengaku mereka itu Islam. Dalam Islam mencuri begini hukumnya potong tangan.
Bagaimana Nazri boleh kata Shahrizat tidak payah berundur sedangkan NFC telah menggunakan wang pinjaman kerajaan itu hampir RM100 juta dengan membeli kondominium-kondominium mewah, tidak cukup di Kuala Lumpur pergi pula ke Singapura. Bagaimana projek masih bermasalah tetapi sudah bershopping secara gila-gila. Ini memalukan pimpinan sahaja serta bangsa Melayu yang kononnya Umnolah yang menjadi "champion"nya.
Shahrizat wajar berundur dan bantu suami dan anak-anaknya membayar kembali wang ratusan juta ringgit itu yang di salahgunakan oleh keluarganya. Tidak payah hendak membawa wanita Umno keseluruhannya untuk mempertahankan kerja yang tidak molek itu. Kes ini tidak kena mengena dengan wanita Umno.
Elok Sharizat fikirkan pandangan Dr Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz, Kamilia dan ramai yang lain dalam Umno yang inginkan beliau berhenti sahaja. Sharizat tidak payah marah-marah kepada pembangkang. Shahrizat sepatutnya marah kepada dirinya sendiri kerana terlalu "silly" kerana termakan hasutan nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang mungkar ini.
Ingat Shahrizat, perjuangan yang sebenar dan hakiki ialah untuk berperang dengan nafsu nafsi sendiri, bukannya dengan Rafizi Ramli atau yang lain. Inilah kegagalan besar pemimpin-pemimpin Umno pada hari ini… tidak berdaya menahan nafsu untuk mencuri harta benda rakyat dan sikap ketagih kepada mengambil wang rakyat ini sudah tidak dapat diubati lagi.
Sekarang Shahrizat perlu meletakkan jawatan dan suaminya mesti bayar balik pinjaman itu. Pandangan Nazri itu, satu boleh pakai yang satu lagi kita tolak terus. Kalau boleh Nazri cuba cari Mirzan dan minta dia kembalikan wang rakyat yang berbillion yang digunakannya untuk menyelamatkan perniagaan beliau pada tahun 1998 dahulu.
Jangan hanya melakukan tekanan kepada Shahrizat, Yang lama-lama dahulu pun kita kena ingat. Bukankah wang itu semuanya wang rakyat juga? — aspanaliasnet.blogspot.com

Cakap Mahathir separuh benar ...salahkan Raja pulak dah ....

Posted: 14 Feb 2012 05:59 PM PST

Separuh benar Dr M? Bukan salah saya, Raja yang mahukan Salleh Abas dipecat



Bekas Perdana Menteri yang dibenci, Mahathir Mohamad telah dituduh bercakap "separuh benar" setelah menyalahkan Raja apabila beliau didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara, Dzaiddin Abdullah bahawa beliau yang harus dipersalahkan kerana merosakkan keadilan dan integriti dalam sistem kehakiman negara.

Mahathir yang berusia 86 tahun itu menuduh Dzaiddin melakukan fitnah tetapi pantas juga mengatakan bahawa beliau tidak akan menyaman. Mahathir menegaskan bahawa Raja yang sepatutnya dipersalahkan- dalam usaha beliau menangkis dakwaan itu walaupun Perdana Menteri Najib Razak sedang mencanangkan bahawa Malaysia adalah tempat "terbaik" di dunia.

"Ini fitnah, tetapi saya tidak akan saman mereka. Seluruh kumpulan itu, mereka membuat tuduhan liar. Tiada peruntukkan sebegitu. Jika saya benar-benar berkuasa, saya akan menggantikan ramai orang. Yang Dipertuan Agong yang mahukan Salleh Abas dipecat," Malaysian Insider melaporkan Mahathir sebagai berkata.


Penjelasan Mahathir itu terus disangkal oleh pihak pembangkang. Mereka mengatakan bahawa beliau cuba memutar- belitkan fakta untuk melepaskan diri daripada tuduhan itu.

"Pada waktu itu, Yang Dipertuan Agong hanya tandatangan pada sesuatu yang tidak jelas. Apa yang berlaku berkemungkinan besar adalah atas nasihat Mahathir," beritahu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Kini, jelaslah bahawa kita tiada sistem kehakiman yang kukuh. Kita hanya ada mahkamah yang boleh dijual beli, diperkotak-katikkan dan Mahathir yang bertanggungjawab memulakan dan mengekalkan rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan Najib jugalah yang merosakkan sepenuhnya apa yang tinggal; bermula dengan krisis rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang diperhatikan seluruh dunia. Memang sekarang ini Malaysia adalah tempat terbaik- untuk rasuah,"

Separuh kebenaran dan pembohongan terang-terangan

Salleh dipecat daripada menjadi Ketua Hakim Negara pada 1988 selepas memprotes terhadap usaha Mahathir untuk meletakkan badan kehakiman dibawah badan eksekutif kerajaan.

Pada hujung minggu lepas, Dzaiddin Abdullah telah memberitahu bahawa kedua-dua badan itu, kehakiman dan eksekutif haruslah bebas antara satu sama lain. Beliau juga memberitahu bahawa badan kehakiman menjadi pasif selepas Mahathir melakukan perubahan pada Perkara 121 dalam Perlembagaan dalam tahun 80-an.

"Hasilnya, kuasa mahkamah dihapuskan dan mereka hanya akan ada kuasa itu sekiranya dibenarkan oleh Parlimen," kata Dzaiddin. Ini pada pendapat saya telah merubah perkara asas dalam Perlembagaan daripada konsep kebebasan badan kehakiman kepada kebergantungannya terhadap kuasa eksekutif untuk kuasa kehakimannya."

Bekas Ketua Hakim Negara itu memberikan ucaptamarnya pada majlis yang menyambut ulangtahun kelahiran Tunku Abdul Rahman. Beliau menyelar cara badan kehakiman yang kini telah menjadi alat politik dan melaksanakan kehendak ahli politik yang berkuasa pada hari ini.

"Parlimen ingin tunjukkan bahawa badan kehakiman hanya ada kuasa kehakiman di mana Parlimen sendiri yang mengatakan badan kehakiman ada," tambah beliau.

Malaysia Chronicle

Hassan ai tak habis2 lagi ker, dah la tu ... tak kan semua orang tak betul kot?

Posted: 14 Feb 2012 04:14 PM PST

Maszlee Malek sudah 'dikuasai' parasit Pas

SUNGAI BULOH – Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menasihatkan golongan akademik lebih terbuka dan bijak agar tidak mudah dipengaruhi golongan parasit dalam Pas.

Beliau berkata, sebarang komen dan teguran yang dibuat golongan itu terhadapnya perlulah menyeluruh dan mengambil kira maklumat dan fakta pihak terlibat.

"Dr. Maszlee Malek sudah dipengaruhi oleh beberapa parasit di dalam Pas. Sebagai seorang ahli akademik, mesej yang dipapar menerusi surat terbukanya kepada saya (disiarkan Sinar Harian 10 Februari lalau) itu kena menyeluruh dan dapat pandangan dari orang yang terlibat, masalah ini bukan masalah falsafah, teori atau konsepsual tetapi ia adalah masalah operasi.


"Beliau tidak tahu saya dihimpit dan ditekan oleh DAP, PKR dan juga Pas semata hendak menegakkan Islam, Melayu dan Raja," katanya ketika ditemui pada siri jelajahnya di Kampung Paya Jaras Dalam kelmarin.

Hasan berkata, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga perlu mendedahkan hubungannya sebenarnya dengan parasit yang bermaharajalela di dalam Pas.

"Saya juga tidak setuju bila dia kata dia berada di pihak yang neutral, kerana saya tahu dia memang ada kaitan dengan parasit-parasit (Pas) ini dan tulisannya bagi saya tidak kena dengan masa," katanya.

Mengenai gesaan Dr Mazlee agar berdakwah di tempat hiburan, Hasan berkata, beliau telah melakukan perkara itu ketika memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor sebelum ini.

"Saya nak tanya kepada Dr Maszlee...dia dah pergi ke mana, jangan duduk dalam bilik komen orang macam-macam, sepatutnya orang berkelulusan seperti beliau tidak melakukan perkara seperti ini," katanya.

Dalam pada itu Hasan juga tidak bersetuju dengan kenyataan pensyarah itu yang mengatakan beliau mahu membawa Pas kembali kepada perjuangan fundamentalis dan ekstremis .

"Saya reformis, saya yakin Islam dan yakin sesuatu yang baru di dalam Pas. Idea IMR, menyelamat bangsa, agama, Raja-Raja kerana Raja-Raja Melayu adalah payung kepada Islam dan orang Melayu di negara ini dan kalau pendekatan saya pendekatan lama, orang di Batu Gajah, Perak tidak mungkin hadir 15,000 orang.

"Saya ada sedikit keberanian untuk membuka jalan kepada kebangkitan ahli Pas supaya dapat meneroka dan 'menyahkan' parasit-parasit ini agar Pas tidak terus tunduk kepada DAP dan PKR yang sememangnya hina," katanya.

Kenyataan DSAI (mengenai Israel) tak gugat Pakatan : Mat Sabu

Posted: 14 Feb 2012 04:01 PM PST

SHAH ALAM – Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel meskipun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada
dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

"Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan Majlis Syura yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya mengenai Israel. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu tindakan yang tidak betul.

Nik Abdul Aziz menyarankan kepada Anwar sekiranya kenyataan itu telah diputar belit, beliau seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Mohamad berkata, apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak menggugat hubungan antara parti yang ada dalam PR, malah Pas masih tetap bersama.

"Apa yang berlaku tidak akan menggugat hubungan kami dalam PR, kami mempunyai dasar perjuangan yang sama, dan saya yakin rakyat memahami perkara ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, Anwar harus mengambil tindakan terhadap WSJ sekiranya beliau tidak membuat kenyataan sedemikian.

"Apa masalah? Jika benar tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian, Anwar harus bertindak terhadap WSJ, kenapa perlu bimbang tindakan itu boleh menyelesaikan masalah.

"Sekiranya Anwar enggan tarik balik atau menyaman WSJ. Apa boleh buat. Terpulang kepada beliau. Anwar bukan ahli Pas untuk diambil tindakan disiplin," katanya menerusi laman sosialnya. - Sinar 

Bonggol Unta dan Kepala Wanita

Posted: 14 Feb 2012 06:45 AM PST

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223] SUMBER:fb

J Lo berbogel dalam iklan minyak wangi Glow

Posted: 14 Feb 2012 05:17 AM PST





Isu Israel : Najib patut cermin diri - Nik Nazmi

Posted: 14 Feb 2012 03:58 AM PST

Oleh: Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 14 Feb: Jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut apabila pembangkang membangkitkan isu hubungan Malaysia- Israel menerusi khidmat Apco Worldwide, kini beliau cuba berlagak hero menyatakan pendiriannya yang anti Israel.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib seolah lupa bahawa kerajaan pernah membayar RM77 setahun bagi mengguna pakai khidmat firma Israel tersebut.


Kerajaan juga katanya, mengupah FBC Media sebanyak ......
19.6 juta euro (RM84 juta) untuk memperbaiki imej Najib di peringkat antarabangsa.


"Isunya di sini, Najib perlu cermin diri dulu sebelum mengeluarkan kenyataan, beliau perlu sedar apa yang dicakapnya.

"Ini adalah satu sikap Najib yang memangnya hipokrit terutamanya ketika mahu 'membersihkan' dririnya daripada dakwaan mempunyai hubungan dengan Israel," katanya kepada Keadilandaily.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berbeza berhubung isu Palestin- Israel.

"Kalau bercakap soal Israel ini, Najib sepatutnya sedar, kerajaan beliau yang gunakan khidmat Apco, bukan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Apabila Najib bercakap, seperti tempiasnya terkena diri sendiri," ujarnya yang juga Adun Seri Setia.

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang didakwa meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Najib juga sebelum ini mengaku di Parlimen bahawa kerajaan mengguna khidmat FBC Media- yang menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan ke Palestin- antara 2007 dan 2010.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan untuk siaran Perbadanan Penyiaran British (BBC) itu bagi memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

BBC baru-baru ini memohon maaf kerana menyiarkan program yang ditaja itu kerana jelas melanggar peraturan editorial, termasuk lapan programnya yang memaparkan tentang Malaysia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26584

[Video] : Tunjuk perassan dedah payudara di Moscow

Posted: 14 Feb 2012 12:02 AM PST



Berita awal di SINI

Hamas iktiraf Anwar, bukti sokong perjuangan Palestin

Posted: 13 Feb 2012 11:44 PM PST

KUALA LUMPUR 14 Feb: Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi Hamas adalah bukti beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau mengulas pertemuan Anwar bersama pemimpin Hamas, Khalid Mash'ad ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu ke Qatar baru-baru ini.
Pertemuan itu, kata Muhammad Nur, sekaligus menangkis serangan jahat yang dilakukan pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Anwar menyokong Israel dan menafikan hak rakyat Palestin.
"Khalid Mashal adalah pengerusi Biro Politik Hamas dan salah seorang tokoh pimpinan Hamas tertinggi dan dihormati. Justeru pertemuan Anwar-Khalid itu dengan sendirinya membuktikan Anwar istiqamah dalam perjuangan dunia Islam," tegas beliau.
Pengerusi Biro Politik Hamas adalah jawatan paling kanan dalam Hamas selepas pengasas pertubuhan itu sendiri.

Ketika penglibatnnya dalam Hamas, Khalid Mashal, hampir dibunuh ejen Mosad atas arahan perdana menteri Israel, Benjamin Netayahu.
Menurut Dr Muhammad Nur, berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Anwar dilihat lebih dipercayai gerakan Islam kerana sejarah perjuangannya bermula sejak zaman mahasiswa.
"Ini kerana faktor Anwar yang istqamah dalam perjuangan dan pada masa yang sama realistik dengan politik dunia.
"Hamas juga menyedari realiti politik semasa dan tetap mempertahankan perjuangan rakyat Palestin yang mahukan negara mereka sendiri selaras dengan Resolusi 242 pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1997," ujarnya.
Anwar kebelakangan ini difitnah Umno, kononnya menyokong penubuhan negara Israel dengan memutarbelitkan kenyataannya yang disiarkan dalam satu wawancara dengan Asian Wall Street Journal.
Ketika di Qatar, selain Khalid, Anwar turut bertemu ulama tersohor dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi. Beliau juga turut mengadakan perjumpaan dengan menteri kebudayaan Qatar, Dr Hamad Abdul Aziz dan tokoh ilmuan Islam, Jaser Audah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26559

~penarik beca

~penarik beca


Badan ayah berbau macam babi. Ayah ni berbau babi!

Posted: 14 Feb 2012 05:03 AM PST

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Buku Jingga: Ahmad Maslan hilang pertimbangan

Posted: 14 Feb 2012 08:56 PM PST


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah di hadapan pemimpin Felda disifatkan sebagai tidak matang.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin BN yang menolak budaya perdebatan terbuka sebaliknya memilih memburuk-burukkan lawan di belakang.

"Ahmad Maslan hilang pertimbangan hingga bertindak mencampakkan Buku Jingga sedangkan kita telah beberapa kali tawarkan untuk berdebat secara terbuka.

"Kerajaan seharusnya menyuburkan budaya intelektual, berdebat mengenai dasar-dasar penting secara sihat, bukan sewenang-wenang buang Buku Jingga dalam tong sampah tanpa membincangkan isi-isinya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ramal pilihan raya umum lebih awal

Posted: 14 Feb 2012 08:56 PM PST

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Beliau berkata, pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum diadakan pada bulan itu.
Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka," katanya pada majlis "Sepetang dengan Anwar Ibrahim" di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di Bangkok, malam tadi.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

 - Bernama

Politik Mafia : 'Gangguan' usaha terancang takutkan rakyat, kata MP

Posted: 14 Feb 2012 08:54 PM PST

'
Ahli parlimen Klang Charles Santiago tidak menolak kemungkinan gangguan yang dicetuskan pada ceramah pro-pembangkang baru-baru ini adalah sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS minta Shafie Apdal cermin diri

Posted: 14 Feb 2012 08:53 PM PST

SHAH ALAM, 15 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno BN agar cermin diri dahulu sebelum cuba mengajar PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu perjuangan Palestin.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilapor media semalam kononnya BN konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel, hanya 'cuba tunjuk hero'.

Padahal kata Hasbullah, Mohd Shafie perlu sedar bahawa hubungan Umno dan Barisan Nasional dengan Israel bermula sejak tahun 1960 an lagi dengan hubungan dagang dua hala Malaysia Israel pada tahun 1967.

"Pada Mei 1994 Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Isrel dan Afrika Selatan.
Read More / Baca Lagi >>

Henti bekalan minyak masak ke Iran bukti ikut telunjuk Zionis

Posted: 14 Feb 2012 08:51 PM PST

Kenapa perlu menghentikan penghantaran (minyak kelapa sawit) tersebut sedangkan Iran adalah sebuah negara Islam seperti juga Malaysia?
PETALING JAYA: Keputusan Malaysia menghentikan bekalan minyak kelapa sawit ke Republik Islam Iran membuktikan pimpinan negara mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan Zionis antarabangsa untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara itu.
"Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan," kata Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard dalam satu kenyataan media.
MalayReuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah negara Islam.
Beliau menyoal, kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah negara Islam seperti juga Malaysia?
Read More / Baca Lagi >>

Dalam pilihanraya lalu lebih dari 1 juta ahli UMNO keluar parti semasa mengundi.. Kali ini bagaimana?

Posted: 14 Feb 2012 08:49 PM PST

Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam UMNO yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan UMNO setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam UMNO dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri.

Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli UMNO terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu normal dalam UMNO sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya.
Read More / Baca Lagi >>

Kalaulah Karpal Singh keturunan Melayu ........!!!

Posted: 14 Feb 2012 07:21 PM PST

Kalaulah Karpal Singh keturunan MelayuKeputusan untuk mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang juga seorang peguam terkemuka, atas tuduhan "menghina" Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berikutan kejadian rampasan kuasa oleh Umno pada tahum 2009 sememangnya telah diduga sejak dari awal lagi.
Kalaulah keturunan Karpal Singh adalah Melayu dan seorang pemimpin Umno, beliau tidak akan mengalami nasib yang sebegini. Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan dalam tahun 2010 di mana Karpal dibebaskan tanpa perlu membela diri daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan.
Apabila terdapat kes-kes yang melibatkan salahlaku oleh Raja-raja, ramai hakim mahkamah tidak berani untuk menghakimi kes-kes sedemikian kerana takut dituduh menderhakai baginda dan karenah ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang sungguh ketara di dalam sistem perundangan negara kita.
Read More / Baca Lagi >>

Separuh benar Dr M? Bukan salah saya, Raja yang mahukan Salleh Abas dipecat

Posted: 14 Feb 2012 07:20 PM PST

Separuh benar Dr M? Bukan salah saya, Raja yang mahukan Salleh Abas dipecat Bekas Perdana Menteri yang dibenci, Mahathir Mohamad telah dituduh bercakap "separuh benar" setelah menyalahkan Raja apabila beliau didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara, Dzaiddin Abdullah bahawa beliau yang harus dipersalahkan kerana merosakkan keadilan dan integriti dalam sistem kehakiman negara.
Mahathir yang berusia 86 tahun itu menuduh Dzaiddin melakukan fitnah tetapi pantas juga mengatakan bahawa beliau tidak akan menyaman. Mahathir menegaskan bahawa Raja yang sepatutnya dipersalahkan- dalam usaha beliau menangkis dakwaan itu walaupun Perdana Menteri Najib Razak sedang mencanangkan bahawa Malaysia adalah tempat "terbaik" di dunia.
"Ini fitnah, tetapi saya tidak akan saman mereka. Seluruh kumpulan itu, mereka membuat tuduhan liar. Tiada peruntukkan sebegitu. Jika saya benar-benar berkuasa, saya akan menggantikan ramai orang. Yang Dipertuan Agong yang mahukan Salleh Abas dipecat," Malaysian Insider melaporkan Mahathir sebagai berkata.
Penjelasan Mahathir itu terus disangkal oleh pihak pembangkang. Mereka mengatakan bahawa beliau cuba memutar- belitkan fakta untuk melepaskan diri daripada tuduhan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Pasangan cuba lari elak dicekup

Posted: 14 Feb 2012 07:18 PM PST


Pasangan cuba lari elak dicekup
DAMANSARA DAMAI – Cubaan sepasang kekasih cuba melarikan diri tidak kesampaian apabila mereka berjaya dicekup unit cegah maksiat Masjid Al-Muhtadeen dan Biro Keselamatan Apartment Idaman di sebuah hotel bajet awal pagi semalam.

Pasangan berusia 28 dan 24 tahun itu cuba melarikan selepas mendapat tahu hotel tempat mereka menginap diserbu.

Ketika disoal, wanita itu memberikan pelbagai alasan termasuk mengakui lelaki yang datang bukan kekasihnya tetapi kawan yang kebetulan mahu menghantar makanan.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Kantoi di Hari Kekasih

Posted: 14 Feb 2012 07:16 PM PST


Kantoi di Hari Kekasih
JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.

Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar akan jumpa Nik Aziz

Posted: 14 Feb 2012 07:14 PM PST


Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.
Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.
 
"Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).
 
Read More / Baca Lagi >>

Pas gesa Ahmad Said mohon maaf

Posted: 14 Feb 2012 07:13 PM PST


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf dan menarik balik kenyataannya pada 8 Februari lalu bahawa Pas adalah parti ajaran sesat.
Ahmad enggan berbuat demikian walaupun diminta sebelum ini.
 
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kesal de­ngan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Umno Tereng­ganu itu bahawa Pas adalah parti ajaran sesat.
 
"Tuduhan tersebut melampau. Keceluparan Ahmad kita serah kepada ALLAH SWT.
Read More / Baca Lagi >>

MUHYIDDIN : BR1M TIDAK ADA UNSUR POLITIK..!!!!!

Posted: 14 Feb 2012 07:12 PM PST

427455_295549170509493_153417568055988_848719_785121805_n.jpg (800×417)

Kah3...Tiada unsur POLITIK habis tu logo UNDIlah BN tu apa???

Umno bersubahat jika NFC pecah amanah

Posted: 14 Feb 2012 07:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Jika National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melakukan perbuatan pecah amanah, kerajaan Umno BN bersubahat dalam perbuatan itu, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Ini kali ke berapa kerajaan Umno pecah amanah duit rakyat?

"Sekarang, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) sendiri yang mengaku berlaku kes pecah amanah bila NFCorp langgar syarat pinjaman. Kenapa dari awal lagi kerajaan tidak bertindak?

"Keengganan kerajaan mengambil tindakan terhadap perbuatan yang disebutkan oleh Nazri sebagai pecah amanah itu merupakan bukti yang sangat jelas bahawa kerajaan bersubahat dengan perbuatan itu," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Penyenaraian FGVH: Berapa jumlah durian runtuhnya?

Posted: 14 Feb 2012 07:05 PM PST

Dr. Rosli Yaakop,
Peneroka di 317 rancangan Felda di seluruh negara – 112,635 orang kesemuanya – dan ahli keluarga mereka – 1.6 juta orang kesemuanya - bakal dibayar durian runtuh – bukan kecil tetapi besar jumlahnya dan bukan sekali tetapi dua kali – berikutan penyenaraian FGVHB pada Mei ini. Kerana jumlah durian runtuh itu kononnya amat besar, ianya menjadi hak istimewa Perdana Menteri untuk mengumumkannya, mungkin dalam bulan Februari 2012 ini juga.
Read More / Baca Lagi >>

60 pengundi dengan alamat palsu dikesan di Lobak

Posted: 14 Feb 2012 07:02 PM PST


NONESekurang-kurangnya 60 pengundi dengan alamat yang diragui dikenal pasti disenaraikan dalam daftar pemilih tambahan pilihan raya bagi kerusi DUN Lobak di Negeri Sembilan.
NONE
Penyandang kerusi itu, Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Rasah, berkata 60 pengundi berkenaan didaftarkan sebagai penduduk Taman Sri Amber, Seremban, tetapi nombor rumah yang diberikan tidak wujud.

"Rumah-rumah di Taman Sri Amber bermula dengan nombor 400. Tetapi di sini, kami mempunyai pengundi yangmendaftarkan nombor rumah misalnya 24, 32, 48, 101, 131, 180, 201, 222 dan 301, yang tidak wujud," kata Loke.

Merujuk kepada daftar pemilih tambahan bagi suku keempat tahun 2011, beliau berkata kejadian seumpama itu juga berlaku di rumah pangsa di Taman Sri Amber.

Katanya, rumah pangsa itu hanya mempunyai satu blok, tetapi dalam daftar pemilih tambahan terdapat beberapa pengundi yang didaftarkan dengan alamat "Blok B" dan "Blok C", yang tidak wujud.

Satu lagi keanehan dalam daftar pemilih itu, kata Loke adalah bahawa 90 peratus daripada 670 pengundi baru yang didaftarkan pada suku terakhir itu terdiri dari bangsa tertentu sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Semakan Audit Dapati 200,000 Pengundi Meragukan

Posted: 14 Feb 2012 06:13 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 15 FEB : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan oleh syarikat teknologi milik penuh kerajaan mendapati terdapat sejumlah besar pengundi yang meragukan.

Syarikat berkenaan Mimos Bhd, dalam auditnya mendapati kira-kira 200,000 jumlah pengundi yang mencurigakan. 
 
Menurut ahli PSC Anthony Loke Siew Fook, taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Valentine: Nazri Aziz perlekeh kesucian agama Islam, kata Nasrudin

Posted: 14 Feb 2012 05:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.
"Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam," kata Nasrudin (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.
"Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam," katanya.
Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM pertahan B1RM bukan rasuah.....SPRM ni parti politik baru eh..!!!

Posted: 14 Feb 2012 05:08 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin."Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Homs, Syria Sedang Bermandi Darah

Posted: 14 Feb 2012 04:59 PM PST

Oleh: ustaznik

"Kebangkitan rakyat Syria berterusan, belum berhenti dan tidak mungkin boleh dihentikan. Ketika Presiden PAS datang ke DUN Kijal bagi merasmikan pelancaran jentera PRU 13 tidak lama dahulu, saya sempat bertanya kepadanya tentang kebangkitan rakyat Syria. Jawabnya: 'Tidak ada tanzim (organisasi Islam yang diiktiraf seperti Ikhwan) yang urus. Pemimpin gerakan Islam Syria bergerak dari luar.' Tak sempat bercakap panjang kerana masa tidak mengizinkan.

syrian dream

Ia agak membahayakan. Saya mendengar nama Sheikh al-Yaaqubi, melihat wawancara dan mendengar ucapannya, tetapi beliau tidak bergerak di atas tanzim yang diiktiraf tadi.
Kebangkitan rakyat Syria menyambung kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan lain-lain.
Terbaharu, bandar Homs (video-youtube) di utara Damsyik dihujani peluru atau bom dari tentera Syria. Dalam sejarah, kalau tak silap, Homs dan Halab adalah di antara bandar yang kuat gerakan Islamnya. Pernah dibom oleh tentera Syria di zaman Hafiz al-Asad, bapa kepada Basyyar al-Asad sekarang kerana mahu menghancurkan Ikhwan ketika itu. Kebangkitan rakyat akan terus berlaku di Syria. Bukan sahaja Homs bahkan seluruh Syria. Darah juga akan terus tumpah sebagaimana ia telah tumpah sekarang dengan banyaknya. Pemimpin umat Islam samada Liga Arab, OIC atau lainnya masih lagi berbincang dalam keadaan orang awam, rakyat marhaen dan kanak-kanak terus menjadi mangsa.
Nabi SAW menyebut dalam hadis akhir zaman Nabi Isa akan turun di timur Damsyiq.
Bilakah datangnya pertolongan dan kemenangan dari Allah itu?

Ustaz Azizan tak kenal wajah sebenar Gapena?

Posted: 14 Feb 2012 04:58 PM PST


Oleh Abdul Halim A Karim
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCREFFBM9AC26EDDy_GSfr452K7J5W-LVjrNOIVnHD4yYY0JVUQsRhZMbe-lTr1pBjGIK8MNT7ufr5IEdi7JiCaEZoqqlfgnkLOrynsZhqXxs9sxp-v-vh_QPJc8gWyxS3ZbqeToJmqCCj/s1600/0+(7).jpgHampir mustahil Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui PAS dan Dato` Seri Diraja Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar, tidak mengetahui wajah sebenar GAPENA. Adalah satu penghinaan kepada Ustaz Azizan dan penasihat-penasihat yang mengelilingi beliau jika dianggap mereka tidak tahu siapa pemimpin Gapena, apa perjuangannya, dan  bagaimana Gapena menampilkan diri sepanjang empat dekad dalam isu-isu kenegaraan.

Read More / Baca Lagi >>

Terlalu dekatkah kita dengan kiamat?

Posted: 14 Feb 2012 04:55 PM PST


Semakin hari semakin takut hati ini. Mata bagaikan tidak mahu melihat dan membaca. Tangan bagaikan tidak mahu menyambar akhbar di kedai mamak atau menjhttp://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2012/01/asteroid.jpgejaki portal-portal berita di internet. Mana tidaknya, cerita yang dipaparkan saban hari hampir serupa:

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas
Remaja campak bayi baru dilahir dari flat
Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar
Mayat bayi lelaki ditemui dalam sungai
Read More / Baca Lagi >>

8 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Akan Lompat ?!

Posted: 14 Feb 2012 04:54 PM PST

Setakat ini, UmnoBn masih ketinggalan di belakang Pakatan Rakyat dari segi sokongan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 akan datang.


Laporan-laporan dari perisikan melaporkan beberapa negeri yang dikuasai oleh BN akan tumbang termasuklah Negeri Sembilan dan Perak akan dirampas oleh Rakyat semula.  Yang mengejutkan laporan tersebut menyebut negeri Johor juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat…. Mengapa???  Dengan fakta yang ada… rupa-rupanya banyak kawasan DUN di Johor bukannya majoriti Melayu!!!

Dengan keadaan ini yang mencemaskan UmnoBn, maka langkah-langkah untuk menang PRU13 dengan "cara apa sekalipun" akan dilakukan oleh UmnoBn.
Read More / Baca Lagi >>

Ex-Petronas chief to helm Singapore power giant

Posted: 14 Feb 2012 04:50 PM PST

Hassan has gone on to join the boards of several Singapore energy firms since leaving Petronas. — Picture courtesy of Sembcorp
KUALA LUMPUR, Feb 15 — Ex-Petronas CEO Tan Sri Hassan Marican is set to become chairman of Singapore Power Limited (SP) in June succeeding Ng Kee Choe who will retire on June 12, according to Energy Asia. The news portal that focuses on the energy industry reported this yesterday, citing the island republic's utility giant.
Read More / Baca Lagi >>

Another zakat scandal involving Jamil?

Posted: 14 Feb 2012 04:49 PM PST

Another zakat scandal involving Jamil?Something must not be right when a person becomes the applicant and the approver at the same time. Even more suspicious is if an applicant applies for RM1 million and is granted RM4 million instead.
This is exactly the case with yet another controversy involving Jamil Khir Baharom (pic), minister in the Prime Minister's Department in charge of Islamic affairs, who heads Yayasan Taqwa, a company handling zakat distribution under the purview of Federal Territories Islamic Affairs Council (MAIWP).
Yesterday, PAS Youth chief Nasrudin Hasan questioned Jamil's conflicting role as MAIWP and Yayasan Taqwa chairman in the approval of a RM4 million fund from MAIWP's zakat fund.
"Why was Yayasan Taqwa granted RM4 million by MAIWP when it only applied for RM1 million," he asked.
"How can the same person apply and approve the money?"
Nasrudin also demanded Jamil to come clean on Yayasan Taqwa's RM2 million expenditure for its staff of 18 people.
Read More / Baca Lagi >>