Selasa, 14 Februari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Buku Jingga: Ahmad Maslan hilang pertimbangan

Posted: 14 Feb 2012 08:56 PM PST


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah di hadapan pemimpin Felda disifatkan sebagai tidak matang.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin BN yang menolak budaya perdebatan terbuka sebaliknya memilih memburuk-burukkan lawan di belakang.

"Ahmad Maslan hilang pertimbangan hingga bertindak mencampakkan Buku Jingga sedangkan kita telah beberapa kali tawarkan untuk berdebat secara terbuka.

"Kerajaan seharusnya menyuburkan budaya intelektual, berdebat mengenai dasar-dasar penting secara sihat, bukan sewenang-wenang buang Buku Jingga dalam tong sampah tanpa membincangkan isi-isinya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ramal pilihan raya umum lebih awal

Posted: 14 Feb 2012 08:56 PM PST

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Beliau berkata, pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum diadakan pada bulan itu.
Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka," katanya pada majlis "Sepetang dengan Anwar Ibrahim" di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di Bangkok, malam tadi.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

 - Bernama

Politik Mafia : 'Gangguan' usaha terancang takutkan rakyat, kata MP

Posted: 14 Feb 2012 08:54 PM PST

'
Ahli parlimen Klang Charles Santiago tidak menolak kemungkinan gangguan yang dicetuskan pada ceramah pro-pembangkang baru-baru ini adalah sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS minta Shafie Apdal cermin diri

Posted: 14 Feb 2012 08:53 PM PST

SHAH ALAM, 15 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno BN agar cermin diri dahulu sebelum cuba mengajar PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu perjuangan Palestin.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilapor media semalam kononnya BN konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel, hanya 'cuba tunjuk hero'.

Padahal kata Hasbullah, Mohd Shafie perlu sedar bahawa hubungan Umno dan Barisan Nasional dengan Israel bermula sejak tahun 1960 an lagi dengan hubungan dagang dua hala Malaysia Israel pada tahun 1967.

"Pada Mei 1994 Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Isrel dan Afrika Selatan.
Read More / Baca Lagi >>

Henti bekalan minyak masak ke Iran bukti ikut telunjuk Zionis

Posted: 14 Feb 2012 08:51 PM PST

Kenapa perlu menghentikan penghantaran (minyak kelapa sawit) tersebut sedangkan Iran adalah sebuah negara Islam seperti juga Malaysia?
PETALING JAYA: Keputusan Malaysia menghentikan bekalan minyak kelapa sawit ke Republik Islam Iran membuktikan pimpinan negara mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan Zionis antarabangsa untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara itu.
"Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan," kata Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard dalam satu kenyataan media.
MalayReuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah negara Islam.
Beliau menyoal, kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah negara Islam seperti juga Malaysia?
Read More / Baca Lagi >>

Dalam pilihanraya lalu lebih dari 1 juta ahli UMNO keluar parti semasa mengundi.. Kali ini bagaimana?

Posted: 14 Feb 2012 08:49 PM PST

Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam UMNO yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan UMNO setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam UMNO dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri.

Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli UMNO terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu normal dalam UMNO sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya.
Read More / Baca Lagi >>

Kalaulah Karpal Singh keturunan Melayu ........!!!

Posted: 14 Feb 2012 07:21 PM PST

Kalaulah Karpal Singh keturunan MelayuKeputusan untuk mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang juga seorang peguam terkemuka, atas tuduhan "menghina" Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berikutan kejadian rampasan kuasa oleh Umno pada tahum 2009 sememangnya telah diduga sejak dari awal lagi.
Kalaulah keturunan Karpal Singh adalah Melayu dan seorang pemimpin Umno, beliau tidak akan mengalami nasib yang sebegini. Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan dalam tahun 2010 di mana Karpal dibebaskan tanpa perlu membela diri daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan.
Apabila terdapat kes-kes yang melibatkan salahlaku oleh Raja-raja, ramai hakim mahkamah tidak berani untuk menghakimi kes-kes sedemikian kerana takut dituduh menderhakai baginda dan karenah ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang sungguh ketara di dalam sistem perundangan negara kita.
Read More / Baca Lagi >>

Separuh benar Dr M? Bukan salah saya, Raja yang mahukan Salleh Abas dipecat

Posted: 14 Feb 2012 07:20 PM PST

Separuh benar Dr M? Bukan salah saya, Raja yang mahukan Salleh Abas dipecat Bekas Perdana Menteri yang dibenci, Mahathir Mohamad telah dituduh bercakap "separuh benar" setelah menyalahkan Raja apabila beliau didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara, Dzaiddin Abdullah bahawa beliau yang harus dipersalahkan kerana merosakkan keadilan dan integriti dalam sistem kehakiman negara.
Mahathir yang berusia 86 tahun itu menuduh Dzaiddin melakukan fitnah tetapi pantas juga mengatakan bahawa beliau tidak akan menyaman. Mahathir menegaskan bahawa Raja yang sepatutnya dipersalahkan- dalam usaha beliau menangkis dakwaan itu walaupun Perdana Menteri Najib Razak sedang mencanangkan bahawa Malaysia adalah tempat "terbaik" di dunia.
"Ini fitnah, tetapi saya tidak akan saman mereka. Seluruh kumpulan itu, mereka membuat tuduhan liar. Tiada peruntukkan sebegitu. Jika saya benar-benar berkuasa, saya akan menggantikan ramai orang. Yang Dipertuan Agong yang mahukan Salleh Abas dipecat," Malaysian Insider melaporkan Mahathir sebagai berkata.
Penjelasan Mahathir itu terus disangkal oleh pihak pembangkang. Mereka mengatakan bahawa beliau cuba memutar- belitkan fakta untuk melepaskan diri daripada tuduhan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Pasangan cuba lari elak dicekup

Posted: 14 Feb 2012 07:18 PM PST


Pasangan cuba lari elak dicekup
DAMANSARA DAMAI – Cubaan sepasang kekasih cuba melarikan diri tidak kesampaian apabila mereka berjaya dicekup unit cegah maksiat Masjid Al-Muhtadeen dan Biro Keselamatan Apartment Idaman di sebuah hotel bajet awal pagi semalam.

Pasangan berusia 28 dan 24 tahun itu cuba melarikan selepas mendapat tahu hotel tempat mereka menginap diserbu.

Ketika disoal, wanita itu memberikan pelbagai alasan termasuk mengakui lelaki yang datang bukan kekasihnya tetapi kawan yang kebetulan mahu menghantar makanan.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Kantoi di Hari Kekasih

Posted: 14 Feb 2012 07:16 PM PST


Kantoi di Hari Kekasih
JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.

Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar akan jumpa Nik Aziz

Posted: 14 Feb 2012 07:14 PM PST


Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.
Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.
 
"Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).
 
Read More / Baca Lagi >>

Pas gesa Ahmad Said mohon maaf

Posted: 14 Feb 2012 07:13 PM PST


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf dan menarik balik kenyataannya pada 8 Februari lalu bahawa Pas adalah parti ajaran sesat.
Ahmad enggan berbuat demikian walaupun diminta sebelum ini.
 
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kesal de­ngan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Umno Tereng­ganu itu bahawa Pas adalah parti ajaran sesat.
 
"Tuduhan tersebut melampau. Keceluparan Ahmad kita serah kepada ALLAH SWT.
Read More / Baca Lagi >>

MUHYIDDIN : BR1M TIDAK ADA UNSUR POLITIK..!!!!!

Posted: 14 Feb 2012 07:12 PM PST

427455_295549170509493_153417568055988_848719_785121805_n.jpg (800×417)

Kah3...Tiada unsur POLITIK habis tu logo UNDIlah BN tu apa???

Umno bersubahat jika NFC pecah amanah

Posted: 14 Feb 2012 07:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Jika National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melakukan perbuatan pecah amanah, kerajaan Umno BN bersubahat dalam perbuatan itu, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Ini kali ke berapa kerajaan Umno pecah amanah duit rakyat?

"Sekarang, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) sendiri yang mengaku berlaku kes pecah amanah bila NFCorp langgar syarat pinjaman. Kenapa dari awal lagi kerajaan tidak bertindak?

"Keengganan kerajaan mengambil tindakan terhadap perbuatan yang disebutkan oleh Nazri sebagai pecah amanah itu merupakan bukti yang sangat jelas bahawa kerajaan bersubahat dengan perbuatan itu," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Penyenaraian FGVH: Berapa jumlah durian runtuhnya?

Posted: 14 Feb 2012 07:05 PM PST

Dr. Rosli Yaakop,
Peneroka di 317 rancangan Felda di seluruh negara – 112,635 orang kesemuanya – dan ahli keluarga mereka – 1.6 juta orang kesemuanya - bakal dibayar durian runtuh – bukan kecil tetapi besar jumlahnya dan bukan sekali tetapi dua kali – berikutan penyenaraian FGVHB pada Mei ini. Kerana jumlah durian runtuh itu kononnya amat besar, ianya menjadi hak istimewa Perdana Menteri untuk mengumumkannya, mungkin dalam bulan Februari 2012 ini juga.
Read More / Baca Lagi >>

60 pengundi dengan alamat palsu dikesan di Lobak

Posted: 14 Feb 2012 07:02 PM PST


NONESekurang-kurangnya 60 pengundi dengan alamat yang diragui dikenal pasti disenaraikan dalam daftar pemilih tambahan pilihan raya bagi kerusi DUN Lobak di Negeri Sembilan.
NONE
Penyandang kerusi itu, Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Rasah, berkata 60 pengundi berkenaan didaftarkan sebagai penduduk Taman Sri Amber, Seremban, tetapi nombor rumah yang diberikan tidak wujud.

"Rumah-rumah di Taman Sri Amber bermula dengan nombor 400. Tetapi di sini, kami mempunyai pengundi yangmendaftarkan nombor rumah misalnya 24, 32, 48, 101, 131, 180, 201, 222 dan 301, yang tidak wujud," kata Loke.

Merujuk kepada daftar pemilih tambahan bagi suku keempat tahun 2011, beliau berkata kejadian seumpama itu juga berlaku di rumah pangsa di Taman Sri Amber.

Katanya, rumah pangsa itu hanya mempunyai satu blok, tetapi dalam daftar pemilih tambahan terdapat beberapa pengundi yang didaftarkan dengan alamat "Blok B" dan "Blok C", yang tidak wujud.

Satu lagi keanehan dalam daftar pemilih itu, kata Loke adalah bahawa 90 peratus daripada 670 pengundi baru yang didaftarkan pada suku terakhir itu terdiri dari bangsa tertentu sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Semakan Audit Dapati 200,000 Pengundi Meragukan

Posted: 14 Feb 2012 06:13 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 15 FEB : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan oleh syarikat teknologi milik penuh kerajaan mendapati terdapat sejumlah besar pengundi yang meragukan.

Syarikat berkenaan Mimos Bhd, dalam auditnya mendapati kira-kira 200,000 jumlah pengundi yang mencurigakan. 
 
Menurut ahli PSC Anthony Loke Siew Fook, taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Valentine: Nazri Aziz perlekeh kesucian agama Islam, kata Nasrudin

Posted: 14 Feb 2012 05:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.
"Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam," kata Nasrudin (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.
"Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam," katanya.
Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM pertahan B1RM bukan rasuah.....SPRM ni parti politik baru eh..!!!

Posted: 14 Feb 2012 05:08 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin."Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Homs, Syria Sedang Bermandi Darah

Posted: 14 Feb 2012 04:59 PM PST

Oleh: ustaznik

"Kebangkitan rakyat Syria berterusan, belum berhenti dan tidak mungkin boleh dihentikan. Ketika Presiden PAS datang ke DUN Kijal bagi merasmikan pelancaran jentera PRU 13 tidak lama dahulu, saya sempat bertanya kepadanya tentang kebangkitan rakyat Syria. Jawabnya: 'Tidak ada tanzim (organisasi Islam yang diiktiraf seperti Ikhwan) yang urus. Pemimpin gerakan Islam Syria bergerak dari luar.' Tak sempat bercakap panjang kerana masa tidak mengizinkan.

syrian dream

Ia agak membahayakan. Saya mendengar nama Sheikh al-Yaaqubi, melihat wawancara dan mendengar ucapannya, tetapi beliau tidak bergerak di atas tanzim yang diiktiraf tadi.
Kebangkitan rakyat Syria menyambung kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan lain-lain.
Terbaharu, bandar Homs (video-youtube) di utara Damsyik dihujani peluru atau bom dari tentera Syria. Dalam sejarah, kalau tak silap, Homs dan Halab adalah di antara bandar yang kuat gerakan Islamnya. Pernah dibom oleh tentera Syria di zaman Hafiz al-Asad, bapa kepada Basyyar al-Asad sekarang kerana mahu menghancurkan Ikhwan ketika itu. Kebangkitan rakyat akan terus berlaku di Syria. Bukan sahaja Homs bahkan seluruh Syria. Darah juga akan terus tumpah sebagaimana ia telah tumpah sekarang dengan banyaknya. Pemimpin umat Islam samada Liga Arab, OIC atau lainnya masih lagi berbincang dalam keadaan orang awam, rakyat marhaen dan kanak-kanak terus menjadi mangsa.
Nabi SAW menyebut dalam hadis akhir zaman Nabi Isa akan turun di timur Damsyiq.
Bilakah datangnya pertolongan dan kemenangan dari Allah itu?

Ustaz Azizan tak kenal wajah sebenar Gapena?

Posted: 14 Feb 2012 04:58 PM PST


Oleh Abdul Halim A Karim
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCREFFBM9AC26EDDy_GSfr452K7J5W-LVjrNOIVnHD4yYY0JVUQsRhZMbe-lTr1pBjGIK8MNT7ufr5IEdi7JiCaEZoqqlfgnkLOrynsZhqXxs9sxp-v-vh_QPJc8gWyxS3ZbqeToJmqCCj/s1600/0+(7).jpgHampir mustahil Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui PAS dan Dato` Seri Diraja Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar, tidak mengetahui wajah sebenar GAPENA. Adalah satu penghinaan kepada Ustaz Azizan dan penasihat-penasihat yang mengelilingi beliau jika dianggap mereka tidak tahu siapa pemimpin Gapena, apa perjuangannya, dan  bagaimana Gapena menampilkan diri sepanjang empat dekad dalam isu-isu kenegaraan.

Read More / Baca Lagi >>

Terlalu dekatkah kita dengan kiamat?

Posted: 14 Feb 2012 04:55 PM PST


Semakin hari semakin takut hati ini. Mata bagaikan tidak mahu melihat dan membaca. Tangan bagaikan tidak mahu menyambar akhbar di kedai mamak atau menjhttp://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2012/01/asteroid.jpgejaki portal-portal berita di internet. Mana tidaknya, cerita yang dipaparkan saban hari hampir serupa:

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas
Remaja campak bayi baru dilahir dari flat
Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar
Mayat bayi lelaki ditemui dalam sungai
Read More / Baca Lagi >>

8 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Akan Lompat ?!

Posted: 14 Feb 2012 04:54 PM PST

Setakat ini, UmnoBn masih ketinggalan di belakang Pakatan Rakyat dari segi sokongan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 akan datang.


Laporan-laporan dari perisikan melaporkan beberapa negeri yang dikuasai oleh BN akan tumbang termasuklah Negeri Sembilan dan Perak akan dirampas oleh Rakyat semula.  Yang mengejutkan laporan tersebut menyebut negeri Johor juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat…. Mengapa???  Dengan fakta yang ada… rupa-rupanya banyak kawasan DUN di Johor bukannya majoriti Melayu!!!

Dengan keadaan ini yang mencemaskan UmnoBn, maka langkah-langkah untuk menang PRU13 dengan "cara apa sekalipun" akan dilakukan oleh UmnoBn.
Read More / Baca Lagi >>

Ex-Petronas chief to helm Singapore power giant

Posted: 14 Feb 2012 04:50 PM PST

Hassan has gone on to join the boards of several Singapore energy firms since leaving Petronas. — Picture courtesy of Sembcorp
KUALA LUMPUR, Feb 15 — Ex-Petronas CEO Tan Sri Hassan Marican is set to become chairman of Singapore Power Limited (SP) in June succeeding Ng Kee Choe who will retire on June 12, according to Energy Asia. The news portal that focuses on the energy industry reported this yesterday, citing the island republic's utility giant.
Read More / Baca Lagi >>

Another zakat scandal involving Jamil?

Posted: 14 Feb 2012 04:49 PM PST

Another zakat scandal involving Jamil?Something must not be right when a person becomes the applicant and the approver at the same time. Even more suspicious is if an applicant applies for RM1 million and is granted RM4 million instead.
This is exactly the case with yet another controversy involving Jamil Khir Baharom (pic), minister in the Prime Minister's Department in charge of Islamic affairs, who heads Yayasan Taqwa, a company handling zakat distribution under the purview of Federal Territories Islamic Affairs Council (MAIWP).
Yesterday, PAS Youth chief Nasrudin Hasan questioned Jamil's conflicting role as MAIWP and Yayasan Taqwa chairman in the approval of a RM4 million fund from MAIWP's zakat fund.
"Why was Yayasan Taqwa granted RM4 million by MAIWP when it only applied for RM1 million," he asked.
"How can the same person apply and approve the money?"
Nasrudin also demanded Jamil to come clean on Yayasan Taqwa's RM2 million expenditure for its staff of 18 people.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: