Ahad, 12 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Polis siasat Pengetua sekolah cari pelacur di internet

Posted: 12 Feb 2012 11:26 PM PST

SINGAPURA- Seorang pengetua di sebuah sekolah ternama di republik ini bersama beberapa penjawat awam kanan disiasat kerana melanggan pelacur daripada sindiket maksiat di Internet, menurut laporan media tempatan.
Penjawat awam itu disyaki apabila Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis (PID) melakukan beberapa serbuan terhadap sindiket maksiat akhir Disember lalu, lapor akhbar Shin Min.
Senarai nama pelanggan sindiket yang didedahkan antara bukti yang dirampas dalam serbuan bersar-besaran itu.
The Straits Times melaporkan kira-kira 80 orang, termasuk penjawat awam membantu polis dalam siasatan terhadap operasi maksiat di Internet.
Menurut laporan Shin Min, penjawat awam berpangkat tinggi itu, termasuk pengetua terbabit sudah meletakkan jawatan. Penjawat awam itu bertugas di pelbagai jabatan kerajaan - kebanyakannya daripada jabatan pendidikan dan kakitangan berpakaian seragam.
Menurut laporan itu, pengetua terbabit tinggal di kondominium mewah di timur negara itu bersama keluarganya. Setiap unit kediaman di kawasan itu mencecah harga pasaran sekurang-kurangnya SGD$1 juta (RM2.5 juta) dan semua penduduknya memandu kereta mewah.
Lelaki berusia 39 tahun itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki.
- Asiaone

[Video] ; Ceramah DSAI di Melaka 12/2/2012

Posted: 12 Feb 2012 08:58 PM PST

Bayar balik RM250 juta : Nazri kepada Sharizat

Posted: 12 Feb 2012 06:43 PM PST

KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

"Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

"Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam - Sinar Harian

PAS Tetap Dengan Pendirian Bantah Sambutan Hari Kekasih

Posted: 12 Feb 2012 06:13 PM PST

KLANG: PAS tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahad.

Beliau berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini petang ini.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.

DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal. - BERNAMA

Ha ni Persatuan Ulama Malaysia dah bagitau .... Tidak boleh sertai upacara bertentangan aqidah ...

Posted: 12 Feb 2012 03:48 PM PST

by Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.
 "Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam. Aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam," kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
 Katanya, PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.
 Beliuau berkata, salinan garis panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.

 Dalam garis panduan tersebut, ujarnya antara keputusan yang diputuskan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
"Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam," ujarnya.
 Sehubungan itu, jelasnya berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah amat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut kerana boleh menjejaskan aqidah Islam.
"PUM juga amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini," katanya lagi.
 Dalam pada masa yang sama, katanya seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut.
 Tambahnya, para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah amat diharapkan supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam.
"Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam," ujarnya lagi.
 Justeru, ujarnya semua pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat awam adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama Islam khususnya melibatkan aqidah serta syariat Islam.
Beliau menambah, para pemimpin dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat dan pandangan para ulama' dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang diletakkan dalam prinsip maqasid syariah. 
Katanya, PUM berpandangan isu itu adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama orang bukan Islam.
Sehubungan itu, ujarnya PUM ingin mencadangkan kepada Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada para pemimpin dan masyarakat Islam tentang keputusan dasar itu.
"Oleh yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan  Jakim, Majlis dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini," katanya.

Betapa besarnya malu Najib ....

Posted: 12 Feb 2012 04:34 AM PST

Permohonan maaf BBC memalukan Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Nama negara tercalar teruk dengan permohonan maaf terbuka British Broadcasting Corporation (BBC) atas kesalahan menyiarkan program berbayar yang berat sebelah termasuk lapan yang melibatkan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman BBC semalam, media antarabangsa tersebut mengakui terhadap sebilangan "kecil" program yang disiarkan dalam BBC World News antara Februari 2009 hingga Julai 2011 telah melanggar protokol dalaman yang diwujudkan untuk menjaga integriti editorialnya.

"Sebilangan kecil program-program disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011 melanggar peraturan-peraturan BBC bertujuan untuk melindungi integriti editorial kita.


"Peraturan-peraturan ini memastikan yang program-program bebas , dan dilihat untuk menjadi bebas, dari komersial atau tekanan-tekanan luar lain," kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataannya, BBC secara jelas menyatakan terhadap 8 program yang dikesan mempunyai pertalian kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermaksud terdapatnya potensi satu konflik kepentingan , walaupun BBC tidak sedar tentangnya apabila program-program itu disiarkan," tambah kenyataan itu.

Semalam juga, akhbar The Independent melaporkan bahawa permohonan maaf BBC akan disiarkan ke seluruh dunia secara berperingkat pada empat waktu berlainan, dari Kuala Lumpur ke Khartoum supaya sampai ke semua penonton di zon berbeza.

Namun begitu, dalam kenyataan BBC tidak disebutkan nama firma yang menerbitkan lapan dokumentari tersebut iaitu FBC Media Ltd, yang diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibayar kerajaan Malaysia sebanyak Euro 19.6 juta (RM80 juta) antara 2007 dan 2010 untuk menaikkan imej pentadbiran beliau di seluruh dunia.

Dokumentari-dokumentari tersebut memberikan bayangan baik kepada industri kepala sawit dan layanan terhadap orang Asli di Malaysia.

Menurut laporan The Malaysian Insider, BBC juga digunakan FBC ntuk membuat sebuah dokumentari mengenai pemberontakan di Mesir tanpa mengetahui firma dibayar melakukan kerja PR untuk rejim bekas diktator Hosni Mubarak.

"Jawatankuasa editorial BBC Trust telah mengenalpasti beberapa kepincangan di dalam panduan editorial akibat daripada program-program bermasalah ini. Ia bersetuju dengan tahan kepincangan yang serius, satu permohonan terbuka dan siaran terus kepada penonton adalah wajar," tambah kenyataan itu lagi. Harakah Daily

Karpal, tolong hormati agama lain - Nik Abduh

Posted: 12 Feb 2012 02:06 AM PST


KOTA BAHARU - Dewan Pemuda Pas menasihatkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh supaya belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.

Timbalan Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam nada sinis berkata, pemimpin tertinggi DAP itu sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah.

"Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah," katanya di sini, hari ini.


Nik Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini.

Pada 7 Februari lalu, Nik Abduh dilaporkan berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan Hari Kekasih untuk mencegah umat Islam menyambutnya.

Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ketika Pas rancak mempromosikan hak-hak bukan Islam supaya ia lebih adil, Karpal pula seolah-olah mengambil kesempatan menyekat hak asasi umat Islam yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

Menurutnya, keputusan menentang Hari Kekasih bukan hanya pendirian Pas semata-mata, sebaliknya pendirian semua umat Islam.

Katanya, semua pihak perlu terlibat dalam mendidik dan menyeru umat Islam ke arah kebaikan beragama, dan mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosikan Islam secara unggul.

"Dalam diri umat Islam ada agama, yang merupakan hak tertinggi, jadi mendidik mereka agar menghormati ajarannya adalah hak-hak asasi yang perlu ditegakkan," katanya. - Sinar Harian

Saya akan berundur jika tewas - Zaid Ibrahim

Posted: 12 Feb 2012 12:42 AM PST

Beberapa hari selepas mengumumkan niatnya untuk membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) presiden parti itu Datuk Zaid Ibrahim terus dibidas ahli-ahli di beberapa negeri yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya pada Jumaat lalu, Zaid kelihatan cuba menawarkan kompromi bagi ahli-ahli parti untuk memilih sama ada pembubaran ataupun memecat ahli-ahli yang bermasalah.

Zaid berkata cadangan berkenaan akan dibentangkan pada ...
mesyuarat jawatankuasa eksekutif parti (CEC) akan datang.

Menurutnya jika CEC enggan memecat ahli-ahli yang bermasalah dan menuntut sidang perwakilan khas untuk membubarkan parti itu, maka beliau akan berundur dari KITA.

"Sudah tentu, saya akan berundur kerana saya hanya mempunyai satu undi," katanya.

Ditanya sama ada beliau telah membuat 'pusingan U' dengan menawarkan pilihan itu, Zaid menafikannya dan berkata ia hanya satu idea.

"Saya tidak boleh membubarkan parti (begitu sahaja), ia perlu melalui proses ... Ia bukan mudah, anda memerlukan tiga perempat daripada ahli-ahli yang bersetuju.

"Hanya kerana saya kata kita akan bubarkan parti, ini tidak bermakna KITA akan dibubarkan, ia bergantung kepada ahli-ahli. Semua ahli, termasuk saya mempunyai satu undi," katanya. - Malaysiakini

TERKINI : Kes Kashgari : 'Court Order' - Hentikan menghantar Kashgari pulang ke Arab Saudi

Posted: 12 Feb 2012 12:00 AM PST

Peguam hak asasi manusia dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha terakhir untuk menyekat wartawan muda Arab Saudi Hamza Kashgari daripada diusir pulang ke negaranya.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata Hakim Datuk Rohana Yusuf telah membenarkan perintah interim bagi menghentikan pengusiran itu.

"Kami kini dalam perjalanan untuk menyampaikan perintah ini kepada polis, imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Walau bagaimanapun, adalah tidak jelas jika Hamza masih di negara ini ataupun sudah diusir.

Agensi berita AFP yang memetik sumber kerajaan, melaporkan bahawa Hamza telah pun dihantar pulang dan kini dalamkawalan pegawai-pegawai Arab Saudi.

Dalam usahanya menjejaki Hamza, Fadiah berkata wartawan muda itu tidak dapat dikesan di Lapangan Terbang Subang.

"Tiada rekod (Hamza) di Lapangan Terbang Subang. Sekarang dalam perjalanan ke KLIA untuk serahkan perintah mahkamah. Pihak Berkuasa sengaja cuba menyekat maklumat," katanya di Twitter.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan Hamza minggu lalu, atas permintaan kerajaan Arab Saudi kerana  didakwa menghina Islam.


KUALA LUMPUR (Feb 12, 2012): Lawyers of Saudi Arabia citizen known as Hamza Kashgari, who allegedly posted blasphemous tweets on Prophet Muhammad's birthday, have managed to get a High Court injunction to stop Malaysian authorities from deporting him to Saudi Arabia.
The lawyers, led by R Kesaven, have served the injunction to the Inspector General of Police, the Home Ministry, and the Subang and KLIA immigration authorities.
"We managed to get the injunction from High Court Judge Datuk Rohana Yusof at her house this morning.
"The authorities are bound by the injunction and they would have to produce Kashgari in court on Tuesday at 9.30am after which the judge will decide. We will be filing the habeas corpus at the KL High Court tomorrow morning," said Kesavan.

Kesavan, however stated that they have yet to know the whereabouts of Kashgari. He stated that sources have verified that he is still at KLIA and on a plane bound for Saudi Arabia, waiting to be deported.
Home Ministry secretary-general Tan Sri Mahmood Adam said the ministry has yet to see the court order and will issue a statement once it has received it.
As of now, Hishammuddin's earlier statement today which stated that Malaysia will extradite Kashgari at the request of the Saudi Arabian authorities stands.
When asked whether it is true that Kashgari has been deported, Mahmood Adam said, no.
He said Kashgari is expected to be sent back later today.
The official twitter account of the Royal Malaysian Police Force (PDRM) also just issued a tweet asking to take note that the court has issued an injunction order on the deportation of Kashgari.
Former Bar Council president Ambiga Sreenivasen said that "the government will be in breach of court order just granted if they proceed to deport Kashgari".
AFP, meanwhile, reported that Kashgari has been deported through Kuala Lumpur International Airport, in the company of Saudi officials, quoting an unnamed official from an authority but checks with the KLIA police confirm that the police have yet to receive information on the deportation of Kashgari.
The 23-year old Saudi citizen, whose real name is Mohamad Najeeb A. Kashgari is a columnist with Jeddah-based Al Bilad newspaper and was reported to have made postings that insulted Islam via social networking site Twitter.
On the day of Prophet Muhammad's birthday celebration last week, Mohammad Najeeb, tweeted an imaginary conversation with the prophet, speaking to him (the prophet) as an equal, saying he liked some of his characteristics while others were not to his liking.
"On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you," said one translated Tweet quoted by The Daily Beast.
Following his postings, some 30,000 Twitter entries venting anger at his statements were made in less than 24 hours.
There was also a video of a Saudi cleric weeping and calling for Mohammad Najeeb to be tried under Islamic law for blasphemy, as well as tens of thousands of people joining a facebook account demanding the execution of Mohammad Najeeb.
Blasphemy is punishable by death under the Saudi law.  - The Sun Daily

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Husam dedah strategi Hassan Ali!!!

Posted: 12 Feb 2012 05:42 PM PST

Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. -mk

APA KATA KHALID SAMAD MENGENAI HASSAN ALI

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas 'adaabul ikhtilaf' yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah 'gila talaq'. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan 'gila' dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai 'gila'. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila 'ditalaq' menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah 'gila talaq' dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PK

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, "ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya".

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah 'golongan Erdogan'. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala' pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau 'name calling'.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN

Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun 'exit strategy' atau 'strategi untuk keluar PAS'. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara 'terhormat'. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan 'aqeedah' itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
"Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta" (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Rafizi: SPRM Perlu Segera Siasat Muhyiddin

Posted: 12 Feb 2012 05:52 AM PST

SHAH ALAM 12 FEB: Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).

Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.

"Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu.

"Saya rasa orang-orang Umno lebih faham tindakan Muhyiddin tersebut menyerahkan projek mega yang begitu besar kepada keluarga Shahrizat." kata beliau.

Sehubungan itu beliau menyelar tindakan SPRM yang masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan.

"Saya kira sekiranya SPRM mengambil tindakan terhadap Muhyiddin sekarang akan diberi persepsi oleh rakyat sebagai sudah terlambat.

"Saya tidak mahu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak berfakta tetapi SPRM perlu bersikap profesional dan tidak memilih bulu.

"Janji BN dan tranformasi Najib akan dianggap sebagai hipokrasi sekiranya masih agensi-agensi kerajaan masih bersikap menjaga kepentingan pemimpin tertenyu." kata beliau ketika di hubungi.

Pada 8 Februari lalu, Rafizi turut mendedahkan maklumat terbaru kepada pihak media berhubung dakwaan pembelian dua kondo mewah di Singapura oleh NFC bernilai RM34.6 juta.

Sehubungan itu pada sebelah petangnya pula Shahrizat dipanggil oleh SPRM untuk di soal siasat. Shahrizat sebelum itu telah mengambil cuti selama tiga minggu namun SPRM tidak mengambil sebarang tindakan menyiasat terhadap beliau.

Ketika ditanya kepada Rafizi kenyataan Muhyiddin bahawa BN tidak tergugat dengan serangan pembangkang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan serangan individu beliau berkata kenyataan tersebut disebabkan Muhyiddin merasakan diri beliau tidak lagi selamat.

"Muhyiddin telah merasakan diri beliau tidak lagi selamat kerana orang Umno sendiri telah tahu agenda disebalik pemberian projek tersebut kepada keluarga Shahrizat.

"Lagi pun ini bukan isu individu, isu ini libatkan dana rakyat bernilai RM250 juta. Rakyat nak tahu kemana wang tersebut telah disalurkan dan apakah faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat hasil dari sumbangan wang mereka keluarga menteri tersebut." kata beliau.

Menurut beliau, gesaan Pakatan Rakyat supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat isu NFC dianggap jalan terbaik.

"Inilah yang Muhyiddin takutkan kerana beliau bimbang dengan trand sokongan rakyat yang semakin menolak BN disebabkan pelbagai amalan rasuah dan salah guna kuasa amat berleluasa berlaku ketika BN memerintah negara." kata Rafizi lagi.

dollah yankee

dollah yankee


Ini pun ada sangkut dengan lembu juga.(Telah di'Lembu'kan)

Posted: 11 Feb 2012 10:48 PM PST

Kini sudah banyak orang berani melondeh kepincangan-kepincangan Tun Mahahthir semasa dia berkuasa. BACA DI-SINI
Itu lah...bila seseorang itu sudah tidak ada lagi kuasa, siapa pun dah tak takut. Macam bekas Ketua Hakim Tun Dzaiddin ini yang telah melondehkan bagaimana sistem dan badan kehakiman negara kita sebenarnya telah di-lembukan oleh Tun Mahathir.

Bila sudah baca kenyataan Tun Dzaiddin ini, gurkah-gurkah politik di'port' tetap dengan kepercayaan mereka bahawa undang-undang di Malaysia ini sebenarnya ada 2 buku. 1 buku untuk orang-orang besar macam mereka, dan 1 lagi buku undang-undang untuk orang-orang kecil macam kita.

Puncanya terjadi 2 buku undang-undang ini adalah dikatakan telah dicipta dan diubah oleh Tun Mahahthir semasa dia berkuasa dahulu. 

Dan kini, sedikit demi sedikit sudah ada orang yang berani bangun melawan dan menentang dan melondehkan perkara ini. Akibat dari itu, kehormatan terhadap Tun Mahahthir pun sudah mula terhakis sedikit demi sedikit.

Pada hari ini ramai rakyat sudah mula percaya yang semasa  23 tahun Tun Mahathir berkuasa, dia telah melakukan banyak keburukan dari kebaikan. Oleh itu rakyat dan orang kecil macam gurkah-gurkah politik di'port' berhak untuk tahu apa lagi benda yang dia dan mereka telah buat terhadap sistem dan badan kehakiman ini sehingga sistem ini sekarang di lihat dimata rakyat dan orang-orang kecil ini sangat busuk.

Dan mereka masih lagi sifat mereka yang bermati-matian menafikanya yang Malaysia ini ada 2 buku undang-undang dan sistem ini tidak busuk.

Gurkah-gurkah ini juga percaya yang bukan saja buku undang-undang ada 2 buah, tetapi juga termasuk lah buku ekonomi, buku-buku tentang dasar-dasar, buku-buku tentang keewangan, buku-buku pelajaran.

Buku-buku tentang tender-tender projek kerajaan pula tak payah cerita lah, silap haribulan bukannya ada 2 buah tetapi ada 200 buah!. Kah..Kah..Kah..

Pendek kata semuanya ada 2 buah. Di ulangi ada 2 buah buku undang-undang, 1 untuk untuk orang-orang besar dan 1 lagi untuk orang-orang kecil. Sehinggakan ada rakyat dan orang-orang kecil ini telah berani bersuara dengan berkata sistem dan kehakiman di negara kita tidak akan berubah selagi BN berkuasa.

Biar lah orang-orang ini macam Tun Mohd Dzaidin Abdullah ini belajar melalui kesilapan mereka dulu, kerana dulu mereka juga sama-sama bersekongkol membusukan sistem ini, tetapi kini mereka telah  mendapat hidayah dan dah mula sedar, dan harapan orang-orang kecil ini ialah semoga mereka (orang-orang macam Tun Dzaidin) ini akan sama-sama membantu untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik.

dollah yankee -
Lepas tu Tun kata kalau Anwar jadi PM, Anwar akan ubah undang-undang. Cekap dan bijak sekali Tun Mahathir ini.