Selasa, 31 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BENARKAH DEWAN ULAMAK PAS SEJAHIL ITU? JAWAPAN BUAT IBRAHIM BABA

Posted: 31 Jan 2012 07:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA tulisan Ibrahim Baba di dalam Tranungkite, jelas dan nyata penulis sememangnya menjadi barua kepada sekutu Apco iaitu Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu itu.  Tiada hujah, tiada fakta selain dari andaian jahat beliau untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.

Di dalam tulisannya, lebih jahat lagi beliau melabelkan Ulamak PAS seolah-olah tidak berilmu dan bertaqwa dengan hukum Allah.  Tuduhan beliau yang menyebut bahawa ramai di kalangan Ulamak di dalam Dewan Ulamak PAS percaya kepada video seks Datuk T adalah merupakan satu tuduhan jahat kepada Alim Ulamak.  Apakah Ibrahim Baba merasakan Ulamak PAS seperti beliau yang jahil sejahil-jahilnya tentang hukum Islam?  Apakah Ulamak PAS boleh terpedaya dengan `hukum video' ciptaan Munafikun daripada hukum Allah?  Tetapi, itulah anggapan Ibrahim Baba.

Muslimat PAS

Isu `Pluralisme', isu video seks dan terbaru isu Israel kesemuanya telah diperjelaskan secara berani dan terang oleh DS Anwar.  DS Anwar tidak berselindung kerana di dalam dunia yang tiada sempadan ini mana mungkin beliau boleh berselindung dengan setiap kenyataannya?  Masalahnya, kejahilan mereka yang tidak memahami sesuatu isu dan mengandaikan DS Anwar cuba berbohong.  Di mana kekuatan bagi seseorang `pembohong' untuk berdebat dengan Sang Penguasa?  Mengapa Sang Penguasa terlalu bacul untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang ini?  Jika benar DS Anwar melakukan apa yang disebut oleh Ibrahim Baba, sudah pasti DS Anwar tidak akan berani berdepan dengan Sang Penguasa.  

Boleh dikatakan majoriti yang hadir di dalam Himpun 901 adalah penyokong PAS

Jika Sang Penguasa mempunyai bukti kukuh bahawa segala yang disebut oleh Ibrahim Baba itu benar, maka pastinya DS Anwar akan dilondeh semahu-mahunya oleh mereka di dalam debat yang dinantikan rakyat itu.  Tetapi, mengapa ianya tidak diambil kesempatan oleh Sang Penguasa?  Jawapannya mudah, mereka tidak mempunyai hujah dan fakta untuk melondehkan Ketua Pembangkang tersebut.

Kononnya, Ibrahim Baba mendakwa kurangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada DS Anwar sewaktu perhimpunan 901 yang lalu.  Adakah Ibrahim Baba tidak hadir waktu itu?  Jelas, malah dapat disaksikan bahawa paling ramai yang hadir adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS.  Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Pemuda dan Muslimat PAS telah hadir.  Malahan, Mursyidul Am PAS yang keuzuran telah mewakilkan anaknya Us Nik Abduh untuk hadir.  Lebih-lebih lagi Mursyidul Am sendiri telah berdoa sebelum keputusan mahkamah untuk DS Anwar, berpuasa tanda bersyukur sejurus DS Anwar dibebaskan.  Adakah ini tidak melambangkan sokongan PAS?  

Sejak dari awal memang PAS berpendirian, kehadiran mereka bukan atas faktor DS Anwar tetapi atas faktor kezaliman yang dilakukan ke atas Ketua Pembangkang ini.  Itu lah juga faktor sokongan rakan-rakan lain di dalam PR dari Keadilan dan DAP.  Mungkin Ibrahim Baba mempertikaikan mengapa tiada Ketua Dewan Ulamak PAS yang hadir atau AJKnya.  Kita semua maklum, semenjak bila Dewan Ulamak hadir di dalam satu-satu perhimpunan atau demontrasi?  Bukan di dalam kes melibatkan DS Anwar sahaja, malahan di dalam Himpunan BERSIH sebelum ini juga sukar untuk menyaksikan kehadiran mereka.  Adakah ini bererti mereka tidak menyokong tuntutan BERSIH?  

Di atas beberapa sebab yang saya nukilkan di atas, kesimpulannya saya melihat tulisan Ibrahim Baba ini hanyalah semata-mata untuk mendatangkan keraguan sesama Pakatan Rakyat, sekaligus untuk membantu Umno untuk terus berkuasa selama-lamanya./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT "SIAPA PARASIT, SIAPA PELESIT" DI ANTARA KHALID SAMAD DAN HASSAN AKIDAH ?

Posted: 31 Jan 2012 09:16 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS
YB Khalid Samad
Pelesit yang meracau
AKHIRNYA Hassan anak Ali @ Hassan Akidah, menyebut Khalid Samad adalah `parasit' di dalam PAS. Di dalam ceramahnya di Shah Alam malam kelmarin, Hassan Akidah ini mendakwa Khalid Samad yang juga MP Shah Alam sentiasa membantah `kerja-kerja Islam' Hassan Akidah. Apakah `kerja-kerja Islam' Hassan? Rampas arak? Serbu gereja? Atau, seperti sekarang iaitu bersekutu dan berbaik dengan TV3 suku iaitu media utama penyebar fitrnah dan seks itu kerja Islam Hassan Akidah?

Apa jawapan Khalid Samad atas dakwaan Hassan Akidah? Mahu tergelak rasanya bila membaca jawapan Khalid Samad terhadap Hassan Akidah, kerana tidak disangka Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia.

Kita petik jawapan Khalid Samad terhadap tuduhan Hassan Akidah bahawa beliau adalah `parasit' di dalam PAS. Khalid Samad berkata, " Ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu. Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. " Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd," katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebiji tepat ke lubang hidung Hassan Akidah.  Sekarang kita tanya, siapa pula `Pelesit'?  Pelesit dikenali sebagai `binatang berhantu dan berpuaka' yang sering membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain di samping menjadi perasuk.  Siapa yang ke hulu ke hilir buat bising tidak cukup di dalam media TV3 suku, terbang lah pelesit ini ke pelusuk kota dan desa menghasut dan merasuk orang ramai?  Jawapannya Hassan Akidah.  Beliau adalah `Pelesit' sebenar.
 
Mulanya menghasut orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu untuk menyokong DS Anwar. Ada sesiapa yang terasuk dengan pelesit ini?  Terbukti, ribuan orang hadir menandakan tidak semua rakyat mempunyai hati yang sebusuk Hassan Akidah.  Dikatakan beliau tercampak dari PAS kerana hasutan Azmin, kemudiannya menyalahjkan DS Anwar, kemudiannya menuding jari pada `parasit' pula.  Mana satu, wahai pelesit?

Setelah cuba menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar dan beliau gagal, pelesit ini tidak berputus asa.  Baru-baru ini di Shah Alam, beliau menghasut pula agar orang ramai agar jangan mengundi PAS yang diwakili oleh Khalid Samad di Shah Alam di dalam PRU nanti.  Hati yang busuk sang pelesit ini semakin terserlah.  Menghasut orang ramai agar tidak mengundi Khalid Samad sebagai calon PAS, bererti Hassan Akidah ini mahu Umno menang.  Mahu Umno menang, ertinya Hassan Akidah ini pejuang Islam?  Kelakar, bukan?

Mari kita cabar sang pelesit ini agar bertanding satu lawan satu dengan Khalid Samad di Shah Alam.  Tentu sekutu Apco akan sudi memberikan laluan untuk Hassan Akidah bertanding di situ.  Ada berani?  Paling tidak pun, kita cabar Hassan Akidah ini berdebat dengan Khalid Samad atas isu `Siapa Parasit dan siapa Pelesit".  Ada berani?  Jawapannya, Hassan Akidah akan menjawab sama seperti `tuan baru'nya iaitu Haji Najib bahawa jika debat diadakan, pasti Khalid Samad akan demam.  Itulah jawapan lazim puak bacul dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Mahal sungguh nak 'maintain' UMNO ini

Posted: 31 Jan 2012 07:34 AM PST

Masalah yang dihadapi oleh parti pemerintah sekarang ini ialah perpecahan dalaman yang berlaku dari atas sehingga ke bawah. Perpecahan yang sangat serius ini bukan kepalang besarnya. Beberapa minggu lalu di Shah Alam Dr Mahathir telah menyeru ahli-ahli UMNO supaya menyokong calon UMNO walaupun yang diturunkan oleh parti itu bukannya seorang ahli UMNO.

Seruan Dr Mahathir ini sangat besar maknanya kepada seseorang yang berpolitik Ia bermakna UMNO memang sedang berada didalam keadaan tenat sehinggakan ada tempat-tempat dan kawasan yang tidak ada seorang pun ahli UMNO yang layak untuk diturunkan sebagai calon yang mendapat sokongan yang menyeluruh.

Dr Mahathir pula nampaknya sudah berubah lagi. Kali ini beliau menyokong parti, tidak seperti dalam PRU yang lalu di mana beliau meyokong calon dan tidak parti. Tetapi itu adalah tindakan yang tidak mengejutkan ramai sebab Mahathir adalah seorang yang sentiasa 'flip-flop' dalam perjuangan beliau.

Jadi benarlah pandangan saya selama ini yang UMNO memang tidak ada kepimpinan di kalangan ahli-ahlinya. Jika seorang pemimpin yang digelar sebagai negarawan oleh penyokong-penyokong setianya itu, boleh menzahirkan kata-kata seruan seperti itu maka sah UMNO memang sedang menghadapi masalah yang bertindih-tindih yang tidak dapat diselesaikan walaupun PRU akan diadakan tidak lama lagi.


Malah semalam saya terdengar Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan J/K disiplin parti untuk mencari jalan bagaimana hendak mengelakan ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon UMNO dalam pilihanraya yang akan datang ini. PRU kali ini amat sengit yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam sejarahnya kewujudannya.

Dalam satu dua isu ini, kita boleh memahami dengan jelas yang UMNO sebenarnya tidak ada masa untuk menyaingi PR kerana masalah dalam parti pemerintah itu masih terlalu besar untuk diatasi dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, bagi UMNO untuk mnyelesaikan isu dalamannya parti itu memang sewajarnya berehat dari memerintah negara. Apabila sudah dapat cari formula yang baik barulah kembali menawarkan diri dalam pilihanraya yang berikutnya nanti.

Keadaan akan sampai keperingkat lebih teruk lagi apabila sampai waktu nama calon-calon diumumkan oleh pucuk pimpinan. Apabila diumumkan sahaja nama-nama calon itu nanti maka akan bermulalah perpecahan dan sabotaj dikalangan ahli-ahli dan pemimpin yang tidak berpuas hati terhadap calon yang diturunkan. Tidak ada calon yang tidak akan disabotaj oleh pihak yang tidak berpuas hati itu.

Masalah isu ditokok tambah pula dengan kekosongan pimpinan yang akan menjadi pemimpin yang akan menjadi Menteri Besar di sebabkan kekurangan peribadi yang layak untuk menerajui kerajaan-kerajaan negeri bagi BN. Di Selangor contohnya tidak ada nama yang sesuai untuk dijadikan Menteri Besar di negeri itu dan jika ada pun mungkin seorang yang akan diturunkan secara 'parachute' dari atas dan mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir supaya ahli-ahli UMNO menerima sahaja sesiapa yang diturunkan oleh parti walaupun mereka itu bukan ahli UMNO.

Sebenarnya perkara ini telah berlaku dalam PRU ke 12 yang lalu dimana lebih dari 1.3 juta ahli-ahli UMNO telah bertindak menyokong pembangkang. Tetapi dengan keadaan lebih buruk di zaman pentadbiran Najib ini prestasi UMNO dijangka berada di dalam keadaan yang lebih tenat. Keadaan ini ditambah pula dengan perasaan kecil hati ahli-ahli dan pemimpin UMNO di bahagian kerana menurunkan calon-calon yang datang dari entah mana.

Maka UMNO akan menghadapi masalah yang lebih besar kali ini…..masalah yang tidak pernah dialami oleh UMNO sejak penubuhannya pada Februari 1988 yang lalu. Berbagai-bagai kaedah dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Najib, Presidennya, akhir-akhir ini.

Tindakan Najib membeli sokongan rakyat melalui pengagihan wang RM500 itu sebenarnya tidak membantu UMNO. Malahan ia memberi kesan negatif dikebanyakkan tempat. Saya merasakan sangat sedih apabila kita melihat ribuan yang beratur panjang itu adalah dari kaum Melayu dan hanya segelintir bangsa bukan Melayu yang beratur. Ia menunjukkan indikasi yang 'desperate' adalah orang Melayu.

Sekaligus menunjukkan kegagalan UMNO untuk menjayakan kehidupan orang Melayu. Laungan puluhan tahun untuk meningkatkan kehidupan orang Melayu hanyalah lagu yang sudah begitu lama yang begitu jauh dari mendekati kejayaan. Inilah caranya UMNO mendapatkan sokongan terus-terusan dengan membiarkan Melayu yang ramai ini berada di dalam pengharapan sentiasa dan waktu inilah UMNO cuba untuk mendapatkan semula kuasa dengan membayar ratus-ratusan ringgit sahaja.

Itulah sebabnya ramai orang-orang Melayu sedang meninggalkan UMNO. Mereka meninggalkan parti UMNO untuk menyeberang kepada parti-parti alternatif atau mendiamkan diri sambil menunggu untuk melakukan penentuan dalam PRU yang akan datang. Najib tidak mampu melakukan transformasi seperti yang digembar gemburkan.

Tindakan membayar RM500 ini sudah dianggap sebagai satu tindakan 'desperate' Najib untuk memenangi PRU yang akan datang. Benarlah anggapan setengah-setengah pihak yang Najib mempunyai anggapan yang semuanya boleh diselesaikan cara membayar segala-galanya dengan wang ringgit. Najib mempercayai yang undi ini boleh dibeli seperti beliau membeli barang-barang 'shopping' beliau di seluruh dunia itu.

Najib lupa yang manusia mempunyai perasaan dan perasaan ini tidak boleh dijual beli terutamanya semasa rakyat sedang menunggu perubahan dalam landskap politik negara. Najib sudah jauh meninggalkan penyokong yang mempunyai 'convictions' terhadap perjuangan. Najib merasakan yang rakyat hanya memperjuangkan untuk mendapatkan RM500 sahaja.

Dengan cara membayar duit ini ia akan melumpuhkan nilai dan kekuatan orang Melayu dan tidak kita ketahui sampai bila beli membeli ini akan dilakukan. Inilah dia cara orang yang datang dari keluarga 'pembeli belah' ini. Selain dari membeli belah besar besaran dengan jenama yang hebat-hebat dan berharga tinggi, dalam pilihanraya juga orang seperti ini beranggapan yang cara untuk mengekalkan kuasa itu adalah melalui 'membeli belah'.

Pentadbiran kerajaan pimpinan berbelanja seperti duit boleh dipetik dari pokok-pokok rimbun. Kerajaan Perak sahaja sedang berbelanja duit rakyat berjuta ringgit untuk menyambut kedatangan 'Najib the shopper' ini. Zambry Kadir dilaporkan telah berbelanja jutaan ringgit wang rakyat untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin dalam bulan Februari ini.

Nampaknya UMNO memang seperti orang tua yang sedang sakit tenat. Terlalu banyak wang diperlukan untuk membiayai perubatan. Penyakit yang dialami oleh UMNO ini membuatkan rakyat berbelanja begitu banyak wang untuk memulihkan penyakit 'terminal' yang sedang dihadapi UMNO kini.UMNO sedang mengalami 'brain death' dan sedang disokong oleh penyokong hayat (life support) iaitu wang semata-mata.

Sampai bila kita hendak bergantung kepada 'life support' ini? Saya ada jawapan yang 'conclusive' kepada jawapan ini; iaitu rakyat akan menyabutkan 'life support' ini tidak lama lagi.

Rakyat sudah tidak berjaya hendak 'maintain' UMNO yang sudah menjadi seperti kereta buruk ini.Setiap hari terpaksa menambah minyak enjen bertin-tin kerana terlalu banyak memakan minyak enjen. tayarnya dah makan sebelah kerana selalu lari kekiri dan kekanan. Lampunya selalu padam dan breknya selalu rosak. Wipernya pula kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak berfungsi. Asap hitamnya tebal dan merosakkan persekitaran kita.

Rakyat hantar sahaja UMNO ke bengkel dan lakukan 'overhaul' kali ini. Sementara UMNO berada dalam bengkel itu, kita pakai kereta kedua kita yang masih baik dan berfungsi dengan baik...mudah nak menghala kesana dan kemari.

Perjalanan kita pun tidak tergendala di lebuhraya yang jauh itu.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mai kita tengok filem pendek ni ...'Aduhai Satu Malaysia' - tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam

Posted: 31 Jan 2012 12:22 AM PST



Filem tersebut telah dimuat naik di dalam youtube semenjak tiga hari yang lepas dan boleh ditonton melalui pautan http://www.youtube.com/watch?v=Pv5srEmNVGk.

Ianya antara lain menyentuh isu politik semasa termasuk skandal NFC yang sedang hangat diperkatakan.

Selain itu, filem ini juga menyentuh kisah 'panglima ludah' yang ada kaitan dengan isu mahasiswa yang menurunkan bendera gambar Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno tempoh hari.

Menurut Pengerusi Semarak, Ustaz Mohd Fakruddin Abd Aziz, filem ini adalah kesinambungan daripada filem "orang kuat umno" yang berjaya menarik seramai 100,000 pengunjung dalam masa 3 hari.

"Hasil daripada sambutan filem tersebut, kali ini kami terbitkan satu lagi filem yang dijangka akan mencapai jumlah pengunjung yang lebih tinggi," ujar beliau.

Sementara itu, pengarah filem pendek tersebut iaitu Ustaz Mohd Akmal Kamarudin pula menyifatkan filem ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan filem ini terutamanya pihak Sekterariat Pakatan rakyat Perak dan juga pihak Lujnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

"Tanpa kerjasama dari pihak sekteriat pakatan rakyat perak dan juga lujnah penerangan dakwah ini mungkin filem ini agak sukar dihasilkan," katanya.

Dalam menerbitkan filem ini, pihak Semarak Production telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa selebriti terkenal antaranya bekas penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman dan juga pelakon filem Hantu kak Limah Balik Rumah iaitu Man Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit.

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Perginya Shafri pejuang 'tanpa nama'

Posted: 31 Jan 2012 06:06 AM PST




Oleh : WAN NORDIN WAN YAACOB
Foto ; WAN ZAHARI WAN SALLEH

Tepat jam 5.37 tadi (31 Januari 2012) penulis mendapat panggilan daripada Wartawan Bilik Berita Harakah, Azmunyza Ayob yang dalam nada sebak menyatakan teman seperjuangan, Mohd Shafri Shamsuddin telah kembali ke pangkuan PenciptaNya..

Beliau menghembuskan nafasnya dalam usia 42 tahun di sisi isteri, Sharifah Nurhayati Al Yahya dan lima anaknya.Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak selepas dibawa pulang ke rumah ibunya di belakang Anjung Rahmat,
Gombak pada malam ini juga.

Mengalir airmata dan sebak seluruh jiwa menahan kesedihan yang tak terkata.Allahyarham Mohd Shafri baharu sahaja menyertai Harakah semula
pada awal tahun 2011.

Beliau pernah bersama Harakah pada sekitar tahun 1990-an, dan kemudiannya menyertai beberapa penerbitan sebelum kembali ke Siasah sebelum ini dan Harakah sejak tahun 2011.

Wajahnya yang sentiasa ceria tidak sedikitpun memperlihatkan Allahyarham seorang yang mempunyai sakit Kanser Hati.

Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya pagi tadi adalah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Md Ramli serta Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Exco Pemuda PAS, Suhaimi Abdul Aziz.

Sementara Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL.

Shafri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.

Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.

Namun, minggu lalu Shafri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.

Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.

Pada 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.

Allahyarham yang terlantar HKL tidak lokek melontarkan senyuman tatkala rakan-rakan
bertandang menziarahinya, dan sesekali mampu bergurau.

Ingat sahaja semasa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menziarahinya pada 30 Januari (sehari sebelum menghebuskan nafasnya yang terakhir), Allahyarham Shafri nampak ceria meskipun dalam kesakitan yang amat.

Namun, semasa penulis menziarahinya 31 Januari selepas dikhabarkan beliau tenat, wajah cerianya bertukar tanpa 'sebarang riak', kaku dan sayu.

Segala jenis wayar dan alat bantuan pernafasan bersangkut, bersilang membelit badan dan wajahnya.

Isteri, ibu dan anak-anak Allahyarham tidak putus-putus memeluk, mencium dan sesekali membisik-bisikan sesuatu ke telinganya.

Namun, wajah kaku itu hanya sesekali dilihat bernafas dengan alat bantuan pernafasan.

Semua mata yang memandang menziarahi beliau pastinya akan berlinangan, tidak dapat menahan sebak kerana Shafri seorang yang periang tiba-tiba dalam masa yang singkat kaku...

Ingat lagi, semasa penulis bersama Allahyarham dan jurugambar, Wan Zahari Wan Mohd Salleh membuat liputan Pilihan Raya Kecil Kerdau pada awal 2011, beliau cukup komited untuk belajar menjadi seorang pemberita.

Walaupun usianya 8 tahun lebih tua berbanding penulis, namun gagah dan staminanya cukup kuat, hampir setiap malam tidak pernah lekang dengan menyiapkan tugasan setelah selesai membuat liputan.

Sesekali beliau suka membuat rakan-rakan tersenyum dengan jenakanya yang mengusik.Suaranya yang cukup kuat membuatkan jenakanya mudah mentertawakan rakan-rakan.

Beliau memiliki karektor yang sangat istimewa, tegas dengan pendirian namun cukup mudah memaafkan seseorang.

Beliau boleh ditegur dan mampu menegur.Dalam hanya setahun menjadi wartawan, beliau sudah mampu membina jaringan hubungan dengan beberapa pihak yang menjadi sumber beritanya.

Begitulah sifat dan sikap Allahyarham Mohd Shafri, beliau amat komited terhadap tugas dan tega dalam memperjuangkan aspirasi PAS melalui penulisannya di Harakah.

Namun, apakan daya, Allahyarham Mohd Shafri kini sudah kembali ke pangkuan Allah..Moga Allah menempatkan rohnya dikalangan mereka yang Soleh dan pejuang agamaNya..Alfaatihah buat Allahyarham Mohd Shafri Shamsuddin...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


YB SIM BERJAYA LAKSANAKAN PETI POS UNTUK RAKYAT

Posted: 31 Jan 2012 05:38 AM PST






Bayan Baru: Bayangkan Bandaraya seperti Bayan Baru tidak mempunyai perkhidmatan pos? Tak Percaya? Tapi itu kisah benar.

"Selama 30 tahun, 800 keluarga Kg Sg Nibong Kecil tidak mempunyai perkhidmatan pos. Mereka hanya bergantung kepada En Rahim, seorang posmen sukarela sahaja. Kadang- kala surat lewat sampai, ada pula masalah privacy." YB Sim berkata demikian.

ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin melancarkan Peti Pos Fasa terakhir iaitu fasa 3 & 4 yang mempunyai 300 peti di Kampung Sg Nibong Kecil pagi tadi. Seramai 300 buah rumah akan mendapat perkhidmatan pos buat kali ini.

Selepas mengetahui kesengsaraan hidup penduduk di kawasan ini, YB Sim telah memulakan projek pembinaan peti pos untuk penduduk kawasan ini. Sefasa demi sefasa, peti pos telah dibina untuk semua penduduk kawasan Kg Sg Nibong Kecil. YB Sim merasa lega kerana semua penduduk telah mendapat peti surat mulai Februari, 2012.

"Dengan adanya peti pos komuniti seperti yang ada pada pangsapuri, sekarang, setiap rumah akan dapat surat tepat masa dan surat tidak akan hilang lagi." Tambah YB Sim lagi. YB Sim juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada posmen sukarela En Rahim atas usaha beliau selama ini.

YB Sim berkata, sebanyak RM50,000 dibelanjakan untuk menyiapkan kesemua fasa peti surat. Dia berasa amat berbaloi untuk memberi kemudahan kepada seramai 800 rumah kawasan tersebut.

Fasa pertama peti surat dilancar pertengahan tahun lepas sebagai projek perintis untuk mendapat maklum balas kesesuaian daripada masyarakat. Pengerusi JKKK En Samsudin yang hadir berkata setakat ini, projek ini mendapat sambutan cukup hebat. Fasa 2 telah disiapkan awal tahun 2012.

Dalam majlis tersebut, YB Sim juga menjemput pihak kesihatan memberi taklimat kepada penduduk setempat sebab kawasan tersebut adalah kawasan hitam denggi. Pihak Pos Malaysia juga memberi taklimat bagaimana mendapatkan surat pos lagu, pos berdaftar dan parcel.

Jika ada apa-apa soalan, sila telefon YB Sim 019-472 8099

~penarik beca

~penarik beca


Penyokong Azizan dah boleh kata: "Tengok! Pemimpin tersayang kami tak guna AUKU!"

Posted: 30 Jan 2012 10:00 PM PST

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Musa’s brother Anifah under seige in Sabah

Posted: 31 Jan 2012 09:08 PM PST

Foreign Minister Anifah Aman who has been MP since 1999 has overstayed his welcome, according to certain quarters in Sabah Umno.
KOTA KINABALU: In what appears to be a sudden and open confrontation for change, hundreds of Umno members in Kimanis constituency are demanding that a new candidate be allowed to contest in place of Foreign Minister Anifah Aman in the next general election.
Anifah is Kimanis MP and brother to Sabah Chief Minister Musa Aman.
A group of Umno members calling themselves the Leadership Transformation Movement said they are demanding for this change because Anifah, who is also the Foreign Minister, has been a member of parliament for the area for too long and it is time to replace him.
So far there has been three demonstrations to voice their demand. The first was held in Dewan Kampung Pimping on Jan 21, the second in Dewan Lama Pekan Bongawan on Jan 22 and the third was held over for two days on Jan 23 and 24 in Dindong, Kampung Bambangan, Membakut.
Read More / Baca Lagi >>

Puteri Umno: Kami mahu Palanivel, bukan Devamany..ha..ha..ha....

Posted: 31 Jan 2012 09:07 PM PST

"Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja," kata Norzalina.
CAMERON HIGHLANDS: Kini Puteri Umno Cameron Highlands menolak ahli Parlimen Datuk SK Devamany dalam pilihan raya ke 13 kelak.
"Cukuplah lapan tahun (dua penggal) Devamany menjadi wakil rakyat Cameron Highlands. Tak ada pembangunan untuk kawasan ini, buat apa jadi wakil rakyat.
"Kami mahu orang lain, kalau boleh Datuk G Palanivel. Devamany tidak sesuai lagi," tegas Bendahari Puteri Umno Cameron Highlands, Norzalina Mohd Noor.
Sebelum ini Pemuda Umno dan belia peneroka Sungai Koyan juga menyatakan perkara sama iaitu menolak Devamany atas alasan tidak membawa pembangunan kepada penduduk setempat.
Akan buat undi rosak
"Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja.
"Kalau bertanding lagi, kita (Puteri Umno)  buat undi rosak," tambah Norzalina yang mendakwa pengundi pergerakan itu lebih 1, 000 orang di Cameron Highland.
Pergerakan itu juga telah membuat usul dalam mesyuarat Umno bahagian supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum akan datang.

Nurul Izzah ulangi syor kembalikan pilihan raya PBT

Posted: 31 Jan 2012 09:05 PM PST

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar  (gambar) mengulangi gesaan Pakatan Rakyat agar sistem pilihan raya kerajaan tempatan diwujudkan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengembalikan hak rakyat khususnya para pembayar cukai.

Gesaan itu dibuat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

"Sejak tahun 1965, pilihan raya ahli-ahli majlis tempatan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang pada 1961 diwujudkan sebagai Suruhanjaya Ibu Kota tidak lagi dijalankan.
Read More / Baca Lagi >>

Walkabout Anwar Ibrahim Sempena Hari Wilayah

Posted: 31 Jan 2012 08:20 PM PST

alt
SEGAMBUT, 1 Feb - Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Parlimen Segambut dalam program 'walkabout' bersama rakyat sempena sambutan Hari Wilayah.
Program yang bermula jam 10.00 pagi tadi menyaksikan hampir 1,000 orang hadir dan bersesak di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Jinjang Selatan menunggu kehadiran beliau.
Sebelum itu, ahli Parlimen Batu Tian Chua dan ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memberi ucapatama yang turut menyaksikan persembahan tai chi dan tarian naga dipertontonkan kepada umum.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut mengadakan beberapa lagi siri 'walkabout' hari ini, di Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa sebelum menutup tirai program tersebut di Lembah Pantai.

Debat "Siapa Parasit, Siapa Pelesit" Di Antara Khalid Samad Dan Hassan

Posted: 31 Jan 2012 08:14 PM PST

Oleh WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Hassan anak Ali @ Hassan Akidah, menyebut Khalid Samad adalah `parasit' di dalam PAS. Di dalam ceramahnya di Shah Alam malam kelmarin, Hassan Akidah ini mendakwa Khalid Samad yang juga MP Shah Alam sentiasa membantah `kerja-kerja Islam' Hassan Akidah. Apakah `kerja-kerja Islam' Hassan? Rampas arak? Serbu gereja? Atau, seperti sekarang iaitu bersekutu dan berbaik dengan TV3 suku iaitu media utama penyebar fitrnah dan seks itu kerja Islam Hassan Akidah?

Apa jawapan Khalid Samad atas dakwaan Hassan Akidah? Mahu tergelak rasanya bila membaca jawapan Khalid Samad terhadap Hassan Akidah, kerana tidak disangka Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin BN/Umporno Cekap...????

Posted: 31 Jan 2012 08:10 PM PST

"hampir semua pemimpin-pemimpin PR ni tidak mempunyai pengalaman mentadbir negara berbanding pemimpin-pemimpin BN yg mempunyai pengalaman mentadbir malaysia lebih drpd 50 tahun"
Petikan komen sepenuhnya lu orang boleh baca di sini.

kah..kah...kah... gelak guling2 gua dengan lawak sadis dari pencacai umporno sekoq nih.... muakakakakaaaaa.... itulah pasalnya beb... gua katakan yang gua nih suka sangat baca mentaliti puak2 umporno nih... jenis mentaliti yang telah di BTN kan sejak dulu kini dan selamanya... muakakakakakaaaaaaa....
Read More / Baca Lagi >>

Kepala babi: PAS Selangor lawat Masjid Nurul Iman

Posted: 31 Jan 2012 08:05 PM PST


SELAYANG, 1 Feb: PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, pagi ini ekoran satu kepala babi ditemui di pintu masuk masjid itu, pagi semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad mengetuai lawatan itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak masjid yang disertai nazir masjid, Ilham Akhbar Harun. Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib turut serta dalam pertemuan itu.

Selepas mengadakan perbincangan, mereka pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi mendapat maklumat berhubung kejadian pagi semalam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Rasis : Pihak berkepentingan letak kepala babi di masjid

Posted: 31 Jan 2012 08:04 PM PST


SELAYANG, 1 Feb: PAS yakin pihak yang terlibat dalam kejadian meletakkan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman, Rawang pagi semalam adalah pihak yang berkepentingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, hanya pihak berkepentingan saja yang akan membuat kerja seperti itu.

Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.

Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri: Jangan beri sedekah kepada pengemis

Posted: 31 Jan 2012 08:03 PM PST

Masyarakat perlu dididik supaya tidak menghulurkan sumbangan kepada golongan pengemis, sebaliknya menyalurkan bantuan kepada pihak seperti rumah anak yatim, pertubuhan bukan kerajaan dan rumah ibadah berdaftar.

beggars in Penang during chinese new yearMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata langkah itu perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan pengemis di bandar-bandar utama termasuk ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong asing dari seluruh dunia.

"Jika kegiatan ini tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri satu masa nanti, bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi lokasi utama golongan pengemis dari merata negara untuk meraih simpati," katanya ketika melancarkan kempen membanteras pengemis "Henti Memberi, Kami Prihatin" di Kuala Lumpur, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

PAS buktikan ia 'parti celik budaya'

Posted: 31 Jan 2012 07:35 PM PST

Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan "angpau bersampul putih" kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.

Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
Negara Islam
Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan 'kecerdikan' antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai 'buta budaya' dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Pahang sokong bantah korporat JBA

Posted: 31 Jan 2012 07:33 PM PST


TEMERLOH, 1 Feb: PAS Pahang menyokong tindakan 1,700 pegawai dan kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang membantah pengkorporatan dan penswastaan agensi itu pada 1 Februari atau ditangguhkan.
Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim (gambar) berkata, malah PAS menyokong jika mereka mahu mengadakan bantahan terbuka kerana tiada langsung rundingan rasmi melibatkan wakil kesatuan sehingga menimbulkan tanda tanya sesama mereka.

"PAS menganggap kerajaan negeri tidak sepatutnya membelakangkan kakitangan JBA untuk mengkorporatkan agensi itu kerana ia melibatkan masa depan mereka," katanya.

Hassanuddin berkata demikian mengulas tindakan kakitangan jabatan tersebut yang mengisytiharkan akan mengadakan bantahan jika permintaan mereka ditangguhkan pengkorporatan dan penswastaan agensi itu tidak dipedulikan.
Read More / Baca Lagi >>

KSN Setuju Tiga Lagi Pemimpin Kanan Cuepacs Anggotai Pasukan Khas Kaji SBPA

Posted: 31 Jan 2012 07:31 PM PST

Post Pic
PUTRAJAYA, 1 FEB: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan KesatuanPekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semulasistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA).

Beliau berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi vs Khairy: Perbahasan Malaysia di London kerana Putrajaya melarangnya

Posted: 31 Jan 2012 07:28 PM PST

Rafizi vs Khairy: Perbahasan Malaysia di London kerana Putrajaya melarangnyaSaya tiba di London dan ia lewat malam. Saya tiba dari Davos hanya semalam dan saya juga letih tetapi saya tidak boleh tidur. Saya amat teruja.
Malah, saya baru pulang ke hotel saya dari persidangan Projek Amanat Negara (PAN) di Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom & Eire (UKEC) dan saya rasa seolah-olah saya telah melihat - jika tidak mengambil bahagian dalam masa hadapan.
Walaupun Forum Ekonomi Dunia adalah satu acara yang hangat, persidangan PAN adalah sama sekali lebih memikat dan bermakna bagi saya sebagai rakyat Malaysia.
Apa yang boleh saya katakan? Kumpulan kecil pelajar-pelajar Malaysia di Britain, jika teratur - penuh semangat dan keazaman - telah membawa minda dan suara-suara terbaik Malaysia secara bersama.
Read More / Baca Lagi >>

Penipuan Umno tentang Anwar dan Israel tindakan keganasan yang diperhatikan Dunia

Posted: 31 Jan 2012 07:28 PM PST

Penipuan Umno tentang Anwar dan Israel tindakan keganasan yang diperhatikan DuniaSejak kebelakangan ini, parti yang memerintah Malaysia sekali lagi membawa keluar dram anti-Yahudi dalam usaha untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang popular dan gabungan Pakatan Rakyatnya yang membangkit.
Antara mereka yang mengetuai pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad ialah Chandra Muzzafar, Brahmin yang meninggalkan agama Hindu bagi memeluk agama Islam. Kecaman terbaru Chandra di televisyen nasional pada malam Sabtu terhadap Anwar adalah mengenai Israel - dan kemudian Palestin ia merupakan penipuan yang paling keterlaluan yang pernah direka oleh sesiapa pun, sama ada ahli politik ataupun bukan.
Dengan membayangkan bahawa Anwar hanya mengambil berat tentang keselamatan Israel - dan bukan Palestin -Chandra membuat cadangan jahat walaupun secara halus bahawa Ketua Pembangkang sebenarnya disokong oleh Yahudi dan / atau dibiayai mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Libya: Who was he really?

Posted: 31 Jan 2012 07:26 PM PST

Dina Zaman

FEB 1 — Excerpt from Memali incident chapter:
Mak Su's brother, Pak Andah, popped by for tea. There were always people coming in and out of the house for a chat or a meal.
Mak Su was a generous host; it was tea after hot tea, and goreng pisang, ondeh-ondeh, fried rice — there was always something to serve guests. People in her house meant blessings and she loved a good chat.
Pak Andah frowned as he thought of who I should meet. "Well. There's Ustaz Marzuki and Ustaz Hilmi… they are satu gang… you must also talk to Cikgu Non, but I tell you, all these people you'll have to talk to, they come from different camps!
A picture of Ibrahim Libya (left) with some friends. — Photo courtesy of Ibrahim Libya's family
Ibrahim Libya's wife… I don't know. Frankly, I think she "ikut rentak, dia tengok siapa yang datang", so her story may alter somewhat. If you see her with one of the ustaz it's one version, if it's another person you're with, it's another version!" "Then I'll see her with Mak Su," I said.
"Now that's going to be interesting: What version will she come up with?"
Ustaz Marzuki was the first person I was to meet. He was the current headmaster of the madrasah Ibrahim Libya nee Mahmood had founded: Madrasa Islahiah Diniah Kampung Memali. The school was painted a cheerful yellow and green, and classes were being held when we arrived.
Ustaz Marzuki was nursing a bad cough and cold when we met him in the office. In between gasps for air, he coughed. The coughs grew more and more violent.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Najib takut menentang rasuah, NKRA dan GTPnya hanya jadi mimpi ngeri

Posted: 31 Jan 2012 07:23 PM PST

Datuk Seri Najib Razak patut melupakan sahaja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memerangi rasuah jika beliau tidak berani melaksanakan tindakan tegas terhadap salah guna kuasa yang sedang berlaku.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata,  Perdana Menteri sepatutnya berani mengarahkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.
Katanya, NKRA yang sepatutnya memerangi rasuah yang dijuarai Najib nampaknya bermasalah ekoran daripada keengganan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

Israel: Pemuda PAS Ibarat Katak Bawah Tempurung........!!

Posted: 31 Jan 2012 07:20 PM PST

TARING pemuda PAS semakin hari semakin tumpul.  Daripada gerakan orang muda yang boleh diharap untuk menjayakan agenda Pakatan Rakyat, pemuda PAS sudah semakin hilang kewibawaan apabila sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Reaksi penulis ini adalah lanjutan dari beberapa kenyataan oleh kepimpinan pemuda PAS mengenai negara Israel, dalam mengulas kontroversi ciptaan UMNO berhubung dari temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan The Wall Street Journal pada 26 Januari 2012.
Antara yang mendapat perhatian penulis ialah kenyataan dari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS disini, Riduan Mohd. Nor (gambar) yang lantang berkata Israel wajib diperangi.
Read More / Baca Lagi >>

NFC: Kewajaran Menggunakan ‘Khidmat’ Shamsubaharin

Posted: 31 Jan 2012 07:17 PM PST

NFC Kewajaran Menggunakan 'Khidmat' ShamsubaharinDATUK Shamsubahrain Ismail mungkin gagal 'berkhidmat kepada Pengarah Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam usaha merasuah pegawai penyiasat polis yang menyiasat kes membabitkan 'penyelewengan' dana kerajaan oleh syarikat tersebut, seperti dalam pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah sekarang.
Tapi dalam masa yang sama, penulis tidak nampak bagaimana orang seperti Shamsubahrain boleh menyumbangkan 'khidmatnya' kepada Pakatan Rakyat pula?
Kalau-kalau terlupa, penulis suka nak ingatkan bahawa Shamsubahrain adalah seorang yang kelihatan di mata masyarakat sebagai penipu.  Beliau mungkin di'kambing hitam'kan dalam kes NFC ini, tapi bagaimana pula dengan pembabitannya dalam beberapa kes penipuan lain?
Read More / Baca Lagi >>

Syria Troops Strike Rebels As UN Showdown Looms

Posted: 31 Jan 2012 06:56 PM PST

Motivasi Dari Lincoln

Posted: 31 Jan 2012 06:49 PM PST

altKemarahan adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Tiada manusia yang tidak pernah marah. Kemarahan terbit dari kegagalan hidup, ketidakpuasan hati, dendam and perkara-perkara lain. Hal-hal kecil juga boleh mencetuskan kemarahan ibarat api kecil yang dicurahkan minyak tanah.
Merasa marah itu perkara biasa, soalnya bagaimana menyalurkan kemarahan pada tempat yang betul. Jika kemarahan itu dilemparkan dengan herdikan, maki hamun dan cercaan, maka ia adalah bersifat negatif dan menjatuhkan kredibiliti kita sebagai manusia. Marah yang bersifat positif lebih kepada mencari jalan agar marah itu di'channel'kan kepada benda-benda lain.
Read More / Baca Lagi >>

Nikah Itu Umpama Mendirikan Masjid

Posted: 31 Jan 2012 06:48 PM PST

altPernahkan anda mendengar pepatah mendirikan masjid ? Pernahkah anda mendalami maksud tersirat di sini ? Atau mungkin anda menerima ini sebagai pemanis bahasa semata mata . InsyaAllah hari ini ana ingin berkongsi pendapat tentang perumpamaan ini . Harap dibetulkan andai tersilap di mana mana .
Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah .
Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat .
Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah .
Read More / Baca Lagi >>

Pinjaman Kereta VS Hutang Isi Rumah di Malaysia. Perodua Minta BNM Kaji Semula Peraturan Baru!!

Posted: 31 Jan 2012 06:43 PM PST

pinjaman kereta malaysia Pinjaman Kereta VS Hutang Isi Rumah di Malaysia. Perodua Minta BNM Kaji Semula Peraturan Baru!!
Memang pahit untuk ditelan langkah BNM mengetat pinjaman sejak awal tahun 2012 termasuklah pinjaman kereta di Malaysia. Sehinggakan Perodua sendiri sudah mula terasa bahangnya….
Rekod terakhir hutang isi rumah di Malaysia pada akhir tahun 2010 sudah mencecah RM577 billion bersamaan dengan 74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
  • Hutang isi rumah di Malaysia 2010 = RM577 billion (74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar)
  • Hutang isi rumah di Malaysia 2009 = 76.6% KDNK
  • Hutang isi rumah di Malaysia 2008 = 63.9% KDNK
Read More / Baca Lagi >>

Pengiktirafan Umno Terhadap Israel@Zionis

Posted: 31 Jan 2012 06:37 PM PST

Kepada Umno, Isreal bukan musuh mereka. Musuh utama Umno adalah orang Melayu Islam yang berada dalam parti PAS, PKR dan DAP.


Pemimpin Umno amat sedar, Isreal tidak menghalang mereka untuk terus meratah khazanah negara ini. Pemimpin Umno juga amat sedar Umno perlukan bantuan dan sokongan Isreal untuk melawan musuh-musuh politik mereka dikalangan orang Melayu Islam yang berada di dalam parti PAS, Keadilan dan DAP.

Lain diminta, lain dibuat : SPR mansuh arak calon, sebab penyokong PR ramai mengalahkan penyokong BN .... kah..kah..kah...

Posted: 31 Jan 2012 06:36 PM PST

SPR Cadang Mansuh Perarakan Calon


GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.

"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.
Read More / Baca Lagi >>

Who else but Anwar?

Posted: 31 Jan 2012 06:31 PM PST

Who else but Anwar?
Barisan Nasional's obsession with Anwar Ibrahim has come to a head. It is unbelievable that there could be so much emotion over one solitary figure, even if he heads the Opposition pact. Always lurking beneath the surface - ever since Umno jailed and sacked him on false sodomy charges in 1998 - this fear of retribution erupted into the open after the 2008 general election, and until today, it has not dissipated.
If one were to watch the news on prime time television not a moment goes by without one knucklehead or other letting off steam against Anwar, while trying to sound and look credible without sticking a finger into his nose or scratching his rear.
BN sharks work overtime
It sounds so ridiculous, but day in and day out, the mainstream media is working overtime to rip apart the 'one great leader' who is expected by his countrymen to save Malaysia from the mighty jaws of the BN sharks, to unite the country and to lead it to become a real and functioning democracy.
Read More / Baca Lagi >>