Aziz Bari
SHAH ALAM - "Tak payahlah serang saya." Demikian respons Dr. Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu akhir Disember lalu.

Abdul Aziz bersara dari UIA pada 31 Disember lalu.

Pakar perlembagaan itu berkata, beliau tidak menjangkakan pengurusan UIA sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang dibawa oleh akhbar tempatan hari ini.

"Ada penulis yang jahil menulis pasal isu gelaran profesor saya. Untuk pengetahuan umum, saya masih tanda kertas peperiksaan, masih menyelia tesis, saya tak tuntut apa-apa bayaran, tidak ada gaji pun.