Tukar Tiub |
- GEROMBOLAN DAPAT MAKLUMAT YANG SALAH
- MELAYUKAH ZAINUDEEEN MAIDEEEN INI ?
- SIAPA AGAKNYA PEGUAM YANG MEMBANTU NAJIB DAN ROSMAH MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH BALASUBRAMANIAM
- TUKAR TIUB MENGHASUT ANAK MUDA UNTUK TURUN KE KUALA LUMPUR
- ANAK MUDA DI AJAK TURUN BERDEMO
- NAK TENGOK - KALAU BERANI DATANG LAAAAA
- BARU PULANG DARI MENCARI SALAI BUJANG SENANG
GEROMBOLAN DAPAT MAKLUMAT YANG SALAH Posted: 17 Dec 2012 05:30 PM PST BN kutuk rancangan kerajaan PKR SHAH ALAM 17 Dis. - Barisan Nasional (BN) negeri menyelar sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa menzalimi rakyat kerana mahu menaikkan bayaran lesen terhadap 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun depan. Koordinatornya, Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan tersebut merupakan antara maklumat dan aduan rakyat yang diperoleh melalui Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) yang dikendalikan BN negeri. Paling mendukacitakan kata beliau, selain premis perniagaan, kerajaan negeri juga dijangka mengenakan bayaran lesen kepada premis-premis rumah kebajikan melibatkan orang tua, orang kurang upaya (OKU) termasuk pusat jagaan kanak-kanak persendirian. Menurutnya, ketika pentadbiran Selangor di bawah BN, kadar bayaran lesen kepada peniaga tidak dinaikkan manakala premis-premis kebajikan seperti orang tua, OKU dan pusat penjagaan kanak-kanak tidak dikenakan sebarang bayaran. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... TOLONG SELIDIK BETUL BETUL.... kah kah kah... kah kah kah... TENGOK FAKTA BETUL BETUL.... kah kah kah... kah kah kah...BUAT KAJIAN LENGKAP LENGKAP.... kah kah kah... woit... FAKTA 90 JENIS PERNIGAAN AKAN NAIK HARGA SALAH.... kah kah kah... kah kah kah... FAKTA INI TIDAK TEPAT.... kah kah kah... kah kah kah...LESEN DAN CUKAI AKAN DIKENAKAN PADA RUMAH OKU DAN ORANG TUA TIDAK BETUL..... kah kah kah... woit... INI FITNAH.... INI TOHMAH..... kah kah kah... woit... YANG BETUL IALAH KERAJAAAN SELANGOR AKAN NAIKAN UNTUK SEMUA JENIS PERNIAGAAN BUKAN HANYA 90 PULUH.... kah kah kah... kah kah kah... BUKAN SAJA NAIKKAN LESEN RUMAH ORANG TUA... KALAU JADI ORANG PUN AKAN DIKENAKAN LESEN.... kah kah kah.. kah kah kah... BUKAN SAJA BANGUNAN OKU KENA LESEN.... SEMUA OKU DI SELANGOR JUGA AKAN DI WAJIB BAYAR LESEN.... kah kah kah... woit... BUKAN HANYA OKU DAN ORANG TUA SAHAJA YANG WAJIB BAYAR LESEN... kah kah kah... kah kakah .... SEMUA WARGA SELANGOR AKAN DIKENAKAN CUKAI KEPALA... kah kah kah... INI JENIS LESEN YANG AKAN DIKENAKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN: 1 - berjalan wajib ada lesen 2 - bercakap wajib ada lesen 3 - mandi wajib ada lesen 4 - terberak wajib ada lesen 5 - hanya terberak tanpa terkencing dikecuali kahn cukai 6 - bernafas juga akan diwajibkan berlesen 7 - hanya bernafas dalam lumpur yang dikecualikan lesen KITA BERJUMPA DI KUALA LUMPUR --------- | ||
MELAYUKAH ZAINUDEEEN MAIDEEEN INI ? Posted: 17 Dec 2012 04:30 PM PST Zainudin Maidin Memalukan Bangsa dan Negara Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang berintegriti, peka dan tajam pemikirannya. Bukan saja faktanya salah, malah tulisannya juga tidak beretika, berniat jahat dan sarat dengan fitnah. Lebih memalukan lagi, Zainuddin adalah bekas Ketua Pengarang Utusan dan Mantan Menteri Penerangan. Belum pun badai yang melanda Menteri Penerangan Rais Yatim dengan pembantu rumah Indonesia reda, Zainudin pula mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia membuat bantahanm rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf. Malang sekali, Kementerian yang sepatutnya memancarkan sinar kebenaran telah dihitamkan oleh Menteri dan mantan Menterinya yang angkuh, sombong dan berfikiran separuh matang. Hubungan bangsa serumpun dengan Indonesia yang sentiasa aman dan saling membantu terjejas kerana sikap biadap pemimpin kita sepertimana yang dibuktikan oleh Zainuddin. Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Najib tercalar dengan tulisan Zainudin. Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi. Pada era pemerintahan Seoharto, hampir separuh anggota Kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar. Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia Indonesia di zaman Mahathir. Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada tahun 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia. Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia. Mustahil Zainudin Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu. Mahathir amat marah dan meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin. Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin. Habibie menjadi Presiden Indonesia pada bulan Mac 1998 bukannya 20 Oktober 1999 seperti yang Zainudin tulis (Nampak benar Editor Utusan tidak teliti). Beliau menjadi Presiden selama satu tahun enam bulan dan mengundur diri dengan rela hati selepas membina asas reformasi dan transformasi Indonesia daripada sistem autoritarian kepada demokrasi. Beliau tidak pernah menjadi gunting dalam lipatan Soeharto sebaliknya beliaulah pendukung utama yang memacu perkembangan teknologi, khususnya Industri Pesawat Terbang Indonersia (IPTN). Kejayaan beliau ini menyebabkan negara Barat bimbang akan kemungkinan Indonesia di satu hari nanti bisa menghasilkan jet pejuang dan kelengkapan perang yang lain. Antara sayarat yang dikenakan IMF kepada Indonesia ialah melarang IPTN membuat pinjaman untuk Penyelidikan dan Pembangunan. INI MUKA MELAYU? Zainudin sebenarnya buta fakta bila menuduh Habibie dan Anwar sebagai anjing imperialis. Tuduhan ini adalah fitnah yang amat jahat. Sebagai bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Zainuidin sudah lupa bahawa Rasulullah melarang sama sekali umatnya mengelar sesiapa pun dengan panggilan nama binatang sementelahan pula binatang itu seekor anjing. Pendirian Habibie mengenai isu Timur Timor amat konsisten dengan sikapnya yang anti imperialisme Barat. Di kala beliau menentang kolonialism Barat dan penindasan ke atas rakyat Palestin, Bosnia, Chechnya dan sebagainya apakah alasannya untuk menghantar tentera dan membunuh penduduk Timur Timor? Justeru beliau menyarankan pengutan suara bagi menentukan masa depan pulau itu, walaupun pendekatan ini tidak digemari khususnya oleh angkatan tentera. Zainudin mungkin terlupa, sebelum Pilihanraya Presiden Indonesia bulan Mac 1998, Mantan PM Singapore, Lee Kuan Yew membuat kenyataan sinis kononnya jika Seoharto memilih Habibie sebagai Timbalan Presiden, matawang rupiah Indonesia akan menjunam turun. Mungkin Zainudin buat-buat tidak tahu bahawa PM Mahathir menggunakan Daim Zainudin untuk memperlekehkan Habibie supaya beliau tidak dilantik. Reputasi Mahathir yang ketika itu ditatang sebagai pemimpin dunia ketiga tentu sekali akan terjejas dengan kehadiran Habibie di persada politik Indonesia. Dalam temubual selepas menjadi Presiden, Habibie ditanya mengenai komen Lee Kuan Yew. Beliau menjawab dengan menuding jari ke arah peta dunia di pejabat Presiden sambil berkata ' Singapore was just a red dot on the map'. Pada 13 Oktober 1998 Presiden Habibie mengadakan pertemuan dengan Presiden Joseph Estrada dari Filipina di Batam. Kedua-dua mereka amat prihatin dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir Mohamad. Berikutnya Kementerian Luar Indonesia dan Filipina mengeluarkan kenyataan bersama meminta kerajaan Malaysia membebaskan Anwar daripada tahanan. Seluruh dunia mengakui dan menghormati jasa Habibie sebagai pengasas demokrasi di Indonesia. Malah musuh politik Habibie di Indonesia sendiri mengakui bahawa Habibielah peneraju utama mengubah Order baru Seoharto kepada demokrasi. Selain membebaskan semua tahanan politik di hari pertama bergelar Presiden, Habibie turut mehapuskan segala sekatan yang mencekam kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan berhimpun. Beliaulah pengasas Trias Politica Indonesia iaitu pembahagian kuasa di antara eksekutif, kehakiman dan legislatif. Dalam masa yang singkat Habibie berjaya mengurangkan keterbabitan militar dalam pemerintahan dan membina imej baru untuk pegawai kerajaan dan kakitangan sivil. Zainudin juga mungkin tidak sedar bahawa Habibielah yang menandatangani Law No 22 dan 25/1999 yang membolehkan kewujudan kerajaan autonomi di wilayah Indonesia. Dalam masa 18 bulan Habibie berjaya melaksanakan perubahan struktural yang hebat bagi masa depan Indonesia yang lebih gemilang. Beliau mengundur diri secara terhormat tidak seperti yang ditohmahkan Zainuddin. Beliau bukanlah pemimpin yang gila kuasa seperti sesetengah pemimpin di Malaysia yang mahu terus berkokok walaupun suaranya sumbang kerana sudah lama bersara. Zainudin bertindak biadap dan memalukan bukan sahaja Umno dan Najib malah seluruh warga Malaysia kerana menuduh Habibie sebagai 'pengkhianat bangsa Indonesia'. Suluruh bangsa Indonesia menyanjung tinggi sumbangan Habibie untuk negara dan bangsanya, tiba-tiba wartawan tua yang tewas dari Malaysia(Zainuddin kalah teruk di kawasan parlimen Sungai Petani di tangan calon Parti Keadilan Rakyat, Johari Abdul pada pilihanraya 2008) begitu celupar menuduh Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia. Memandangkan Zainudin mantan Menteri kanan Umno maka tentulah wajar kerajaan Indonesia menuntut Malaysia dan Zainudin memohon maaf kepada rakyat Indonesia. Sekali lagi Zainudin buta fakta bila menuduh Mahathir memungut Anwar daripada Abim seolah-olah Anwar sampah yang tidak berguna. Fakta ini mesti diperbetulkan kerana generasi yang lahir dan besar di zaman Mahathir mudah diperdayakan dengan fitnah jahat seperti ini. Sementelahan pula Zainudin kini menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Universiti Utara Malaysia. Sesungguhnya kita amat bimbang jika beginilah kualitinya karyawan tamu, alamatnya tidak lama lagi akan hancurlah institut itu. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981 ketika seluruh dunia mendapat tempias kebangkitan Islam selepas Revolusi Islam Iran 1980. Pertama kalinya seluruh dunia menyaksikan kemunculan pelabagai NGO Islam. Di Amerika dan Eropah, pelajar Islam dari Malaysia, Timur Tengah, India, Pakistan, Indonesia dan benua Afrika berganding bahu menubuhkan persatuan dan pertubuhan yang berorientasikan Islam. Mahathir yang dibesarkan dalam keluarga bangsawan tidak memiliki imej Islam untuk berdepan dengan gelombang kebangkitan semula Islam. Parti Islam SeMalaysia (Pas) mendapat manfaatnya apabila pelajar yang ditaja oleh kerajaan pulang menyertai Pas. Penyertaan golongan profesional - peguam, jurutera, doktor, ahli ekonomi dan sebagainya dalam Pas telah melonjak naik pengaruh Pas sebagai parti yang dinamik untuk mencabar hegemony politik Umno. Mahathir sedar kekurangan beliau lantas memujuk Anwar yang ketika itu sebagai Presiden Abim menyertai Umno. Anwar pada mulanya tidak berminat menyertai Umno kerana dirinya lebih rapat dengan Pas. Hubungan persahabatannya dengan Ustaz Fadzil Noor Presiden Pas amat intim sehinggalah ke akhir hayatnya. Janji Mahathir untuk melaksanakan Islam dalam pentadbirannya berjaya memikat Anwar. Mahathir sedar sekiranya Anwar menyertai Pas, jangka hayat Umno mungkin tidak panjang. Dengan kemasukan Anwar pelbagai projek dan program Islam dilaksanakan. Dasar penerapan nilai-nilai Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, dan sebagainya berjaya menyekat golongan profesional daripada terus berhijrah ke Pas. Sejarah akan merekodkan fakta kemasukan Anwar ke dalam Umno berjaya menyelamatkan Mahathir dan Umno daripada gelombang kebangkitan semula Islam. Kalau dulu Wanita Umno melangkah ke Perhimpunan Agung dengan sanggul bermacam jenis, kini majoriti sudah bertudung. Sudah tidak kelihatan lagi kaki dan paha wanita Umno kerana kebanyakannya sudah bersarung dan baju kurung. Penyertaan Anwar ke dalam Umno dibantah oleh ramai rakannya dari Abim. Mereka bimbang kalau-kalau Anwar akan ditelan oleh budaya dan sistem fikir sekular Umno dan mengorbankan asas dan manhaj Islam yang menjadi asas perjuangan mereka. Kebimbangan rakan-rakan dalam Abim terbukti tidak benar. Anwar tetap dengan prinsip perjuangannya dan tidak akan bertolak ansur dalam soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketegasan Anwar mempertahankan ketelusan dan keadilan dalam menangani krisis kewangan 1997 menyebabkan beliau akhirnya merengkok di penjara selama enam tahun. Keenganan Anwar menuruti telunjuk Mahathir dalam mengurus ekonomi ketika dunia dilanda kemelesetan adalah punca sebenar mengapa beliau dipecat. Anwar tidak berganjak mempertahankan Tabung Wang Kumpulan Simpanan Pekerja daripada digunakan untuk menyelamatkan syarikat kroni Mahathir dan Daim. Anwar tidak mahu wang Petronas dibelanja sewenangan untuk menyelamatkan syarikat anak Mahathir. Anwar menentang hasrat Mahathir hendak mengisytiharkan darurat ekonomi kerana langkah ini bermakna menggantikan demokrasi berparlimen dengan pentadbiran ala diktator. Untuk membunuh karier politik seorang tokoh seperti Anwar bukanlah mudah. Menyedari betapa sukarnya Mahathir menangani krisis Umno 1987 sehingga Umno diharamkan, maka Mahathir perlu mengatur strategi yang lebih detail untuk membunuh karier politik Anwar. Apakah kekuatan Anwar? Kekuatan Anwar terletak kepada imej dan maruah Islamnya. Beliau dilihat sebagai jambatan yang menghubungkan pemimpin dan tokoh Islam sedunia dengan Barat. Latarbelakang Islamnya yang mantap diadun dengan pemikiran dan falsafah Barat yang dikuasainya , menjadikan Anwar seorang pemimpin Islam yang hebat. Justeru itu tidak hairanlah seluruh dunia Islam prihatin bila beliau dipenjarakan oleh Mahathir. LIHAT DAN PANDANG - INI MUKA MELAYU? Kita akui Mahathir pemimpin yang cerdik dan bijak. Pemimpin cerdik tanpa iman yang jernih sanggup melakukan apa saja termasuk berbohong, menipu dan memfitnah. Untuk membunuh karier politik Anwar, Mahathir mesti merobek imej Islam beliau bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadapnya. Peringkat awalnya Anwar ditahan di bawah ISA. Menyedari tekanan antarabangsa , Anwar kemudiannya didakwa atas salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa. Seluruh tenaga polis, kehakiman dan media masa dikerah habis-habisan untuk menghalalkan tindakan Mahathir menyingkir dan memenjarakan Anwar. Fitnah ini dirancang rapi seawal-awalnya pada tahun 1993 ketika Anwar dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Dari tahun 1998 hingga kini media arus perdana milik Barisan Nasional tidak pernah berasa letih mengodam, mencemar dan megaibkan Anwar dan keluarganya. Untuk mendapat projek, jawatan ataupun upah lumayan kutuk dan caci Anwar. Alhamdulillah semakin Anwar digodam dan dicaci beliau semakin popular dan diminati. Kita memahami mengapa Zainudin marah dan berdendam dengan Anwar. Selepas Anwar dipenjarakan Zainudin kembali mendekati Mahathir dengan mengampu dan membodeknya melalui penulisan buku sehinggalah akhirnya beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan. Malangnya dalam pilihanraya 2008 Zainudin adalah satu-satunya Menteri Umno yang dikalahkan oleh Parti Keadilan Rakyat. PM Abdullah Badawi terus mengenepikan Zainudin dan beliau menjadi mantan menteri yang semakin dilupai. Mungkin dengan membelasah Habibie dan Anwar sedemikian rupa nama Zainudin Maidin kembali menjadi sebutan. Sebagai penyokong totok Mahathir, Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti. Zainudin lupa jutaan pengundi asal keturunan Indonesia terguris hati dan marah. Penjelasan Zainudin dalam blognya menyerlahkan lagi sikap bodoh sombongnya. Beliau berbangga kerana namanya kembali menjadi sebutan jutaan rakyat Indonesia. Beliau menuduh rakyat Indonesia sedang mengalami euporia demokrasi sedangkan Malaysia sudah lama mengamalkan 'Manchester democracy'. Ini bukan kesilapan ejaan. Mungkin kerana panik, bimbang atau sememangnya beliau tidak tahu asal usul istilah Westminster democracy. Begitu naifnya Zainuddin sehinggakan beliau tidak sedar tulisan jahatnya menjadikan suatu beban buat Umno. Justru Umno tidak boleh berlepas tangan dalam isu ini. Pertamanya Zainuddin adalah bekas Ketua Pengarang kumpulan utusan yang semua orang tahu isu kandungan akhbar itu dikawal sepenuhnya oleh kepimpinan Umno, khususnya Najib sebagai Presiden Umno. Pada sisi lain episod 'kebodohan' Zainuddin ini menyerlahkan kelemahan Najib sehingga tidak bermaya sama sekali menegur Zainuddin ketika terserlah kemarahan rakyat Indonesia akibat penghinaan Zainuddin secara terang-terang dan berterusan terhadap pemimpin dan rakyat Indonesia. Saya percaya rakan-rakan yang masih rasional dalam Umno turut kesal dengan tulisan Zainudin. Walaupun itu pendapat peribadi, sebagai mantan Menteri Umno dan disiar pula oleh media milik Umno maka bantahan dan kemarahan Indonesia ada asasnya. Rakan-rakan dalam Umno juga tertanya-tanya apakah Zainudin sebodoh itu dengan sengaja mencari musuh baru ketika pucuk pimpinan Umno berhempas pulas mempersiapkan diri menghadapi PRU13? Atau adakah Zainudin kini diperalatkan oleh Mahathir untuk sabotaj PM Najib? Di kalangan ahli politik Pakatan Rakyat dan BN bukanlah menjadi rahsia lagi bahawa Mahathir memperalatkan Muhyidin Yasin untuk memaksa Abdullah Badawi bersara. Kini Mahathir bekerja keras untuk mengantikan Najib dengan Muhyidin. Ahli Umno tidak boleh marahkan Mahathir kerana Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru milik Mahathir Mohamad. Sementara reputasi Anwar sekelumit pun tidak terjejas dengan tulisan Zainuddin, isu ini lebih menyerlahkan politicking dalaman Umno sendiri. Anwar kekal sebagai pemimpin tahan uji. Bak kata pepatah arab "emas yang terbaik ialah emas yang terhasil apabila dibakar berulangkali". Manakala Umno pula menhitung hari menanti rebah. Saifudin Nasution Ismail Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat | ||
SIAPA AGAKNYA PEGUAM YANG MEMBANTU NAJIB DAN ROSMAH MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH BALASUBRAMANIAM Posted: 17 Dec 2012 02:06 AM PST KESAHNYA KE TAHAP INI dari pengakuan deepak seorang peguam yang terkenal telah membuat akuan bersumpah nya yang menafikan bahawa najib pernah mengentot altantuya deepak tahu nama peguam ini dalam temu bual dengan harakah nama peguam ini telah dipadamkan tetapi nama ini terus muncul nama peguam ini pula bekaitan pula dengan sprm suruhanjaya yang telah berjaya membunuh teoh beng hock dan sarbini bukan saja sprm berjalan selamat dari tuduhan membunuh malah ada anggota sprm ini yang berusaha untuk menutupm keterlibatan najib dan rosmah dak pembunuhan siti aminah altantuya INI CECIL REJENDRA SEORANG PEGUAM dan JUGA SEORANG SENIMAN PENYAER BUKAN CECIL RAJENDRA BUKAN TAN SERI CECIL JANGAN SILAP FAHAM JANGAN PAKAI TEKAN TEKAN INI CECIL PEGUAM BAIK KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH NOTA: ini nama dari laman resmi sprm siapakah agaknya diantara nama nama ini yang membantu najib dan rosmah untuk membuat akuan bersumpah mata mata gelap balasubramaniam Keanggotaan Panel Penilaian Operasi
Questions over MACC-lawyer link to Bala's second SD KUALA LUMPUR, Dec 17 ― The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was today dragged into a row over questions surrounding a lawyer on its operations panel who is alleged to have drafted private investigator P. Balasubramaniam's controversial second sworn statement on the 2006 death of Altantuya Shaariibuu. Former minister Datuk Zaid Ibrahim suggested today that a key member of the MACC's five check-and-balance mechanism responsible for closing the file on the case may have had a direct hand in doing so, fuelling questions on the extent of a possible cover-up into the explosive crime that has put two elite police commandos on death row and sent the private investigator into exile. The lawyer-turned-politician wrote in his blog that both the Attorney-General and the MACC have "conveniently refused to investigate the allegations made by the private investigator P. Balasubramaniam, who apparently got the information from Abdul Razak Baginda, and whose claims have been corroborated by carpet merchant Deepak Jaikishan". He reminded Malaysians that Balasubramaniam ― popularly known as PI Bala ― had made a second statutory declaration (SD) cancelling his first sworn statement made a day earlier that the police had suppressed key evidence. "This second declaration was prepared by a well-known lawyer whom he did not know. Deepak named this fa KERANA SEMUA INI KITA WAJIB KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA | ||
TUKAR TIUB MENGHASUT ANAK MUDA UNTUK TURUN KE KUALA LUMPUR Posted: 17 Dec 2012 01:23 AM PST | ||
ANAK MUDA DI AJAK TURUN BERDEMO Posted: 17 Dec 2012 12:15 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB apa makna kenyataan ini? maknanya amat senang mari turun berdemo pada 12 januari akan datang tak perlu cakap banyak tak perlu buat songel turun ke kuala lumpur inilah makna kentyaan dari bandan ngo ini Mapim seru generasi muda belajar dari Arab Spring
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini. Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini. Bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga. ------- | ||
NAK TENGOK - KALAU BERANI DATANG LAAAAA Posted: 17 Dec 2012 12:02 AM PST Satu lagi ceramah Pakatan di Gombak Jumaat ini GOMBAK 17 Dis: Pakatan Rakyat (Pakatan) Gombak akan mengadakan satu lagi ceramah umum Jumaat ini di Dataran Sharuddin, Kampung Gombak Utara, lokasi yang sama berlakunya insiden berdarah oleh samseng Umno ke atas penyokong Pakatan pada Ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu. Menurut Timbalan Ketua Cabang Gombak, Amiruddin Shari, antara penceramah kali ini adalah beliau sendiri, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu; Yang Di Pertua PAS Gombak, Salehuddin Mohd Nasir dan seorang pimpinan anak muda. Justeru, beliau mendesak polis membuat persediaan rapi bagi memastikan program tersebut berjalan lancar dan mengelak diganggu samseng Umno. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... MARI KITA LIHAT... kah kagh kah.. kah kah kah...BERANI DATANG KE SILAT CEKAK BATANG?... kah kah kah.. kah kah kah.. ATAU SILAT GONCANG BATANG?... kah kah kah.. kah kah kah...ATAU SILAT GOYANG PUNGUNG.... kah kah kah kah kah akh..ATAU SAPERTI BERSIH DUA DULU.... kah kah jah.. kah kah kah...BERIBU RIBU AHLI SILAT DATANG.... kayh kah klah.. kah kah kah...TAPI PAKAI ILMU GHARAIB.... kah kah kah.. kah kah akh... SEMUA JADI AHLI SILAT CEKAK PINGGANG...kah kah kah NOTA: dicadangkan boleh pinjam permaidani terbang dari deepak kalau nak cepat datang dan hilang kah kah kah kah -------- | ||
BARU PULANG DARI MENCARI SALAI BUJANG SENANG Posted: 16 Dec 2012 11:29 PM PST BARU SAMPAI DARI KOTA KINABALU aku mencari salai bujang senang yang aku jumpa tuna biru kalau aku ada pilihan untuk mencari tempat mengenap maka kota kinabalu wajib di senaraikan ditamu di pasar kk di tebing laut aku telah temui tuna biru terbaik membeli satu kilo kini sedang menunggu air batunya cair untuk makan tengah hari yang agak lewat tuna mentah bersama kicap bersama petai direndam minyak zaiton bersama sambal lada adalah nikmat hari isnin in ----- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan