Sabtu, 8 Disember 2012

shalehudin

shalehudin


Bukti, Najib tak buat homework sebelum kencing orang Penang

Posted: 08 Dec 2012 11:15 AM PST

Najib ni tau ka orang susah neh rasa camana...
Jangan nak berlakon pemurah tak bertempat la tapi bagi contoh macam ngan haram...

Hari ni dalam laporan Bernama sewaktu melawat Penang, Najib menawarkan 20,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Penang kalau BN kembali memerintah. Hangpa tau ka rumah mampu milik yang Najib bagi sebagai contoh tu berapa harga dia??? Nah!! Rumah mampu milik dimata si Najib anak bangsawan neh berharga sekitar 300k...

Ni la bahana bila bagi anak bangsawan jadi pemimpin, langsung tak cuba memahami masaalah rakyat kebanyakan. Orang Penang nak duduk rumah 100k ke bawah pun merah bijik mata punya pulun kerja, ingat senang ka nak boleh dok rumah mampu milik Umno neh kalau dah sampai 300k...

Rumah mampu milik adalah rumah yang mampu dimiliki oleh orang-orang kebanyakan dan harganya dibawah 100k... kalau dah sampai 300k, bukanlah kategori rumah mampu milik dahh... 300k adalah harga rumah-rumah orang-orang kaya mampu milik...

P/S : Kalau nak bagi contoh pun, awat tak bagi contoh dari 100k kita jual 70k... barulah nampak macam mampu milik tue.... Memang sah, Najib tak buat homework langsung sebelum nak kencing orang Penang...


PANAS: Pengakuan bekas sorang SB... !!

Posted: 08 Dec 2012 04:40 AM PST


Pengakuan bekas SB dan bukti wujudnya pengundi dari pendatang asing

PANAS: Kisah cacing dah jadi Naga...

Posted: 08 Dec 2012 03:00 AM PST

FELDA : Cacing dah jadi Naga.

Di fahamkan Isya Azlin telah diberi amaran oleh org besar Felda, Beliau disuruh henti menulis kisah benar ARIZAN, drebar Faizoul yg merupakan drebar paling hensem dikalangan drebar2 yg ada di bilik 400 dan seluruh Felda. ???? Arizan yg merupakan drebar yang paling mewah, paling istimewa dan digeruni dibilik 400. Arizan boleh susahkan sesiapa saja yg cuba nak membongkar tabiat buruknya atau kutuk 3 serangkai, dari drebar2 hinggalah ke pengarah2 yg tak sehaluan dgn Faizoul akan pasti jadi mangsanya.

Difahamkan sdr Isya Azlin yg merupakan org yg paling rapat dan tahu kisah2 benar Arizan dan keluarganya juga. Beliau disuruh berhenti serta merta membongkar kisah2 Arizan dan cuba diberi sogokan jika setuju …… Difahamkan kes BUNTINGkan anak org dan cabul cleaner Felda semua penghuni bilik 400 dah tahu …. ??????Difahamkan org besar Felda itu kata jgn ganggu Arizan lagi sbb dia dah tak boleh kerja, diganggu dgn berita bergini. "Dia stress & fobia, kesian dia"

Kwan2, org besar Felda kita ini sungguh perihatin kes2 mcm ini pun dia ambil tahu, bnyk betul keja dia... Tapi kan elok duit yg nak didosok itu bagi Arizan dan singkir dia dari Felda sbb klu seorg itu ada tabiat buruk amat bahaya simpan lagi, dia akan ulang pekara yg sama, lebih2 lagi diberi muka mcm ini, lagi naik tocang lah dia ini…. Sepatutnya kemungkaran dicanggah justeru dipantau bkn di cover atau didiamkan. ?????

Mungkin Arizan ini bnyk tahu hal2 3 serangkai maka dia dapat pelindungan special…. Sungguh KEBAL insan ini, modal insan mcm ini diperlukan dlm Trnsfomasi Felda agaknya ….. ?????
"Budak2 hingusan" adalah gelaran diberi kpd kita semuanya dlm JBWF yg sentiasa membidas tindakkan 3 serangkai yg tak ikut peraturan pejabat ……. ????? Wallahualam

Cacing dah jadi Naga.

meneroka rasa : Apabila Perasuah Diangkat menjadi Pengerusi FELDA …. Maka tak Heran pengurusan FELDA hari nih dah jadi SAMPAH dan membusuk bak taik di hujung usus ….


Ust Azhar Idrus - Khas buat yang tak suka Hudud

Posted: 08 Dec 2012 12:00 AM PST


Ustaz Azhar Idrus - Khas Buat Orang Yang Tak Suka Hudud


Jutawan YouTube

Posted: 07 Dec 2012 09:50 PM PST

PSY jutawan YouTube

SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi. Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.

Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.

Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh melalui iklan televisyen. Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.

Hanya melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).

PSY memperoleh laba apabila muziknya yang menarik dan gerakan tarian unik itu menjadikan videonya paling banyak ditonton dalam sejarah YouTube. Sejak dimuat naik Julai lalu, klip itu ditonton lebih 880 juta kali, mengalahkan lagu Baby oleh Justin Bieber (808 juta kali) sejak Februari 2010.

Saluran rasmi PSY di YouTube pula ditonton hampir 1.3 bilion kali.

Agensi penyedia perkhidmatan teknologi untuk agensi pemasaran, TubeMogul, menganggarkan PSY dan ejennya, YG Entertainment, memperoleh AS$870,000 (RM 2.6 juta) sebagai sebahagian daripada pulangan daripada iklan yang muncul di video YouTube.

PSY dan YG Entertainment juga mendapat bayaran daripada video parodi lagu itu setiap kali ia ditonton pengguna Internet. Google mengesan sebarang video yang mengandungi bahan dilindungi hak cipta dan ia boleh dibuang - jika mendapat permintaan daripada pemilik hak cipta terbabit - atau mengekalkannya di laman sesawang itu dan perolehan bayaran iklan daripada video berkenaan dikongsi secara bersama. Pada minggu terakhir September, lebih 33,000 video dikenal pasti mengandungi bahan menggunakan unsur Gangnam Style dimuat naik di YouTube. - AP


Satu peringatan terbaik ingatkan kita tentang Musa Hassan...

Posted: 07 Dec 2012 09:16 PM PST

Peranan Musa Hassan dalam politik tanah air

KEMUNCULAN secara aktif bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bercakap mengenai beberapa tindakan jabatan atau pasukan yang pernah dipegangnya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kebelakangan ini menimbul sedikit tanda tanya. Apa lagi penglibatan beliau itu memberi kesan negatif kepada PDRM dan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal polis.

Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri sendiri. Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah.

Apa ditimbulkan Musa kononnya Hishammuddin mencampuri urusan polis dengan memberi arahan kepada pegawai junior polis dan seorang ketua polis negeri melakukan sesuatu tanpa memaklumkan kepadanya. Perbuatan Hishammuddin itu dianggap mencampuri urusan polis dan salah mengikut akta polis.

Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishammuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan integriti polis.

Pendirian dan pengakuan itu ada munasabah dan boleh diterima. Tetapi ia tetap menjadi persoalan kenapa Musa tidak berbuat begitu semasa dia masih menjadi ketua polis? Apakah sekiranya dia sambung kontrak dia juga akan berdiam diri dan terus bersubahat dengan kekotoran itu? Kalau begitu adalah baik pegawai tinggi kerajaan tidak diberi kontrak (sambung jawatan) untuk menyaksikan berlaku pendedahan keburukan sesuatu jabatan?

Dalam hubungan di atas kalau difahami Musa tidak mengkritik PDRM tetapi mengkritik menteri yang menjaga hal ehwal dan urusan kepolisan negara. Ini juga menimbulkan tanda tanya, kenapa? Harus difahami Umno selain daripada sedang mengheret dada untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, parti itu juga akan berdepan dengan pemilihan pemimpin pada tahun depan.

Apakah Musa melakukan itu bagi mempastikan Hishammuddin terguling dari kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden Umno kini. Bahawa Musa ada nawaitu memprojekkan seseorang untuk mengambil alih tempat itu atau memberi keselesaan kepada dua lagi Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Apdal?

Apakah Musa sedang berkempen untuk menyelamatkan Ahmad Zahid yang dikatakan kurang selamat sekiranya Muhyiddin Yassin menjadi Presiden akan datang, begitukah? Zahid kini sedang mencatur kedudukannya sendiri di dalam Umno yang semakin kabur kini.

Pastilah bila ada ubi tentu ada batasnya, bila ada budi pastilah ia diharap atau fahm-faham agar dibalas. Mungkinkah ada kerjasama di antara Musa dengan Zahid dalam soal ini secara faham memahami? Ops... ini hanya andaian tetapi ada kemungkinan ia berlaku. Politik itu serba mungkin.

Juga, sebelum Musa membuat pendedahan yang boleh memburukkan reputasi Hishammuddin beliau telah melakukan sesuatu yang mengejutkan orang ramai bila mana menarik balik saman malu ke atas Anwar Ibrahim tanpa semena-mena. Musa bertindak menyaman Anwar kerana menuduhnya mereka-reka fakta atau menyembunyikan fakta sebenar dalam siasatan kes mata lebam melibatkan Anwar.

Dalam satu laporan polis oleh Anwar terhadap Musa dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, menuduh Musa bersubahat dengan Gani melakukan kekejian itu. Laporan polis Anwar itu ekoran penemuan maklumat baru daripada bekas pegawai tinggi polis Mat Zain Ismail yang ketika itu menjadi ketua penyiasat kes itu. Bagaimana pun Musa menafikan dan merasa malu dengan tuduhan lantas mengemukakan saman kepada Anwar.

Mengejutkan seluruh umat, tiba-tiba saat kes itu hendak dibicarakan Musa menarik balik saman itu tanpa ada apa-apa perundingan ketat dengan Anwar terlebih dahulu? Tindakan Musa itu dianggap aneh dan songsang dan ia mula menjadi perhatian umum. Tindakan Musa itu menyebabkan timbul berbagai andaian dan lenggang lengguk politik negara menjadi semakin menarik.

Walaupun Anwar menafikan tiada apa-apa kepentingan atas tindakan Musa itu, tetapi bila dengan senang beliau 'memaafkan' Musa menyebabkan orang menyuluh dengan berbagai suluhan dan membuat spekulasi berhubung kejadian itu. Tindakan itu memelikkan kerana sebelum ini orang melihat dan menganggap Musa adalah musuh nombor satu Anwar dari species polis. Apa lagi Musa Hassan juga dilihat sebagai timbalan kepada Abdul Rahim Nor yang paling setia melaksanakan tugas-tugasnya mencengah kebangkitan reformasi.

Ekoran kesetiaan Musa kepada tugas itu menyebabkan timbul kebencian amat sangat kepadanya, sampai ada yang meludah melihat gambar-gambarnya di akhbar atau di skrin TV.

Jadi apabila tiba-tiba Musa berubah rasa dan tindakan menyebabkan ada orang sangsi dan mencari apakah motif di sebalik 'keikhlasan' Musa itu. Paling skeptikal mungkin dia ada niat tidak baik ke atas Anwar untuk meneruskan kerjanya selama ini. Ada juga beranggapan Musa terpaksa membuat koner 360 darjah kerana sudah dapat membaca situasi politik Malaysia di dalam pilihan raya umum akan datang yang BN akan kalah teruk dan Umno akan kehilangan kuasa. Jadi untuk menyelamatkan dirinya dia harus berbuat sesuatu (menanam budi) bagi mengelak akan dikenakan tindakan.

Kemungkinan ini bukan tidak ada, ada. Sebab akhir-akhir ini bukan saja Musa tetapi beberapa orang bekas ketua polis negara dan pegawai tinggi polis lain juga aktif mengambil bahagian dalam percaturan politik hari ini. Semacam ada satu strategi bersama di kalangan mereka. Rahim Nor, Norian Mai, Hanif Omar juga telah dan sedang memainkan peranan masing-masing.

Acap kali juga Rahim Nor mengeluar pandangan dan kebimbangan beliau terhadap kebangkitan rakyat warga Tionghua mengadakan siri-siri perarakan dan tunjuk perasaan. Dengan penuh tektikal Rahim mengeluarkan kenyataan perarakan komuniti Cina itu berunsur komunis. Apakah tujuan kenyataan begitu?

Rahim yang dikenal sebagai orang terbabit rundingan membawa ke meja perundingan bekas komunis Malaya dengan kerajaan, menggunakan isu ini untuk menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu. Jelas kenyataan Rahim itu berunsur hasutan dan cuba memencilkan orang Tionghua dari bersama Melayu. Kalau tidak silap lebih dua kali beliau cuba mengaitkan himpunan Cina sebagai berunsur komunis dan termasuk juga Bersih 3.0 yang didominasi Cina.

Begitu juga bekas KPN, Tun Haniff Omar yang sesekali muncul dengan kenyataan dan pandangan serong dan buruk ke atas Anwar Ibrahim. Semacam dia juga diberi peranan agar terus damagekan Anwar. Baik Rahim dan Haniff sependapat bahawa pengaruh Anwar berbahaya kepada masa depan Umno dan Melayu.
Manakala Norian Mai pula tidak sezahir mereka berdua tetapi beliau juga ikut sama terlibat dalam mencaturkan agar kuasa politik Melayu (Umno) kekal. Baru-baru ini ketiga-tiga mereka ini menghadiri satu perjumpaan bersama intelektual terpilih Melayu di rumah veteran Umno di pinggir ibu kota. Tujuan kehadirannya untuk membincang mengenai nasib Melayu dan berikhtiar agar Melayu bersatu.

Hasil daripada pertemuan itu, seorang bekas pegagai tinggi polis telah diminta berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat membincang mengenai perpaduan Melayu. Khabarnya dalam perbincangan itu ia cenderung mengajak Nik Aziz (Pas) agar duduk bersama Umno.

Bagaimanapun perbincangan itu gagak memecat nekad Nik Aziz untuk terus bersama Pakatan.
Berdasarkan kepada latar peristiwa dan kenyataan-kenyataan serta aksi bekas-bekas ketua polis ini jelas mereka terlibat dalam mencaturkan 'game' politik di negara ini. Jadi berdasarkan kepada situasi itulah maka timbul di benak saya, apakah tindakan tanduk Musa Hassan itu juga termasuk dalam pakej bekas-bekas ketua polis negara itu?

Kita menghormati mereka kalau ikhlas dan dibuat dengan penuh keadilan. Tetapi kalau usaha itu bertujuan memecahkan apa yang sedang dibuat oleh Anwar, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang bersama DAP menerusi Pakatan Rakyat kini untuk membawa perubahan politik di Malaysia ia sangat dikesali dan kerja-kerja itu begitu jelek sekali. Mereka tidak bertindak atas prinsip keadilan dan berpijak pada paksi politik demokrasi.

Saya telah menyatakan sebelum ini usaha mendamaikan politik orang Melayu demi mencari perpaduan Melayu akan sia-sia saja sekiranya Anwar Ibrahim dikecualikan. Perpaduan Melayu tidak akan berlaku kalau hanya di antara Umno dengan Pas. Suka atau tidak usaha itu perlu menarik sama Anwar Ibrahim ke meja perundingan itu.

Apakah Musa diberi peranan itu?

Dalam melihat dan mencari motif bekas-bekas ketua polis ini terutamanya Musa perlu diawasi. Mungkin mereka sedang memintal-mintal jerat untuk menjeruk kaki dan leher tokoh-tokoh Melayu dalam Pakatan untuk membolehkan pelanduk bernama Umno terlepas dan hidup seronok semula di hutan belantara. Mereka perlu diwaspadai.- MSO


Baik untuk tontonan macai Ameno, ini bezanya PR vs BN...

Posted: 07 Dec 2012 07:16 PM PST

Anwar Ibrahim...
Kekuatan semangat kita boleh mengalahkan kekuatan Umno...


Ramai yang kona baring pasai gambar neh...

Posted: 07 Dec 2012 05:56 PM PST

Ca tengok betoi-betoi gambar neh...

Ini adalah salah satu dari himpunan kebangkitan rakyat menyokong keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira ras dan darjat, sebuah kerajaan berkebajikan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat...

Melihat kepada kebangkitan perubahan rakyat sejak PRU ke 12 yang lalu yang jelas menjurus kepada sokongan terus menerus kepada PAKATAN RAKYAT telah menyebabkan ramai tokoh-tokoh penting, pemimpin dan ahli-ahli politik membuat koner baring 360 darjah.

Kalau dulu darah mereka biru karat, kini tidak lagi....
Kalau dulu mereka takut tak dapat makan kalau tak dak Umno, kini tidak lagi...
Kalau dulu mereka kata BN segala-galanya, kini tidak lagi...

Ini kerana mereka-mereka ini sudah dapat membaca situasi politik semasa Malaysia di dalam pilihan raya umum yang akan datang. yang mana BN dijangka akan kalah teruk dan Umno akan kehilangan kuasa. Umno bakal di muziumkan, insyaallah...


PANAS: Dr Asri sahkan ada jumpa Anwar... [Video]

Posted: 07 Dec 2012 04:15 PM PST

Tetiba ja Dr Asri bikin persada politik negara bertambah panas...
Tetiba ja Dr Asri membuatkan telur gerombolan menjadi kecut...
Tetiba ja Dr Asri di tohmah bakal bertanding atas tiket PKR...

Dan terkini Dr Asri telah mengesahkan bahawa dia ada berjumpa dengan DS Anwar Ibrahim baru-baru ini walaupun akhirnya mengaku beliau masih seperti dulu, belum ada niat untuk bertanding dalam PRU atas mana-mana tiket parti politik setakat ini...

Tapi kalau nak kaya meliana Dr oi, masuk Umno ja laa.... haha...

Kesian jugak kat Umno tu kan!!
Maklum ja la kan, Umno dah betoi-betoi ketandusan calon terutama calon-calon yang berwatak "winnable candidate" neh...


Tiada ulasan: