shalehudin |
- Rafizi bikin GEMPAQ lagi...
- Berita yang paling lawak... kahkahkah...
- PANAS: Bom C4 nak meletup lagi...
- Kena cari bukti bagi SPRM, patut pun persepsi rasuah kita merudum
- TERHOT: Dah buang tabiat ka Musa Hassan neh...
- Ini semua salah Anwar...
- Amno, Pekida, Perkasa, cukup takut ngan mangkok neh
- Ini buktinya anak buah Che'guBard terlibat menghasut
Posted: 07 Dec 2012 08:05 AM PST Tahniah... Pembongkaran berani dan bersistematik dari pemimpin-pemimpin PR yang berjaya membuka mata rakyat Malaysia khasnya.... Bukan saja rakyat Malaysia malah pemimpin PR jugak telah berjaya mengejutkan dunia untuk turut sama memerhati akan kesudahanya kes-kes berprofil tinggi di Malaysia ini... ABU ... |
Berita yang paling lawak... kahkahkah... Posted: 07 Dec 2012 04:35 AM PST UTUSAN DAH HAMPIR BANKRAP SAMPAI DAH TAK MAMPU NAK BAYAR UPAH PEGUAM!!! TERPAKSA PERKASA BUAT KUTIPAN DERMA KILAT!!!! Kahkahkah... Oleh kerana lidah biawak rasmi UMNO neh, Utusan Malaysia sering disaman dan kalah kerana melakukan fitnah... kini kita difahamkan kantungya sudah hampir kosong... Terpaksalah pihak PERKASA buat kutipan derma bagi membantu Utusan membayar kos guaman, sebab terlampau banyak saman sedang dan bakal menunggu.... Penyata kewangan Kumpulan Utusan beserta anak-anak syarikatnya tahun ini difahamkan kerugian puluhan juta ringgit.... MAU TAK BANKRAP!!!!!... ASYIK KENA SAMAN DAN KALAH.... RAKYAT PUN SEMAKIN MELOYA NAK BELI AKHAR-AKHBAR KELUARANNYA. |
PANAS: Bom C4 nak meletup lagi... Posted: 07 Dec 2012 02:38 AM PST Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak. Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk. SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai 'bapak' kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu. Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' pada bulan hadapan. Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara. Badrul Hisham Shaharin Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia |
Kena cari bukti bagi SPRM, patut pun persepsi rasuah kita merudum Posted: 07 Dec 2012 01:36 AM PST SPRM buka kes PI Bala jika ada maklumat baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membuka semula fail siasatan melibatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam sekiranya terdapat maklumat baru walaupun siasatan berkenaan selesai. Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata demikian ketika mengulas pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Malaysiakini pada minggu lalu. Dalam wawancara tersebut, Deepak mengakui peranannya dalam tindakan Balasubramaniam yang membuat akuan berkanun (SD) kedua. Bagaimanapun, ahli perniagaan itu kesal kerana terlibat dalam kes berkenaan – yang menyebabkan penyiasat persendirian itu menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Shukri memberitahu Malaysiakini bahawa siasatannya ke atas dakwaan Balasubramaniam telahpun selesai. "Fail tersebut sudah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk diputuskan. Berdasarkan fakta dan bukti, timbalan pendakwa raya memutuskan tiada siasatan lanjut akan dijalankan. "Kes itu juga dikemukakan kepada panel penilai (SPRM) yang mempersetujui keputusan timbalan pendakwa raya," katanya dalam satu SMS.Panel penilai suruhanjaya itu diketuai bekas ketua audit negara Tan Sri Hadenan Abdul Jalil manaka pejabat timbalan pendakwa raya dipimpin ketua pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa, yang dipinjamkan dari Pejabat Peguam Negara. SPRM pula diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, ditanya sama ada pendedahan Deepak dianggap sebagai maklumat baru yang relevan, Shukri tidak memberikan jawapan.- Malaysiakini |
TERHOT: Dah buang tabiat ka Musa Hassan neh... Posted: 06 Dec 2012 11:00 PM PST Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan. "Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia (Pemuda Umno masuk, jangan benarkan," katanya pada forum 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' hari ini.Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu. Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian. "Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum berlaku, cegah dulu," katanya. "Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan. "Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam," katanya.Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya. "Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan," katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau. |
Posted: 06 Dec 2012 08:47 PM PST Politik ganas, salah siapa? Siapa lagi, memang ini semua salah Anwar la... Siapa suruh Anwar pergi Gombak bagi ceramah?? Dok dirumah diam-diam kan ka bagus... Siapa suruh Anwar upah warga Gombak turun ramai-ramai?? Bila dah ramai tentu Umno kecil hati, kan?? Siapa suruh Anwar berhujah dengan bernas?? Umno akan sakit hati tau bila hujah tak boleh dipatah... Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri - orang Melayu melawan Melayu. PETALING JAYA: Insiden 'berdarah' di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu. Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban. Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu. Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik. Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik. Pembunuhan Yang DiPertua dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik. Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998. Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa. Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka. Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu. Mengapa perkara ini berlaku? Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat. Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik. 'Kebangkitan Arab' "Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab," tambah beliau.Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu. Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus. Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini. Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya. "Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya. "Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya," kata beliau lagi.Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah. Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.- FMT |
Amno, Pekida, Perkasa, cukup takut ngan mangkok neh Posted: 06 Dec 2012 06:01 PM PST Siapa Lelaki cina Ini..? Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang. Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka. Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka. Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu. Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri. Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik. Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang. Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA, mengesahkan bahawa bekas kerajaan BN di bawah pimpinan mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan PR. Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno/BN di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini. Justeru itu, kerajaan PR terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini. Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam. Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin PR bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum. Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi BN yang juga Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Othman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina. Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro Umno yang bertopengkan NGO seperti PERKASA, JATI, PAJIM, PERTIGA, BADAI, JMPP, PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng. Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin BN. Teng adalah sebahagian pemimpin BN yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri. Inilah wajah sebenar mereka. Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada PRU akan datang. |
Ini buktinya anak buah Che'guBard terlibat menghasut Posted: 06 Dec 2012 03:41 PM PST Keadilan untuk Aminulrasyid: SAMM sanggah keputusan mahkamah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sentiasa komited mempertahankan nasib Aminulrasyid Amzah yang ditembak bertubi-tubi dan dituduh penjenayah setelah kematiannya, hari ini menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila rayuan Koperal Jenain Subi diterima. Sehubungan itu, Jenain dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Seperti dijangka keputusan mahkamah peringkat awal hanya bertujuan untuk sejukkan keadaan semata-mata. Ini satu keputusan yang menghina rakyat negara ini, apakah dengan keputusan ini membolehkan polis guna senjata api sewenang-wenangnya? Dengan keputusan ini juga, rakyat berdepan dengan risiko ditembak bukan hanya dari perompak bank tetapi dari kelalaian polis yang bertugas. Bagi SAMM, jangan sesekali kita lupa bahawa Jenain telah melepaskan 21 das tembakan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munasabah. Sudahlah Aminulrashid mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebilah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya. Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence' sedangkan Aminulrasyid dikenali sebagai seorang remaja yang baik oleh warga setempat. Sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syarat – hanya kepada jenayah yang dilakukan itu ialah jenayah yang boleh dihukum mati selain mempertahankan diri. Jelas kedua-dua kriteria tersebut tidak tepat untuk membolehkan Aminulrasyid dibunuh. Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa sebarang permaafan dari pihak polis dan menteri KDN, dan terbaru keputusan mahkamah yang 'tidak logik', di manakah keadilan buat arwah adik Aminulrasyid? SAMM tidak bermusuh dengan pihak polis malah SAMM bersama dengan anggota polis yang berintegriti sepertimana dalam isu bekas IGP dedah siasatan polis diganggu ahli politik. SAMM juga bingkas ke depan mendedahkan bantuan kebajikan bekas polis yang di'rompak' 40 peratus secara halal oleh pihak ketiga. Justeru itu, SAMM menganggap dalam isu Aminulrasyid, pesalah tetap pesalah. Kelalaian pihak polis wajar diakui dan si penembak harus dihukum setimpal agar tiada lagi polis yang lain menembak di lapangan awam tanpa pertimbangan yang sepatutnya. Jenain dibiarkan bebas ketika keluarga arwah Aminulrasyid meratapi pemergian 'budak penjenayah' ciptaan polis, tanpa keadilan. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda SAMM |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan