Roslan SMS Corner |
Nama "ALLAH" : Jangan gaduh-gaduh (28/12/12) Posted: 27 Dec 2012 06:45 PM PST Isu ini telah lama reda, tidak lagi dibangkit atau dipolitkkan. Selalunya dalam kes seumpama ini masyrakat Malaysia khasnya orang politik tidak merasakan keuntungan dari menghangat-hangatkannya lantas ia dibiarkan hanyut begitu sahaja. Tiba-tiba ia dibangkitkan kembali melalui perutusan resmi orang politik juga: "For this reason, DAP urges the BN federal government to allow the use of the word Allah in the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years," (perutusan Krismas SU Agung DAP: Lim Guan Eng) Bagaimana penggunaan nama "Allah" oleh bukan Islam, khasnya masyarakat peganut Kristian boleh ditentang orang Islam di sini? Memang nama "Allah" merupakan sebutan lazim dikalangan masyarakat Arab. Yang Islam pun sebut Allah, begitu juga yang Kristian malah yang Jahiliyah pun begitu, ribuan tahun dahulu. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, bagi yang berkesempatan menyaksikan "Christmas Mass" atau upacara sembahayang Krismas di Baitul Muqadis (Bethelehem), yang disiarkan oleh CNN dan al Jazeera, akan mendapati paderi-paderi Arab di sana berkali-kali mengucapkan nama "Allah" malah upacara mereka pun dalam bahasa Arab. Itu bagi masyarakat Arab yang menggunakan lidah Arab, tetapi masyarakat Malaysia bagaimana? Di Semenanjung Malaysia, agama Kristian mula bertapak dengan kedatangan Portugis di Melaka, diikuti Belanda dan Inggeris. Catatan Munsyi Abdullah banyak menyebut darihal kerja-kerja mubaligh Kristian sehinggalah penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu. Tetapi tidak erbangkit dalam lipatan sejarah penggunaan nama "Allah" leh penganut Kristian di sini termasuklah dalam Bible. Mungkin kerana di Semenanjung sasaran gereja adalah ke arah masyarakat Cina dan India, lantas isitlah "Lord" dan "God" lebih sesuai. Tiada (sebagaimana diakui gereja) usaha untuk menyebarkan agama ini dikalangan masyarakat Melayu kerana ianya dilarang undang-undang dan orang Melayu tidak mudah mahu menukar agama (kecuali kes tertentu). Berlainan di Sabah dan Sarawak, yang masyarakat Kadazan, Iban, Murut dan lain-lain (melainkan suku yang beragama Islam) selain mengguna bahasa asal mereka, mereka juga biasa dengan bahasa Melayu. Kerana itu mungkin penyibaran agama ini di sana, berdasarkan kesesuaian setempat, meresakan perlu mengguna nama "Allah" kerana ia lebih sesuai, lantas gereja di sana menggunakan nama "Allah" termasuklah dalam Bible. Berbalik kepada Semenanjung, tiada keperluan menggunakan nama "Allah" kerana "Allah" lebih difahami sebagai Tuhan orang Islam, orang Melayu, lalu ia tidak digunakan sehinggalah kebelakangan ini tiba-tiba muncul desakan. Mengapa? Adakah kerana memartabatkan bahasa Melayu maka mereka merasakan lebih sesua "Lord" dan "God" ditukar kepada Allah atau mengapa? Saya tidak berniat bersangka buruk kepada yang beragama Kristian, tetapi berdasarkan hujah di atas, dan sensitiviti masyarakt setempat, saya merasakan lebih baik "status quo" yang ada dibiarkan sahaja. Membuat desakan seumapam ini hanya akan mengundang pergeseran dalam hubungan antara agama, dan ia tidak sihat buat rakyat dan Negara. Kesimpulannya, biarlah rakan-rakan di Sabah dan Sarawak atas faktor sejarah menggunakannya, tetapi di sini, juga atas faktor yang sama, bairlah Tuhan kekal sebagai "Lord" dan "God" di dalam Bible dan gereja. Jangan gaduh-gaduh. ------------------------------------------------------------ (SELINGAN) Saya teringat dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina di awal tahun 80an dahulu. Ketika itu Dr Ting Chiew Peh (sekarang Tan Sri dan bekas Menteri MCA) merupakan pensayarah di UKM, beliau bertanyakan Ustaz Harun Taib (sekarang YB Dato Ketua Dewan Ulamak PAS) berkenaan penggunaan Assalamualaikum. Beliau mohon penjelasan dan bertanya mengapa beliau sendiri tidak boleh menggunakan ucapan itu. Ustaz Harun (dengan style biasanya) menjawab ungkapan itu adalah ungkapan Islam yang digunakan sesama Islam dan memuji Allah, Tuhan orang Islam. Kata beliau lagi kalau Dr Ting mahu puji Tuhan orang Islam, tak salah boleh guna……Ibnu Al-Arabi didalam Ahkamul Qur'an mengatakan: Tahukah kamu arti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberikan pernyataan bahawa 'kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.' Kesimpulannya, bahawa Salam bererti, (i) Mengingat (dzikr) Allah SWT, (ii) Pengingat diri, (iii) Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim, (iv) Doa yang istimewa, dan (v) Pernyataan atau pemberitahuan bahawa 'anda aman dari bahaya tangan dan lidahku' |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan