Roslan SMS Corner |
Posted: 24 Dec 2012 09:43 PM PST Sekali lagi kita menjadi tersepit. Kita sedia beriktikad bahawa Islam adalah yang terbaik, bahawa Islam menjanjikan keamanan buat semua dan memberikan perlindungan kepada semua yang bernaung di bawahnya. Tiba-tiba dalam bab perayaan agama lain, kita menjadi tersepit. Kerana apa? Kerana tiba-tiba dari wajah keamanan tadi kita bertukar menjadi sombong dan keras. Kita memberi tafsir bahawa orang lain yang kita janjikan keamanan dan perlindungan itu hanya wajar merayakan perayaan mereka sesame mereka. Kita tidak boleh bukan hanya turut bergembira bersama mereka malah nak ucapkan selamat perayaan pun ditegah. Saya mohon maaf kepada yang terpelajar dalam ilmu ini, tetapi janganlah kita terlepas pandang realiti semasa dan kaji semua sudut dari "etymology" kepada asal-usul selain suasana masyarakat berbilang kaum dan agama sebagaimana Malaysia. Hari ini Hari Krismas, hari dimana penganut Kristian percaya adalah hari kelahiran Jesus atau Nabi Isa. Bagi mereka hari ini adalah hari terbesar perayaan dalam calendar mereka. Jika saya punya kawan dan rakan Kristian tak kanlah saya mengunci mulut dan berlagak bodoh sehingga tidak boleh mengucapkan "Merry Christmas" kepada mereka….. Bayangkan pula kalau saya dari keluarga Kristian, punya ibu-bapa dan adik beradik Kristian tetapi saya telah Islam. Takkanlah tanggal 25 Disember ini saya lari memencilkan diri semata-mata kerana talut mahu mengucap "merry Chritmas" kepada mereka. Adakah saya menjadi Kristian kembali dengan ucapan itu? Memang kita tersepit kalau kita membuat tafsiran tanpa memikirkan aspek lain yang lebih besar. Bagi perkataan "Christmas" rujuklah dulu setidak-tidaknya istilah dan maksudnya. "Christmas" is a compound word originating in the term "Christ's Mass". It is derived from the Middle English Cristemasse, which is from Old English Crīstesmæsse, a phrase first recorded in 1038.[7] Crīst (genitive Crīstes) is from Greek Khrīstos (Χριστός), a translation of Hebrew Māšîaḥ (מָשִׁיחַ), "Messiah"; and mæsse is from Latin missa, the celebration of the Eucharist. The form "Christenmas" was also historically used, but is now considered archaic and dialectal;[27] it derives from Middle English Cristenmasse, literally "Christian mass".[ Kalau begitu adakah kita bertukar akidah apabila mengucapkan "Merry Christmas", demikian juga "Happy Deepavali" dan seumpamanya. Biarlah kita terus dipandang mulia dalam waktu kita memegang erat aqidah dan kepercayaan kita. Saya terbaca malah Presiden Abdullah Gul dan PM Erdogan pun mengucapkan selamat Krsitmas buat rakyat Turki yang beragama Kristian malah begitu juga Ikhawan Muslimin di Mesir. Cubalah buat usaha dan cari ikhtiar agar orang memandang tinggi pada Islam dan akhirnya hasil dari kehebatan kita itu orang tunduk dan terima Islam, itu kan lebih baik. Kita di Malaysia ini berbilang kaum dan agama, mereka yang bukan Islam walaupun kecil bilangannya dari kita, adalah manusia sebagaimana kita juga, punya hati dan perasaan. Kalau nak ucap "Merry Christmas" pun ditegah, bayangkan apa persepsi yang ada dalam kepala mereka terhadap kita. Jangan tersepit. Merry Christmas kepada semua rakan saya yang beragama Kristian. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan