RAKYAT MARHAEN |
- Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!
- Ulama' Muda UMNO VS Dr. Asri (MAZA)
- DON'T WORRY GUYS! We'll take on the UMNO THUGS - PAS Youth
- Sabotaj ada di mana-mana!
- Habibie, samseng politik dan ekonomi Melayu
- Kemenangan BN tidak jamin kestabilanKemenangan BN tidak jamin kestabilan
- Syarikat Syed Mokhtar dapat 40 dari 60 4G-LTE
- Nurul Izzah dakwa pencetus provokasi dilindungi 'tangan-tangan hitam'
- LANDMARK CASE: Two stateless young Indian women to sue JPN & M'SIAN GOVT
- Each folly by Anwar has its costs
- Pakatan: 'Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita'
- Kerajaan Negeri Saman Balas Dalang Peralat Ibu Tunggal
- Pegawai SPR mempunyai hak demokrasi untuk sertai parti politik, kata pengerusi
- Ganu Kite : Pembangunan Pulau Bebas Cukai Satu Projek Politik Umno BN
- Anwar Ibrahim: Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 09/12/2012
- Putrajaya: Dapatkan 4 juta undi atas pagar
- 6+3 tawaran Pakatan untuk rakyat Pahang
- Lensa : HKR Pahang Lebih 40,000 Rakyat Hadir
- GE13 in March 2013?
- Rafizi: Permohonan SPRM kepada AG bukti kes RM40juta perlu dibuka semula
- ‘Potong telinga’ Adnan riuhkan HKR Pahang
- HKR Pahang : Lebih 30,000 rakyat hadir di Kerdau
- ONLY 9,000 stateless not 300,000: Do you think M'sian Indians believe you, Najib?
- Jangan Ketawa : Ibrahim Ali tak akan mohon tapi sedia sertai Umno jika ditawar
- Najib tiada keazaman politik atasi 300,000 India tak miliki IC biru
Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno! Posted: 09 Dec 2012 06:03 PM PST Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam. Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu. Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini. Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri. Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Ulama' Muda UMNO VS Dr. Asri (MAZA) Posted: 09 Dec 2012 06:01 PM PST |
DON'T WORRY GUYS! We'll take on the UMNO THUGS - PAS Youth Posted: 09 Dec 2012 06:00 PM PST Selangor PAS Youth has warned the state UMNO Youth to rein in thuggery among its members so that they could get involved in politics as 'gentlemen'. "The Selangor PAS Youth is ready to take on any challenge by UMNO Youth should they continue with provocations in future," said Selangor PAS Youth leader Hasbullah Mohd Ridzwan . His warning followed an incident in Gombak on December 4, where a group of UMNO supporters attempted to disrupt an event featuring Pakatan Rakyat leaders by staging a march and shouting provocative slogans. Their action later led to a melee among opposing crowds, resulting in several injuries including a PR supporter who was stabbed on his shoulder. Hasbullah said the incident which he blamed on Gombak UMNO Youth members only helped to convince the public about UMNO and Barisan Nasional's uncivilised character. He said it also exposed the division's Youth leader who had been issuing denials over UMNO's involvement despite video clips and photographs showing otherwise. "Selangor PAS Youth does not rule out the possibility that UMNO and Barisan Nasional are desperate to restore their damaged image in the eyes of the public, and thus they would commit violence and then play the victims to evoke people's sympathy," said Hasbullah. Saying PR programmes had so far been conducted peacefully, Hasbullah stressed that there was no way such violence was started by PR supporters. |
Posted: 09 Dec 2012 05:56 PM PST Markus Lim Sekarang merupakan musim sabotaj.Barangkali kerana itulah, perkataan sabotaj menjadi bualan hangat orang ramai sejak kebelakangan ini. Dari perhimpunan Agung Umno hinggalah ke perhimpunan MCA yang berakhir baru-baru ini, keluar arahan daripada pucuk kepimpinan parti agar pengkhianat parti perlu ditangani. Nampaknya semua begitu "menyukai" dan jatuh cinta terhadap perkataan sabotaj. Nampaknya juga istilah sabotaj mendatangkan kesan yang begitu mendalam terhadap sesebuah pihak hinggakan arahan sedemikian dikeluarkan. Mutakhir ini, semua perwakilan parti bukan sahaja diingatkan untuk tidak mensabotaj calon lain bahkan juga usah menikam dari belakang. Malah barisan pemimpin berkenaan digesa untuk berganding bahu dalam menjayakan agenda yang ditetapkan. Ternyata, sabotaj boleh berlaku di mana-mana sahaja baik di rumah, tempat kerja malah hubungan antara satu sama lain. Ia didorong oleh sikap cemburu, marah mahupun kecewa terhadap seseorang. Perbuatan sabotaj akan terus berlaku selagi si pelaku menaruh perasaan syak-wasangka dan ketidakpercayaan terhadap musuhnya. Pokoknya, individu yang berkelakuan sedemikian hanya menunjukkan mereka sebenarnya tidak yakin kepada diri mereka sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Habibie, samseng politik dan ekonomi Melayu Posted: 09 Dec 2012 05:53 PM PST Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Semasa Bacharuddin Jusuf Habibie dilantik menjadi Presiden Indonesia ketiga menggantikan Soeharto pada 21 Mei 1998, seperti ramai rakan-rakan yang lain, saya tidak meletakkan harapan tinggi buat anak Bugis kelahiran Sulawesi Selatan ini untuk melakukan reformasi agar pemerintahannya benar-benar berbeda daripada kebobrokan Orde Baru. Tanggapan itu mungkin disebabkan beliau dilihat "anak didik" Presiden Soeharto dan bukannya "putera reformasi" yang bangun menuntut perubahan bersama rakyat tertindas. Habibie yang memperolehi ijazah doktor falsafah kejuruteraan pada 1965 di Jerman dan bekerja dalam industri penerbangan di Hamburg kembali ke Indonesia pada 1973 atas permintaan Soeharto. Lima tahun kemudian, beliau menyertai kabinet sebagai Menteri Teknologi. Tidak kurang yang memandang sinis -- termasuk saya di peringkat awalnya -- keupayaan BJ Habibie memulakan pembaharuan di sebuah republik yang mewarisi kacau-bilau, rusuhan dan demonstrasi, dengan imej Soeharto yang cukup kelam, terutama daripada segi rekod hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan. Saya masih ingat ada rombongan kecil penyokongnya datang ke pejabat Harakah, ketika Habibie dilantik baru Naib Presiden. Mereka seperti mahu menjelaskan bahawa Habibie sememangnya berbeda daripada Soeharto, dan bersedia untuk melakukan perubahan, di samping mempunyai semangat keislaman yang tinggi. Posisinya dalam Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI) dtonjolkan dalam diskusi kami itu. Semua pihak mengakui kehebatan ilmu dan kepakaran teknologi Habibie, yang sememangnya cemerlang dalam industri kejuruteraan pesawat sehingga pada tahun 1994 mendapat anugerah tertinggi Edward Wanner Award, sempena ulang tahun ke-50 International Civil Aviation Organization (ICAO), namun rekodnya dalam bidang politik dipersoalkan. Berbanding Soeharto yang memerintah selama 32 tahun (1966-98), tempoh penggal Habibie sebagai presiden cukup singkat, hanya setahun lima bulan; sebagai Naib Presiden sekadar dua bulan tujuh hari. Read More / Baca Lagi >> |
Kemenangan BN tidak jamin kestabilanKemenangan BN tidak jamin kestabilan Posted: 09 Dec 2012 05:51 PM PST Oleh Lim Hong Siang Setelah menyaksikan gelagat pimpinan tertinggi dan perwakilan yang memekik dan menengking dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya, "Fokusnya apa ya?" Ada pula yang "berlembut hati" apabila Najib memohon maaf atas kekhilafan bagi pihak kepimpinan parti dan kerajaan. Saya teringat sepatah dialog yang terkenal dalam drama bersiri Taiwan, "Untuk apa kita perlukan polis seandainya ia memadai sekadar dengan meminta maaf?" Ia bukan kali pertama Najib "merendahkan diri" untuk memohon maaf. Namun sejauh manakah keikhlasannya? "Khilaf" dalam kamus bermaksud kesalahan lantaran kecuaian, kurang pengalaman dan sebagainya. Bukankah ia sesuatu yang kelakar bahawa sesebuah kerajaan yang memerintah untuk lebih 55 tahun melakukan kesilapan kerana "kurang pengalaman"? Lebih-lebih lagi, kita boleh maafkan seandainya wujud perselisihan faham atau berlakunya peristiwa yang menyinggung perasaan. Tetapi apakah "kesilapan" yang melanggar undang-undang boleh diselesaikan hanya dengan meminta maaf? Adakah pemandu akan dikecualikan saman AES jika mereka memohon maaf? Adakah peminjam PTPTN akan dikecualikan membayar hutang jika mereka meminta maaf? Semestinya tidak! Read More / Baca Lagi >> |
Syarikat Syed Mokhtar dapat 40 dari 60 4G-LTE Posted: 09 Dec 2012 05:47 PM PST KUALA LUMPUR: Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menganugerahkan peruntukan 40 Mhz 4G-LTE kepada sebuah syarikat baru, Puncak Semangat Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar) mengejutkan. Read More / Baca Lagi >>Ini kerana, syarikat ini tidak pernah diketahui terlibat dalam bidang ini berbanding dengan beberapa syarikat utama yang terlibat selama ini. Syarikat yang sedia ada iaitu Maxis Broadband Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Redtone Marketing Sdn Bhd, YTL Communications dan Packet One Networks (M) Sdn Bhd hanya diberikan 20MHz daripada peruntukan jalur lebar itu. "Soalan untuk SKMM adalah, kenapakah syarikat yang tidak mempunyai sebarang pengalaman telah diberikan hak untuk mendapat bahagian terbesar dalam peruntukan jalur lebar itu," tanya Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP. |
Nurul Izzah dakwa pencetus provokasi dilindungi 'tangan-tangan hitam' Posted: 09 Dec 2012 05:46 PM PST Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, 'tangan-tangan hitam' itu dikatakan cuba melindungi mereka yang bertindak kasar sehingga menyebabkan ada penyokong tercedera. "Sebelum ini, insiden seperti ini pernah berlaku di Lembah Pantai, tapi tidaklah sampai seperti di Gombak (program Jelajah Mesra Rakyat). Semua sudah kita dokumentasikan (buat laporan polis) tapi malangnya masih lagi dilindungi. "Jadi pada saya, jelas bahawa ada cubaan 'tangan-tangan hitam' yang melindungi pemukul serta mereka yang bertindak kasar. |
LANDMARK CASE: Two stateless young Indian women to sue JPN & M'SIAN GOVT Posted: 09 Dec 2012 05:45 PM PST Two young Indian women born in Malaysia will file a landmark test case against embattled Prime Minister Najib Razak's government, which has come under increasing fire both domestically and internationally for promulgating policies supportive of racism and racial discrimination. Read More / Baca Lagi >>"The two girls are from Kapar, Selangor. They are entitled to citizenship and blue I.C.s under the law but the BN government won't even issue them birth certificates," PKR vice president N Surendran told Malaysia Chronicle. "If they win their case, it will force the federal government to resolve the longstanding problem of stateless persons. And this applies not just to Indians but to all the other minority ethnic groups that have been left out of the economic loop by the BN. Pakatan Rakyat is determined to end the injustice done to all stateless Malaysians due to discriminative policies." The lawsuit against the JPN or National Registration Department and the Government of Malaysia will be filed at the Kuala Lumpur High Court in Jalan Duta, Kuala Lumpur on Monday, December 10, 2012 at 11am. Surendran, who is also a prominent human rights lawyer, along with Subang MP Sivarasa Rasiah and Latheefa Koya will represent the two women. Denial syndrome: Only 9,000 NOT 300,000 |
Each folly by Anwar has its costs Posted: 09 Dec 2012 05:41 PM PST The rakyat will not take it kindly the ridiculous charade of Deepak and Musa to plead their case for their own gains with Anwar's help. Is he a courageous leader who has endured much personal and public pain and odious persecution by a vengeful Umno in order to pursue the courage of his convictions or is he merely at the unfortunate end of Dr Mahathir Mohamad's ire for having the temerity to challenge Mahathir's position as numero uno in Umno? Is Anwar an accidental symbol of the people's mounting frustration with a corrupt and arrogant Barisan Nasional government or was he actually the very spark that ignited that tidal wave of change that resulted in BN's heavy defeat in the last general election? I have watched with fascination (and at times with incredulous astonishment) at Anwar's attempts to ride the dragon of change that is now stalking this Umno-led Barisan Nasional, which has failed to see what our people would do, could do and did do at the 12th general election. Anwar himself did not think it possible to become what he did become after the 12th general election – the leader of an effective opposition and the leader of a party that won the most seats in Parliament among the fledgling opposition coalition of Pakatan Rakyat. The results of the 12th general election gave Anwar a legitimate claim to political relevance within Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan: 'Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita' Posted: 09 Dec 2012 05:40 PM PST MELAKA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yakin kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari depan di Kuala Lumpur berlangsung dalam suasana aman. Beliau sama sekali menolak andaian bahawa perhimpunan itu akan menjadi seperti Peristiwa 13 Mei kerana penyokong Pakatan Rakyat (PR) juga mahu perhimpunan berjalan aman bagi menyatakan bantahan mereka. "Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita, tidak kira Melayu atau Cina akan bersama-sama berhimpun di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. "Saya tahu semuanya sudah bersemangat tinggi untuk ke Putrajaya tapi kita perlu ke Kuala Lumpur dahulu sebagai kemuncak semua tuntutan PR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya. |
Kerajaan Negeri Saman Balas Dalang Peralat Ibu Tunggal Posted: 09 Dec 2012 05:39 PM PST KLANG 10 DIS : Kerajaan Negeri akan membuat saman balas kepada dalang yang terlibat berhubung tuntutan elaun ibu tunggal yang didakwa tidak dikotakan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR). Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti Kerajaan Negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, Kerajaan Negeri setakat ini sudah melunaskan banyak program berkebajikan dan tidak mengabaikan mana-mana pihak walaupun terdapat perbezaan politik. "Kita sudah menerima surat saman daripada Tetuan Kamarudin & Partners dan kini pihak kami sedang meneliti saman itu serta peguam negeri sedang menyediakan beberapa dokumen untuk kita membuat saman balas," katanya kepada pemberita selepas Program Terima Kasih Menteri Besar Selangor kerana memberi air percuma di Pangsapuri Bukit Kuda, di sini. Beliau berkata, sebanyak lebih 2,000 penama ibu tunggal yang didakwa tidak menerima bantuan ibu tunggal itu turut akan disemak bagi mendapatkan kesahihan dakwaan mereka. Sebelum ini, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12. Read More / Baca Lagi >> |
Pegawai SPR mempunyai hak demokrasi untuk sertai parti politik, kata pengerusi Posted: 09 Dec 2012 05:38 PM PST Kenyataan pengerusi SPR itu bertujuan menjawab tuduhan PAS terdapat pegawai kanan SPR cawangan negeri Sabah mempunyai jawatan penting di peringkat pemuda Umno bahagian Kinabatangan. Sikap memihak SPR terus dipersoalkan oleh pembangkang dan aktivis Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Tidak salah untuk mana-mana pegawai SPR menyertai parti politik. Tidak kisahlah sama ada menyertai PAS, PKR ataupun Umno. "Itu hak demokrasi," kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi berkenaan isu tersebut. |
Ganu Kite : Pembangunan Pulau Bebas Cukai Satu Projek Politik Umno BN Posted: 09 Dec 2012 05:35 PM PST |
Anwar Ibrahim: Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 09/12/2012 Posted: 09 Dec 2012 05:33 PM PST |
Putrajaya: Dapatkan 4 juta undi atas pagar Posted: 09 Dec 2012 05:33 PM PST TEMERLOH: Pendukung Pakatan Rakyat diingatkan supaya berusaha untuk mendapatkan sokongan 4 juta pengundi 'atas pagar' pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti jika mahu menawan Putrajaya. Read More / Baca Lagi >>Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Pahang di Dataran Kerdau, sebentar tadi. Katanya, 3 juta daripada mereka adalah pengundi baru sementara 1 juta adalah pengundi pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu. Justeru, kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, Pakatan Rakyat perlu mendapatkan 70 peratus daripada mereka pada PRU13 nanti bagi merealisasikan hasrat menguasai Putrajaya. "Kita boleh mara ke Putrajaya, kita kena dapat sokongan semua kaum," ujarnya. |
6+3 tawaran Pakatan untuk rakyat Pahang Posted: 09 Dec 2012 05:28 PM PST Mohamad Sabu membacakan tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Negeri Pahang. TEMERLOH: Dengan mood perubahan yang memuncak di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang, Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran negeri bersama tiga tawaran pusat untuk menyelamatkan negeri terbesar di Semenanjung daripada kezaliman Umno-BN. Dalam tawaran peringkat negeri PR Pahang yang ditandatangani Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, PR berjanji akan menyelesaikan masalah tanah di negeri Pahang. Mereka berjanji akan menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun. Selain itu, PR Pahang juga berjanji untuk menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. |
Lensa : HKR Pahang Lebih 40,000 Rakyat Hadir Posted: 09 Dec 2012 07:36 AM PST |
Posted: 09 Dec 2012 07:23 AM PST KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak is expected to dissolve the parliament in mid-March and call for a general election at the end of March, Sin Chew Daily reported today. Read More / Baca Lagi >>The report, quoting Barisan Nasional (BN) sources, said despite Najib's disclosure at the recent Umno general assembly that the 13th general election could be called this month, the chances of the polls being held this year are slim. However, Najib's remark prompted another round of speculation, with some MCA leaders predicting that the election will be held after the Chinese New Year, which falls on Feb 10, but the party headquarters believes March will be the month to watch. Many political punters, too, believe in a March date. A source told the daily the decision to hold the general election in March was in fact made as early as September. It said BN was unable to set the date due to a number of factors, including Umno's internal problems, seat allocations and Chinese education issues. Forcing Penang & Selangor Another factor that caused BN to waver in its election move is the threat by Pakatan Rakyat-led governments of Penang and Selangor to not hold state polls simultaneously with the general election. And the only way to force the two states to dissolve their state assemblies in tandem with the dissolution of parliament is to hold the general election in March or later. |
Rafizi: Permohonan SPRM kepada AG bukti kes RM40juta perlu dibuka semula Posted: 09 Dec 2012 06:30 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Dis — Rafizi Ramli berkata pengumuman Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar permohonan kepada Peguam Negara (AG) untuk menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta hari ini membuktikan dakwaan mereka selama ini adalah berasas. Read More / Baca Lagi >>Pengarah Strategi PKR yang dihubungi The Malaysian Insider semalam menyambut baik pengumuman tersebut dan berharap kali ini tiada lagi halangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail ataupun campur tangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak. "Ini sesuatu yang mengejutkan. Saya gembira dan sambut baik pengumuman ini. "Cuma saya harap kali ini tiada lagi halangan daripada mana-mana pihak atasan," kata Rafizi yang merujuk kepada Abdul Gani dan Najib. Dalam satu forum anjuran Majlis Peguam hari ini, SPRM menerusi salah seorang pegawainya yang juga ahli panel memberitahu bahawa Panel Semakan Operasi sudah menulis kepada AG untuk mengkaji semula keputusannya. |
‘Potong telinga’ Adnan riuhkan HKR Pahang Posted: 09 Dec 2012 06:29 AM PST TERMERLOH: Kenyataan 'potong telinga' Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan meriuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang di Dataran Kerdau dengan para penceramah menggunakan kenyataan tersebut untuk membakar semangat mengajak rakyat Pahang berubah. Read More / Baca Lagi >>Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin. "Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang," kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar). Adnan ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 12 berjanji akan memotong telinganya dan terjun ke sungai Pahang jika DAP menang di Parlimen Bentong. |
HKR Pahang : Lebih 30,000 rakyat hadir di Kerdau Posted: 09 Dec 2012 06:27 AM PST TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada rakyat Pahang yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini. Beliau menganggarkan lebih 30,000 hadir pada perhimpunan itu sekalipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand. Ini, katanya menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak. "Saya pun minat bila, tetapi isu rakyat lebih penting daripada apa yang kita lihat (bola)," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa PAS Pahang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan isu tanah tapak rumah rakyat yang tidak mempunyai tanah. Read More / Baca Lagi >> |
ONLY 9,000 stateless not 300,000: Do you think M'sian Indians believe you, Najib? Posted: 09 Dec 2012 06:23 AM PST The PM's statement is a dishonest and disgraceful attempt to play down the number of stateless Malaysians of Indian descent; the tiny figure of 9000 is baseless and illogical. The PM is mocking and lying to the Indian community. Absurdly,the PM bases his estimate upon the number of persons who had approached JPN counters during the MyDaftar campaign, which was carried on for just a few weeks last year. Obviously, the majority of the stateless would have been overlooked during this short campaign! To register the stateless, it is not enough to open extra counters at JPN. In order to resolve the problem, it is necessary to go down to the affected persons throughout the nation and systematically register them. Unfortunately, Najib has not shown the political will or inclination to carry out this exercise and end this great injustice. Born & lived in Malaysia all their lives The problem of statelessness is shockingly widespread among Malaysian Indians, whether rural or urban. The stateless, are denied proper schooling, employment and access to basic amenities.The problem is also becoming worse as it has become generational, with statelessness passed down to the younger generation. As a result, thousands of Indian children of school-going age are also prevented from schooling or receive incomplete schooling. A prominent example is the case of 17 year old B Reshina who faced obstacles in registering for the SPM exam earlier this year. Read More / Baca Lagi >> |
Jangan Ketawa : Ibrahim Ali tak akan mohon tapi sedia sertai Umno jika ditawar Posted: 09 Dec 2012 06:21 AM PST Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. "Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi. "Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam. |
Najib tiada keazaman politik atasi 300,000 India tak miliki IC biru Posted: 09 Dec 2012 06:20 AM PST KUALA LUMPUR 9 DIS: Tiada keazaman politik punca Datuk Seri Najib Razak tidak tahu seramai 300,000 masyarakat India tidak memiliki kad pengenalan biru, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. "Sekadar buka kaunter dan tunggu rakyat mendaftar bukan penyelesaian. Patutnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cari dan jelajah seluruh negara mendaftar rakyat yang berdepan masalah ini khasnya di luar bandar. "Malangnya, pentadbiran Najib tiada keazaman politik sehingga mereka dihalang ke sekolah, sukar mencari pekerjaan dan pelbagai urusan lain," katanya pada kenyataan media hari ini. Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Najib konon Pakatan Rakyat membesar-besar angka, sebaliknya Perdana Menteri itu memberi alasan kononnya hanya 9,000 masyarakat India berdepan masalah kewarganegaraan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan