RAKYAT MARHAEN |
- Keadilan untuk rakyat mesti ditegakkan tanpa kompromi – Anwar
- Melakar Kesejahteraan Wanita Selangor
- Abby Abadi menangis membaca puisi Untuk Mu Gaza
- Santai Amal Untukmu Gaza bersama Abby Abadi
- Rombak Bernas, Felcra jika PR tawan Putrajaya
- PRU13 hangatkan sidang Dun Perlis
- DAP: Sepatutnya buat kursus mengenai rasuah untuk PM, kabinet
- Next target is Sjotveit, Norconsult
- Konspirasi senaraikan KPF dalam FGV - Anak
- Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah
- Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak
- Najib Lebih Takut Gagal Mencapai Dua Pertiga Berbanding Kalah Pilihanraya
- Selangor Tutup AES Jumaat Ini - INFO 12
- 18+ Syria - Assad Massacres Bakery Shoppers in Aleppo 3-Dec-12 Bustan Al Qosour
- Gambar 6 pemimpin Hamas yang telah Syahid
- Mahathir Mahu Pancung Pak Lah DAN Najib Altantuya Sekaligus?
- Ni sebabnya ramai BANGANG dalam Umno...
- AIC: anak muda harus bangkit tentang kekejaman Umno
- SAT1M : S'gor sedang kumpul bukti terperinci
- Hancurkan kuasa Umno BN jalan terbaik hapus rasuah
- Rosnah: Pembangkang berjuang demi kuasa, gadai prinsip dan kepentingan rakyat....UMNO pulak gadai segala-galanya..!!!!
- JMR Gombak: Najib suburkan budaya samseng – Azmin
- JMR Gombak : Pemuda Umno mulakan provokasi – Saksi
- Qatrun Nada Kena Pecat Dengar Ceramah Anwar Ibrahim. Kalau Ceramah UMNO Boleh Lepas?
- Datuk Wong Sen Chiew Tipu RM2 Juta, Denda RM145,000. Penjara 1 Hari VS Pencuri Seluar Dalam?
Keadilan untuk rakyat mesti ditegakkan tanpa kompromi – Anwar Posted: 05 Dec 2012 09:06 PM PST KUALA LUMPUR 6 Dis: Untuk menjadi seorang pemimpin reformasi, keadilan untuk rakyat merupakan asas utama dan perlu ditegakkan tanpa sebarang kompromi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau memuji ketokohan mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie yang tegas melaksanakan reformasi terhadap demokrasi di negara republik itu sewaktu era pemerintahannya. "Pak Habibie mampu dan berupaya arahkan tentera serta polis bebaskan semua tahanan politik sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, malah sebelum kabinet disusun," katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika berpidato pada majlis makan malam sempena lawatan rasmi Habibie ke Selangor, di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi. Selanjutnya, Anwar berkata, pada hari pertama pentadbiran, Habibie juga membebaskan saluran media di Indonesia yang dikongkong pada zaman pemerintahan Soeharto. Menurutnya, Habibie turut dikritik kerana tidak mematuhi protokol dan peraturan sewaktu melakukan pembebasan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Melakar Kesejahteraan Wanita Selangor Posted: 05 Dec 2012 09:04 PM PST |
Abby Abadi menangis membaca puisi Untuk Mu Gaza Posted: 05 Dec 2012 09:01 PM PST |
Santai Amal Untukmu Gaza bersama Abby Abadi Posted: 05 Dec 2012 08:56 PM PST |
Rombak Bernas, Felcra jika PR tawan Putrajaya Posted: 05 Dec 2012 08:55 PM PST LANGKAP, Hilir Perak - PKR Cabang Pasir Salak menggesa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merombak peranan dan fungsi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) serta Felcra Berhad jika Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Ismail mendakwa, kedua-dua syarikat milik kerajaan itu dilihat menyimpang dari matlamat asal penubuhan, untuk membantu masyarakat luar bandar menerusi aktiviti pertanian. Menurutnya, sudah bertahun-tahun pesawah sekitar Sungai Manik, Kampung Baru Chui Chak dan skim tanah Felcra Seberang Perak didakwa terpaksa menjual hasil padi mereka dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 hangatkan sidang Dun Perlis Posted: 05 Dec 2012 08:54 PM PST KANGAR - Soal berkenaan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang hangat diperkatakan semua pihak turut ditimbulkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula semalam. Perkara itu mula-mula disentuh oleh Speaker, Datuk Yazid Mat selepas bacaan doa dengan memaklumkan bahawa sesi kali ini mungkin yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang. Beliau berharap sidang kali ini yang dijangka berlangsung sehingga esok akan berjalan lancar dan dapat bertemu lagi pada sidang akan datang. Read More / Baca Lagi >> |
DAP: Sepatutnya buat kursus mengenai rasuah untuk PM, kabinet Posted: 05 Dec 2012 08:49 PM PST Daripada mengadakan kursus mengenai rasuah untuk ahli Parlimen, DAP berkata, Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutunya mengadakannya untuk perdana menteri dan kabinet beliau. SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AG), tegas pemimpin DAP, Lim Kit Siang, seharusnya tahu di mana keutamaannya dalam memerangi rasuah, terutama rasuah besar. Dalam satu kenyataan hari ini, Lim membidas pengumuman usaha SPRM untuk mengadakan kursus mengenai rasuah untuk ahli Parlimen, sambil menegaskan bahawa pemimpin tertinggi politiklah yang tidak tahu "apa yang boleh diambil dan apa yang tidak boleh diambil". Beliau merujuk kepada kenyataan PEMANDU semalam bahawa kursus, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0), dirancang diadakan tahun depan. |
Next target is Sjotveit, Norconsult Posted: 05 Dec 2012 08:41 PM PST Why is a reputed Norwegian hydropower company, Norconsult supporting violations in Sarawak's mega dams project? KUCHING: With Hydro Tasmania succumbing to public pressure and committed to phasing itself out of Sarawak following a damning national-level Australian campaign launched last week over its involvement in the Murum dam project and the ill treatment of native communities here, focus is now on Sarawak Energy Berhad's (SEB) Norwegian chief executive officer Torstein Dale Sjotveit and Norconsult, another key player in the project.Save River network, a coalition of Sarawak NGOs, and the Swiss-based Bruno Manser Fund (BMF) want Sjotveit and Norconsult out of Sarawak for the same reason they pushed for Hydro Tasmania's pullout. Having successfully mobilised Australians to pressure their government into compelling the pull out of state-owned Hydro Tasmania from Sarawak, the group is now seeking to use the same modus operandi to purge Sjotveit and Norconsult from the state. The coalition's success with Hydro Tasmania was closely linked to it having anchored the support of Australian Greens party. The Greens are in a formal alliance with the Australian Labor Party in the Tasmanian Parliament. Read More / Baca Lagi >> |
Konspirasi senaraikan KPF dalam FGV - Anak Posted: 05 Dec 2012 08:40 PM PST KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) didakwa sedang berada dalam bahaya jika benar wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menyenaraikan KPF ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH). Presiden Persatuan Anak peneroka Felda Kebangasaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, konspirasi ini melibatkan seorang menteri dan mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, menteri berkenaan telah mengarahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Md Yusof Samsudin mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah. Pembatalan AGM ini katanya dipercayai sebagai jalan membolehkan AGM diadakan semula bagi melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi KPF dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai setiausaha. Read More / Baca Lagi >> |
Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah Posted: 05 Dec 2012 08:38 PM PST Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa. Presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan penyelewengan. Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia. Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?" Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas. Read More / Baca Lagi >> |
Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak Posted: 05 Dec 2012 08:37 PM PST Dilahirkan di Mesir pada 1 Februari, 1985, Asmaa Mahfouz menjadi pemangkin yang tidak mungkin kepada perubahan di negara yang telah termaktub dalam pemerintahan diktator sejak sebelum dia dilahirkan. Read More / Baca Lagi >>Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kaherah pada tahun 2008, Asmaa terlibat dalam apa yang menjadi Pergerakan Belia pada 6 April 2008. Sekumpulan belia ini mula menyelaras usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh negara bagi mengadakan protes di El-Mahalla El-Kubra. Satu mogok umum yang bersatu di bawah tuntutan bagi maruah, keselamatan, kebebasan, gaji yang saksama, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Susulan protes 6 April, ramai blogger, wartawan bebas dan aktivis diganggu, ditahan dan diculik oleh agen kerajaan dan polis berpakaian biasa. Walaupun tindakan keras, usaha-usaha para belia telah berjaya kerana mereka dapat menyediakan peguam dan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi peserta protes. Asmaa menjadikan acara ini sebagai titik perubahan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa dia banyak belajar tentang rangkaian serta teknik mengurus dan mengawal kebimbangan yang berkaitan dengan ptotes. "As long as you say there is no hope, then there will be no hope, but if you go down and take a stance, then there will be hope." – Asmaa Mahfouz |
Najib Lebih Takut Gagal Mencapai Dua Pertiga Berbanding Kalah Pilihanraya Posted: 05 Dec 2012 08:34 PM PST Ucapan Najib di perhimpunan UMNO baru-baru ini, baik dalam ucapan dasar mahupun ucapan penggulungan jelas menggambarkan ketakutan beliau menghadapi pilihanraya akan datang. Intipati ucapan, riak wajah dan bahasa tubuhnya jelas menggambarkan hakikat itu. Meski beliau cuba melawak, tersenyum dan mempamerkan wajah gembira tetapi garis-garis ketakutan itu boleh dilihat dan difahami oleh sesiapa saja yang mendengar ucapannya yang banyak aksi meneran dan menjerit itu. Walaupun Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan cuba "melambung" beliau dengan mendedahkan suatu hasil kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah UiTM kononnya sokongan kepada Najib dan kerajaan kini sudah mencapai lebih 70 peratus dan pengundi atas pagar hanya 17 peratus, namun Najib kelihatan tidak gembira mendengar puji-pujian itu. Beliau hanya selamba dan seolah-olah tidak terasa apa-apa dengan gambaran yang diucapkan Zahid itu. Jika orang lain, mungkin sudah cukup gembira dan kepala menjadi besar dengan hasil kajian yang diumumkan Zahid itu. Tetapi tidak dengan Najib kerana ada ketakutan lain sedang bersarang di kepalanya. Malahan ketika berucap kemudiannya, Najib seperti memperlekehkan hasil kajian yang diumumkan Zahid itu dengan mengatakan sepatutnya sesuatu kajian harus melontarkan soalan cepumas yang berbunyi "Jika tidak dicalonkan, apakah akan terus menyokong parti?" Read More / Baca Lagi >> |
Selangor Tutup AES Jumaat Ini - INFO 12 Posted: 05 Dec 2012 08:30 PM PST |
18+ Syria - Assad Massacres Bakery Shoppers in Aleppo 3-Dec-12 Bustan Al Qosour Posted: 05 Dec 2012 08:27 PM PST |
Gambar 6 pemimpin Hamas yang telah Syahid Posted: 05 Dec 2012 08:26 PM PST "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" :Al Imran:169 Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi. Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiw a-jiwa umat ini.Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta. Dari kiri atas: 1) Asy Syahid Ir Imad Aqal 2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin 3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash 4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi 5) Asy Syahid Dr Said Syiam 6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja'abarri Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya…. |
Mahathir Mahu Pancung Pak Lah DAN Najib Altantuya Sekaligus? Posted: 05 Dec 2012 08:20 PM PST Walaupun sudah bersara hampir 10 tahun sebagai perdana menteri, hakikatnya Mahathir Mohamad masih lagi licik dengan strategi politiknya yang tak pernah kenal jemu, jauh sekali berehat bersama menantu. Serangan demi serangan bertubi-tubi yang ditujukan khusus terhadap perdana menteri, Najib Altantuya dan penggantnya, Abdullah Badawi akhir-akhir ini dilihat semakin berbahaya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam misi mempertahankan kekuasan di Putrajaya. Sumber yang rapat dengan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), tapak paling ampuh Mahathir mencatur strategi politiknya memberitahu bekas ahli parlimen Kubang Pasu lebih 6 penggal itu dipercayai mahu memusnahkan imej kedua-dua pengganti selepasnya sekaligus. Selain bertembung secara peribadi dan kepentingan perniagaan, Mahathir dan kedua-dua Pak Lah dan Najib Altantuya kini bersaing sesama sendiri menaikkan imej masing-masing yang tercalar teruk selepas pendedahan skandal pertahanan terbesar negara sejak 1970, skandal komisen pembelian kapal selam kelas Scorpene. |
Ni sebabnya ramai BANGANG dalam Umno... Posted: 05 Dec 2012 08:19 PM PST Pada macai-macai Umno... Tolong jangan marah kat Mahathir... Betoi neh... Aku cukup serius bila kata jangan marah kat Mahathir... Sebab, apa yang Mahathir kata kali ni BETOI.. Kahkahkah... Nampak dak tuh apa yang Che Det dah kata, Umno memang dah lama tutup pintu pada orang-orang pandai dari mendekati Umno.... Maknanya, yang ada dalam Umno sekarang neh adalah orang-orang Umno yang bangang dan kaki provokasi saja. Jenis otak tarok kat lutut.... Nak bukti??? Ni ha buktinya... Kahkahkah... |
AIC: anak muda harus bangkit tentang kekejaman Umno Posted: 05 Dec 2012 08:17 PM PST Tersebar seluruh negara tentang kisah semalam, di mana pemerintah yang berpayung dibawah parti bernama Umno akhirnya tidak dapat membendung resah lagi, menggunakan kekerasan dan sikap biadap untuk menghentikan kemaraan lawannya dalam demokrasi, dan susuk yang dibencinya sejak sekian lama iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Ribuan mata menjadi saksi, bagaimana lemahnya Pemuda Umno, disebalik provokasi ganas dan maki hamun jelek yang dilontarkan, berselindung di sebalik kekerasan untuk melunturkan semangat rakyat terbanyak, mencari saki baki kebenaran setelah segenap ruang maklumat ditutup oleh pemerintah dek kerana bimbang kuasa yang dijulang rebah sebelum sempat semua kekayaan negara dipunggah keluar. Lalu anak muda pasti tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Umno selama ini? Apakah makna pembelaan yang dilaung-laungkan terhadap bangsa , agama dan negara yang mereka laung-laungkan lebih separuh abad yang lalu, sekiranya pembelasahan terharap rakyat awam menjadi kayu ukur kematangan mereka. Apakah Umno melalui syaap Pemuda bertujuan menghidupkan semuala Pemuda Tahan Lasak yang menjadikan kekerasan sebagai modus operandi mereka untuk terus merajai pemerintahan negara? Kejadian di Gombak hanyalah rentetan kebiadapan dan kebodohan Umno yang telah sekian lama dihidangkan dalam pinggan politik sejak merdeka lagi. Selama tempoh waktu itu, kita hanya menjamah kebiadapan dan kebodohan Umno tanpa banyak bicara, disogok dengan kenyataan palsu bahawa kita wajar bersyukur atas kewujudan Umno sebagai sang pemerintah di negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
SAT1M : S'gor sedang kumpul bukti terperinci Posted: 05 Dec 2012 08:14 PM PST SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri kini giat mengumpul maklumat berhubung dakwaan "projek sapu tanah" oleh kerajaan BN sebelum ini. Bercakap pada sidang media semalam beliau berkata, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan pegawai-pegawai daerah bagi mendapatkan pandangan berhubung isu itu. "Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut. "Kemudian kita juga akan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah untuk mendengar pandangan mereka berkenaan hal ini," jelas Abdul Khalid dipetik Selangorku. Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini mendedahkan berlakunya "projek sapu tanah" oleh kerajaan BN di Selangor yang melibatkan 23 keping tanah yang mempunyai keluasan 33.5 ekar di negeri berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
Hancurkan kuasa Umno BN jalan terbaik hapus rasuah Posted: 05 Dec 2012 08:11 PM PST KUALA LUMPUR: Menghancurkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya jalan untuk menghapuskan rasuah di negara ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Read More / Baca Lagi >>"Tidak ada dua jalan, hanya itu sahaja satu-satunya cara untuk mengurangkan rasuah ke tahap minimum di negara ini, iaitu dengan menghancurkan kuasa Umno BN," kata beliau ketika menyatakan kebimbangannya tentang laporan terbaru mengenai rasuah yang kian kronik di negara ini. Pengerusi Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan mendedahkan maklumat kaji selidik yang menunjukkan separuh dari syarikat yang beroperasi di Malaysia melaporkan bahawa mereka kehilangan kontrak atau peluang perniagaan kepada pesaing mereka akibat rasuah sejak setahun lalu. "(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang mengingatkan kita bahawa Umno sudah jadi parti perasuah. |
Posted: 05 Dec 2012 08:11 PM PST KUALA LUMPUR, 6 Dis — Perjuangan pakatan pembangkang adalah semata-mata untuk meraih kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip parti dan kepentingan rakyat, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar). Read More / Baca Lagi >>Beliau berkata ini dapat dilihat daripada perjuangan mereka yang cacamarba dan bertukar-tukar, pada satu masa mereka memperjuangkan pilihan raya yang bersih, alam sekitar kemudian hudud, kesamarataan total dan pelbagai lagi. "Perjuangan mereka menjadi tidak tentu arah. Pendek kata ada ruang mereka akan berjuang, tetapi berjuang untuk apa itu 'belakang kira'. Mereka menggadai prinsip dan perjuangan mereka. "Kita lihat sekarang bagaimana parti yang menggadaikan perjuangan dan prinsip mereka demi kuasa, terhoyong-hayang diheret orang. PAS dan PKR semakin bingung disergah dan diarah DAP," katanya menerusi kenyataan hari ini. |
JMR Gombak: Najib suburkan budaya samseng – Azmin Posted: 05 Dec 2012 08:09 PM PST KUALA LUMPUR 6 Dis: Serangan Pemuda Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat Gombak bukti budaya samseng di negara ini disuburkan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. "Tindakan samseng Umno menikam rakyat dan membaling batu, pasu bunga dan pelbagai objek keras membuktikan Najib menyuburkan budaya samseng sedangkan mereka datang hanya untuk mendengar ceramah," kata Ahli Parlimen Gombak itu. Dalam serangan samseng Umno di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak malam semalam, sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat cedera. Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu. "Saya berani katakan mereka bersifat kebinatangan dengan melontar kayu, batu-bata dan pasu bunga kepada penduduk yang tidak berdosa dan ini pertama kali berlaku di kampung ini. "Mereka menjerit, memaki, bertindak ganas dan biadab termasuk membawa objek tajam dan menikam petugas. Kalau mereka hendak naikkan bendera, kita tak ada masalah, tetapi jangan biadab dan ganggu rakyat," kata Azmin pada sidang media sejurus selepas program itu. Read More / Baca Lagi >> |
JMR Gombak : Pemuda Umno mulakan provokasi – Saksi Posted: 05 Dec 2012 07:37 PM PST KUALA LUMPUR 6 Dis: Saksi insiden serangan pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam, Lawrence Jayaraj (gambar) berkata, Pemuda Umno yang memulakan provokasi dan menyebabkan dua penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) cedera. Aktivis itu berkata, beliau menyaksikan sekumpulan pemuda Umno lingkungan antara 20 hingga 30-an membuat bising di kawasan tapak ceramah mulai 8.30 malam sambil mengibarkan bendera BN. "Mereka yang memakai baju BN bermotosikal ke kawasan ceramah, dengan tak pakai topi keledar, sambil menjerit-jerit "baliklah!". Kemudian mereka berhenti di markas gerakan Umno, betul-betul berhadapan tapak ceramah Pakatan Rakyat," jelasnya kepada Keadilan Daily. "Sewaktu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berucap, provokasi tersebut makin menjadi-jadi membuatkan suasana bertambah tegang. Masa inilah mereka mula membaling batu, baldi, pasu dan kelapa ke arah penyokong Pakatan," kata Lawrence yang berada berhampiran lokasi kejadian. Beliau juga diberitahu, sebelum ceramah bermula, pihak penganjur mendapat amaran mengenai provokasi itu. Ekoran itu, KEADILAN Gombak membuat laporan polis. "Tapi polis tak datang pun untuk jaga keselamatan. Malah polis cakap risiko tanggung sendiri. Mujur ada Unit Amal dan AMK (Angkatan Muda KEADILAN) yang mengawal keadaan," katanya. Serangan samseng Umno itu menyebabkan kemalangan apabila seorang penyokong Pakatan cedera akibat ditikam pada bahu, manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu. "Selepas itu, barulah polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) datang," jelasnya. Menurut Lawrence, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap, samseng Umno meneruskan provokasi mengganggu tumpuan rakyat dengan menggunakan pembesar suara dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu dan pemimpin Pakatan. Read More / Baca Lagi >> |
Qatrun Nada Kena Pecat Dengar Ceramah Anwar Ibrahim. Kalau Ceramah UMNO Boleh Lepas? Posted: 05 Dec 2012 07:32 PM PST Berapa ramai kalangan guru yang menyokong Barisan Nasional dan tidak lupa juga berapa ramai guru yang menyokong Pakatan Rakyat tetapi kami pasti ada kalangan yang terpaksa menyokong secara senyap di atas sebab-sebab tertentu. Sebab apa? Nak jaga periuk nasi…..Kalau tidak nasib mereka akan jadi seperti mana yang dialami oleh seorang guru agama yang bernama Qatrun Nada Mohd Latfi di mana sekarang beliau sudah menjadi "bekas guru"… Sebenarnya, nak pilih parti mana itu hak individu. Kalau Barisan Nasional selama ini bagus tidak perlu dipaksa rakyat untuk menyokong mereka. Begitu juga Pakatan Rakyat. Biar sokongan datang dengan sendirinya hasil daripada kerja keras dan keikhlasan pemimpin membantu rakyat. Mereka perlu dipaksa? Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, berpolitiklah cara tahun 2012, bukan teruskan dengan cara & aktiviti politik tahun 90an. Jika tidak berubah anda akan ketinggalan…Renung-renungkanlah. Masih belum terlambat lagi. Guru Agama Dipecat Kerana Hadir Ceramah Anwar Ibrahim?
Mengapa dan kenapa pemimpin UMNO terlibat dalam hal yang melibatkan kakitangan awam? Read More / Baca Lagi >> |
Datuk Wong Sen Chiew Tipu RM2 Juta, Denda RM145,000. Penjara 1 Hari VS Pencuri Seluar Dalam? Posted: 05 Dec 2012 07:29 PM PST Kalau sebelum ini kita ada mendengar kes di mana pemain bowling kebangsaan, Noor Afizal Azizan 21 yang terlepas daripada penjara kerana merogol gadis bawah umur berusia 13 tahun dengan alasan Noor Afizal Azizan mempunyai masa depan yang baik. Indahnya lakukan jenayah di Malaysia jika anda ada "kepentingan". Sebenarnya…. Sebenarnya sudah banyak kali kita mendengar kes mahkamah yang pelik-pelik di Malaysia. Termasuklah kes di mahkamah yang terbaru ini….
Sehari? Hanya bayar RM145,000 sahaja? Untung-untung. Terkedu kami dibuatnya apabila hukuman seperti ini dijatuhkan terhadap kesalahan yang Datuk Wong Sen Chiew ini telah dilakukannya? Menipu duit orang ramai dan berjaya mengaut RM2 juta tetapi hanya bayar RM145,000 sahaja? Hebat….. Mungkin selepas keluar penjara kelak, samada Datuk Wong Sen Chiew sudah insaf dan pulang ke pangkal jalan. Ataupun Datuk Wong Sen Chiew akan ke luar negara melarikan diri ke Australia contohnya ataupun mungkin juga "mencuba nasib" sekali lagi membuka skim penipuan yang lain pula. Moga-moga ada kalangan rakyat Malaysia yang terperangkap dengan modus operandi yang lebih "bermutu". Sambung baca lagi berita mengenai Datuk Wong Sen Chiew ini… Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan